Malas nak ulas panjang-panjang...
Showing posts with label bodoh. Show all posts
Showing posts with label bodoh. Show all posts
22 January 2014
29 July 2012
Halal-haram: Suatu Malapetaka
Masyarakat kita memang mudah percaya dengan sesuatu berita tanpa menyelidikinya terlebih dahulu terutamanya yang berkaintan dengan soal halal-haram. Bila sesuatu isu tu menyentuh soal halal-haram, mereka cepat-cepat saja bertindak menyebarkan maklumat yang mereka dapat tanpa memeriksa terlebih dahulu kesahihannya.
Sebagai contoh, isu makanan yang diragui status halal. Dalam tempurung kepala mereka, jika tiada cap halal JAKIM maka wajib untuk terus jatuhkan hukum bahawa makanan tu tak halal. Terlalu mudah tanpa mereka berfikir bahawa dalam dunia ni bukan JAKIM saja yang membuat kajian dan pengesahan tentang status halal-haram sesuatu produk.
Baru-baru ni aku terbaca isu tentang kononnya susu soya Isomil adalah haram kerana mengandungi unsur-unsur babi. Pengambilan susu tersebut dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak. Impresi pertama aku bila baca kenyataan tu memanglah tukang tulisnya bodoh daripada lembu. Dalam ruangan ingredients tak ada tulis pun sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan babi seperti gelatin ataupun sebagainya. Malah tiada langsung tulis bahan-bahan yang berkaitan dengan tisu, hormon, ataupun organ manusia.
Melayu terlalu bodoh kerana malas untuk berfikir. Menerima tanpa memeriksa adalah lumrah bagi kebanyakan orang Melayu. Itu realiti. Lihat saja orang-orang kampung, mereka dengan rela dan redha diperbodohkan oleh segolongan Melayu elit lain yang pandai mengambil kesempatan di atas slogan orang Melayu perlu bersatu sebab bila bersatu kita tenguh dan jika bercerai kita roboh. Padahal mereka dalam diam buat untung gila-gila untuk anak bini dan kroni.
Kenyataan lanjut boleh baca kat http://zonbebas.com/alert-jenama-susu-haram/
Penulis yang copy kenyataan yang dikutip tanpa sebarang usul periksa ni lalu terima bulat-bulat adalah seorang yang bebal lagi pemalas. Cuba kaji sikit sijil halal susu tu dikeluarkan oleh pihak mana?
Produk susu seperti isomil dan similac atau yang seangkatan dengannya keluaran syarikat ni mendapat pengiktirafan daripada Islamic Food & Nutrition Council of America (IFNCA).
IFNCA ni pulak mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.
Jadi apa masalahnya dengan tanda halal JAKIM? Tak ke nampak si penulis tu macam bodoh? Hanya dengan sedikit usaha, beliau dah boleh mengesahkan maklumat yang dibacanya betul atau tidak. Bila maklumat tak betul dicanang pulak pada orang lain, maka jadilah fitnah.
Nak selamatkan akidah orang lain, tapi tak sedar dah buat fitnah. Paling ramai buat kerja-kerja begini ialah orang Islam kita jugak. dalam surah an-nas kita dah jelas terhadap isu was-was yang sengaja ditimbulkan oleh syaitan. Barangkali orang yang suka menyebarkan berita-berita yang membuatkan orang lain rasa was-was jugak boleh digelar 'syaitan'?
Selagi mana manusia tak mahu menggunakan akal fikiran yang diberi oleh Tuhan, selagi tu la manusia dalam malapetaka. Malapetaka akidah!
08 June 2012
Kebudak-budakan II
Baru sehari TPM umum langkah pembekuan PTPTN kepada pelajar Unisel adalah adil, Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik pembekuan tersebut.
Pada pendapat aku, manusia yang bagi idea untuk bekukan PTPTN inilah sebenarnya yang cuba untuk sabotaj kerajaan. Idea buruk lagi hodoh sebegini akan membuatkan orang ramai membenci kerajaan. Peliknya, kenapa orang sebegini terus dibiarkan dalam kerajaan?
