14 January 2011

pejuang

satu ketika dulu pada tahun 1997 aku adalah antara mereka yang menyokong orang-orang yang turun ke jalanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah yang zalim. aku pernah mengikuti sekali saja ceramah berkaitan DSAI oleh isterinya dan beberapa rakan rapatnya. sekali saja.

kemudian aku menyatakan rasa tidak puas hati aku dalam internet sahaja. masa tu tiada blog. ym pun belum terkenal. tapi dalam irc kami ada 'channel' kami yang tersendiri. aku ingat lagi, dalam #politik aku memang agak terkenal. sehinggakan aku pernah mendapat OP dengan akses 499 (paling tinggi 500). tapi tak lama bila bil internet aku melambung dan talian telefon kena potong.

sekarang mereka yang turun ke jalanan 14 tahun dulu masih setia. malah masih tidak takut untuk turun lagi. percayalah. aku amat hormati golongan ini. walaupun ada yang mengatakan mereka tidak patut, apatah lagi membawa anak kecil tapi itu bukan soalnya. mereka rakyat negara ni. mereka juga punya hak untuk berhimpun. hak mereka untuk membawa anak-anak. siapa kata polis ada hak untuk memukul, menangkap dan mengkasari mereka? siapa kata itu hak polis? mereka yang berdemo di jalanan bukan penjenayah jauh sekali musuh kepada negara. mereka cuma menunjukkan rasa tidak puas hati mereka saja. salahkah? susah ke nak faham?

mereka adalah orang-orang yang berani, bersemangat kental dan tetap pendirian. kadang-kadang aku sendiri pun malu kerana aku tidak sehebat mereka dalam menentukan pendirian diri sendiri.

kepada rakan-rakan yang berkenaan, selamat berjuang. pedulikan apa orang nak kata, anda punya hak dan berhak untuk menyatakannya.

No comments:

Post a Comment