20 January 2011

CRV

Ada satu benda yang aku rasa susah sangat nak kawal. Kejar kereta orang lain. Waktu adrenalin mengalir laju, rasa macam seakan-akan kaki dan tangan bergerak sendiri. Mengerah keringat enjin hingga tahap maksimum sebelum menukar gear. Aku suka bunyi tu. Aku suka rasa tu. Tapi kalau dengan VR4 aku sedikit risau. Serius aku belum dapat mengawal enjin ni sebaik-baiknya waktu dikerah.

Rasa macam tayar tak jejak atas jalan je. Brek yang terlalu cengkam juga tak bagus sebab boleh membuatkan tayar terkunci dan daya geseran menjadi kurang. Semua faktor-faktor ni aku kena ambil kira walaupun tengah 'naik sheikh' masa tu.

Sebenarnya tadi baru lepas merembat dengan sebuah CRV iVtec di Jalan Ketari-Bentong. Boleh tahan jugalah. Sebolehnya aku tak mahu memandu dengan perasaan sebab perasaan adalah musuh utama waktu memandu. Tu yang perlu dikawal. Daya pecutan & ngauman nadi VR4 tu buatkan aku kejap-kejap lupa benda ni. Lepas merembat selalunya aku akan terfikir semula adegan-adegan tadi.

cr-v_aerokit_01


Sebenarnya tak perlu merembat pun. Dah tentulah turbo la yang akan menang, kalau tak buat apa jurutera reka enjin turbo? Mana ada kapalterbang atau helicopter pakai Vtec atau DVVT? Semuanya untuk 'kuasa' sebab tu mesin-mesin ni menggunakan enjin turbo. Kuasa turbo memang betul-betul mengasyikkan... Tapi bosan juga bila nak kena isi minyak. Kuat mentekedarah petrol. RM10 boleh pegi 25km je. Hampeh...!

19 January 2011

Playsafe

Jabatan Latihan Khidmat Negara hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan ibu bapa seorang remaja Sikh yang mendakwa rambut anaknya, Basant Singh Surinderpal Singh dikacip ketika menjalani latihan di kem latihan Seri Impian di Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pihaknya membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Bandar Baru, Kedah, hari ini.

NONE“Lembaga Siasatan telah merumuskan bahawa tidak terdapat apa-apa unsur khianat sama ada oleh pelatih atau mana-mana jurulatih. Pihak jabatan pada hari ini telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, sesetengah pihak mempertikaikan kesahihan cerita berkenaan kerana ayahnya, Surinderpal Singh mendakwa anaknya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan gagal menjumpai sebarang rambutnya yang dipotong itu mahupun alat yang digunakan bagi mengacipnya.

Bapanya juga mendakwa anaknya itu dibuli dan berkata pihaknya juga hilang keyakinan dengan pihak berkuasa kem dan bimbang anaknya akan dicederakan pula.

Menurut Abdul Hadi, siasatan yang dibuat pada hari ini, menyaksikan Lembaga Siasatan memanggil seramai 16 orang saksi yang terdiri daripada pelatih, jurulatih, staf dan komandan kem tersebut - hasilnya mendapati tiada unsur khianat.

“Hasil laporan siasatan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan petang tadi,” katanya.

Lembaga Siasatan ditubuhkan berdasarkan perintah tetap JLKN.

Ia diketuai bersama oleh Pengarah Operasi, JLKN Kol Sanusi Hasim dan Pengarah Zon B, Kdr Wan Zarihan Wan Ismail dari TLDM. Ia juga dianggotai oleh Lt Thomas Anak Aungoom dari TLDM di Telok Rubiah, Perak.

Dalam sidang medianya, semalam Surinderpal, berkata beliau juga terkilan dengan kurangnya perasaan hormat-menghormati di kalangan pelatih kem kerana mereka sepatutnya telahpun diajar berkenaan signifikan menyimpan rambut oleh penganut Sikh.

"Saya bukan menyalahkan para pelatih tetapi saya merasakan ini merupakan satu penghinaan terhadap agama Sikh, tambahan pula keselamatan patutnya lebih ketat," dakwanya.

sumber: Malaysiakini.com

Rasanya semua orang dah tahu kalau satu inkues ditubuhkan sekalipun, keputusannya pasti rambut remaja Sikh ini tidak dipotong sendiri olehnya mahupun orang lain. Amacam bunyinya? Gila kan? Hehe, itulah yang terjadi jika yang membuat keputusan seolah-olah 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Jalan terbaik adalah, 'playsafe'.

Percayalah...


