05 May 2010

sekilas pandang

saat pertama kali aku diperjelaskan dgn teori big bang, terus je aku xnk dgr. pada aku mengarut. mcm mana alam yg seluas ni terjadi hanya dgn satu letupan. mana mungkin? teori gila big bang ni....








aku yakin ramai jugak yg tersenyum sinis bila disebut tentang perkara ni. namun seseorang telah menyedarkan aku tentang perkara ni yg membuatkan perasaan gementar & gerun secara tiba2 mengasak hati. manakan tidak....


"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
Al-Anbiyaa' : 30


ntah knp secara tiba2 hati rasa mcm tersentap. sebak pun ade. kejadian yg baru diketahui manusia zaman kini sebenarnya telah disampaikan melalui seorang lelaki mulia lebih 1400 tahun lalu. lelaki ni digelarkan gila kerana menyampaikan apa yg diperintahkan kepadanya dan hanya selepas 1400 tahun barulah sebahagian manusia menemui kebenarannya. x tahulah aku jiwa mana yg x tersentuh bila melihat teori big bang dan maksud ayat tu.

terlalu byk ayat dlm al quran yg diammbil mudah. sedangkan kalau berfikir, kehebatan Sang Pencipta tu tetap kelihatan. kalau manusia rasa megah & besar berjalan di alam ni, boleh cuba lihat besar manakah kita.





bumi pun x nampak jika dilihat pada pandangan galaksi secara keseluruhannya. dalam apa yg dipanggil the milky way/bima sakti, saintis menganggarkan terdapat 200 bilion planet dan bumi adalah salah satu drpnya. keluasan alam pula dianggarkan mempunyai sekurang-kurangnya 100 bilion lagi galaksi seperti yg dilihat. jadi besar manakah kita? manusia x lebih drp sebutir debu di alam ni kalau nak dibandingkan.

akal fikiran manusia apabila disebut langit hanyalah membayangkan langit di atas kepala saja. langit tu terlalu luas..... buktinya:

"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat?)" Ar Rahman:33


jarak anggaran diameter sesebuah galaksi adalah 80 bilion tahun cahaya. bayangkan brp kilometer besarnya sebuah galaksi bila cahaya bergerak sejauh 300,000 km sesaat. dgn hanya 8 minit utk cahaya sampai ke bumi, manusia boleh membuat anggaran jarak bumi dgn matahari adalah 300,000(8x60saat)= 144,000,000 km. belum ada satu pun ciptaan manusia yg mampu mengatasi halaju cahaya malah adalah amat mustahil untuk manusia mengatasinya.



"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. " Al-Isra'


al quran telah menyatakan setiap sesuatu makhluk tu sememangnya bertasbih cuma manusia x tahu. ironiknya bulan mengelilingi bumi mengikut arah lawan jam, bumi mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam. bumi sendiri berputar pd paksinya melawan arah jam. malah, sel dna manusia juga berputar mengikut arah lawan jam. jgn x percaya kerana setiap jisim mempunyai jirim, setiap jirim mengandungi zarahnya yang tersendiri dan zarah terkecil adalah atom. setiap atom terdiri drp proton & neutron dan ia dikelilingi oleh elektron. percaya atau x, elektron juga mengelilingi atom melawan arah jam!




sedar atau tidak umat islam mengelilingi kaabah juga mengikut arah lawan jam sambil bertasbih. hati siapa yg x bergetar bila mengetahui perkara sebegini? namun, byk lg kebenaran al quran yg belum habis disingkap. aku x layak utk menasihati sesiapa pun melalui blog ni, cuma sekadar berkongsi apa yg aku tahu saja dan dlm masa yg sama mengingatkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment