28 February 2011

siapa melayu?

maafkan aku kalau ada bangsa melayu yang marah dengan entry aku kali ni. pertama sekali aku nak tanya, bangga sangat ke jadi bangsa melayu? ketuanan melayu datang dari mana?

jika ada melayu yang menggelarkan bangsa lain pendatang, jangan marah kalau mereka juga gelarkan melayu itu pendatang. cuba kita fikir sejenak, siapa yang membuka melaka? adakah parameswara tu nama seorang melayu?

perkataan melayu bermaksud orang yang berlari atau pun lebih mudah pelarian. tanah melayu bermaksud tanah pelarian. siapa yang lari? siapa-siapa saja yang melarikan diri daripada mana-mana pihak dipanggil melayu.

"takkan melayu hilang di dunia" wajarkah untuk dibanggakan? seorang saudagar india kahwin dengan melayu, anaknya kita gelarkan melayu juga. contoh? banyak! fikir sendirilah.

jadi bangsa melayu takkan berkurang, apatah lagi hilang. itulah pencetus ataupun penyebab si tuah berkata takkan melayu hilang di dunia. ungkapan daripada seorang yang bukan melayu. siapa kata hang tuah melayu? haha....sebab hang tuah pandai cakap melayu dan ikut adat melayu maka beliau pun dipanggil melayu....

parameswara melayu, hang tuah melayu dan mamak bendahara juga akhirnya membentuk susur galur melayu. jangan marah dulu. aku pun melayu. dalam susur galur darah keluarga aku ada hubungkait darah acheh, india dan lain-lain. jadi, layaknya aku memanglah melayu. melayu adalah hasil campuran pelbagai bangsa yang akhirnya menetap di tanah air tercinta ini. inilah melayu.

lihat sejarah amerika. siapa penduduk pribumi mereka kalau bukan kaum red indian? bertuah sungguh kita sebagai melayu. bangsa lain kita panggil pendatang, tapi terlupa asal usul diri sendiri datang dari mana.

populasi negara kita masih rendah kalau nak banding dengan negara jiran seperti indonesia. jadi dah tentu indonesia wujud dulu sebelum nama tanah melayu tu sendiri wujud. siapa pendatang dan siapa pribumi sebenarnya?






21 February 2011

sihir

masyarakat melayu kita memang takkan dapat dipisahkan dengan perbuatan dan perkataan sihir. adakah hanya melayu saja? sebenarnya bangsa lain pun hentam sesama sendiri juga dengan menggunakan sihir. cuma bangsa melayu tergolong dalam kumpulan majoriti.

kenapa perlu ada sihir? kerana ada orang takut nak baling batu. sebab tu la bila dah baling, perlu sembunyi. orang yang melakukan sihir, tukang suruh, tukang makan upah atau pun sesiapa saja yang terlibat memang patut dibalas balik. islam tu kan adil?

aku masih dengan pendirian sihir dapat diperlahankan dan dimusnahkan terus sekiranya orang yang terlibat melakukannya dimusnahkan terlebih dahulu. jika tidak, sia-sia berubat. macam siram air kat daun keladi. sebab? orang yang melakukan sihir (tukang kasi upah & makan upah) memang bertujuan untuk menjahanamkan mangsa. tak kiralah apa jadi sekali pun. sanggupkah kita meletakkan risiko ke atas anak isteri kita?

mungkin yang tak pernah kena boleh la minta suruh sabar. sabar itu separuh daripada iman. mari kita ramai-ramai sepak mulut orang yang bercakap macam tu dan kita tengok dia bersabar ke tak. kalau betul dia sabar maka wajib bagi kita mohon ampun pada dia kerana dia bercakap tentang perkara yang mampu dia lakukan. tapi kalau dia balas balik, tu tandanya dia manusia cilaka. pandai cakap dan berselindung disebalik jubah, kopiah atau pun serban.


17 February 2011

hujan batu, hujan emas

satu cara yang baik untuk dilaksanakan ialah serampang dua mata dan itulah yang sedang dijalankan. kepada pemilik kenderaan yang disaman, jika lewat membayarnya denda yang lebih tinggi akan dikenakan.

bagi mereka yang skema dan berfikiran sempit, langkah ni dianggap satu fatwa yang memberi banyak kesan positif. bila orang lambat bayar saman, kita tekan lagi orang tu supaya mereka bayar. sama ada mereka mampu atau tidak itu belakang kira. yang penting, orang tu telah melakukan kesalahan jalanraya dan dianggap bersalah. orang yang bersalah wajar diambil kesempatan ke atasnya.

haha....inilah yang berlaku bila mana negara mula mengalami krisis kewangan. wang yang ada sudah tidak mampu untuk menampung selera besar beberapa kerat pemimpin yang membela nasib melayu di atas sana. nafsu mereka semakin besar dan melayu felda atau di kampung-kampung yang menjadi mangsa kekah mereka.

biasalah. kebanyakan melayu memang akan berbuat begitu bila mana kuasa dihujung jari saja. jadi, terima sajalah sebab hujan batu di negeri sendiri lebih baik daripada hujan emas di tempat lain.

