09 January 2014

Alam Ghaib


Contoh jawapan apabila ditanyakan berkenaan dengan ilmu-ilmu kebatinan.

Begitu mudah si ustaz menjatuhkan hukum tanpa mengetahui apakah sebenarnya ilmu-ilmu di atas.

Adakah semua ilmu-ilmu mistik ni perlu memuja jin? Hanya jin sajakah yang mampu membuat perkara-perkara yang tak masuk dek akal?

Cuba kita layangkan fikiran sejenak bagi mengikuti kisah ni:

A038
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" 

A039
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".  

A040
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".  

Dalam al-quran diceritakan bahawa si Ifrit sanggup dan mampu membawa singgahsana Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman dalam jangkasama yang singkat dan mendakwa dirinya kuat. Tetapi ada seorang manusia kemudian menawarkan diri untuk membawa singgahsana tersebut dalam sekelip mata saja, tanpa bermegah-megah.

Dalam kisah ini, adakah jin atau manusia yang lebih hebat ilmunya? Kenapa zaman sekarang bila bercakap tentang kebolehan seseorang membuat itu, membuat ini mesti nak kaitkan dengan jin? Adakah kebolehan manusia untuk 'scan' pun wajib menggunakan jin? Apa punya daiflah orang-orang yang berfikiran sebegini.

Jika motor rosak, kita perlu hantar ke mekanik yang mempunyai ilmu dalam membaik pulih motor bukannya hantar kepada mekanik kapal. Samalah dengan ilmu-ilmu perubatan dalam Islam yang berteraskan tauhid ni. Kalau kita tanya pada mereka yang hanya bersandar pada ilmu syariat semata-mata banyaklah hukum syirik yang akan dikeluarkannya.

Yang Maha Mengetahui tetap Allah. Ilmu Allah meliputi segala sesuatu, jadi jangan bataskan ilmuNya mengikut akal dan nafsu diri semata-mata.







No comments:

Post a Comment