Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

14 March 2012

Tiada lagi perikemanusiaan

Sekali lagi seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang kanak-kanak 5 tahun yang dibunuh dan dibakar.


Adik Nurul Nadirah, si comel ni dibunuh dengan begitu kejam sekali. Dalam fikiran aku ada 2 perkara saja yang menjadi motif pembunuhan sebegini. Duit (sama ada hutang atau sebagainya) dan dendam. Tak ada makhluk yang akan membunuh sekejam ni hanya kerana hobi.

Seorang manusia boleh bertindak diluar batas kewarasan apabila melibatkan dua perkara tadi. Bukan untuk mendahului siasatan pihak polis, tapi sebagai manusia biasa lebih baik kita beringat sebelum kena. Jangan berhutang dengan lintah darat dan jangan semaikan perasaan dendam dengan sesiapa. Ia bakal menuju ke arah kehancuran.

Ada berita mengatakan si ibu sedang sibuk bermain facebook dan si anak pulak waktu tu ke kedai berseorangan. Nak salahkan ibu bapa saja pun tak guna sebab nasi dah jadi bubur. Tapi buat ibu bapa yang masih ada anak sebaya kanak-kanak ni, beringat sikit. Kalau sayangkan anak, jangan malas nak jaga. Tau nak sedap je, bila keluar 'hasil' tak beri perhatian yang sewajarnya.

Orang yang melakukan perbuatan terkutuk ni adalah orang yang tiada langsung sifat perikemanusiaan. Apalah salah si kecil yang baru 5 tahun melihat dunia ni? Apalah sangat kederat si kecil ni melawan waktu si pembunuh mahu menamatkan riwatnya? Aku tak dapat bayangkan bagaimana benda ni boleh berlaku.

Kejadian pembunuhan ni berlaku lebih kurang 3.5km saja dari jarak rumah mangsa. Mayat yang dibakar pula tak ditanam atau disorok. Ini menunjukkan si pembunuh memang saja nak pihak keluarga kanak-kanak ni tahu bagaimana kejamnya pembunuhan ni. Atas alasan ni jugalah pendapat aku lebih cenderung kepada motif wang atau dendam. Pembunuhan ni bukan satu kebetulan. Ia dah dirancang. Secara tak langsung si pembunuh juga seolah-olah mencabar pihak polis untuk menangkapnya sebab bukti sengaja ditinggalkan.

Apa pun, sebagai ibu bapa janganlah kita lalai daripada tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak kita. Jangan sampai perkara buruk dah berlaku baru nak menangis teresak-esak. Jangan sesekali pentingkan facebook atau perkara-perkara lain daripada anak kita sendiri. Anak ialah amanah dan tanggungjawab. Bila ia ditarik balik, sudah tentu tiada galang gantinya lagi.


23 May 2011

Jenayah

Ada orang bimbang nak keluar ke mana-mana sekarang ni kerana kes simbah asib berleluasa. Terus-terang aku katakan aku lebih bimbangkan polis yang salah guna kuasa berleluasa. Lihat saja arwah adik Aminulrasyid ditembak hanya kerana memandu tanpa lesen. Bukankah itu lebih menakutkan daripada kes simbah asid sekarang ni? Polis bebas melakukan apa saja dan apabila mereka tersilap membuat pertimbangan, walaupun melibatkan nyawa orang awam yang tak bersalah, mereka sentiasa saja ada alasan untuk menutup kekurangan tersebut.

Tindakan membawa si koperal keparat yang menembak tu memang dialu-alukan tapi lebih penting ialah pihak polis sepatutnya memperbaiki semula prosedur mereka apabila mula menembak. Kes tembak orang awam bukanlah satu dua, tapi dah banyak. Masalah orang awam pula ialah, bila polis yang salah, kita terpaksa adu pada polis juga. Serupa macam bila kita kena rompak, kita adu pada perompak lain pula.

Berkali-kali pihak polis mengeluarkan kenyataan berhubung kes simbah asid tapi orang yang terlibat belum pun ditangkap. Apa polis buat? Tangkap mat rempit suruh mengaku simbah asidkah? Jenayah semakin menjadi-jadi kerana penjenayah tahu mereka sukar ditangkap kerana polis lebih utamakan untuk menutup kes yang banyak. Maksudnya, tangkap 2-3 orang suspek, dera mereka sampai mereka mengaku. Kes selesai. Penjenayah sebenar teruskan kerja mereka. Inilah sikap polis yang buruk yang takkan mereka akui sampai bila-bila.

