04 May 2012

Fitnah Akhir Zaman

Kalau ikutkan rasa hati ni memang masih lagi panas bila melihat segala bentuk keganasan dan taktik kotor pihak yang kononnya menjaga keselamatan pada BERSIH 3.0 tempohari. Tapi teringat pula kisah sewaktu penyebaran Islam diperingkat awal dahulu. Pasti penentangan puak kafir pada waktu tu lebih keras dan penyeksaan yang dikenakan ke atas mereka yang memeluk Islam jauh lebih teruk daripada mereka yang kena bantai waktu BERSIH 3.0 tempohari. Aku cuba menenangkan perasaan ni.

Mungkin ada orang kata jangan kaitkan perhimpunan tu dengan Islam. Itu hanya pendapat dia saja. Islam adalah cara hidup yang merangkumi segala aspek. Menuntut keadilan adalah salah satu daripadanya. Jadi bagaimana nak dipisahkan? Aku tegaskan di sini, perhimpunan tersebut bukanlah sebuah perhimpunan yang ganas. Ramai yang bawa anak bini. Ia menjadi ganas apabila ada dalang yang membuat provokasi sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung. Perhimpunan ni juga tiada kena-mengena dengan mengikut telunjuk Ambiga atau sesiapa pun. Semua yang hadir atas kerelaan sendiri bagi menuntut sebuah pilihanraya yang adil. Itu tujuan utama mereka. Jangan mudah terpesong dengan tuduhan pihak tertentu yang kononnya nak selamatkan bangsa Melayu daripada berpecah-belah walhal mereka menyelamatkan lubuk duit masing-masing saja. 

Selang beberapa hari lepas perhimpunan tu keluar pula satu fitnah terhadap si Azmin Ali. Beginilah caranya pihak pemerintah bermain politik kotor. Walaupun tiada yang nak mengaku, tapi bagi orang yang berfikir sudah tentu dapat menghidu dari mana punca datangnya semua ini. Penyebaran fitnah melalui akhbar milik sebuah parti politik tertua negara ni, takkan tanpa pengetahuan presiden parti terbabit? Mereka juga tahu yang ia boleh mendatangkan kerugian ke atas akhbar tersebut apabila disaman berjuta ringgit tapi kenapa masih diteruskan? Barangkali ia merupakan arahan daripada orang atasan?



Peliknya masih ada juga orang yang terpedaya dengan perkara ni. Sama ada orang tu terlalu bodoh atau cuba memperbodohkan yang lain. Fitnah terus canang untuk menjatuhkan lawan dan mengekalkan kuasa diri sendiri. Biar apa pun cara, kuasa mesti dipertahankan. 

Cubalah jadi orang yang mempunyai prinsip daripada hanya mengikut orang lain. Sesetengah orang terpaksa mempercayai cerita sebegini kerana takut dikatakan pembangkang pula. Bimbang juga rezeki tak masuk kalau tak ikut trend semasa. Jadi mereka lebih senang membutakan mata dan memekakkan telinga. Tunduk pada keadaaan. 

Zaman sekarang, orang yang tak sanggup sumpah laknat adalah orang bersalah manakala orang yang membuat tuduhan tak perlu buat apa-apa pun untuk membuktikan tuduhannya. Bayangkan diri sendiri yang kena, bukankah kita akan merasa muak untuk melayan karenah puak-puak yang bermain politik kotor ni? Mereka suruh sumpah, kita pun kena sumpah? Islam apa ni? Tuan-tuan mufti apa bikin kat pejabat tu? Simpan telur? Macam mana boleh jadi mufti kalau nak bercakap tentang kebenaran pun takut? Menentang fitnah termasuk dalam politik pembangkang, kah? Kalau Khairi Jamaluddin sendiri pun yang difitnah, aku tetap berasa marah. Ini bukan lagi soal parti, ini soal attitude. Kenapa mesti gunakan isu seks untuk menjatuhkan maruah seseorang?

Satu lagi. Orang yang berakal dengan orang yang tak berakal pasti ada bezanya. Lihat saja gambar di bawah ni dan siapa yang patut dipersalahkan?


Mengapa mereka bawa anak-anak ke perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari? Sebab perhimpunan tu perhimpunan aman. Lagipun negara ni negara mereka juga, apa sebab mereka tak boleh keluar pada hari berkenaan? Adakah negara sedang darurat? 

Kenapa pula polis sembur air kimia kepada kanak-kanak ni? Jika Israel mengebom Palestin dan sasarannya melibatkan kanak-kanak dan wanita mengapa kita berasa marah? Alasan mereka ialah mereka mengebom pengganas, wanita dan kanak-kanak hanyalah 'kerosakan sampingan'/collateral damage. Tapi bila pihak berkuasa negara kita sendiri yang menyembur air kimia dan menembak gasa pemedih mata kepada wanita dan kanak-kanak (yang mana rakyat kita juga), mengapa kita salahkan mangsa?

Begitulah bodoh dan bengapnya bangsa Melayu. Aku sebut bangsa Melayu kerana bangsa lain pasti akan mengutuk pihak yang menyakiti wanita dan kanak-kanak ini. Hanya bangsa Melayu saja masih ada yang buta akal menyokong! 







No comments:

Post a Comment