16 February 2011

tanah haram

sebenarnya aku pun tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan tanah haram. adakah di kawasan tu kita diharamkan untuk membuat perkara-perkara yang dilarang atau pun diharamkan untuk orang kafir memasukinya?

kalau orang kafir dilarang untuk memasukinya, aku rasa diaorg dapat masuk jugak. mana kita nak tau orang tu kafir atau pun tak? soal kafir yang lebih tepat hanya Allah saja yang tau. kita tengok puak syiah pun pegi haji jugak, boleh je diaorg masuk sana. sedangkan mereka ni golongan yang mengatakan bahawa jibrail tersalah bagi wahyu pada muhammad, sepatutnya pada ali. golongan syiah juga mencela para sahabat yang lain seperti umar, abu bakar dan uthman.

macam mana golongan ni boleh masuk tanah haram sedangkan mereka menempelak para sahabat, menyamatarafkan imam mereka dengan nabi, dan bermacam-macam lagi?


13 February 2011

berubat II

cara paling berkesan untuk mengatasi sihir ialah cari seseorang yang pandai untuk pulangkan sihir tu semula kepada yang membuat dan yang mengupah. kalau takde, cari saja yang boleh bantai sampai mati. barulah sihir berhenti.

niatkan dihati bahawa itu adalah kesalahan terakhir orang yang bersubahat dengan sihir tu. bila dia dah mati, ampunkan saja dosanya. bukankah mulia sebab menjadi pemaaf?

jangan jumpa ustaz-ustaz kat darul. diaorang akan suruh sabar lagi. sampai anak bini tenat pun sabar lagi. sampai dah tak boleh nak berjalan pun sabar lagi. apa kata minta saja Allah pindahkan sihir tu kepada ahli keluarga ustaz tu dan kita pula suruh dia bersabar. amacam?

salah satu sebab kenapa orang yang berubat suruh sabar adalah kerana dia tak yakin dengan kekuatan Islam tu sendiri. sebab bila dia pulangkan sihir tu tentu dia sendiri terpaksa berentap dengan bomoh yang melakukan sihir pula. kalau ilmunya tak tinggi dan rohaninya tak kuat, mampus la dia. jadi sebagai langkah keselamatan untuk diri dan keluarganya itu yang dia suruh orang lain bersabar. sabar kepala hotak dia la. ni la jenis orang yang berselindung disebalik kata-kata manis dan nasihat. kata-kata munafik.

ingat, doa orang-orang yang zalim/teranaiya tu cepat dimakbulkan. jadi, kenapa tak gunakan saja 'voucher' yang Allah bagi untuk matikan saja sihir tu? apakah salah kita mempertahankan hak dan amanah kita? ingat, orang yang mati mempertahankan diri, hak dan kepunyaannya adalah mulia.

cakap tak serupa bikin. kebanyakan pengamal perubatan lebih pandai bercakap daripada bertindak. aku berani kata kebanyakan kerana tu la hakikatnya. ilmu bukan untuk menunjuk-nunjuk. habis kalau dah masuk tv, promote sana sini tu apa? nak tolong orang la sangat. mana mungkin tolong free-free aje. bila terkenal, maka lebih ramai orang akan datang ke pusat rawatan mereka. cara ni boleh buat duit apa? tak payah susah-susah kerja. modal air liur aje.

bila orang berubat bukannya sekali boleh terus baik. kena datang jumpa lagi. kena rukyah (jampi) pun berjela-jela. bayangkan seorang pesakit ambil masa paling cepat 45 minit, kalau 100 pesakit datang dah berapa ribu minit? esok lusa kena datang lagi.

orang ramai perlu faham. bukan suruh percaya atua tidak. fahamkan perkara ni. jin & syaitan takkan mampu merosakkan manusia kerana mereka tiada upaya untuk melakukannya. apa yang terjadi adalah mengikut peraturan yang telah Allah tetapkan mengikut sebab dan akibatnya. kalau kita letak tangan atas api tentu berasa panas tapi adakah api tu yang membuat rasa panas atau Allah yang tetapkan begitu? itu yang perlu difahami.

