28 April 2010

polis oh polis....

skali lagi imej polis tercalar bila menembak mati seorang budak lelaki berusia 15 tahun. bukan nak mempertikaikan seluruh pasukan polis, tp ternyata tahap kecekapan mereka masih lagi sangat2 rendah.

bila kes2 mcm ni terjadi, seluruh pasukan polis pula akan membela angota mereka x kira salah atau betul. knp? jika anggota mereka didapati bersalah, maka imej polis secara keseluruhannya akan terjejas. sebab tu la ketua polis selangor mengeluarkan kenyataan awal bahawa budak lelaki tu mungkin baru lepas menyamun sebagai langkah utk 'cover' tindakan bodoh anggotanya.




apa pun takziah kpd keluarga mangsa. bayangkan jika yg ditembak adalah ahli keluarga kita. apa perasaan kita? aku yakin, pihak polis takkan senang2 mengaku kesilapan atau kecuaian anggota mereka. sebolehnya mereka tetap akan mencari jalan bagaimana utk membenarkan tindakan menembak mati seorang budak berusia 15 tahun tu. ramai juga yg berpendapat polis boleh melakukan apa sahaja termasuk mengada-ngadakan bukti yang x ada. lihat saja perjalanan kes paling sensasi di mahkamah masakini.

apa pun, kita perlu berhati-hati apabila berhadapan dgn pihak polis. tiada lagi istilah 'kalau x salah, buat apa nak takut' kerana mereka berkemampuan utk melakukan apa saja dlm apa juga keadaan. inilah yg terjadi bila anggota mereka berlumba-lumba mengejar pujian & pangkat bila dpt membunuh penjenayah sehingga budak pun ditembaknya. apa bezanya dgn seorang askar israel menembak remaja palestin? mereka juga mempunyai alasan kukuh. tp bila kita dgr, mesti rasa nak marah. x pyh pegi jauh2 sampai palestin, dlm negara kita juga berlaku dan kita x rasa marah pun.... mungkin kerana yg menembak tu beragama islam dan yg ditembak pun islam. jadi x mengapalah kot.

kenyataan ketua polis selangor sepatutnya melambangkan beliau lebih bijak, bukan terang-terang memperbodohkan masyarakat. yg ditembak adalah anak melayu, yg sama warna kulit, sama percakapan dan sama agama dgn kita. sama-sama la kita lihat siapa yg akan membela kematian budak ni. bygkan jika yg mati ditembak adalah anak cina, seluruh kaum mereka akan menuntut bela atas kematiannya dan aku x rasa parti terbesar melayu akan masuk campur dlm perkara ni. begitu juga dgn pertubuhan perkasa yg diketuai oleh si katak ibrahim ali. sbb? mudah saja, kes sebegini x boleh menjadikan seseorang tu popular jika dibela.

alfatihah kpd adik aminulrasyid yg ditembak mati oleh pihak polis.

No comments:

Post a Comment