31 March 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing




jika anda berkemampuan utk memiliki sebuah kereta berharga rm115k, kereta apa menjadi pilihan? proton kini mempertaruhkan pelaburan berjuta ringgit utk menghasilkan sebuah neo baru. satria neo R3 Lotus Racing yg dikuasakan dgn enjin campro cps (enjin asas proton exora) dijual dgn harga melebihi rm100k. siapa nak beli bukan soalnya, tp beramai ramai yg sanggup beli kereta buatan malaysia yg berharga rm100k ke atas?





rata2 masyarakat kita tahu proton adalah satu syarikat pengeluar yg menjual kereta mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. bila proton cuba utk mempelopori kategori kereta sport mewah, adakah syarikat ni mampu utk menjana keuntungan yg memuaskan? tinggalkan emosi, mari berckp tentang realiti.

kita pernah lihat proton beberapa kali gagal dlm memasarkan produk mereka. yg terdekat, proton satria gti dihentikan pengeluarannya bukan kerana kurang sambutan sebaliknya ramai yg mengidam nak pakai satria gti satu masa dulu. tp harganya (sekitar lebih kurang rm80k) pd masa tu menjadikan ramai golongan muda x mampu utk membelinya.





kini proton kembali dgn satria neo R3 lotus racing yg dijual sekitar rm115k, aku pun x pasti golongan mana menjadi sasaran mereka. dlm keadaan ekonomi yg masih belum pulih sepenuhnya dan pengeluar2 lain berusaha menurunkan harga kereta mereka, proton tampil dgn idea mengeluarkan kereta sport mewah..... satu strategi yg sudah tentu membuatkan para pesaingnya tersenyum lebar.

sambutan pembeli mmglah pelbagai. ada yg patriotik sgt sambil mempersoalkan apa kurangnya proton dan membandingkan proton dgn honda, toyota dan beberapa pengeluar kereta lain. dari segi teknologi kita tak mungkin melebihi mereka. dari segi kepakaran juga terbukti mereka lebih maju kedepan apabila membangunkan teknologi hybrid utk penjimatan petrol. toyota dan honda telah lama mengeluarkan kereta kelas 1600cc yg mempunyai kuasakuda (hp) yg masing-masing 175hp (4AGE-vvt)& 165hp (B16A-vtec) yg dah tentu jauh lebih tinggi drp satria neo R3 lotus racing.








bukanlah nak memperkecilkan proton, tp strategi mereka selalunya merugikan syarikat. ingat lagi pada model ni x?





satu masa dulu proton pernah mendakwa mereka akan mengeluarkan mpv nasional pertama. tp apa dah jadi? kereta yg dihentikan pengeluarannya oleh mitsubishi itulah yg menjadi mpv pertama negara. ade org beli jugak....mungkin mereka yg patriotik la kot.. bukan tu je, model tiara sebenarnya diambil drp citroen ax tahun 1986an (citroen pun dah x pakai model ni) menjadi model kompak mereka.








model perdana yg berasal drp model eternal (yg telah dihentikan pengeluarannya di jepun berikutan masalah2 tertentu) menjadi model kereta eksekutif proton yg pertama. model ni walaubagaimanapun dikenalpasti sbg model paling bermasalah dlm proton sehinggakan ada perdana 2nd hand dijual di bawah paras 20k!

proton juga telah mengalami kerugian yg besar sebelum ni akibat drp percaturan pengurusan yg bermasalah. berbalik kpd model neo R3 lotus racing yg berharga 2 kali ganda satria neo biasa, apakah model ni mampu menarik lebih ramai pembeli atau menjadikan pembeli terkeliru dgn pilihan apa yg mereka perlu lakukan kerana byk sgt model yg boleh dibandingkan.

bagi mereka yg gilakan kuasa, mungkin mengambil jalan mudah dgn membeli satria neo biasa kemudian mamasukkan enjin evo4 ke dlm chasis neo. ini jauh lebih murah drp membeli sebuah neo R3 lotus racing baru yg hanya mampu menjana 145bhp berbanding enjin evo 4 yg secara standardnya telah ada 280bhp. apa pun, kita lihat saja 'percaturan' proton kali ni & berapa lama pengeluaran model baru ni akan dpt bertahan.