Jika idea yang bernas diberikan kepada kerajaan dalam membantu rakyat, Pakatan Rakyat tiada isu lagi yang boleh dibangkitkan. Mengapa mereka tak berfikir?
07 June 2012
Kebudak-budakan
Kali ni mereka betul-betul main kasar. Membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel dilihat sebagai satu tamparan buat Pakatan Rakyat untuk membuktikan yang mereka mampu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar. Mungkin sesetengah orang memandang wajar perkara ni, tapi dari sudut etika memang cara ni macam cilaka.
Pelajar baru yang mendaftar, tak tahu apa-apa, tanpa notis, tiba-tiba tak boleh nak bayar yuran. Mereka jadi mangsa untuk dendam politik. Cara yang sungguh bodoh dan kebudak-budakan. Lihat saja apa komen Menteri Pengajian Tinggi. Lihat pula Menteri Asas Tani kata apa? Orang macam ni kamu nak sokong dan beri undi? Bodoh sungguhlah Melayu ni, jika ya.
17 March 2012
bodoh selalu
Nampak bodoh, bunyinya pun bodoh.

Dan semestinya ditujukan untuk orang bodoh-bodoh juga....
10 July 2011
bijak vs bodoh 2.0 - part 2
Syabas kepada semua yang menjayakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Walaupun diserang dari semua sudut media cetak dan elektronik, anda tetap hero kerana berani menyuarakan pendapatm walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi.
Pada mereka yang menganggap orang yang menyuarakan bantahan dijalanan seperti ni bodoh, lihatlah ke dalam diri anda dulu. Fikir betul-betul tentang segala maklumat yang anda terima. Jangan dengar sebelah pihak saja. Mereka ada hak untuk berhimpun. Mereka bukan pengganas seperti yang digembar-gemburkan. Mereka seperti kita, punya hak dan mereka wajib mempertahankannya. Anda mungkin diperbodohkan oleh golongan yang mahu terus kekal berkuasa.
Tak timbul soal ada pihak luar ingin meletakkan 'boneka' mereka di negara ni kerana pemimpin yang ada sekarang pun sudah ada yang menjadi boneka kepada pihak-pihak tertentu. Apa yang BERSIH 2.0 mahu ialah sebuah pilihanraya yang adil dan telus supaya majoriti pilihan rakyat dapat direalisasikan menerusi undi yang mereka buang. Kenapa ada pihak takut kalau mereka yakin mereka mendapat majoriti rakyat?
Muka-muka seperti :
...memang tak boleh dipercayai lagi. Mereka tiada pendirian tetap kerana maruah mereka boleh dibeli. Orang-orang sebegini layak ke untuk jadi pemimpin? Orang yang menang atas tiket parti lain, kemudian mengkhianati secara halus dan terus menikam lawan yang dulunya kawan, orang inikah yang kita mahu angkat untuk memimpin kita?
Jangan terlalu mudah percaya pada janggut, celak dan kopiah. Lihat dulu peribadi mereka bagaimana. Munafik juga pandai melakukan semua ni. Munafik adalah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri dan berlakon baik. Jika orang-orang di atas betul-betul ikhlas merasakan perjuangan rakan-rakan lama mereka telah menyimpang daripada matlamat asal, letak kesemua jawatan dan masuklah parti lawan. Lihat sendiri sama ada diri tu 'laku' atau tidak untuk pihak disebelah sana. Jangan berjuang cara bacul seperti sekarang.
Peserta BERSIH 2.0 yang dihormati dan dikagumi sekalian, semoga Tuhan tetapkan hati kamu wahai pencinta kebenaran. Semoga diberi kekuatan untuk terus berjuang menegakkan apa yang kamu rasa benar dan yakin dan semoga Tuhan melindungi kalian semua.



Jangan sekali-kali kamu rasa goyang dengan perjuangan ini. Tiada apa yang hendak dimalukan dan dikesalkan. Kamulah orang yang mempertahankan maruah dan prinsip diri kamu walau apa orang lain kata. Nilai maruah kamu lebih tinggi daripada mereka yang menghina kamu.
