31 May 2010

jgn marah x tentu pasal

tiada apa yg menggemparkan bila mana israel dilaporkan menyerang kapal yg mengangkut bantuan kemanusiaan ke bumi palestin. mmg tugas mereka melindungi perairan mereka dan sesiapa yg ingkar terpaksa menghadapi tindakan sewajarnya.





tidaklah aku menyokong sedikit pun tindakan israel tu. malah semua umat islam mmg patut merasa marah tentang kejadian yg tidak sepatutnya tu. tp mungkin pd pihak tentera israel, mereka hanya menjalankan tugas melindungi keselamatan negara mereka. mesti ramai yg marah meluap2 bila aku ckp mcm ni. sabar dulu.... jgn cepat hukum aku.

apakah bezanya tindakan israel menembak org awam yg x bersenjata dengan polis malaysia yg menembak budak berumur 15 tahun yg hanya memandu tanpa lesen? askar israel adalah yahudi manakala polis yg menembak mati budak sekolah berumur 15 tahun tu beragama islam.

kalau kita x boleh terima alasan askar israel menembak kerana perairan negara mereka diceroboh, bagaimana kita boleh menerima alasan pihak polis menembak seorang budak sekolah yg x bersenjata kononnya budak tu mengundur kereta hendak melanggar polis? knp kita x boleh faham bahawa askar israel hanya menjalankan tugas mereka melindungi negara mereka tp kita boleh terima alasan seorang islam menembak budak islam yg lain hanya kerana dia x memberhentikan kereta apabila diminta?

mana yg lebih kejam sebenarnya? kuman diseberang laut atau gajah didepan mata? aku x sedikit pun sokong apa2 tindakan israel ke atas umat islam tp kita sepatutnya dah faham israel mmg xkan memberi muka kpd rakyat palestin dan umat islam keseluruhannya. membunuh umat islam di palestin sudah menjadi tugas hakiki askar israel tp mengapa kita cuba nak betulkan keadaan yg dah x boleh nak dibetulkan dan telah berlanjutan sejak puluhan tahun sedangkan kita boleh cuba betulkan apa yg x betul dlm negara kita sendiri? sama seperti kita cuba mendidik harimau supaya makan sayur bayam/kangkung/sawi sedangkan binatang tu dicipta utk membunuh dan memakan daging.

bukanlah juga bermaksud kita jgn menentang israel kerana takut dgn tindakan mereka tp tindakan kita sepatutnya biarlah berbaloi. akibat diserang, bekalan beribu tan menjadi sia-sia je sebab x sampai kpd yg memerlukan pun. israel dah umumkan yg mereka takkan benarkan segala jenis bantuan pun masuk ke palestin, tp ada yg masih membuta tuli terus berkeras menghantar bantuan. ini adalah sia-sia. lebih baik kita dan pemimpin kita fikirkan cara bagaimana supaya semua negara islam boleh bersatu dan kenakan tekanan ke atas amerika supaya israel tidak terlalu angkuh. tp ada negara islam yg berfikir mcm tu? pemimpin negara2 islam lebih pentingkan poket dan perut mereka sendiri. dlm masa yg sama mereka kena tunjukkan yg mereka pun perihatin ke atas rakyat palestin. jadi, mereka menyumbang berjuta ringgit utk memberi bantuan yg akhirnya sia-sia saja. hanya kerana nak tunjuk yg mereka perihatin.

lihat saja bagimana negara2 arab hanya membatu je sejak puluhan tahun melihat israel menyembelih palestin. mereka ada kuasa. kuasa yg digelarkan oleh barat sebagai 'emas hitam'.

mereka sama seperti kita. bezanya kita adalah melayu dan melayu jarang berfikiran diluar kotak. drp marah aku x tentu pasal tentang entri ni, cuba renungkan apa yg aku kata....

No comments:

Post a Comment