Sejak 1997-1998, khidmat beliau telah digunapakai untuk menjayakan satu cerita rekaan yang tiada kesudahannya hingga kini.

Tahun ni beliau muncul lagi dengan sumpah-sumpah baru dan bukti-bukti yang lebih kukuh (katanya) untuk menyokong dakwaan beliau. Trick ni bukan untuk memperbodohkan orang-orang Cina atau pun India, tapi untuk memperbodohkan orang-orang Melayu. Mereka sentiasa ditakutkan sekiranya Pakatan menang PRU-13, maka hak-hak keistimewaan Melayu akan terhapus, kuasa Raja-raja akan dilupuskan dan lain-lain perkara yang mengancam keselamatan negara dan status orang-orang Melayu.

'Trick' ni digunakan sekali lagi sebagai pembuka tirai tahun 2011. Harap-harap ada lagi lelaki yang sanggup mengaku diliwat untuk berkhidmat pada PRU-14 kurang 10 tahun dari sekarang. Kelihatan seperti si Saiful telah gagal membawakan wataknya dengan baik. Trend ini akan berterusan selagi yang difitnah belum tutup mata rapat-rapat. Percayalah.....


kesian

Kesian si kecil ni. Baru kes disebut di mahkamah, dah ada lagi yang kena bongkar. Rakan-rakan tiada yang bersungguh-sungguh membantu. Kalau bantu nanti, timbul pula kes baru. Siapa nak cari pasal?


*foto: malaysiakini.com

kalau beliau pandai, beliau akan diam dan mungkin akan dilantik sebagai Pengerusi Felda yang akan datang seperti mana Tan Sri Isa Samad. Tapi kalau beliau terus bising-bising, tiada siapa pun dari pihak beliau akan menyokong. Sebab? Orang lain pun nak jadi MB Selangor jika Pakatan kalah nanti. Takkan nak bagi dia lagi.... hehe

bodoh betul la

kalau mangkuk hayun baca berita ni mesti kembang semangkuk..

Duta Besar Iran Iktiraf Umno Parti Islam

KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi.

"Umno adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya," beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Umno Online semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Umno hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menjelaskan kepada duta berkenaan tentang perjuangan Umno untuk agama seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti serta isu semasa membabitkan agama.

"Umno menghormati agama-agama lain dan masyarakat di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, tetapi apa yang sangat ditekankan dalam konteks Islam ialah pengukuhan akidah agar tidak berlaku pemesongan," katanya.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Tengku Adnan juga menerangkan pemimpin Umno tidak bertolak ansur dalam soal akidah Islam, namun pada masa yang sama, percaya persefahaman dan kerjasama antara masyarakat majmuk mampu membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Tengku Adnan turut menghuraikan sejarah penubuhan Umno pada 1946 dan perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan, serta latar belakang yang membawa kepada penubuhan parti PAS oleh bekas anggota Umno pada 1955.

Dalam kunjungan ini, Dr Mohammed Mehdi turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Umno untuk bekerjasama dengan anggota Parlimen dan ulama Iran dalam rangka bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pengalaman. - BERNAMA

*dipetik dari mstar.com.my

JAIS tangkap Syiah, sekarang keluar pula berita macam ni daripada Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Untuk apa agaknya? Melembutkan hati puak Syiah di Malaysia supaya mereka keluar mengundi di Tenang?

Sejak bila pula Syiah iktiraf Sunnah Wal Jamaah? Syiah di Iran punyalah seronok waktu Saddam dihukum gantung. Lebih baik keluar berita kerajaan Israel iktiraf negara Islam Malaysia. Kan lebih gempak kerana Israel lebih digeruni. Bodoh punyak strategi nak tarik pengundi.

3 line.


ni satu lagi makhluk yang konon-konon berani. ni bukan berani. ni baling batu sembunyi tangan oleh budak-budak 3 line yang tak faham maksud perjuangan. mereka memburukkan imej 3 line tu dengan istilah-istilah yang kononnya membela bangsa dan agama. tentera jihad konon. kepala jadah jihad macam ni? agama mana ajar?

zaman nabi dulu, puak kafir quraisy je buat kerja macam ni. ni bukan kerja manusia yang faham islam. bodoh!

pakcik....

makin dekat pilihanraya makin banyak kata-kata menipu aku dengar. balik-balik benda yang sama mereka mainkan. lebih baik kurang bercakap dan banyakkan buat kerja. ni tak, umum bantuan berjuta-juta tapi sebenarnya untuk poket mereka juga.