Syabas sekali lagi dan tahniah. Kerana kamu semualah, 'mereka' sudah mula terasa bahangnya....
09 July 2011
bijak vs bodoh 2.0
Hari ni bakal menyaksikan demokrasi di negara ni dikoyak, dirabak dan dipijak. Ramai juga yang percaya bahaya perhimpunan BERSIH akan menjadi kacau-bilau. Pada pendapat aku, satu-satunya golongan yang akan membuat kacau-bilau ialah golongan yang kononnya menjaga keamanan dan keselamatan negara ni.
Mereka perlu lakukannya demi untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa berhimpun ramai-ramai boleh menimbulkan huru-hara dan tak menguntungkan sesiapa. Yang sebenarnya tak untung adalah mereka, kerena rakyat berhimpun untuk menuntut hak mereka yang telah dizalimi dan dinafikan sejak sekian lama.
Bangsa Melayu tak kira apa jawatan sekali pun masih lemah akal fikirannya. Senang dipermainkan dan diperalat oleh bangsa sendiri yang tamak kuasa dan wang. Senang diperbodohkan kononnya hak keistimewaan mereka akan hilang jika benarkan fahaman lain meresapi jiwa. Dan yang paling dungu sekali ialah mereka tak nampak siapa sebenarnya yang memainkan peranan dalam membodohkan diri mereka sendiri.
Kalau takut, jangan hina saudara-saudara kita yang berhimpun untuk menuntut hak mereka. Kamu terlibat dalam kesesakan semalam kerana kamu bodoh sebab menyangka kamu tak terlibat dengan mereka dan kamu tak mungkin kena tindakan. Menyangka kamu tak kena apa-apa dan hak kamu sentiasa dilindungi adalah satu perkara pandir. Hak kamu ialah apabila mereka berkata kamu ada hak. Orang-orang sebegini bagusnya hanya satu, senang diperintah sebab menurut dengan bodoh sahaja.
Mereka tak berani berfikir kerana takut dikenakan tindakan. Atau mereka memang dah terlalu bengap untuk berfikir mana betul, mana salah. Aku tidak fanatik pada mana-mana pihak, tapi sedih juga melihat ramai bangsaku yang masih belum sedar mereka diperalatkan oleh beberapa pihak yang ingin terus kekal berkuasa.
Kepada mereka yang berjuang menuntut hak mereka di atas jalan, semoga Allah melindungi kamu dan kamu berjaya dalam apa yang kamu lakukan. Persetankan mereka yang bodoh disekeliling kamu yang mungkin terdiri daripada rakan kamu, sahabat kamu ataupun saudara mara kamu. Bulatkan hati, tekadkan perjuangan. Kepada yang masih bodoh, semoga kamu mendapat petunjuk dan hidayah.
26 May 2011
Suatu kajian
Aku sebenarnya sedang mengikuti kursus di Pangkor. Sepanjang hidup aku, belum pernah lagi datang ke sini. Cantik juga tempatnya.
Tapi bukan tu aku nak cerita. Aku memang seorang yang suka memerhati gelagat orang lain. Waktu dikursus ni memang banyak gelagat orang yang aku perhatikan. Baik daripada pegawai pangkat tinggi hinggalah kakitangan bawahan. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Pegawai yang berpangkat dengan kakitangan bawahannya. Pegawai ini muda dan kakitangan bawahannya adalah seorang veteran yang telah lama berkhidmat.
Apa yang aku perhatikan ialah pegawai ni memang selalu kena cakap-cakap belakang oleh anak buahnya. Sebabnya mudah. Dia ni jenis tak reti bercampur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dan tak pandai ambil hati mereka yang lebih lama berkhidmat daripadanya. Bila bersembang jarang sekali memuji orang sebaliknya mengutuk (macam yang aku tengah kutuk ni la) orang lain. Ada sekali tu waktu dinner, aku lihat ada tempat kosong. Lalu aku pun duduk dan minum air yang telah disediakan. Waktu aku nak bangun ambil makanan, pegawai ni tegur aku sambil suruh aku pindah ke tempat lain sebab dia dah duduk kat situ. Waktu tu dia tengah bersembang dengan member dia di meja yang lain.
