makin dekat pilihanraya makin banyak kata-kata menipu aku dengar. balik-balik benda yang sama mereka mainkan. lebih baik kurang bercakap dan banyakkan buat kerja. ni tak, umum bantuan berjuta-juta tapi sebenarnya untuk poket mereka juga.
baru-baru ni waktu aku ke warung nak beli roti canai, aku terdengar seorang pakcik bersembang dengan seorang cikgu. pakcik kata dia rasa tertipu dengan kerajaan yang ada sekarang. sebabnya mudah saja. kerajaan kurangkan cukai jalan, tapi dalam masa yang sama naikkan premium insurans. dulu nak renew insurans motor berapa puluh ringgit saja, sekarang dah beratus. motor lama, bukan yang baru pun.
aku tersenyum. gembira kerana rupanya masih ada melayu yang bijak di kawasan tempat tinggal aku tu. memang betul pun apa yang dikatakan. kalau betul nak tolong orang susah, bukanlah dengan menipu mereka. mereka bukan monyet atau babun yang tak pandai berfikir. menurunkan cukai kenderaan tapi dalam masa yang sama menaikkan premium insurans adalah satu cara menipu orang ramai.
bila orang ramai merungut, kesalahan mengapa harga insurans mahal akan diletakkan ke bahu syarikat insurans. mereka takkan terfikir bahawa ini semua adalah dasar yang dijalankan oleh kerajaan. bukan aku nak suruh orang benci kerajaan, tapi sesetengah melayu kat atas sana buat kerajaan ni macam mak bapak diorang yang punya.
dasar sebegini memang membodohkan orang ramai. mengapa harga insurans bagi kereta-kereta lama menjadi semakin mahal? alasannya ialah kenderaan lama lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan. jika kita perhatikan betul-betul, majoriti kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya adalah kenderaan yang belum habis bayar lagi. maknanya kenderaan bawah 10 tahun. kemalangan bas yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ni adakah melibatkan bas yang berusia?
jika dimansuhkan cukai jalan sekalipun ia masih tak membantu sebab insurans terlalu mahal. lebih lama sesebuah kenderaan, lebih mahal insuransnya. adakah pihak kerajaan hendak memaksa secara halus supaya rakyat menambah hutang mereka dengan bank demi membeli kereta baru? atau ingin membantu proton yang setiap tahun mencatatkan kerugian?
apa perlu dibangga industri automotif seperti proton yang sebenarnya menekan orang ramai? benda ni amat halus sehinggakan ramai yang tak perasan. cukai hingga 300% dikenakan ke atas kereta import dibuat demi melindungi proton. kereta proton pula dijual sehingga 4x ganda melebihi kos pembuatan. ini semuanya untuk apa? betul proton tak paksa orang beli keretanya, tapi ia menjadikan orang ramai tiada pilihan lain melainkan mendapatkan kereta yang termurah dipasaran, iaitu proton.
itupun masih rugi juga. entah di mana silapnya. mereka yang kaya terus menerus ingin menjadi kaya. yang miskin bertambah miskin....
No comments:
Post a Comment