28 March 2010

perkauman....

perlu ke sebuah pertubahan yg berasaskan perkauman? dlm masa yg sama kerajaan berusaha keras utk mempromosikan slogan 1malaysia? mane satu yg betul sebenarnya? dlm kita sibuk2 nak berusaha gigih membangunkan negara, satu pertubuhan yg berasaskan sifat perkauman tulen sememangnya boleh mengganggu-gugat sebarang usaha utk kita bekerjasama antara satu sama lain. masing2 menyimpan syak dan curiga antara satu sama lain.

org yg bermain dgn isu perkauman adalah mereka yg cetek akal dan kekurangan idea utk mendapat sokongan. jgn salah faham, aku x kata kita sbg melayu perlu menggadaikan hak2 istimewa kita. knp perlu pergi sejauh tu & menjadi terlalu emosional? kita simpan utk diri kita, beringat pd diri sendiri dan keluarga cukuplah. x perlu jadi rasis, keluar kenyataan dlm akhbar sana-sini utk dptkan publisiti murahan. x perlu mainkan emosi melayu yg lain semata-mata utk mendapatkan simpati & sokongan mereka.

kita kena ingat, bangsa lain memerhati kita dari jauh. adakah mereka x punya perasaan? x sepatutnya kita hidupkan api yg boleh menjadi pemusnah hubungan antara kaum seperti mana yg berlaku pd 13 mei yg terkenal tu. bangsa lain mungkin takkan ambil parang dan tetak bangsa melayu tp melayu terpaksa menjadi kerbau seperti dicucuk hidung bila mereka membeli pegawai2 kerajaan utk kepentingan mereka. kita xnk hak kita jatuh pd bangsa lain tp lihat saja berapa byk tanah melayu jatuh ke tangan org bukan melayu dgn bantuan melayu jugak?

pejabat tanah dimonopoli oleh org kita, tp bangsa cina dgn mudah dpt mengusahakan tanah2 haram tanpa gangguan drp pihak berwajib. kemudiannya tanah2 tu beransur2 menjadi hak milik mereka. mereka puas hati. kita? kita lebih suka melalak dlm dewan, dlm akhbar, berckp tentang "mempertahankan institusi raja2 melayu". soalnya, wujudkah seorang rakyat malaysia yg ingin hapuskan sistem raja berpelembagaan yg kita gunapakai skrg ni?

adakah org2 cina dgn lantang berkata mereka nak hak sama rata & nak hak2 istimewa org melayu dihapuskan? xde pun sebab mereka takkan berani ckp soal ni. cuma yg ada beberapa kerat melayu yg sengaja memanipulasi keadaan dan mencetuskan huru-hara dgn membangkitkan isu2 mcm ni utk kepentingan diri sendiri. menyamar utk menjadi wira pembela bangsa konon. hakikatnya dia sendiri pun seolah-olah xde tujuan hidup dan tiada sokongan utk berpolitik. cara mudah utk mendapat sokongan adalah dgn cara seperti ni.

berckp soal perkauman secara terbuka jugak boleh mengundang pelbagai tangggapan negatif bangsa lain ke atas bangsa melayu. mencerminkan kita sbg satu bangsa yg manis tutur kata, sopan santun tp berhati busuk seperti bangkai. knp? depan kata lain, belakang kata lain.

kita harus faham, mana2 jiwa melayu takkan cuba utk bercakap tentang membelakangi raja2. apatah lagi utk membuang terus hak2 istimewa org melayu. tp knp org yg 2-3 kerat ni putar- belitkan fakta menjadikan melayu lain kelihatan sbg pengkhianat kpd bangsa sendiri. knp kita seronok menjatuhkan org/bangsa kita sendiri dlm mengejar populariti?

aku menyeru kpd bangsa aku supaya fikirkan masak2 tentang siapa yg kononnya nak jadi wira bangsa kita tu. siasat betul2 bagaimana latarbelakang dia. jgn mudah terima kata2 menghasut supaya membenci sesama sendiri. ingat, kita hidup x lama tp anak2 kita bakal mewarisi apa yg kita ada skrg. kalau skrg pun kita cuba keruhkan perhubungan yg terjalin, x mustahil 13 mei akan berlaku lagi dan dgn mudah kuasa2 luar dtg menjajah kembali seperti mana yg berlaku di iraq, afghanistan dan beberapa negara islam lain. ingatlah, kita pun salah satu negara islam jugak...