Secara sepontan aku menjawab, aku dah minum air kat cawan tu. Dia kata tak kiralah, dia nak aku pindah juga. Jarak antara aku dengan dia agak jauh jadi percakapannya boleh didengari oleh orang sekeliling. Aku lihat muka member-member lain kat meja tu (seramai 4-5 orang) semuanya berubah. Ada yang berbunyi, "kenapa dia tu?" Aku agak terkejut juga. Bukannya apa. Dengan jawatan yang dia sandang, langsung tak padan dengan sikap dia yang macam budak-budak tu.
Takde masalah pada aku untuk pindah lalu aku pindah saja. Seorang member lain menahan lalu menyuruh aku duduk didepannya walaupun memang tempat kosong tu dah ada orang. Aku hanya letak cawan lalu pergi mengambil makanan. Kemudian pegawai yang bersikap kebudak-budakan ni datang kat aku dan berkata dia tak jadi nak duduk kat situ. Dia minta aku duduk saja. Ayat pertama yang terlintas dalam kepada aku waktu tu, "apa kebodohnya mamat ni. Tadi beria sangat".
Sejak daripada tu aku perhatikan saja dia. Dah macam spesimen kajian aku saja. Lalu aku membuat beberapa rumusan:
i. mamat ni waktu dia sekolah mungkin selalu dibuli sebab skema
ii. tiada ramai kawan sebab perangainya hanya orang sepertinya saja boleh terima
iii. orang memandangnya sebagai seorang yang berlagak
iv. orang akan mengutuk dia di belakangnya termasuklah anak buahnya
v. dia seorang yang bodoh dalam membuat keputusan dan tak boleh harap
Maafkan aku sebab kadang-kala aku terlalu berterus-terang. Aku lihat dia memang tak bercampur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dia lebih banyak berkawan dengan perempuan. Wataknya sedikit lagi hampir menyamai seorang pondan. Pondan memang memiliki sifat-sifat sebegini.
Aku terus berfikir lagi. Patutnya dia ni saja yang dihantar berkursus. Kadang-kala, jawatan sebagai seorang pemegang ijazah membuatkan kita berasa besar diri dan menganggap orang lain kecil saja. Apa ada pada ijazah? Aku pun tak lama lagi dapat juga jika diizinkanNya. Besarkah aku nanti? Bila anak buah dah boleh mengutuk bosnya bererti bosnya tak pernah ambil perhatian kepada masalah anak buahnya. Yang dia tahu kerja dan arahannya mesti siap. Secara tak langsung dia bukanlah seorang yang berfikiran panjang sebab dia tak ambil kisah pun pendapat anak buahnya telah lebih lama berkhidmat daripadanya.
Anak buahnya adalah seorang kakitangan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam jabatan ni. Dia pula kurang 10 tahun kalau tak silap aku. Malas nak layan sangat emosi marah ni sebenarnya. Walaupun dia rasa dirinya bijak, tapi aku tetap anggapnya seorang yang bodoh. Tak kiralah apa idea yang datang daripadanya, aku secara automatik menganggap idea daripada orang bodoh akan berkesudahan macam bodoh juga. Dan aku pasti dia akan terus dikutuk oleh mereka yang menjadi anak buahnya sama ada yang telah, sedang atau pun akan berkhidmat di bawah seliaannya.
Aku biasa juga jumpa budak macam ni waktu belajar dulu. Macam orang yang takut nak pegang katak sebab geli kerana menganggap katak tu terlalu kotor dan dirinya terlalu bersih. Ramai yang geli pegang katak tapi tak ramai yang takut nak pegang sebab rasa dirinya terlalu bersih. Ada faham maksud aku? Maksudnya ramai juga orang bodoh tapi yang bodoh sombong ni taklah ramai.
21 May 2011
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Pada pandangan aku, Hang Tuah bukanlah bodoh apabila mengatakan "takkan Melayu hilang di dunia..." Yang bodoh ialah orang yang mentafsirkannya. Mentafsir sesuatu dengan membuta tuli tanpa kajian dan siasatan yang menyeluruh.

