04 May 2014
Dimana Tuhan
Nota: Untuk bacaan bagi mereka yang mahu berfikir, bukan mahu menghukum.
Soalan: Kalau Allah dikata ADA, mana DIA?
Allah itu ADA di dalam KETIADAAN-NYA !
Jadi bagaimana kita boleh menunjukkan sesuatu yang ADA dalam TIADA itu?
Umpama diri kamu yang bernama kamu itu. Kelihatannya seperti ADA, namun bila ditunjuk, tidak pula kelihatan. Jika ditunjuk pada tangan, itu angota jasad yang berNAMA tangan. Ditunjuk pada muka, yang tertunjuk itu anggota jasad yang berNAMA pipi. Ditunjuk pada badan, yang kena tunjuk itu barangkali anggota jasad yang berNAMA dada atau berNAMA perut atau berNAMA pinggang. Jika dikatakan itu Roh, itu juga bukan nama kamu, itu Roh yang menghidupkan jasad kamu. Maka di mana sebenarnya kamu itu?
ADAnya si pemilik diri yang bernama kamu itu di mana?
Nyata, kamu itu TIADA bila dicari. Namun jikakamu itu tiada, maka siapa pula yang bercakap dan membaca blog ini? Siapa pula yang bertanya soalan ini? Jika kita boleh membicarakan perihal orang yang bercakap ini, bermakna kita TAHU orang itu ADA. Kamu ADA kerana kamu meninggalkan bekas percakapan kamu. Suara kamu didengar. Jasad kamu dilihat. Kamu ADA kerana meninggalkan NAMA yang membolehkan orang lain mengenal diri kamu. Bagaimana kita boleh membicarakan sesuatu tentang kamu jika kamu TIDAK ADA? Dek kerana ADA itulah, baru kita boleh memperkatakan sesuatu tentangnya. Bagaimana boleh memperkatakan sesuatu yang tiada?
Kamu itu ADA... tetapi bila dicari dia TIADA !
Maka siapakah pula ADA yang dinampakkan pada jasad yang berNAMA kamu itu?
Mustahil Allah !
Kerana Allah itu Maha Suci dari segala sesuatu. Dia berbeza daripada makhluk ciptaanNya.
Inilah tanda Allah itu Maha Esa. Dia Maha Tunggal lagi Maha Bijaksana. Tidak tercapai akal makhluk untuk mencariNya.
Tanda Dia Maha Bijaksana?
Dia mampu menampakkan ADA DiriNya di dalam KETIADAAN-NYA itu !
Soalan: Di manakah Tuhan?
Allah itu ADA di dalam KETIADAAN-NYA dan Allah itu TIADA di dalam ADA-Nya !
Jika kamu mampu tunjukkan diri si pemilik NAMA kamu itu, maka terjawablah soalan kamu itu! Jika tidak mampu... juga terjawab.
Begitulah ibaratnya.
Soalan: Kalau tuhan yang dinafikan, mana pulak DIA?
Samada Tuhan itu dinafikan atau tidak dinafikan DIA tidak kemana-mana. Dia cuma dikenali dengan gantinama yang lain.
DIA tidak kelihatan pada pandangan orang yang tidak mahu memandangNya. Tidak kelihatan itu bukan bermaksud TIADA tetapi tak nampak kerana dek terlalu nyata dan terangNya Dia. Ibarat menunjukkan pensel ke mata. Makin dekat pensel ke mata makin tak nampak. Tak nampak bukan tiada. Pensel itu ada dan nyata di depan kelopak mata.
Pada diri yang mahu melihatNya, Dia nyata senyata-nyatanya !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baik dibaca untuk pengetahuan
ReplyDelete