Apakah
yang diwajibkan pakaian seperti memakai tudung itu menutup aurat yang sebenar-benarnya? Jika itu yang dimaksudkan, kenapa ada orang bukan
beragama Islam, yang tidak tutup aurat dan yang tak pakai tudung/pakaian labuh tapi masuk ke syurga? (yang ni cari sendiri)
Jika rambut itu disuruh tutup kenapa tidak ditutup tangan sekali? Bukankah ditangan itu ada bulu/rambut juga? Bulu kening pun bulu juga, kenapa tak ditutup sekali?
Wanita disuruh menutup semua anggota dengan baju/pakaian kemudian bila bercakap/menyanyi lalu terdengar suaranya lantas ada lelaki rasa tergoda, adakah itu aurat? Aurat yang macam mana?
YSebenarnya yang dimaksudkan dengan menutup aurat adalah menutup qalbu/hati kita daripada perbuatan mengumpat, memfitnah, menghina orang dan yang paling utama sekali jangan berburuk sangka pada Tuhan.

Disebabkan manusia ini lemah maka tutuplah aurat seperti mana yang disarankan oleh syariat untuk menjaga keselamatan diri. Tahap ilmu itu berbeza-beza untuk setiap orang. Siapa yang mengaji syariat semata-mata, maka setakat itu sajalah kefahamannya. Siapa yang mengaji makrifat, maka tahulah akan isinya. Apa pun janganlah menghina orang yang
tidak menutup aurat dengan perkataan yang bukan-bukan seperti akan masuk neraka, pakaian ke neraka dan lain-lain. Siapa kita untuk menghukum syurga neraka orang lain?
No comments:
Post a Comment