kalau rukyah pun panjang berjela, apa guna? adakah ayat memberi bekas? berbuih-buih ustaz membaca rukyah, pesakit biasa je. jin bukan bodoh nak pergi tadah telinga kat mulut ustaz tu dengar dia rukyah. sebab tu kerap terjadi kes-kes tak selesai dan terpaksa mengulang semula. dalam sedar tak sedar keyakinan orang yang berubat terhadap keberkesanan ayat-ayat al-quran makin pudar.

ilmu dan kaedah Islam adalah yang terbaik. takkan nak lawan jin pun bermasalah? sebenarnya perawat tu yang belum cukup ilmu, itu pasal la kes menjadi-jadi lagi. orang yang melakukan sihir takkan berhenti sekali tu saja. dia akan cuba untuk lawan sampai habis. jadi, berapa lama lagi mau sabar? sampai nak cari rezeki pun tersekat-sekat. nak buat ibadah pun tak boleh. itu disuruhnya sabar lagi? GILA lah...!




berubat

pernah tak diri korang atau ahli keluarga kena sihir ataupun seangkatan dengannya? kalau pernah tentu saja pernah pergi berubat. mula-mula tentulah korang nak tau siapa yang punya angkara kan?

tapi pernah juga dalam banyak-banyak berubat tu terjumpa ustaz-ustaz yang mengatakan tak payah lah tahu. berubat je la janji sembuh, sabarlah ini semua dugaan dan lain-lain lagi. apa kata korang sepak muka ustaz tu lepas tu tengok dia bersabar ke tak. kalau dia tak bagi penerajang balik, alhamdulillah. maknanya dia bercakap dalam iman. tapi kalau dia pun naik marah dan nak balas balik, tu manusia munafik namanya. pandai cakap je lebih. suka-suka hati nak suruh orang yang kena zalim sabar. dia kena sepak tak reti pulak nak sabar.

ngantuk dah. esok sambung lagi.

valentine

bila tiba bulan februari mulalah orang-orang pejabat agama sibuk bercakap-cakap tentang valentine. yang paling seronok adalah penguatkuasa jabatan agama Islam negeri-negeri. waktu ni lah nak mengantoikan pasangan terutama remaja yang bersekedudukan.

kenapa tiap kali tiba bulan februari nak kena cakap pasal valentine? hari lain, bulan lain tak boleh cakap ke? salah ke kalau kita beri isteri bunga atau hadiah pada 14 feb?

kenapa dikatakan banyak penzinaan berlaku? pernahkah kita terfikir salah satu antara sebabnya ialah nak kawin pun susah zaman sekarang. kalau nak 'buat projek' tak perlu sediakan duit hantaran, buat kenduri kawin dan sebagainya. habis, apa fungsi jabatan agama negeri-negeri selain daripada syok buat operasi tangkap basah yang memalukan bangsa sendiri ni? TAKDE pun. mereka lebih sibuk berlumba-lumba nak naik pangkat. pakai songkok tinggi-tinggi, pakai kot, pakai kopiah biar nampak macam berilmu.

pirahhh....!

aku menyampah dengan ustaz-ustaz yang pandai cakap daripada buat ni. dulu diaorg muda-muda pun ada yang sambut. dah tua-tua ni je tak sambut. lagi pun kat mana pula jatuhnya salah kalau setakat bagi kad & bunga pada pasangan pada hari valentine? jangan merepek yang bukan-bukan. ramai saja orang berzina diluar waktu valentine.

kepada mangkuk hayun, sila baca betul-betul. adakah aku menyokong valentine atau korang yang cepat jatuhkan hukum?

11 February 2011

entahlah

jadi setelah kita mula faham ayat tu,

"...mengapa perlu ada sesal?'....

05 February 2011

sepintas lalu

fahamkan ini:

"manusia punya keinginan....dan Allah punya Kehendak.
......apa yang bakal terjadi adalah Kehendak Allah."


paling besar

nak tau dosa apa yang paling besar?

....iaitu bila kita datang mengadap tuhan, lalu berperasangka bahawa tuhan tak dapat mengampuni dosa-dosa kita selama ni.

dosa sangkaan kita tu sebenarnya lebih besar daripada dosa-dosa lain yang kita lakukan....

kerana.... kita telah mengiktikadkan (menyakini) bahawa ada makhluk (dosa) yang lebih besar daripada rahmat tuhan.

itulah syirik.

jalan....

aku memang suka berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dalam perubatan cara islam. sebenarnya tak ada bezanya pun berubat cara islam atau pun moden. sama saja. cuma istilah lain-lain. sebabnya, aku pernah katakan dulu. dalam perubatan islam, kuman/virus dianggap syaitan.