Hang Tuah benar-benar seorang pendekar. Beliau juga Laksamana, Panglima dan Hulubalang. Melalui cerita yang didengar, yang disampaikan sama ada menerusi mulut ke mulut atau dari perkhabaran ghaib, beliau bukanlah sembarangan orang. Ternyata beliau mempunyai ketinggian ilmu dunia dan akhirat. Begitu juga dengan pendekar-pendekar lain seperti Mat Kilat, Tok Gajah dan sebagainya. Bukan calang-calang manusia. Semoga Allah merahmati mereka.

Mengapa aku kata Hang Tuah hebat? Bila cuba mentafsirkan kata-katanya, aku melihat bahawa beliau adalah seorang yang berpandangan jauh. Walaupun ada sumber daripada perkhabaran ghaib mengatakan bahawa kata-kata tersebut dipinjam daripada kata-kata gurunya Sang Adi Putra, namun Hang Tuah memang ada mengatakannya.
Siapa Melayu? Mengikut apa yang kita faham, Melayu adalah orang yang beragama Islam, mengamalkan adat-adat Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu sendiri. Jelas sekali di sini bahawa sesiapa pun yang mengikut semua di atas layak di panggil Melayu. Termasuklah Hang Tuah walaupun beliau sebenarnya berasal daripada China.
Lihat saja golongan Mamak di negara ini. Mereka punya 2 identiti, satu mamak dan satu lagi Melayu. Kalau tidak, masakan Tun Mahathir boleh menjadi Presiden UMNO dan PM kerana beliau adalah mamak? Sesiapa saja boleh menjadi Melayu asalkan beliau tinggal di Tanah Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Ini adalah 'guideline' yang jelas untuk menentukan siapa Melayu.
Melayu meliputi segala bangsa sebenarnya. Kalau daripada makna perkataan Melayu bermaksud pelarian dan Tanah Melayu adalah Tanah Pelarian. Ada betulnya juga. Ia bukanlah suatu kaum seperti Cina, India dan lain-lain. Ia lebih kepada identiti. Identiti sebuah masyarakat. Mungkin ada yang tak boleh nak menerima, tapi terpulanglah. Aku tak suruh terima apa-apa pun.
Sejak dulu lagi aku selalu saja dengar kisah-kisah kebangkitan dari Timur ini. Sampai satu tahap aku pun bengang juga pasal kisah-kisah tu nampak macam bangang. Maafkan aku kepada yang terlalu taksub. Bangsa mim belum tentu bangsa Melayu yang seperti mana kita tahu. Mim juga belum tentu Malaysia. Mim boleh jadi mamak, muniandy, macha.....hehe, tak! Aku memain je.
Ada asasnya bila Hang Tuah mengatakan "takkan Melayu hilang di dunia". Beliau berkata begitu bukanlah sekadar cakap-cakap kosong di kedai kopi. Seperti yang aku katakan, beliau adalah seorang yang berpandangan jauh pada zamannya. Cuma kisah-kisah yang kita dengan dari mulut ke mulut membuatkan watak Hang Tuah kelihatan bodoh kerana terlalu menurut kata-kata Sultan pada masa tu.
Owh, ada satu lagi yang menarik tentang Sultan-sultan di Tanah Melayu. Mereka bukanlah orang-orang biasa yang suka-suka nak jadi Sultan. Mereka adalah keturunan pemerintah sejak turun temurun. Ada yang kata mereka adalah daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.
Aku ada terbaca suratkhabar baru-baru ni. Ada seorang manusia bangsa Melayu mengaku Sultan Melaka dan telah melakukan upacara menarik keris Taming Sari yang terbenam di dasar sebuah sungai. Tak tahulah sama ada manusia ni gila, bodoh atau cuba memperbodohkan orang lain. Pertama, Sultan Melaka memang tidak ada kerana telah lama melarikan diri waktu Melaka diserang pada kurun ke-15 dulu. Warisnya kemudian menjadi sultan pertama negeri Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Dan yang ke-2, cuba teka? Keris Taming Sari berada dalam simpanan Keluarga Diraja Negeri Perak sejak daripada pertabalan sultannya yang pertama! Jadi, macam mana manusia Mohd Jan ni mengaku dia adalah Sultan Melaka dan memiliki keris sakti tersebut? Tak ke gila namanya?
