31 May 2010

jgn marah x tentu pasal

tiada apa yg menggemparkan bila mana israel dilaporkan menyerang kapal yg mengangkut bantuan kemanusiaan ke bumi palestin. mmg tugas mereka melindungi perairan mereka dan sesiapa yg ingkar terpaksa menghadapi tindakan sewajarnya.





tidaklah aku menyokong sedikit pun tindakan israel tu. malah semua umat islam mmg patut merasa marah tentang kejadian yg tidak sepatutnya tu. tp mungkin pd pihak tentera israel, mereka hanya menjalankan tugas melindungi keselamatan negara mereka. mesti ramai yg marah meluap2 bila aku ckp mcm ni. sabar dulu.... jgn cepat hukum aku.

apakah bezanya tindakan israel menembak org awam yg x bersenjata dengan polis malaysia yg menembak budak berumur 15 tahun yg hanya memandu tanpa lesen? askar israel adalah yahudi manakala polis yg menembak mati budak sekolah berumur 15 tahun tu beragama islam.

kalau kita x boleh terima alasan askar israel menembak kerana perairan negara mereka diceroboh, bagaimana kita boleh menerima alasan pihak polis menembak seorang budak sekolah yg x bersenjata kononnya budak tu mengundur kereta hendak melanggar polis? knp kita x boleh faham bahawa askar israel hanya menjalankan tugas mereka melindungi negara mereka tp kita boleh terima alasan seorang islam menembak budak islam yg lain hanya kerana dia x memberhentikan kereta apabila diminta?

mana yg lebih kejam sebenarnya? kuman diseberang laut atau gajah didepan mata? aku x sedikit pun sokong apa2 tindakan israel ke atas umat islam tp kita sepatutnya dah faham israel mmg xkan memberi muka kpd rakyat palestin dan umat islam keseluruhannya. membunuh umat islam di palestin sudah menjadi tugas hakiki askar israel tp mengapa kita cuba nak betulkan keadaan yg dah x boleh nak dibetulkan dan telah berlanjutan sejak puluhan tahun sedangkan kita boleh cuba betulkan apa yg x betul dlm negara kita sendiri? sama seperti kita cuba mendidik harimau supaya makan sayur bayam/kangkung/sawi sedangkan binatang tu dicipta utk membunuh dan memakan daging.

bukanlah juga bermaksud kita jgn menentang israel kerana takut dgn tindakan mereka tp tindakan kita sepatutnya biarlah berbaloi. akibat diserang, bekalan beribu tan menjadi sia-sia je sebab x sampai kpd yg memerlukan pun. israel dah umumkan yg mereka takkan benarkan segala jenis bantuan pun masuk ke palestin, tp ada yg masih membuta tuli terus berkeras menghantar bantuan. ini adalah sia-sia. lebih baik kita dan pemimpin kita fikirkan cara bagaimana supaya semua negara islam boleh bersatu dan kenakan tekanan ke atas amerika supaya israel tidak terlalu angkuh. tp ada negara islam yg berfikir mcm tu? pemimpin negara2 islam lebih pentingkan poket dan perut mereka sendiri. dlm masa yg sama mereka kena tunjukkan yg mereka pun perihatin ke atas rakyat palestin. jadi, mereka menyumbang berjuta ringgit utk memberi bantuan yg akhirnya sia-sia saja. hanya kerana nak tunjuk yg mereka perihatin.

lihat saja bagimana negara2 arab hanya membatu je sejak puluhan tahun melihat israel menyembelih palestin. mereka ada kuasa. kuasa yg digelarkan oleh barat sebagai 'emas hitam'.

mereka sama seperti kita. bezanya kita adalah melayu dan melayu jarang berfikiran diluar kotak. drp marah aku x tentu pasal tentang entri ni, cuba renungkan apa yg aku kata....

