ada satu program bakal dianjurkan pd 13 mei ni utk membincangkan ekonomi dan penyatuan melayu. bunyi tajuknya mmglah seronok, tp melayu nak bersatu? aku x pernah fikir melayu mampu bersatu. bersatu dlm kelompok yg kecil lalu menjatuhkan kelompok yg lain adalah satu lumrah bangsa aku.
aku sendiri kurang faham knp program sebegini masih berjalan dan masih ada org nak hadir sedangkan perjalanan program seperti ni amat jelas bersifat perkauman dan isi kandungannya sudah tentu memupuk semangat perkauman yang tinggi. dlm zaman sekarang, org yg berfikiran sempit je suka mencanangkan isu² perkauman. bangsa kita tidak sedikit pun dipandang mulia dgn program² seperti ni malah bangsa kita takkan maju sedikit pun dgn mengadakan program² seperti ni.
kita perlu akui, kita adalah salah satu bangsa yg tamak dan sanggup menjatuhkan satu sama lain. mana mungkin bangsa kita mempunyai semangat tolong-menolong yang tinggi antara satu sama lain. jika benar, kita dah lama maju dan bangsa cina dah jauh ketinggalan.
semangat seperti ni jelas kelihatan di mana-mana. di pejabat² kerajaan seluruh negara, di dunia korporat sampailah di kampung² di pedalaman. di pejabat, walaupun bangsa kita memonopoli jabatan kerajaan namun kita masih jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. kutuk-mengutuk dan umpat-mengumpat menjadi tugas utama di pejabat. walaupun bangsa kita beragama islam, bangsa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun bangsa kita kadang² melakukan perbuatan x dilakukan oleh bangsa cina yg menyembah tokong.
mana pernah kita berpuas hati, berasa gembira dan senang hati dengan kejayaan rakan/sahabat kita walaupun dalam satu pejabat/organisasi? dlm dunia perniagaan pula, tidak sah melayu kalau kita tidak cuba utk menjahanamkan perniagaan pesaing kita yg sama warna kulit, sama bangsa, sama agama dan sama bahasa pertuturan dengan kita. ini yg menjadikan kita semua melayu...
kita mengaku islam tp jarang sekali kita berfikir mengikut cara yg dianjurkan islam. kita bersolat tp kita langsung x pernah mengambil iktibar drp apa yg kita kerjakan.
pokok pangkalnya, hati. bila hati busuk maka busuklah perangai & akhlak seseorang. bukan solat atau membaca al quran menjadi ukuran baik buruk akhlak seseorang dan bukan pula org tidak solat & tidak membaca al quran adalah lebih baik. soalnya utk apa dan utk siapakah amalan kita? apakah wajar kita merasakan diri kita lebih baik dgn membandingkan diri dgn org lain?
org yg ikhlas dapat dinilai drp perbuatan & tutur katanya. drp riak mukanya, budi pekertinya dan lenggok bahasanya percakapannya. bukan drp songkok, kopiah atau tudung yg dipakainya.
apakah gunanya program yang bersifat perkauman sedangkan kita dianjurkan untuk bersatu di bawah slogan 1 Malaysia? adakah hak² keistimewaan org melayu akan terhakis sekirannya program² bersifat perkauman tidak dijalankan ataupun kita hanya takut pada bayang² sendiri? x kurang juga ada yg pandai menangguk di air yg keruh, mengambil kesempatan di atas isu ini sehingga membangkitkan perasaan perkauman yg kuat dlm diri seseorang.
kita akan dapati sifat perkauman ni takkan membawa sebarang kemajuan dan keuntungan langsung kepada kita. tiada siapa yg mahu merampas hak² kita melainkan bangsa kita sendiri yg menjahanamkannya. bagaikan anjing dgn bayang², perasaan tamak, dengki dan khianat menjadi amalan masyarakat melayu sejak dahulu sehingga kini. sifat² inilah yg menjatuhkan empayar melaka, menjadikan negara dijajah dan kekayaan negara dibolot oleh beberapa kerat melayu yg kononnya pejuang dan pembela bangsa.
tepuk dada, tanya siapakah kita, di manakah kita dan ke manakah kita akan pergi.
No comments:
Post a Comment