Kepada mereka yang mempersoalkan apa fungsi Sultan di setiap negeri sila kaji semula pengetahuan anda. Mengapa Sultan wujud? Mengapa Sultan itu penting dalam negara kita? Jangan melampaui batas dengan mengatakan Sultan buang duit rakyat, Sultan itu ini. Selidik dulu salasilah Raja-raja Melayu dan kamu akan temui dari manakah puncanya semua Sultan ini. Tanpa Sultan adakah Melayu akan bersatu? Ketahuilah bahawa Melayu itu berpecah-belah kerana mereka sendiri tak tahu apakah maksud Melayu. Mereka ingat bangsa Melayu sama macam seperti Cina atau India sedangkan pengertian Melayu lebih luas daripada tu semua.
Dari situ kamu akan dapati dari mana pula asalnya perkataan "Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia" dan sebagainya. Ada yang komen perkataan tu tak sesuai dan perlu diubah. Ketahuilah siapa yang meletakkan perkataan-perkataan itu semua. Siapa yang membimbing Sultan-sultan terdahulu kalau bukan para Wali dan Ulama? Merekalah yang memberikan gelaran ini dan sudah tentulah ada sebabnya. Jangan dengan mudah kamu berkata perkataan-perkataan tu boleh menduakan Allah. Ia adalah hasil buah fikiran orang-orang terdahulu dan mereka bukanlah bodoh untuk menyusun perkataan-perkataan sebegitu sesuka hati saja.
12 May 2011
Pemandu di Malaysia
Daripada apa yang aku perhatikan, pemandu di negara ni makin lama makin bodoh. Kalau pemandu perempuan, jangan cakaplah. Melenting kalau kita kata dia bodoh. Walaupun tak semua, tapi kebanyakannya begitu.
Jangan jadikan angka statistik kemalangan sebagai ukuran. Jika nak bermain dengan angka, sila buat perbandingan yang betul-betul. Berapa nisbah pemandu lelaki dan berapa pula pemandu wanita. Dalam nisbah tu pula, kiralah berapa ramai yang terbabit dalam kemalangan ataupun menjadi punca kemalangan. Kemalangan bukan berpunca daripada pemanduan laju semata-mata.
Punca utama kemalangan adalah kerana kebodohan pemandu tu sendiri. Ini punca utama. Parking ikut suka hati, keluar simpang lembab macam tapir. Terhegeh-hegeh di lorong kanan dan macam-macam lagilah perangai orang kita.
Memandu bukan sekadar pegang stereng dan tekan minyak sahaja. Ia melibatkan tumpuan perhatian yang tinggi dan pemandu harus membuat jangkaan yang terbaik dalam satu-satu situasi. Jangkaan tu akan membantu kita untuk mengelakkan diri daripada masalah.
Sebagai contoh, waktu hendak memotong sebuah lori kita sepatutnya membuat jangkaan apa kemungkinan lori tu akan membalas/membelok ke kanan lalu menghimpit kita jika ada motor di depannya. Jika ada ruang untuk kita elak, tak perlulah tekan brek bagai nak rak. Ni akan menyusahkan orang belakang pula. Tapi berapa ramai pemandu kita yang berfikir macam ni? Semuanya pentingkan diri sendiri walaupun beriman.
30 March 2011
melayu penipu
nak tau kenapa ramai melayu payah nak berjaya dalam bidang perniagaan? mari sini aku cerita.
melayu memang kuat juga sifat perkaumannya. kalau boleh mereka ingin membeli di kedai yang tuannya adalah melayu. bagitu juga aku. tengah hari tadi, aku beli drive shaft di kedai cina dan hantar kereta aku ke bengkel melayu.
aku : salam bang. tukar driveshaft boleh ke?
brader : boleh, barang ada?
aku : barang dah beli....
brader : minyak gearbox ada?
aku : xde. saya ingat x pyh la sebab kalau cabut drive shaft skit je keluar kan?