24 May 2010

krisis

kalau kita perhati btul², setiap kali masalah krisis gula berlaku pihak yang berwajib akan menunding jari mengatakan salah pengguna. baru² krisis gula di pahang dikatakan berpunca drp pembelian panik oleh pengguna.

pada aku alasan menteri/timbalan menteri yang berkenaan sekadar melepaskan batuk di tangga je. baik jgn jawab lain kali. mereka memberi alasan seolah-olah pengguna ni bodoh sgt sebab panik x pasal². hakikatnya, krisis gula kt pahang dah lama berlaku, bukannya baru sehari dua. takkan pengguna panik hari² sampaikan bekalan masih x cukup. logiknya, kalau permintaan tinggi tentu saja pengeluar/pembekal akan membekalkan lebih byk gula kerana jika dpt jual banyak, banyaklah juga untungnya.

bagi alasan mcm org malas. org mcm ni lah juga dilantik menjadi menteri/timbalan menteri. kalau kaum cina, mmg diaorg takkan pilih dah manusia mcm ni jadi pemimpin. cuma melayu je aku x faham. org kita selalu sgt mengambil pendekatan dgn memilih melayu utk menjahanamkan melayu. buat apa pilih org yg x boleh nak bela masyarakat yg dipimpin? alih² letak kesemua kesalahan kpd masyarakat/rakyat. sgt² x bertanggungjawab & sangat² kolot org mcm ni.

apa pun masalah kebanyakan menteri/timbalan menteri kita yang melayu khususnya akan memberikan jawapan mcm org kurang akal. jika harga minyak naik, alasannya harga minyak di negara kita masih murah berbanding negara² lain. lepas tu mereka akan gunakan media utk bandingkan negara kita dgn negara² bkn pengeluar minyak seperti singapura dan thailand. dalam pada itu mereka akan membolot kekayaan petronas utk kepentingan projek peribadi atas nama 'kemajuan'.

sebab tu DEB berjaya memperkayakan segelintir masyarakat melayu dan memiskinkan ramai melayu yg lain. adakah DEB berjaya? bagi mereka, tentulah berjaya kerana ramai jutawan melayu lahir drp DEB (dari puak² dan kaum kerabat mereka juga).

isu terhangat sehingga hari ni ialah isu memberi lesen perjudian bolesepak piala dunia. jika benar nak beri, gunalah alasan yg kukuh supaya rakyat x membangkang. tp menteri² kolot & serabut ni dah mcm x boleh nak fikir idea lain lg. semua org islam pun tahu judi tu haram, bukan soal hukum lagi dah. lihat saja jawapan drp timbalan menteri kewangan, lesen judi diberikan utk mengelakkan drp berlaku perjudian haram. bodoh x bodoh seorang melayu bg jawapan mcm tu. cina pun pening kepala dgr.

mmg tujuan sebenar kerajaan mengeluarkan lesen judi tu supaya boleh menjana pendapatan dan ia sudah tentu jugak utk menjana ekonomi negara. tp jgn la bg alasan mcm budak belum akil baligh, "kena beri lesen utk elak drp perjudian/pertaruhan haram". perjudian tanpa lesen tetap akan berlaku sama ada kerajaan beri lesen atau x. so knp nak guna alasan yg rata² rakyat pun tau mereka kena kencing? yg beri penjelasan pulak tu yg beragama islam. mane ade judi x haram. ade lesen ke x ke semua judi haram. so ayat kena la betul. judi tanpa lesen, bukan judi haram.

x perlu nak jelaskan panjang lebar tentang cara & siapa yg dibenarkan utk membuat pertaruhan kerana rata² judi yg ada skrg ni pun (sportstoto, magnum4d, da ma chai) semuanya ramai melayu yg join. mane ade kerajaan boleh kawal pun. jabatan agama islam negeri lebih berminat tangkap org khalwat drp tangkap org beli nombor ekor. sebab? ramai yg beli nombor ekor tu yg terdiri drp kakitangan kerajaan seperti anggota/pegawai polis, kerani, dan ramai lg. kalau tangkap org khalwat selalunya pasangan muda mudi. untung² dpt tgk gadis² muda berpakaian seksi. nak lagi untung, dpt buat seks free sbg pertukaran utk melepaskan mereka yg ditangkap.

ade pulak yg x puas hati kalau aku ckp mcm tu, tp cube kita lapangkan mase setiap sabtu/ahad lepak dpt kdai nombor ekor ni...tgk siapa ramai yg beli kalau bukan melayu. helmet x tanggal. kalau yg polis mungkin malu skit nak pegi kedai. so beli la kt penjual nombor yg xde lesen ni (black market). selamat imej. kalau menang boleh kasi anak bini makan besar. esok dah tua, anak x reti nak hormat mak bapak pasal bg makan duit haram.

pokok pangkalnya org ramai dah mula bising pasal menteri/timbalan menteri yg kurang menggunakan otak sewaktu bercakap. org nombor satu nak cuba pujuk rakyat dgn agenda 1Malaysia, tp anak² buah dok sibuk sokong PERKASA yg lantang menyemarakkan lagi api perkauman. tp heran jugak apsal PERKASA diam je pasal isu judi ni.