baru-baru ni waktu aku ke warung nak beli roti canai, aku terdengar seorang pakcik bersembang dengan seorang cikgu. pakcik kata dia rasa tertipu dengan kerajaan yang ada sekarang. sebabnya mudah saja. kerajaan kurangkan cukai jalan, tapi dalam masa yang sama naikkan premium insurans. dulu nak renew insurans motor berapa puluh ringgit saja, sekarang dah beratus. motor lama, bukan yang baru pun.

aku tersenyum. gembira kerana rupanya masih ada melayu yang bijak di kawasan tempat tinggal aku tu. memang betul pun apa yang dikatakan. kalau betul nak tolong orang susah, bukanlah dengan menipu mereka. mereka bukan monyet atau babun yang tak pandai berfikir. menurunkan cukai kenderaan tapi dalam masa yang sama menaikkan premium insurans adalah satu cara menipu orang ramai.

bila orang ramai merungut, kesalahan mengapa harga insurans mahal akan diletakkan ke bahu syarikat insurans. mereka takkan terfikir bahawa ini semua adalah dasar yang dijalankan oleh kerajaan. bukan aku nak suruh orang benci kerajaan, tapi sesetengah melayu kat atas sana buat kerajaan ni macam mak bapak diorang yang punya.

dasar sebegini memang membodohkan orang ramai. mengapa harga insurans bagi kereta-kereta lama menjadi semakin mahal? alasannya ialah kenderaan lama lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. jika kita perhatikan betul-betul, majoriti kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya adalah kenderaan yang belum habis bayar lagi. maknanya kenderaan bawah 10 tahun. kemalangan bas yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ni adakah melibatkan bas yang berusia?

jika dimansuhkan cukai jalan sekalipun ia masih tak membantu sebab insurans terlalu mahal. lebih lama sesebuah kenderaan, lebih mahal insuransnya. adakah pihak kerajaan hendak memaksa secara halus supaya rakyat menambah hutang mereka dengan bank demi membeli kereta baru? atau ingin membantu proton yang setiap tahun mencatatkan kerugian?

apa perlu dibangga industri automotif seperti proton yang sebenarnya menekan orang ramai? benda ni amat halus sehinggakan ramai yang tak perasan. cukai hingga 300% dikenakan ke atas kereta import dibuat demi melindungi proton. kereta proton pula dijual sehingga 4x ganda melebihi kos pembuatan. ini semuanya untuk apa? betul proton tak paksa orang beli keretanya, tapi ia menjadikan orang ramai tiada pilihan lain melainkan mendapatkan kereta yang termurah dipasaran, iaitu proton.

itupun masih rugi juga. entah di mana silapnya. mereka yang kaya terus menerus ingin menjadi kaya. yang miskin bertambah miskin....

15 January 2011

permainan

apa yang berlaku kini adalah hasil daripada isu perkauman yang dimainkan untuk mengalihkan perhatian masyarakat kepada beberapa isu tertentu seperti kenaikan harga minyak, barang mentah dan pelbagai kos lain.

isu ini terpaksa dimainkan untuk menjaga kepentingan kedudukan sesetengah golongan dalam pentadbiran dan parti. bila perhatian orang ramai tertumpu kepada suatu isu yang melibatkan sensitiviti kaum, perhatian terhadap perkara lain yang lebih penting akan dilupakan. itulah yang aku perhatikan. setiap kali timbul isu tentang kenaikan kos sara hidup, ada saja isu-isu perkauman yang dibangkitkan.

terbaru ialah tentang isu azan masjid yang terlalu kuat. kalau pihak yang berkenaan nak merahsiakan perkara ni, tentu takkan heboh seperti sekarang. sesetengah golongan dalam kerajaan hanya tersenyum saja bila umpan mereka menjadi. masyarakat digula-gulakan dengan isu melayu dan agama islam pula. satu permainan (taktik) yang boleh dikatakan bijak untuk mereka yang bodoh!


sesal...

beberapa blog yang aku baca berjaya mengubah seluruh persepsi aku tentang sesetengah orang. kisah hidup orang lain kadang-kala boleh membuatkan kita sedar diri.

orang lain pun nak apa yang kita nak. mereka juga nak rasa selesa, cukup makan dan pakai. mereka juga punya anak-anak. mereka juga berusaha.

mengapa perlu ada sesal andainya tersungkur.....tetap bersama.

barangkali kata-kata hikmat ni yang membuatkan sesetengah orang kuat semangat untuk mengharungi kehidupan. seperti yang aku pernah katakan dulu, kita semua adalah pelakon yang melakonkan watak masing-masing. dunia adalah pentasnya. jalankan tanggungjawab samalah dengan jalankan watak yang diberi.

itu pandangan aku.....