brader : ikut suka kau le. jahanam gearbox kau yang tanggung.
aku sedikit terasa dengan perkataan tu. aku sabar lagi. dalam 15 minit aku tunggu, baru dia suruh budak dia repair keta aku. budak praktikal je gayanya. kejap belek drive shaft aku, kejap cari spanar. macam tu lah sampai setengah jam masih terhegeh-hegeh nak keluarkan drive shaft tu.
aku perhatikan saja. malas aku nak mengutuk dalam hati banyak-banyak. sebab muka budak tu takde la ketat sangat. tengah buat kerja, boleh tinggal kejap pergi borak dengan customer lain. aduh...., aku pun malas nak cerita panjang-panjang. semua sekali makan masa dalam sejam lebih untuk tukar drive shaft dan minyak gear.
aku : berapa semua bang?
brader : ..............buat bodoh sambil duduk mengadap komputer dan buka fail....
aku : berapa bang?
brader : upah rm40, minyak gear rm30. semua sekali rm70. (tanpa memandang muka aku)
aku terus bayar rm100 dan ambil baki lalu terus ke keta. brader tu keluar dari opis dia sambil tanya aku nak resit ke tak.
"nak buat apa resit? nak claim kat bapak ko?" kata aku dalam hati.
kesimpulan daripada peristiwa ni:
inilah contoh melayu berniaga. belum kaya mana pun, customer macam aku yang pakai proton saga dilayan acuh tak acuh. lepas tu harga memang sembelih kaw-kaw punya. gila apa tukar driver shaft rm40? biasa orang ambil rm20-25 je. mentang-mentang aku pakai baju opis dia ingat aku bodoh pasal keta. dah la ambil masa sampai sejam lebih. kalau aku kasi kat cina benda ni boleh settle dalam masa 20 minit je. kerja pun kemas.
aku memang takkan pergi ke kedai tu lagi. dan aku takkan menyesal lagi kalau tak hantar keta ke bengkel melayu. malah aku kalau boleh memang tak nak beli apa-apa daripada orang melayu lagi. mereka penipu yang bersolat (tu pun kalau solat la)...
peniaga melayu memang tak berpandangan jauh langsung. tak pandai jaga hati pelanggan. kedai pun macam hidup segan mati tak mahu. suka berlagak. kalau kontraktor alamatnya kerja macam tikus baiki labu la. baik cari cina. mereka kerja sungguh-sungguh kerana mereka hargai duit. pendek kata, melayu kalau berniaga memang pandir & bodoh. penipu pun tak agak-agak. bangsa sendiri pun dia nak sebat.
transformasi apa?
rata-rata surat khabar memaparkan tajuk betapa berjayanya program transformasi ekonomi yang dilaksanakan. aku sendiri tak tau apa kejadah tu semua. yang pasti cukai perkhidmatan dinaikkan daripada 5% kepada 6%. harga barang makin naik dan harga minyak pun bakal naik. itu belum diambil kira takrif elektrik yang pasti naik. inikah transformasi yang dimaksudkan?
mereka yang di atas bekerja bagai nak gila mengumpul kekayaan. itu yang aku nampak. kesan positif pada rakyat aku tak nampak pun. orang yang bekerja makan gaji macam aku mungkin tak terasa sangat kesannya. tapi cuba bayangkan mereka yang hidup susuh. suami saja yang bekerja. kenaikan harga barang keperluan asas sangat-sangat menjejaskan hidup keluarga seperti ni.
bayangkan pula si isteri nak bersalin anak pertama. kalau duit takde, semua pun susah. bila anak dah lahir, nak kena beli susu pula. nak kena hantar pergi check-up. walaupun free di klinik-klinik kerajaan namun nak pergi ke sana bukanlah free. tambang teksi nak kena bayar. ni semua melibatkan anak bangsa melayu. yang susah tetaplah orang melayu. kenapa mereka tak pandang ni semua? mengapa mereka lebih sibuk nak jatuhkan lawan masing-masing demi survival politik kotor & keji mereka?