segolongan mufti², ustaz² pun same je. kalau buka mulut, silap² boleh kena tukar/pencen awal. jadi lebih baik diam & jadi ulamak pengecut. tp bila berckp dlm forum perdana ehwal islam berkobar² suaranya. bila sampai bab tindakan, merekalah manusia yg paling x berani bersuara walaupun kerana benar. x semestinya manusia munafik tu berpakaian seluar jeans dgn baju yg koyak rabak. kadang² mereka juga berjubah, berserban, dan berjanggut.

x perlu melenting kerana sapa makan cili dialah yg rasa pedas. aku x menuduh sesiapa, cuma ni la keadaan yg aku nampak skrg. bila satu pihak membantah tentang suatu cadangan/pelaksanaan drp pihak kerajaan, mereka akan dianggap sbg pembangkang. walhal ia mungkin sebuah teguran/pendapat.

isu ni takkan menjadi hangat sekiranya yg memberi penjelasan ttg perkara ni adalah org yg bijaksana. kerajaan mungkin mempunyai alasan mereka yg tersendiri tetapi manusia² yg kurang cerdas akalnya yg berada dlm kerajaan ni la yg membantu lebih ramai org lain membenci kerajaan. dari sekecil² isu sampai la kpd isu² yg melibatkan sensitiviti masyarakat, mereka mmg x pandai memberi penjelasan.

isu menentang penggunaan kalimah Allah oleh org kafir adalah harus, hukum berjudi pula nyata haram. peliknye xde satu pun jabatan kerajaan, baik pihak mufti ataupun ngo bersuara menentang perkara ni. sebab tu barat cukup suka bila kita mengaku kita negara islam. sebab islam di malaysia semua boleh.....

22 May 2010

minat

sejak kecik aku mmg minat dgn astronomi. sebenarnya cita2 aku yg betul nak jd ahli astronomi. aku rasa minat ni bermula sejak mak aku belikan aku siri ensiklopedia mase aku skolah rendah dulu. dlm byk2 siri aku suka baca siri pasal bumi & planet2. budak2 sebaya aku mase tu mana minat pun benda2 ni.

sejak kecik aku dah terbiasa dgn istilah2 astronomi. planet paling besar, halaju cahaya, graviti & mcm2 lagi. seronok bila mengetahui sesuatu yg x ramai yg org tahu. namun minat tu makin lama makin pudar bila aku lama kelamaan x dpt lagi menerima fakta2 yg mcm x masuk akal.

tp sejak aku balik drp kursus esq, tiba2 minat tu kembali semula bila mana kursus tersebut berjaya membuka mata hati aku utk melihat semua ni menurut pandangan islam. setahu aku belum pernah lagi sebelum ni astronomi dilihat mengikut pandangan islam. semuanya dicedok bulat2 dari barat.

x dinafikan aku mmg terlalu kagum dgn ilmu2 mcm ni. dulu aku x pernah faham apakah maksud 1 tahun cahaya (1 light year). yg aku tau, kilometersejam (km/h). hanya baru saat ni aku tau apakah yg dimaksudkan dgn perkataan tu. bayangkan:

cahaya bergerak = 186,000 batu dalam sesaat
= 287,600 kilometer dalam sesaat

kalau nak tau berapa laju halaju cahaya dlm bentuk km/h:

= 287,600 x 60saat x 60minit
= 1,071,360,000
= 1.07 bilion km/h

jarak matahari dgn bumi pulak:

L = J/M (L=laju, J=jarak, M=masa)
J = L x M
= 287,600 x 8 x 60
= 138,048,000 km

jauh x jauh la....138 ratus juta kilometer aje.....

kalau seseorang memandu 110km/h dari bumi, dia akan sampai di matahari lepas 145 tahun 3 bulan.

seperti yg kita semua tahu, xde apa pun yg lebih laju drp halaju cahaya.

halaju bunyi = 1,236 km/h atau pun 343 meter sesaat (343m/s). angka2 ni sebenarnya sgt berguna kalau kita fikirkan betul2.

contohnya kalau kita nampak kilat, x semestinya kita dgr bunyi guruh pd waktu yg sama. kiraan ni boleh digunakan utk buat anggaran berapa jauhnya kilat tu dari kawasan kita.

