19 January 2011

Playsafe

Jabatan Latihan Khidmat Negara hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan ibu bapa seorang remaja Sikh yang mendakwa rambut anaknya, Basant Singh Surinderpal Singh dikacip ketika menjalani latihan di kem latihan Seri Impian di Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pihaknya membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Bandar Baru, Kedah, hari ini.

NONE“Lembaga Siasatan telah merumuskan bahawa tidak terdapat apa-apa unsur khianat sama ada oleh pelatih atau mana-mana jurulatih. Pihak jabatan pada hari ini telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, sesetengah pihak mempertikaikan kesahihan cerita berkenaan kerana ayahnya, Surinderpal Singh mendakwa anaknya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan gagal menjumpai sebarang rambutnya yang dipotong itu mahupun alat yang digunakan bagi mengacipnya.

Bapanya juga mendakwa anaknya itu dibuli dan berkata pihaknya juga hilang keyakinan dengan pihak berkuasa kem dan bimbang anaknya akan dicederakan pula.

Menurut Abdul Hadi, siasatan yang dibuat pada hari ini, menyaksikan Lembaga Siasatan memanggil seramai 16 orang saksi yang terdiri daripada pelatih, jurulatih, staf dan komandan kem tersebut - hasilnya mendapati tiada unsur khianat.

“Hasil laporan siasatan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan petang tadi,” katanya.

Lembaga Siasatan ditubuhkan berdasarkan perintah tetap JLKN.

Ia diketuai bersama oleh Pengarah Operasi, JLKN Kol Sanusi Hasim dan Pengarah Zon B, Kdr Wan Zarihan Wan Ismail dari TLDM. Ia juga dianggotai oleh Lt Thomas Anak Aungoom dari TLDM di Telok Rubiah, Perak.

Dalam sidang medianya, semalam Surinderpal, berkata beliau juga terkilan dengan kurangnya perasaan hormat-menghormati di kalangan pelatih kem kerana mereka sepatutnya telahpun diajar berkenaan signifikan menyimpan rambut oleh penganut Sikh.

"Saya bukan menyalahkan para pelatih tetapi saya merasakan ini merupakan satu penghinaan terhadap agama Sikh, tambahan pula keselamatan patutnya lebih ketat," dakwanya.

sumber: Malaysiakini.com

Rasanya semua orang dah tahu kalau satu inkues ditubuhkan sekalipun, keputusannya pasti rambut remaja Sikh ini tidak dipotong sendiri olehnya mahupun orang lain. Amacam bunyinya? Gila kan? Hehe, itulah yang terjadi jika yang membuat keputusan seolah-olah 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Jalan terbaik adalah, 'playsafe'.

No comments:

Post a Comment