14 January 2011

pejuang

satu ketika dulu pada tahun 1997 aku adalah antara mereka yang menyokong orang-orang yang turun ke jalanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah yang zalim. aku pernah mengikuti sekali saja ceramah berkaitan DSAI oleh isterinya dan beberapa rakan rapatnya. sekali saja.

kemudian aku menyatakan rasa tidak puas hati aku dalam internet sahaja. masa tu tiada blog. ym pun belum terkenal. tapi dalam irc kami ada 'channel' kami yang tersendiri. aku ingat lagi, dalam #politik aku memang agak terkenal. sehinggakan aku pernah mendapat OP dengan akses 499 (paling tinggi 500). tapi tak lama bila bil internet aku melambung dan talian telefon kena potong.

sekarang mereka yang turun ke jalanan 14 tahun dulu masih setia. malah masih tidak takut untuk turun lagi. percayalah. aku amat hormati golongan ini. walaupun ada yang mengatakan mereka tidak patut, apatah lagi membawa anak kecil tapi itu bukan soalnya. mereka rakyat negara ni. mereka juga punya hak untuk berhimpun. hak mereka untuk membawa anak-anak. siapa kata polis ada hak untuk memukul, menangkap dan mengkasari mereka? siapa kata itu hak polis? mereka yang berdemo di jalanan bukan penjenayah jauh sekali musuh kepada negara. mereka cuma menunjukkan rasa tidak puas hati mereka saja. salahkah? susah ke nak faham?

mereka adalah orang-orang yang berani, bersemangat kental dan tetap pendirian. kadang-kadang aku sendiri pun malu kerana aku tidak sehebat mereka dalam menentukan pendirian diri sendiri.

kepada rakan-rakan yang berkenaan, selamat berjuang. pedulikan apa orang nak kata, anda punya hak dan berhak untuk menyatakannya.

12 January 2011

proton


Saudi riyal = 0.819154525 Malaysian ringgits

setakat hari ni, itulah nilai matawang SR kepada RM. maknanya nilai matawang kita tinggi sikit daripada arab saudi. tapi kenapa kereta nasional kita jauh lebih mahal berbanding negara arab saudi walaupun telah dicampurkan segala cukai itu ini?

sesuatu yang baik untuk difikirkan. kereta import dinaikkan hingga 3-4 kali ganda supaya kereta nasional dapat dijual dengan margin keuntungan yang tinggi. tak tahulah kat mana yang dikatakan rakyat didahulukan.....

itu di arab saudi, di australia juga harganya jauh lebih murah daripada negara kita. kereta nasional untuk rakyat sepatutnya tak macam ni.

10 January 2011

comel

terus terang, AJL yang aku ikut adalah masa tahun 1986! hehe, masa tu umur aku 5 tahun. tu AJL yang pertama. lepas kumpulan wings slow down, aku dah tak ikut lagi. masa aku minat wings & search pun umur aku 8 tahun. lepas tu aku tak kisah dah.

makin lama lagu-lagu melayu makin membosankan pada aku. kosong takde makna. penulis lirik macam m. nasir, loloq & rakan-rakan seangkatan dah susah nak cari. kebanyakkan lagu-lagu sekarang main bedal untuk kasi muat album je. buat 1-2 lagu yang boleh hits, lepas tu release album.

nak pulak lagu-lagu budak AF, langsung takde makna. lebih baik aku dengan lagu indon. serius, lagu mereka lebih sedap berbanding lagu kita. tapi janganlah bandingkan lagu-lagu m. nasir pulak. memang jauh melangit la. m. nasir orang lama.
bukan baru 5 tahun berkecimpung dalam dunia muzik. memang patut orang panggil sifu pun. lagu-lagu dia lebih kepada dakwah secara halus. tu lebih baik daripada lagu budak-budak AF.

peduli apa aku dengan AJL kali ni. ramai orang sanggup nak bersesak-sesak semata-mata nak dengar lagu secara live yang lebih tak best daripada lagu cd. kalau nak dikatakan semangat tu, mana-mana tempat pun kalau kita berkumpul ramai-ramai memang semangat tu naik semacam je.

baru-baru ni aku cuba menyelami lagu-lagu spider ciptaan loloq. aku dapati lagu-lagu dia pun ada persamaan dengan lagu-lagu m.nasir. bukanlah semua, tapi ada la sikit-sikit. cuma kiasannya agak halus dan tak terlalu ketara.