29 March 2011
melayu lagi
dalam hidup ni janganlah kita beriman pada suratkhabar dan berita di tv. benda tu semua belum tentu lagi betul salahnya. jadi jangan cepat menghukum orang lain bila mendapat apa-apa berita. selidiklah ikut cara masing-masing. tu lebih baik daripada terus menuduh secara melulu dan mengikut perasaan.
kebanyakan melayu terus percaya apa yang mereka lihat dan baca saja. mereka malas nak buat homework skit. yang nampak mereka rajin ialah solat. tu pun perangai yahudi kadang-kadang melabih mulia daripada mereka. apa nak jadi la diaorang ni.
yang penting hati, bukan apa orang nampak dan dengar daripada kita. peduli la tu semua.
Labels:
apa aku merepek ni,
bangang,
beriman,
berita,
bodoh,
hati,
melayu,
suratkhabar,
taqwa
bodohnya melayu
politik negara kita semakin kotor. mufti-mufti pula sibuk cari isu lain sebab tak mau komplen isu yang sensitif. fathul bari entah diam seribu bahasa. kononnya kita tak boleh lawan pemerintah. jadi kesimpulannya kita perlu terima saja apa kata pemerintah.
aku bukan menentang pemerintah. tapi aku tentang apa yang tak betul. kadang-kadang ada orang bila inginkan kuasa, mereka sanggup buat apa saja. satu pihak lagi untuk menang, merestui saja. jadi mereka sama-sama bekerjasama membuat fitnah. itu yang aku rasa patut ditentang, bukan disokong.
entah kenapa melayu bodoh sangat. mudah sangat tertipu walaupun bersolat. pekejadahnya pergi masjid, surau, mengaji, dll kalau otak tak boleh berfikir mana yang betul mana yang palsu.
28 March 2011
fitnah
kita perlu ada pendapat sendiri dan yakin dengan pendapat kita. tu yang aku kira penting. dengan ini kita tak mudah goyang dengan cabaran dan berita yang mendatang kerana kita telah ada pegangan diri.
mudahnya orang mempercayai sesuatu berita tanpa asal-usul periksa walaupun mereka ni solat 5 waktu. soalnya adakah itu pengukur keimanan seseorang? belum tentu bang! tunjukkan kepada aku satu makhluk yang boleh lihat keikhlasan seseorang dalam beribadat.
alhamdulillah, setakat ni aku masih dicekalkan hati untuk mempertahankan pendapat aku daripada anasir-anasir fitnah. bodohnya mereka yang solat tapi kosong. baca al quran tapi bongok. rasa iman didada telah mantap tapi perangai lebih teruk daripada iblis.
hah! cakap pasal iblis. bukan nak membesar-besarkan iblis si laknat tu. cumanya, dia tu asalnya ahli ibadah dan berilmu tinggi. dosa dia hanya kerana tak sujud pada nabi adam. dosa manusia pula berbilang bangsa banyaknya. menduakan Allah tanpa disedari adalah pasti.
iblis tak pernah menduakan tuhannya. perlu diingat, dosa yang takkan diampunkan Allah adalah syirik. jelaslah bahawa manusia lebih hebat jahatnya daripada si iblis. tapi dalam masa yang sama manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat. kenapa? sebab malaikat tiada nafsu jadi tiadalah mereka membuat dosa. manusia pula dikurniakan pelbagai jenis nafsu tapi masih mampu mentauhidkan Allah. kan hebat manusia ni. itu pasal manusia dijadikan sebagai khalifah, bukan malaikat.
sudah-sudahlah bab fitnah-memfitnah ni. letaklah seburuk mana pun fitnah tapi kalau Allah lindungkan juga bagaimana? belajar daripada sejarah nabi kita. baginda pun difitnah juga. andaikata kita ditakdirkan hidup pada zaman nabi membawa ajaran islam, adakah kita orang yang akan mengikuti baginda atau kita akan ikut abu lahab? tepuk dada, tanya iman la brader.

Labels:
apa aku merepek ni,
bodoh,
fitnah,
iman,
jakun,
kambing,
lembu,
paya jaras,
solat
Subscribe to:
Posts (Atom)