19 May 2010

saman....

ada yg menyokong supaya jpj x mengurangkan kadar kompaun dan penalti bg mereka yg lewat byr saman. xde sape pun nak nafikan yg salah tetap salah.

tp adakah cara ni praktikal utk kurangkan kadar kemalangan jalanraya? aku pun x rasa yg jpj serius dlm misi utk mengurangkan kadar kemalangan. mereka lebih berminat utk tahan lori2 yg lebih muatan sambil anggota mereka buat 'duit tepi'. lgpun mana pernah jpj tahan kereta yg dipandu melebihi had laju?

saman2 jpj pd kenderaan persendirian lebih berkitar kpd lampu x menyala, cermin gelap, roadtax & lesen tamat tempoh, dan beberapa lagi saman 'bodoh'. adakah saman2 mcm ni dpt mengurangkan kadar kemalangan? brp peratusannya? tindakan utk tidak memberi diskaun kepada pesalah trafik dilihat lebih kpd 'mendapatkan wang' utk jabatan. kerajaan akan dilihat lemah darisegi kewangan kerana terpaksa mengerah segala sumber yg ada utk mendapatkan wang. seperti mana yg kita semua tahun, pendapatan negara bukan saja terdiri drp export dan cukai, tp ada juga hasil tanpa cukai seperti mana saman dan denda oleh pihak mahkamah.

kerajaan lebih suka jika lebih byk saman dikeluarkan dgn ertikata lain, negara akan lebih berduit sekiranya saman kerap dikeluarkan kerana kerajaan akan menjana pendapatan apabila org ramai membayar sama. bukan memihak kpd pesalah trafik yg dah kena saman, tp jika benar pihak yg terlibat bersungguh-sungguh dlm menjayakan kempen keselamatan jalanraya, ini bukanlah satu langkah terbaik.

mereka yg x byr saman sudah tentu akan disenaraihitamkan. jd, mcm mana susah sekali pun, seseorang akan cuba juga membayar samannya. kalau x byr lesen memandu x boleh nak hidup, roadtax pun sama. jd ikut jln mane pun, org akan byr jugak. so apakah rasionalnya kerajaan menekan mereka ni utk dikenakan penalti pulak? berapa kerat sgt yg liat nak bayar?

sama mcm kempen merokok. aku tetap akan kata kempen merokok mmg membazir. adakah kita boleh suruh org berhenti merokok hanya dgn berkata, "jgnlah hisap rokok, merbahaya pd kesihatan"....? jd utk apa kerajaan belanja berjuta2 ringgit utk kempen membazir mcm ni?

aku katakan yg pihak kerajaan sendiri x pernah serius dlm kempen ni. perkata pertama mereka akan lakukan sekirannya mereka betul2 komited pd kempen ni ialah melakukan penguatkuasaan yg bersepadu utk membanteras gejala merokok di seluruh kawasan pejabat kerajaan di negara ni. tp ada mereka buat? xde pun. yg penting duit masyukkk...berjuta habis utk buat poster, gambar2...semua tu masuk ke poket mereka yg bekepentingan je. hakikatnya takkanlah perokok nak buat kempen berhenti merokok. mcm kita minta ah long jd ustaz. langsung takkan jadi.

16 May 2010

kalah....

kekalahan bn mmg dh dijangkakan sebab kawasan sibu bknlah kawasan org melayu. rata2 masyarakat bangsa lain selain drp bangsa melayu boleh berfikir mcm mana nak ajar kerajaan supaya x bongkak & angkuh sgt. cuma melayu saja yg pemikirannya lain. biarlah kawasan melayu xde air, jln x elok, hasil ladang kena tipu, mereka akan tetap menyokong org yg menipu mereka. sebab? dlm kepala dah tersemat, biarlah kena tipu dgn bangsa sendiri drp kena tipu dgn bangsa lain.

berlainan dgn kaum2 lain yg terang2 menolak sesiapa saja yg kurang bagus dlm memberi khidmat kpd masyarakat. walaupun bn memiliki segala kelebihan dari segi wang ringgit, media yg membantu mereka dlm berkempen, malah pihak spr sendiri yg dianggap oleh ramai sbg salah sebuah parti komponen dlm bn turut membantu, tetapi mereka kalah juga.

barangkali bn lupa bahawa janji2 mereka hanya laku utk kaum melayu. walaupun di hulu selangor sekolah cina mendapat bantuan kewangan, malah wakil rakyat yg dipilih adalah drp kaum minoriti, mereka yakin melayu tetap undi mereka. dan ini terbukti betul. biarlah sekolah agama tidak mendapat apa2 bantuan, biarlah kaum lain yg dipilih menjadi ketua/calon melayu tetap menyokong melayu walaupun ditipu oleh bangsa sendiri.

