27 February 2014

Al-Ikhlas


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 

A002 

 
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  

A003
 

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  

A004
 

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Kenapa surah ni dipanggil surah Al-Ikhlas?
___________________________________________________________________________________

Allah Yang Maha Esa

Apabila Allah itu Esa, maka tiadalah yang lain selain DIA.

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

Allah tempat bergantung segala sesuatu. Jangan bergantung kepada selain DIA. Segala yang berlaku adalah DIA

 Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan



Allah itu tiada yang terdahulu daripadaNYA. Tiada Allah sebelum Allah. DIA lah yang awal, DIA lah yang akhir. Tiada apa pun sesudahNYA.

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

Jangan kamu umpamakan AKU dengan sesuatu yang lain. Segala-galanya Allah. Dia meliputi segala sesuatu. 

Kesimpulan:
Jadi kenapa dipanggil ikhlas? 

DARIPADA ALLAH KEPALA ALLAH.
AWAL ALLAH, AKHIR ALLAH. 

Selagi mana wujud daripada AKU (diri) kepada Allah maka tiadalah ikhlas kerana kita mengaku kitalah yang beribadah, kitalah yang berkudrat, kitalah yang rajin sedangkan kita ini sebenarnya tiada apa-apa pun.


No comments:

Post a Comment