tapi perkara ni ditolak oleh para ilmuan perubatan moden walaupun mereka beragama islam. ini kerana kuman/virus boleh dilihat melalui mikroskop dan boleh di atasi dengan ubatan tertentu mengikut kaedah tertentu juga. mereka sering memperlekehkan pengamal perubatan islam yang menjampi air. malah ada juga ustaz-ustaz yang berceramah memperlekehkan golongan ni. katanya, sikit-sikit nak jampi.

sebenarnya, perubatan islam yang berteraskan keyakinan dan tawakal kepada Allah melebihi segala-galanya. janganlah samakan golongan ini dengan bomoh. bomoh mencari rezeki melalui ilmu yang mereka ada sedangkan pengamal perubatan islam yang tulen sekadar membantu orang yang memerlukan bantuan kerana Allah semata-mata.

orang yang memperlekehkan orang lain sebenarnya cetek ilmu. mereka bercakap bukan dalam bidang mereka. aku biasa tengok ustaz-ustaz begini. katanya, buat apa susah-susah nak tambah apa yang nabi ajar? kalau tak mahu kena sihir, baca saja ayat kursi. tak perlu tiup sana, tiup sini. buat itu ini.

kita kena faham, apa pun ayat-ayat yang dibaca adalah semata-mata mengharapkan pertolongan dan perlindungan daripada Allah juga. apa-apa kaedah yang diamalkan juga semata-mata untuk mendapat perlindungan dan bantuan daripada Allah. mengapa perlekehkan golongan ni?

contoh paling ketara, pembacaan ayat kursi dengan 9 kali berhenti. kata golongan ustaz-ustaz muda dari mesir, jordan dan sebagainya, nabi tak ajar pun. persoalannya adakah salah jika diamalkan? zaman nabi dulu baginda juga tak pernah menyuruh al quran dibukukan.

mengapa perkara kecil sebegini menjadi isu untuk memecah-belahkan masyarakat yang semakin hari semakin keliru dengan islam?

ceramah agama yang sering kita dengan pun sekadar berkisar kepada isu-isu luaran yang banyak kali telah dikupas. menjadikan golongan muda kurang berminat untuk mendengarnya. seolah-olah benda yang sama diputar-putar. aku tak kata salah, tapi kenapa tak ajar mereka tentang ilmu mengenal diri supaya rohani mereka mantap dan mudah untuk belajar ilmu-ilmu yang lain pula?

yang ditimbulkan ialah siapa ajar sifat 20? zaman nabi tak ada sifat 20 pun. zaman imam 4 mazhab yang ada ni pun tak pernah bangkit tentang sifat 20. apa sifat 20? siapa yang ajar? persoalan begini yang ustaz-ustaz dari mesir, jordan, syiria dll timbulkan. masyarakat yang tak tahu apa-apa ni makin bingung. ustaz-ustaz muda ni memperlekehkan orang-orang yang belajar mengenal Allah dengan cara ini.

mulut mereka petah berkata-kata memetik ayat-ayat al quran dan hadis tapi mereka lupa untuk mengawal hati dan nafsu mereka yang bersifat kebinatangan tu. tahap takwa dan ilmu seseorang bukan dinilai daripada mulut dan hafalan. jangan jadi macam iblis yang asal-usulnya merupakan ketua sekumpulan malaikat. dikatakan azazil adalah satu makhluk yang paling taat dan bijak satu masa dulu. lihat saja kisahnya dalam al-quran.

segala amalannya sia-sia hanya kerana mengikut nafsu (hati yang merasakan dirinya lebih mulia daripada yang lain). adakah mustahil ustaz-ustaz muda yang bermulut lancang ni senasib dengan iblis sekiranya mereka tak menjaga hati?

jangan sombong. jangan bongkak dengan ilmu didada sekiranya kita pegang betul-betul siapa yang Maha Berilmu (Maha Mengetahui). jangan cepat mencela orang lain tentang kaedah apa yang mereka gunakan untuk beramal.

jalan menuju Allah tu bukannya satu. mengapa nak sempitkan fikiran dengan mengatakan jalan yang digunakan orang lain tak betul? mereka yang tak betul atau diri sendiri yang belum jumpa jalan?