malas nak ckp lagi. mungkin ada pihak yg berkata aku x patriotik. tidak setuju dgn beberapa kerat melayu dlm kerajaan bukan bererti tidak setuju dgn kerajaan keseluruhannya. bn perlu ubah mentaliti dan hapuskan saja melayu yg x reti berkempen dlm parti. isu polis, isu judi semuanya dijawab mcm budak sekolah darjah 1. puak2 ni patut diusir keluar drp parti kerana membantu menjahanamkan parti dari dlm.

bosan

lame x bwk vr4 aku jalan2 ke kl sejak kena 'tiket' dgn jpj dulu. kebetulan ada janji nak g uptown danau. pekena malis skali. ujan yg turun menyebabkan aku x dpt x melenjan vr4 tu puas2. diasebabkan ujan, minyak pegi balik ade la dlm rm30, tu pun ade lebih. aku pun pening pk camner enjin 4G63T ni mentekedarah minyak. kejap ok, kejap mcm air sungai.

nak kate aku drive slow sgt, xde la jugak. skali skala ade gak cecah 180km/h. tp aku suke. minyak jimat, mcm aku bwk CAD je. ekon la xde. abis compressor jahanam x dpt menampung rpm enjin yg tinggi. biase la masalah tu. dulu pun aku dah kena. asal slalu rev sampai 7000 rpm, mmg compressor cepat 'kong' punye la. tp mane dapat tahan. bunyi downpipe waktu rpm tinggi tu terlalu merdu. mesti mau dgr jugak.

walaupun boost stendet, tp bole la. aku nak laju2 pun buatpe. bknnye nak main drag tiap2 minggu. xde kepuasan lgsg kalau main drag pd aku. sampai bile pun takkan abis modify kalau nak laju. tp skill boleh diasah. kalau hari2 berlatih, lame2 terrer jugak. dlm drag skill ape yg ade? semua org pun boleh masuk, janji kete power. jalan pun lurus.

kalau skill bagus, keta x brp power pun sedap jugak melayan....

15 May 2010

x sangka....

smlm aku sampai bentong dlm pkul 6.45-7.00pm. lepas balik keje mmg cepat sampai kalau x singgah memana.

tepat jam 9mlm aku dh ada kt balai bomba seperti yg dijanjikan. jumpa org utk amik laptop. borak la kejap dgn mane yg ade. x semena-mena dtg la sorang brader dari arah pintu pagar depan balai terus bersalaman dgn kitaorg. katanye keta dia rosak. mulanya aku ingatkan dia org bentong sebab dari pakaian x menampakkan dia yg tu org yg berjalan jauh.

dia nak cari pomen utk repair keta dia. tp rase aku memalam ni mane la nak cari. kalau ade pun, spare part pulak xde. kdai semua dah tutup. katanya lagi klac keta dia rosak sbb x boleh masuk gear. mulanya aku malas sgt nak pikir, sebab aku nak cepat balik siapkan keje aku.

tp tergerak pulak hati aku nak tanye lebih. aku pun tanye la simptom2 kerosakkan keta dia. memula aku pk klac la yg abih. tp lepas tu terpikir plak kalau klac abih, takkan la tersadai tepi jalan. slalunye kalau klac abis ni time nak naik bukit yg terasenye. gear patutnya xde masalah. so aku terus tangkap yg klac dia putus kot. aku mintak utk check keta dia, so kitaorg pun pegi la berdua.

baru aku tau nissan ad resort x pakai kabel. klac jenis hidraulik. terus aku call si pilin mintak dia dtg. pilin kata pump bocor le, aku pun dah agak dah. lepas tu aku pikir baik pegi hintac je mane tau dia x tutup lg. nasib kitaorg baik, dia baru sgt nak tutup. bagusnya cina ialah, walaupun kdai dah nak tutup sanggup lagi bukak balik lampu, cari spare part. ingatkan mahal, rupanya murah aje. klac pump dgn minyak baru rm60.

dipendekkan cter pilin pun dtg, syareel pun ada sebab pinjamkan tools. semua setel dlm kul 10.45. ape yg seronok ialah perasaan puas dpt menolong org dlm kesusahan. ralat jugak aku time dia nak bagi duit, padahal bukan aku yg buat keje pun. pilin yg buat. bile pikir2 balik, ni la yg dikatakan rezeki. byk cara Allah boleh bagi rezeki tanpa kita sangka2. x pasal2 aku insaf kejap.