23 March 2010

lompat si katak lompat

hidup nie mmg x dpt dipisahkan dgn politik. mcm2 isu ditimbulkan skrg. buat pendedahan itu ini, kononnya ikhlas nak bgtau org ramai tp terlalu ketara sgt la. permainan mcm ni org kampung dah boleh baca. atas pendedahan tanpa bukti ni, ramai pulak yg pegi buat report polis. tgk mca, ada buat report polis ke utk menjahanamkan bangsa mereka sendiri? xde pun.. melayu je suke buat keje2 x berpekdah mcm ni.

membela bangsa konon.... poket sendiri yg dibela sebenarnya. org yg kena tuduh pun kata yg mendedahkan ni penipu besar, maknenye kalau ternyata polis siasat benda ni dan mendapati semua x berasas, dia patut kena tindakan undang2. tp aku x rasa tindakan undang2 akan diambil ke atas makhluk ni sebab slalunya tindakan akan berat sebelah walaupun cuba dilakonkan seadil mungkin.

yg melompat parti ni pulak mesti la akan disokong oleh raja lompat parti jugak. raja lompat ni beria-ria nak buat demo bantahan. utk apa? melayu mcm ni mmg suka buang masa gaduh sesama sendiri drp pikir mcm mana nak majukan bangsa. sebab tu kita lihat hidup dia pun xde kemajuan. kejap lompat sana, kejap lompat sini. kejap cakap itu, kejap ckp ini. suruh ckp pandai la, tp bila masuk bab tindakan, haram satu sen pun xde gunanya. ckp je lebih.

umur pun dah lanjut, patutnya berenti je la drp politik. mcm mana pun dia cuba, dia takkan jadi wakil rakyat lagi lepas ni. sape nk lantik org xde pendirian mcm tu jd pemimpin? jaga kambing bole la. bagi laluan pd org muda je la. kita boleh lihat sebenarnya siapa jatuhkan siapa. bangsa kita ni mmg x ubah mcm ni sejak dulu. walaupun melaka sebuah negeri yg maju dan makmur lebih 500 tahun dulu, tetap hancur jugak sebab sikap bangsa kita yg mcm ni.

kita sombong utk ambil contoh mcm mana bangsa lain menyelesaikan sengketa sesama mereka. mereka bukan islam pun, malah x pernah pun sembahyang mcm kita. tp pemikiran mereka maju. dlm bertanding, mereka x menikam atara satu sama lain. tp kalau bangsa melayu, sehabis daya mereka akan cuba jatuhnya bangsanya sendiri demi utk kepentingan peribadi.

dlm apa juga aspek pun, melayu tetap suka menjatuhkan melayu. dlm perniagaan, sukan dan hiburan kita akan dpt lihat persamaannya. bersongkok di kepala, mulut manis mcm gula tp hati busuk mcm bangkai.

betapa bangsa kita sanggup mengenetepikan agama dan maruah semata-mata utk berpolitik. sampaikan masyarakat antarabangsa pun gelak dgn amalan 'demokrasi' yg kita amalkan.

tgk la apa pulak nak jadi lepas ni. apa pun, rancangan utk menjatuhkan parti yg satu lg kelihatan ketara. terlalu ketara. perancangan dibuat x teliti langsung. tiap kali menyerang, pasti kena serang balik. tu je yg aku boleh kata.....

