14 March 2012

Tiada lagi perikemanusiaan

Sekali lagi seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang kanak-kanak 5 tahun yang dibunuh dan dibakar.


Adik Nurul Nadirah, si comel ni dibunuh dengan begitu kejam sekali. Dalam fikiran aku ada 2 perkara saja yang menjadi motif pembunuhan sebegini. Duit (sama ada hutang atau sebagainya) dan dendam. Tak ada makhluk yang akan membunuh sekejam ni hanya kerana hobi.

Seorang manusia boleh bertindak diluar batas kewarasan apabila melibatkan dua perkara tadi. Bukan untuk mendahului siasatan pihak polis, tapi sebagai manusia biasa lebih baik kita beringat sebelum kena. Jangan berhutang dengan lintah darat dan jangan semaikan perasaan dendam dengan sesiapa. Ia bakal menuju ke arah kehancuran.

Ada berita mengatakan si ibu sedang sibuk bermain facebook dan si anak pulak waktu tu ke kedai berseorangan. Nak salahkan ibu bapa saja pun tak guna sebab nasi dah jadi bubur. Tapi buat ibu bapa yang masih ada anak sebaya kanak-kanak ni, beringat sikit. Kalau sayangkan anak, jangan malas nak jaga. Tau nak sedap je, bila keluar 'hasil' tak beri perhatian yang sewajarnya.

Orang yang melakukan perbuatan terkutuk ni adalah orang yang tiada langsung sifat perikemanusiaan. Apalah salah si kecil yang baru 5 tahun melihat dunia ni? Apalah sangat kederat si kecil ni melawan waktu si pembunuh mahu menamatkan riwatnya? Aku tak dapat bayangkan bagaimana benda ni boleh berlaku.

Kejadian pembunuhan ni berlaku lebih kurang 3.5km saja dari jarak rumah mangsa. Mayat yang dibakar pula tak ditanam atau disorok. Ini menunjukkan si pembunuh memang saja nak pihak keluarga kanak-kanak ni tahu bagaimana kejamnya pembunuhan ni. Atas alasan ni jugalah pendapat aku lebih cenderung kepada motif wang atau dendam. Pembunuhan ni bukan satu kebetulan. Ia dah dirancang. Secara tak langsung si pembunuh juga seolah-olah mencabar pihak polis untuk menangkapnya sebab bukti sengaja ditinggalkan.

Apa pun, sebagai ibu bapa janganlah kita lalai daripada tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak kita. Jangan sampai perkara buruk dah berlaku baru nak menangis teresak-esak. Jangan sesekali pentingkan facebook atau perkara-perkara lain daripada anak kita sendiri. Anak ialah amanah dan tanggungjawab. Bila ia ditarik balik, sudah tentu tiada galang gantinya lagi.


No comments:

Post a Comment