aku rasa kalau niat kita betul, Allah akan tolong kita. cume kadang2 sebagai manusia, susah betul nak memperbetulkan niat ni. aku ckp pasal diri sendiri, xde kena mengena dgn org lain pun.

mcm pernah aku ckp dulu, pokok pangkalnya ialah hati. susah nak membersihkan hati ni drp perasaan syak wasangka, buruk sangka, menyampah, geram, marah, mcm2 lagi la. tp bila kita dah dpt tolong org, perasaan puas mmg susah nak digambarkan. tp ada je sesetengah org yg suka amik kesempatan drp kesusahan org lain. semuanya pasal duit & tamak.

pengajarannya yg aku rasa ialah kalau kita yakin dgn Allah sbg pemberi rezeki, kita x perlu risau. kadang2 bantuan tu dtg dari sumber2 yg x disangka2. siapa sangka brader td tu dpt meneruskan perjalanan ke kelantan walaupun klac pump dah bocor? siapa pulak yg aturkan pertemuan aku dgn dia dan lain2 org yg terlibat kalau bukan Allah. peristiwa mcm ni bagus jugak kalau diafikirkan byk2 kali sebab kita dpt tahu apa maksud tersirat drp kejadian yg berlaku. nampak mcm xde ape, tp benar2 bermakna.

aku x amik pulak nombor brader tu sedangkan kitaorg sempat gi minum2 kt hajra. dia pulak sempat mintak nombor aku. ape pun semoga perjalanan dia selamat sampai ke destinasi.

11 May 2010

soal hati

ada satu program bakal dianjurkan pd 13 mei ni utk membincangkan ekonomi dan penyatuan melayu. bunyi tajuknya mmglah seronok, tp melayu nak bersatu? aku x pernah fikir melayu mampu bersatu. bersatu dlm kelompok yg kecil lalu menjatuhkan kelompok yg lain adalah satu lumrah bangsa aku.

aku sendiri kurang faham knp program sebegini masih berjalan dan masih ada org nak hadir sedangkan perjalanan program seperti ni amat jelas bersifat perkauman dan isi kandungannya sudah tentu memupuk semangat perkauman yang tinggi. dlm zaman sekarang, org yg berfikiran sempit je suka mencanangkan isu² perkauman. bangsa kita tidak sedikit pun dipandang mulia dgn program² seperti ni malah bangsa kita takkan maju sedikit pun dgn mengadakan program² seperti ni.

kita perlu akui, kita adalah salah satu bangsa yg tamak dan sanggup menjatuhkan satu sama lain. mana mungkin bangsa kita mempunyai semangat tolong-menolong yang tinggi antara satu sama lain. jika benar, kita dah lama maju dan bangsa cina dah jauh ketinggalan.

semangat seperti ni jelas kelihatan di mana-mana. di pejabat² kerajaan seluruh negara, di dunia korporat sampailah di kampung² di pedalaman. di pejabat, walaupun bangsa kita memonopoli jabatan kerajaan namun kita masih jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. kutuk-mengutuk dan umpat-mengumpat menjadi tugas utama di pejabat. walaupun bangsa kita beragama islam, bangsa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun bangsa kita kadang² melakukan perbuatan x dilakukan oleh bangsa cina yg menyembah tokong.

mana pernah kita berpuas hati, berasa gembira dan senang hati dengan kejayaan rakan/sahabat kita walaupun dalam satu pejabat/organisasi? dlm dunia perniagaan pula, tidak sah melayu kalau kita tidak cuba utk menjahanamkan perniagaan pesaing kita yg sama warna kulit, sama bangsa, sama agama dan sama bahasa pertuturan dengan kita. ini yg menjadikan kita semua melayu...

kita mengaku islam tp jarang sekali kita berfikir mengikut cara yg dianjurkan islam. kita bersolat tp kita langsung x pernah mengambil iktibar drp apa yg kita kerjakan.
pokok pangkalnya, hati. bila hati busuk maka busuklah perangai & akhlak seseorang. bukan solat atau membaca al quran menjadi ukuran baik buruk akhlak seseorang dan bukan pula org tidak solat & tidak membaca al quran adalah lebih baik. soalnya utk apa dan utk siapakah amalan kita? apakah wajar kita merasakan diri kita lebih baik dgn membandingkan diri dgn org lain?