16 March 2010

terjah....

baru² ni aku terbaca satu artikel pasal program realiti 'terjah'. kata persatuan seniman program mcm ni patut diberhentikan sebab x membawa apa² faedah pun kpd org ramai. tp org kuat 'terjah' plak kata rating penonton adalah tinggi, so buat apa nak stop?

rasa aku kalau org kuat 'terjah' ni kita terjah pasal hal rumah tangga & kisah hidupnya, dia pun x suka. cuma dia excited 'terjah' kisah hidup org lain yg lebih byk mengaibkan org, menjatuhkan maruah org. zaman sekarang fitnah dlm dunia hiburan dia panggil 'gosip' je. nama pun nama baik dah. menyebarkan gosip la katakan....

aku pun x faham knp ada org minat program² mcm ni. ilmu pengatahuan apa yg dpt lepas tgk 'terjah'? artis kena tangkap khalwat? kes dadah? semua tu xde faedah pun. yg dgr pasti akan tolong sampaikan pd member² lain yg xtau apa². mcm² versi cerita timbul mengikut mazhab si pencerita.

kalau kita tgk bangsa yg suka sgt menyibuk & menjaga tepi kain org, bangsa tu la yg susah nak maju.

ikan


isu kotak ikan berinsulasi ari tu x pulak masuk dlm aduan rakyat. nak buat tol kat laut x boleh, salah satu cara nak buat duit ialah dgn mewajibkan semua pemborong menggunakan kotak ni. tp bukan semua yg terlibat, cumanya pengimport ikan drp negara² jiran je.

walau camner pun, tujuannya x lain x bukan dilihat sebagai menangguk di air yang keruh. dlm mengatasi kemerosotan jualan ikan tempatan, pihak² tertentu cuba utk menaikkan harga import ikan dgn cara mewajibkan semua pengimport ikan menggunakan kotak berinsulasi ni. harga kotak ni dah tentu la mahal drp harga kotak yang warna oren slalu digunakan tu. kalau kos naik, agak² sape yg kena tangung? mesti la kos tu akan pergi balik kpd pembeli. dlm tv & media cetak beria-ria buat kempen pengguna bijak, tp kat belakang tabir 'menyembelih' pengguna secara senyap².

satu lagi yg nampak ketara sgt ialah isu monopoli. hanya satu syarikat je yg membekalkan kotak/tong tu. dah tentu la ada org yg berkepentingan disebalik peraturan baru ni. penggunaan kotak lama x menimbulkan sebarang masalah pun kepada pengimport ikan knp perlu ditukar? xde sebab cari sebab.....bila harga ikan naik, peniaga juga disalahkan.

mcm kempen kurangkan gula. naikkan harga gula, buat kempen kurangkan gula utk alih perhatian masyarakat. bagi yg slalu minum kat kedai, kalau mintak teh tarik kurang manis pun harga sama jugak. kalau teh tarik naik 10sen, teh tarik kurang manis pun naik 10sen. walaunpun harga gula 1kg naik 10sen, teh, kopi semua akan ikut naik 10. pihak yg bertanggungjawab dlm menyuarakan kenaikan harga guna ni menggkaji bahawa 1kg gula naik 10sen, kalau 1 sudu (+-10gram) akan naik 1sen je. jadi xde sebab peniaga nak naikkan harga minuman kalau gula naik 10sen. dgn itu maka kenaikan harga gula dgn mudah diluluskan oleh kebinet.

ramai yg mungkin x kisah sgt dgn kenaikan 10sen harga gula tu sebenarnya. tp alasan tu biar la betul & kukuh. ni alasan mcm org nak menipu je. ckp saja harga gula dah lama x dinakkan, so apa salahnya naik skit kali ni. semua org pun faham & puas hati. ni kalau cerita bab 1kg, 1 gram la...bikin org kampung pening je.

sebarang kenaikan harga barang pun, pihak yg berkepentingan ni akan menunding jari kt peniaga jugak. aku x berapa nak mkn ikan sgt, so x kisah la kalau harga nak naik brp byk pun.