02 February 2011

air mineral

sebenarnya aku tak minat nak tolong sebarkan email-email mengarut yang datang dari sumber yang langsung tak diketahui.

tapi semalam aku berjumpa dengan seseorang yang menerangkan tentang kesan memakan/minum makanan yang syubhah. dulu aku tak ambil port sangat. asalkan ada tanda halal, semua ok je. namun manusia sentiasa berubah. ada baiknya jika kita menjaga apa yang kita makan/minum.

orang yang aku jumpa semalam bercakap tentang air mineral. setiap air mineral tak sama grednya. itu aku boleh terima. aku pun tau. sebab tu ada botol bertudung biru, hijau dan putih. tapi bukan tu yang dia maksudkan. menurutnya air mengeluarkan gelombang, dan air yang tak berkualiti menjadikan badan kita mudah ditimpa penyakit.

orang tu menegur member aku sedang memberi anaknya minum air mineral jenama cactus. alasannya, air tu mempunyai tahap gelombang yang rendah. malah negatif. sebabnya? asal air tu daripada sumber yang tak berapa baik. kawasan tempat mata air tu berdekatan dengan perkuburan cina dan ladang ternakan babi katanya.

aku cuma ingat tempat tu berdekatan dengan 'jalan air kuning' di taiping. disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak aku pun guna teropong hikmat lalu meneropong kawasan tu. memang betul kawasan tu berdekatan dengan jirat cina. dan yang lebih menggempakkan lagi ialah air mineral jenama spritzer turut diambil dari situ. aduhai...., tak minumlah aku air tu lagi lepas ni.



ada yang tak faham mempersoalkan kenapa susah-susah pasal ni? jakim dah kata halal jadi hukumnya tetap halal. betul. aku tak nafikan memang halal. makan guna sudu garfu dikedai makan/restoran pun tetap halal. tapi perkara-perkara macam ni perlu dititik beratkan kerana ia menjadi darah daging kita. senang cerita, perkara-perkara macam ni yang akan bentuk hati dan akhlak seseorang.

ia bukan lagi soal hukum halal atau haram. makan babi waktu darurat pun hukumnya harus, tapi babi tetaplah babi. kesan ke atas darah daging kita tetap ada. bukan boleh main ikut hukum saja.

jika hati pun dah bebal, amatlah susah untuk mengenal diri apatah lagi mengenal tuhan. itulah yang paling utama dan atas sebab tu jugalah golongan ahli tarekat/sufi memang jaga sungguh-sungguh apa yang mereka makan dan minum. sebab tu walau kita solat tunggang terbalik macam mana pun, kita takkan dapat khusyuk. bila ditanya siapa yang disembah, Allah jawabnya. dalam solat macam mana nak bayangkan sedang sembah Allah? adakah dengan membayangkan Alif Lam Lam Ha atau A L L A H? jika itulah dianya, maka orang tu bertuhankan HURUF!








01 February 2011

3R

rela, redah & redha aku suka slogan tu. entah macam mana aku nak huraikan, tapi maknanya sangat menarik. baru ni minyak naik lagi. hadiah buat pengundi felda di tenang. mereka bukan kisah pun minyak naik berapa sekali pun. mentaliti mereka senang dijangka dan pemikiran mereka sentiasa di dalam kotak sebab hari-hari pun dok tengok berita tv1 dan baca paper utusan.

semua ni kalau difikirkan memang akan membangkitkan perasaan amarah dalam hati. lebih baik fikir perkara lain yang lebih menyeronokkan. contohnya malam tadi, waktu keluar dari kawasan R&R genting sempah ada sebuah wira dok cucuk-cucuk belakang aku.

saja aku kasi chance. aku pandu macam biasa waktu nak keluar simpang. dia pulak dengan tak bagi salam terus tekan minyak kaw-kaw punya. sebagai reaksi refleks, aku pun apa lagi..... henjut jugak la. waktu tu kereta kami side-by-side. lebih kurang dalam jarak 3 buah kereta ada sebuah satria terkedek-kedek kat depan.

masuk gear dua nampak ketara aku agak ketinggalan. mungkin geram punya pasal, aku pi tekan minyak lebih yang menyebabkan wheelspin yang agak panjang. wira tu dah ke depan skit. ah, tak bleh jadi ni. terus masuk gear 3. sekelip mata wira tadi kat belakang. kejut jugak aku padahal kami sama-sama tengah 'tarik' pickup masa tu. aku potong wira tu seolah-olah dia berhenti je.

haha.... mesti terkebil-kebil mamat tu. kenapa la tak ukur dulu piping aku sebelum 'bakar-bakar'. confirm seminggu tak hilang bengkak kat hati tu. lepas roundabout kena tahan dengan jpj lagi. apelah nasib. kalau enjin tukar & blum endorse memang malang bertimpa-timpa la.

hasrat hati saja la nak gurau-gurau dengan taiko seperti bmw, merc, honda ke. sekali yang datang serah diri anak ikan (wira).... adoi!

* entry aku yang penuh perasaan riak, uhuhu