org yg ikhlas dapat dinilai drp perbuatan & tutur katanya. drp riak mukanya, budi pekertinya dan lenggok bahasanya percakapannya. bukan drp songkok, kopiah atau tudung yg dipakainya.

apakah gunanya program yang bersifat perkauman sedangkan kita dianjurkan untuk bersatu di bawah slogan 1 Malaysia? adakah hak² keistimewaan org melayu akan terhakis sekirannya program² bersifat perkauman tidak dijalankan ataupun kita hanya takut pada bayang² sendiri? x kurang juga ada yg pandai menangguk di air yg keruh, mengambil kesempatan di atas isu ini sehingga membangkitkan perasaan perkauman yg kuat dlm diri seseorang.

kita akan dapati sifat perkauman ni takkan membawa sebarang kemajuan dan keuntungan langsung kepada kita. tiada siapa yg mahu merampas hak² kita melainkan bangsa kita sendiri yg menjahanamkannya. bagaikan anjing dgn bayang², perasaan tamak, dengki dan khianat menjadi amalan masyarakat melayu sejak dahulu sehingga kini. sifat² inilah yg menjatuhkan empayar melaka, menjadikan negara dijajah dan kekayaan negara dibolot oleh beberapa kerat melayu yg kononnya pejuang dan pembela bangsa.

tepuk dada, tanya siapakah kita, di manakah kita dan ke manakah kita akan pergi.

10 May 2010

cinta agung....

masih terngiang-ngiang lg pd aku tentang kisah yg pernah diceritakan kpd aku oleh seseorang yg aku hormati. cerita ni berkaitan dgn kasih syg. cerita ni menjadikan aku lebih faham konsep islam yg sebenar. selama ni mungkin ada yg memandang islam sebuah agama yg jumud, mundur dan xde kasih syg. sebenarnya umatnya yg membuatkan islam dipandang mcm tu.

satu kisah yg diceritakan sehingga menggetarkan hati sesiapa saja yg mendgrnya. satu kisah yg amat berkait rapat dgn kasih syg keluarga & ketuhanan. diceritakan pd aku secara ringkas tentang suatu masa dahulu ada satu keluarga yg bermusafir dipadang pasir, terdiri drp si suami, si isteri & seorang anak yg masih kecil. kemudian si suami meninggalkan si anak & isteri dilembah yg x berpenghuni utk menuju ke satu tempat yg telah ditetapkan.... maka tinggallah si anak & si isteri dgn sedikit bekalan makanan. selang beberapa hari bekalan makanan dan air pun habis. berlari si ibu td mencari air utk menghilangkan haus dan agar dia dpt menyusukan kembali anaknya.

atas rahmat Yang Maha Pengasih, maka keluarlah punca air daripada sumber yg tidak disangka-sangka. selang beberapa lama kawasan yg x berpenghuni td menjadi tempat persinggahan musafir dan pedangan yg lalu. dan x berapa lama si suami td pulang utk melihat anak yg ditinggalkannya sewaktu masih kecil lg.

kegembiraan mereka x bertahan lama apabila si ayah mendapat mimpi yg sungguh mengharukan dan mencabar kasih sygnya pada anak yg sgt dicintainya. setelah mendapat kepastian tentang mimpi tersebut si ayah lalu memberitahu kpd anaknya dan langsung x dibantah oleh si anak.

maka berjalanlah si ayah dan anak menuju ke satu kawasan yg jauh dari kawasan kediaman mereka utk melaksanankan apa yg dimimpinya. menyembelih satu-satunya anak kesayangannnya. tatkala pisau telah bersedia dileher ismail, maka bersuaralah anaknya agar si ayah memalingkan mukanya dibimbangi si ayah tidak sanggup melihat keadaan anaknya. si ayah menuruti tanpa byk bicara. saat waktu pisau telah singgah dileher si anak, tiba-tiba suasana berubah dan secara tiba-tiba pisau yg tadinya dileher di anak kini berada dileher seekor sembelihan yg besar. nyatalah kecintaan kedua-dua anak beranak ini kepada Tuhannya melebihi segala-galanya. semua org tahu itulah ibrahim dan anaknya ismail.

kisah cinta agung ini terpahat dlm al quran buat selamanya. nabi ibrahim membuktikan dlm konteks menyayangi, islam x pernah menyuruh membenci org lain walaupun anak sendiri dlm mencintai Allah. Islam x mengajar umatnya supaya mengetepikan kasih sayang sesama ahli keluarga dlm mentaati perintah Allah. tp kebanyak manusia x mcm tu.