10 March 2010

aduan rakyat....

secara x sengaje aku tertengok rancangan aduan rakyat. kali ni isu tentang klinik desa area sungai besi. punye la ramai org beratur. tp siapa nak ambil peduli? kalau dia ajukan pd menteri sekali pun, jawapan ni pasti kita dgr, 'kemudahan kesihatan kita lebih baik drp negara lain'.

apa2 isu pun kalau dibangkitkan, jawapan mcm ni la yg biasanya akan didengar. x dinafikan, jika dibandingkan dgn somalia, oman atau pun papua, negara kitalah yg terbaik. tp cuba dibandingkan dgn thailand, singapura dan brunei? kita sendiri dah tau apa taraf negara kita.

ntah apa yg mereka yg diberi tanggungjawab membela rakyat ni buat. mungkin bagi mereka yg penting, penuhkan poket sendiri dulu sementara masih berjawatan. ni lumrah org politik negara ni. x ubah mcm lumrah negara dunia ke-3! nama je negara membangun, hakikatnya poket2 golongan tertentu yg membangun, bukan taraf hidup rakyat.

08 March 2010

my precious

sejak dulu lagi aku mmg mengidamkan sgt sebuah nadi vr4 dalam cesis saga. x terfikir pun yg aku dpt pakai sebuah kereta yg mcm tu. cuma angan² tu byk le. byk sgt problem kalau nak muatkan sebuah enjin yg berkapasiti 2.0 liter ke dlm body yg hanya menempatkan sebuah nadi 1.5 liter, single cam.

suatu masa dulu aku hanya boleh berangan & bermimpi je la. sebenarnye aku agak kagum dgn mane² pemilik saga yg bernadikan enijn ni. pada aku, enjin ni sudah lebih drp cukup. body saga pulak ringan.

dulu slalu je aku keluar mlm² minggu utk pegi tgk org race kt tempat aku. niat aku satu je, nak tgk saga hijau yg dikatakan 'kuat' pd mase tu. seronok la jugak sebab aku sendiri pun guna saga jek. cume mase tu saga aku mcm tukun, berlubang sane sini, asap pun putih semcm jek. tp keta yg byk berjasa tu x pernah menghampakan aku langsung. rosak mcm mane pun aku tetap boleh drive. dgr saga ijau tu punye bunyi pun dah merdu pd aku.

aku terpaksa mengaku yg aku agak taksub dgn saga yg 'highly modified' ni. jarang² nampak atas jalan. sebuah saga yg bernadikan vr4 adalah sebuah jentera yg mantap dan sgt berkuasa. jika dibandingkan nisbah kuasa enjin & berat kereta tu sendiri (power to weight ratio), nyata wira pun kalah. ramai org kata saga ni mcm tin milo, kena skit dah kemek. betul la tu....

aku sendiri pun x pernah terfikir utk mampu memiliki jentera yg aku impikan selama ni. nak modify apa yg aku ada sekarang dah tentu menelan belanja jutaan rupiah. dgn memikirkan masalah-masalah yg dah menjadi lumrah kpd kaki² turbo, alat ganti yg terpaksa dikacuk sana sini merumitkan lagi proses modify enjin. tu belum kira pomen yg xde sijil bikin kereta lagi. main hentam je welding sana sini. kalau cesis crack lagi la sakit otak.

mmg letih memikirkan tu semua. tp kalau dah minat, ape ade hal. rembat aje yg dah siap modified. x pyh nak pening² kepala nak buat tuning. tp aku x nafikan, dlm memilih keta 2nd hand ni mmg perlu teliti betul². kadang² ada org nak jual kereta sebab kereta tu dah x boleh nak blah dah. mungkin owner lama dah fedup dgn masalah yg x pernah nak abis. asyik duit je abis, lebih baik jualkan aje.

lagi satu nak kena tau gak skit sebyk sejarah kereta yg nak dibeli tu. knp nak jual? pernah accident ke? ada masalah besar ke kt enjin? semua ni perlu dinilai btul² sblum membuat sebarang keputusan. dan aku telah pun membuat keputusan:





































amcm? boleh pergi perang x? ape yg best ialah enjinnya ialah dari model vr4-rs dgn 240 kuasa kuda dlm keadaan standard. seronok memandu tu dah semestinye. bunyi pipe & enjin pun mengasyikkan. walaupun bg kebanyakan org, apelah sgt. saga tetap saga. tp pd aku, x kisah la ape org kata pun. aku bersyukur dpt memiliki sesuatu yg dah lama aku idamkan. satu kepuasan peribadi yg tak ternilai.....