satu perkara yang takkan aku lakukan ialah pergi ke konsert. aku tak minat hiburan macam tu. lagipun, buat apa sanjung orang yang langsung tak sanjung kita? baik puja kubur keramat, mana tau dapa
t juga bersahabat dengan jin. boleh kenal-kenalan. bila bosan boleh panggil dia sembang-sembang. puji & puja artis apa dapat? syok sendiri je la.

aku melihat, jiwa manusia sebenarnya kosong. disebabkan tu mereka mencari hiburan yang boleh mengisi jiwa mereka. ada orang minat disco, ada minat dangdut dan macam-macam. dalam facebook bersepah gambat anak melayu islam bangga disebalik jenama-jenama arak, tangan-tangan yang memegang air setan tu.

mungkin ada yang merasa bagus, maju dan berkaliber dengan meneguk air tu. tapi pada aku, muka babun lebih comel daripada muka orang mabuk.


06 January 2011

sakit perut

kalau nak dikira bilanya aku mula menaip, aku rasa agak terlalu lama. dulu masa blog belum wujud (sekitar tahun 1991-1992) aku menulis kisah hidup aku (blog) menggunakan word perfect 6.0.... kira latest la masa tu. diari tu aku simpan dalam floppy 1.44", hehe....
masa tu komputer ayah aku belum ada warna pun. gaya penulisan aku pula macam gaya perempuan yang umur 30 tahun (wah, matang sungguh).
namun sejak aku pandai main game, aku dah lupakan. disk tu pun hilang entah ke mana. kalau jumpa pun dah berkulat agaknya. bila dah agak lama aku tak menulis, tulisan aku langsung tak menggambarkan watak aku macam mana.
kadang-kadang bila baca balik, aku sendiri pun tak faham mood aku masa tu macam mana. menyampah pun ada.
ok la, sambung lagi nanti. sakit perut!

05 January 2011

faham

menteri dan rakyat di negara kita terutama melayu memanglah kelakar orangnya. minyak naik lagi, tapi diam-diam je. bila harga barang naik, punyalah kecoh.

timbul la pula seketul dua mamat menteri yang berlagak nak jadi wira melenting kerana harga barang naik. orang luar ketawa melihat gelagat kita yang sama ada memang bodoh atau cuba memperbodohkan bangsa sendiri.

kalau dah benda paling penting naik harga, takkanlah barang-barang lain maintain je? bodoh sangat ke nak faham?

berani

punyalah hipokrit makhluk yang bagi cadangan supaya hukuman gantung dikenakan ke atas orang yang kononnya melancarkan peperangan ke atas raja-raja melayu.

puak ni dah habis modal ke apa? nak mengampu pun ada hadnya. kenapa perlu sampai nak minta orang lain kena hukum mati? takde agama punya melayu!

sila lihat kenyataan berani bekas mufti perlis melalui artikel di malaysiakini.com hari ni:

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.
Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

makhluk yang memberi cadangan tu mahu dilihat seperti melayu mulia yang mempertahankan ketuanannya tapi hakikat sebenar beliau adalah BARUA yang tak sedar diri.

02 January 2011

entahlah

dalam pukul 1.45 pagi tadi aku terjumpa seorang lelaki berjalan seorang diri kat tepi jalan besar. dia menggalas beg sekolah. pelik betul keadaannya. nampak dari belakang macam muda. dia sempat bertentang mata dengan aku sebelum meloncat akibat letupan mercun yang aku baling di depannya.

aku : senyum dan ketawa

lelaki tu: menyumpah seranah sambil memikirkan apa kesalahan yang telah dilakukannya
pada aku

aku : maaf sebab menjadikan gelagat kau sebagai bahan ketawa aku

bila?

novel membuatkan fikiran kita berkhayal. khayal tentang cinta dan sebagainya. selalu berkhayal, bila mau berjaya?

ceramah

ceramah politik di sana sini tanpa henti. makin dekat pilihanraya makin banyak ceramah. sebenarnya kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat tu yang ditukar nama kepada 'ceramah'. baik sikit bunyinya.

tak kiralah parti apa sekali pun. mereka sama sahaja. membuka aib masing-masing atas nama kebenaran dan agama. agama mana ajar?

bukan kecewa atau berputus asa. mungkin apa yang cuba nak disampaikan tu betul tapi cara kurang menarik. lebih kepada memburukkan orang lain untuk menaikkan parti sendiri atau diri sendiri.

seperti yang aku pernah katakan, itulah hakikat demokrasi.