peristiwa siti hajar berlari-lari anak utk mendapatkan air kini menjadi amalan kepada jemaah haji, tasbih yg disebut oleh nabi ibrahim & nabi ismail apabila mereka selesai diuji menjadi buah mulut dan puji-pujian yg disebut sewaktu mengerjakan haji. malah bailtullah adalah hasil tangan kedua mereka. betapa besarnya kisah cinta agung ni sehingga ia terkandung dlm rukun islam yg 5. umat islam diseluruh dunia dtg utk melihat bukti cinta agung ini dan meraikannya.

"Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim". Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik." As Shaffaat 108-110.

05 May 2010

sekilas pandang

saat pertama kali aku diperjelaskan dgn teori big bang, terus je aku xnk dgr. pada aku mengarut. mcm mana alam yg seluas ni terjadi hanya dgn satu letupan. mana mungkin? teori gila big bang ni....








aku yakin ramai jugak yg tersenyum sinis bila disebut tentang perkara ni. namun seseorang telah menyedarkan aku tentang perkara ni yg membuatkan perasaan gementar & gerun secara tiba2 mengasak hati. manakan tidak....


"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
Al-Anbiyaa' : 30


ntah knp secara tiba2 hati rasa mcm tersentap. sebak pun ade. kejadian yg baru diketahui manusia zaman kini sebenarnya telah disampaikan melalui seorang lelaki mulia lebih 1400 tahun lalu. lelaki ni digelarkan gila kerana menyampaikan apa yg diperintahkan kepadanya dan hanya selepas 1400 tahun barulah sebahagian manusia menemui kebenarannya. x tahulah aku jiwa mana yg x tersentuh bila melihat teori big bang dan maksud ayat tu.

terlalu byk ayat dlm al quran yg diammbil mudah. sedangkan kalau berfikir, kehebatan Sang Pencipta tu tetap kelihatan. kalau manusia rasa megah & besar berjalan di alam ni, boleh cuba lihat besar manakah kita.





bumi pun x nampak jika dilihat pada pandangan galaksi secara keseluruhannya. dalam apa yg dipanggil the milky way/bima sakti, saintis menganggarkan terdapat 200 bilion planet dan bumi adalah salah satu drpnya. keluasan alam pula dianggarkan mempunyai sekurang-kurangnya 100 bilion lagi galaksi seperti yg dilihat. jadi besar manakah kita? manusia x lebih drp sebutir debu di alam ni kalau nak dibandingkan.

akal fikiran manusia apabila disebut langit hanyalah membayangkan langit di atas kepala saja. langit tu terlalu luas..... buktinya:

"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat?)" Ar Rahman:33


jarak anggaran diameter sesebuah galaksi adalah 80 bilion tahun cahaya. bayangkan brp kilometer besarnya sebuah galaksi bila cahaya bergerak sejauh 300,000 km sesaat. dgn hanya 8 minit utk cahaya sampai ke bumi, manusia boleh membuat anggaran jarak bumi dgn matahari adalah 300,000(8x60saat)= 144,000,000 km. belum ada satu pun ciptaan manusia yg mampu mengatasi halaju cahaya malah adalah amat mustahil untuk manusia mengatasinya.



"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. " Al-Isra'


al quran telah menyatakan setiap sesuatu makhluk tu sememangnya bertasbih cuma manusia x tahu. ironiknya bulan mengelilingi bumi mengikut arah lawan jam, bumi mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam. bumi sendiri berputar pd paksinya melawan arah jam. malah, sel dna manusia juga berputar mengikut arah lawan jam. jgn x percaya kerana setiap jisim mempunyai jirim, setiap jirim mengandungi zarahnya yang tersendiri dan zarah terkecil adalah atom. setiap atom terdiri drp proton & neutron dan ia dikelilingi oleh elektron. percaya atau x, elektron juga mengelilingi atom melawan arah jam!




sedar atau tidak umat islam mengelilingi kaabah juga mengikut arah lawan jam sambil bertasbih. hati siapa yg x bergetar bila mengetahui perkara sebegini? namun, byk lg kebenaran al quran yg belum habis disingkap. aku x layak utk menasihati sesiapa pun melalui blog ni, cuma sekadar berkongsi apa yg aku tahu saja dan dlm masa yg sama mengingatkan diri sendiri.