Siapa kata dalam lokap tiada penderaan? Tak perlu pergi jauh. Lihat DSAI bagaimana kena dera satu masa dulu. Lihat saja mendiang Kugen dibelasah hingga mati dalam tahanan. Tiada apa-apa tindakan pun oleh pihak polis. Sebabnya mereka yang belasah, mereka jugalah yang siasat. Takkan nak tangkap anggota sendiri dan jatuhkan integriti pasukan dengan mudah? Mereka perlu pertahankan walau apa sekali pun kesalahan pasukan mereka.

Jadi bila polis bodoh, penjenayah menjadi berani. Yang jadi takut ialah orang awam, yang terlalu meletakkan keyakinan mereka kepada pasukan polis yang sebenarnya korup ini. Bukanlah semuanya korup tapi telah menjadi prosedur mereka untuk mempertahankan anggota yang memang tak guna dalam pasukan. Tiada penambahbaikan langsung dibuat sejak kes menembak budak tempoh hari. Sebaliknya, orang awam pula ditempelak. Orang Melayu biasanya tak ambil kisah asalkan bukan keluarga mereka yang kena. Lihat orang Cina. Lihat Teoh Beng Hock punya keluarga. Mereka tuntut sampai sekarang. Ini benar-benar menyusahkan pihak kerajaan yang terpaksa melindungi dalang sebenar pembunuhan terbabit. Kenapa aku kata melindungi? Kerana yang terlibat pastinya VVIP dalam kerajaan juga. Teorinya sangat mudah. Bunuh di pejabat SPRM supaya SPRM bertanggungjawab dan pihak yang membunuh terlepas.

Polis pula apabila telah siapkan siasatan terpaksa pula menghantar kepada peguam negara. Peguam negara akan maklumkan kepada siapa? Siapa yang arahkan peguam negara untuk teruskan dakwaan atau minta pihak polis tukar hasil siasatan? JAdi dimanakah kebolehkepercayaan orang awam dalam sistem sebegini? Siapa yang bayar gaji peguam negara dan polis? Jadi peguam negara dan polis harus menurut perintah pihak yang membayar gaji mereka agar tidak dikenakan tindakan. Tahukan kamu bahawa jika seorang kakitangan kerajaan tidak menurut perintah pihak atasan, dia boleh dikenakan tindakan tatatertib ingkar perintah? Soal perintah itu wajar atau tidak bukanlah perkara pokok. Yang penting kena ikut perintah dan arahan.

Jadi, siapa yang lebih bahaya, polis atau penjenayah? Penjenayah dah memang kerja dia melakukan jenayah dan kita boleh mengambil langkah-langkah pencegahan. Tapi polis? Polis umpama penjenayah berlesen yang kalau kita cuba lawan, nahaslah kita. Mohon maaf kepada pasukan polis, tapi kamu lebih arif tentang ini. Sesungguhnya kadang-kala kebenaran tu amat pahit untuk ditelan.

07 April 2011

Malaysiaku

Satu lagi kes kematian berlaku di pejabat SPRM melibatkan pegawai kerajaan. Bagi aku, kes ni mudah. SPRM bukanlah satu organisasi yang terlalu bodoh untuk membunuh saksi/suspek apatah lagi ditempat mereka. Walaupun mereka mungkin menggunakan kekerasan dalam sesi soal siasat, tapi tak mungkin menjadi terlalu bodoh sehingga membunuh. Biasanya orang dalam lokap je mati. Tu pun polis yang siasat, diaorg nak risau apa. Cakap je suspek bunuh diri. Kes tutup. Dalam kes terbaru, cara kematian adalah sama.


Terjun dari bangunan tinggi. Mengapa nak bunuh diri? Kalau dulu, Teoh Beng Hock, seorang Cina, kini pegawai kerajaan berbangsa Melayu pula. Bunuh diri juga? Itulah sebenarnya yang 'pembunuh' ingin masyarakat nampak. Masyarakat kita pula cepat sangat buat kesimpulan. Pernah tak kita terfikir kemungkinan bahawa arwah Ahmad Sarbani dibunuh oleh pihak yang ingin menutup mulutnya? Siapa-adalah soalan terpenting.


Dalam kerajaan, biasanya yang jadi kambing hitam adalah pegawai/kakitangan bawahan. Bawahan ni bukanlah terdiri daripada kerani atau pembantu am pejabat. Penolong Pengarah, Pengarah pun boleh kena juga. Janji Menteri selamat. Itu yang kita kena faham. Kambing hitam adalah prosedur biasa. Inilah Malaysia yang kita banggakan. Walaupun tiada peperangan, tapi nyawa tetap tiada harga bila ingin mengekalkan kuasa. Nasiblah....