04 May 2014

APA ITU SOLAT ? ( Syariat, Hakikat, Makrifat )

Solat dari takrif bahasa merupakan doa.

Pengertian solat dalam syarak pula ialah "beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya kita beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan."

Takrif solat dari pandangan Ariffbillah pula ialah "solat itu suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk MENYATAKAN Tuhan."

Ada tiga perkataan penting yang perlu perhatian :

1. Perhubungan
2. Hati
3. Tuhan

Huraian tafsiran solat dari pandangan Ariffbillah:

Solat itu suatu PERHUBUNGAN. 


Apa yang hendak dihubungkan? 
Menghubungkan Hati dengan Tuhan.

Apa maksud hati? 

Hati itu Qalbu/Roh. Maka yang hendak dihubungkan adalah Roh dengan TuhanNya. 

Siapa yang menghubungkan? 
Tuhan itu sendiri melalui perantaraan Roh. Tuhan menyatakan diriNya melalui Roh. Roh menyatakan diriNya melalui makhluk (manusia). Manusia menyatakan dirinya melalui jasad. Jasad menyatakan dirinya melalui sel. Sel menyatakan dirinya melalui nukleus. Nukleus menyatakan dirinya melalui atom dan atom itu kembali menyatakan diri TuhanNya. (Tujuh Martabat : Bermula dengan Tuhan dan berakhir dengan Tuhan )

Perhubungan itu boleh membawa maksud menyaksikan, bertemu, berkomunikasi atau berinteraksi. Komunikasi yang baik adalah komunikasi dua hala. Apalah erti komunikasi jika hanya satu pihak saja yang berkomunikasi? Apalah erti pertemuan jika tidak bertemu? Apalah erti berinteraksi jika satu pihak sahaja yang beri reaksi? Apalah erti saksi, jika tidak kenal saksi dan tidak pernah menyaksikan saksi?


Bila telah berkomunikasi, bila telah berinteraksi, bila telah bertemu antara Roh dengan Tuhan, maka akan nyatalah Penyaksian itu. Nyata penyaksian bermakna, nyatalah Tuhan itu. Bila nyata Tuhan, maka tiadalah segala sesuatu melainkan DIA.

Apa tugas makhluk manusia? 

Untuk beribadah kepada Tuhan.

Apa itu ibadah? 
Merendahkan, menundukkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, zahir dan batin melainkan Allah. 

Bagaimana nak merendahkan diri?
Buang segala sesuatu yang bersifat makhluk. Bila mati sifat makhluk, maka nyatalah sifat Tuhan. Bila Tuhan telah nyata, maka berhubunglah. 

Bagaimana untuk berhubung? 
Lakukan solat. 

Apa itu solat? 
Suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk menyatakan Tuhan. 

Bagaimana bersolat (berhubung)? 
Matikan diri daripada segala sesuatu. Buang segala sifat makhluk. Buang segala nama yang bernama. Buang segala sifat yang bersifat, Buang segala perbuatan yang memperbuat. Buang segala zat yang berzat. Bila segalanya telah dibuang, pulangkan segala sifat itu kembali kepada pemilikNya (Tuhan). Tuhan itulah Nama (Asma') bagi segala yang bernama. Tuhan itulah Sifat bagi segala yang bersifat. Tuhan itulah yang memperbuat segala Perbuatan (Af'al). Tuhan itulah Zat bagi segala yang mempunyai zat. Sebab itulah bila sampai di "haiya alaasolah" kita pun menjawab "laa hau lawala quwwata illa billah..."


Hubung kait pengertian solat syarak dan solat makrifat

Di dalam pengertian syarak, ia lebih menerangkan perihal kaedah atau cara perlakuan solat dari zahir kepada batin, manakala pengertian ariffbillah lebih tertumpu kepada perhubungan dari batin kepada diri batin, tetapi kedua-duanya bermatlamat menuju kepada tujuan yang sama iaitu, Allah.

Syarak atau syariat itu bermakna peraturan, hukum atau undang-undang. Peraturan itu untuk manusia yang bertubuh berjasad yang bersifat zahir ini. Justeru itu pentakrifan syariat itu lebih menyentuh perihal sesuatu yang bersifat zahir kepada manusia. Sesuatu yang zahir itu tidak dapat dizahirkan melainkan ada yang batin. Perkara batin tidak dapat dihuraikan oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat menghuraikan perkara batin. Justeru itu istilah syariat banyak mengandungi kias dan perumpamaan yang perlukan ilmu untuk difahami. Solat dalam takrifan syarak itu ada sedikit kias.

Kiasannya ialah bagaimana perkara zahir (Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam) boleh bersama dengan perkara batin (beribadah kepada Allah)?

Hanya perkara batin yang dapat bersama perkara batin. Hanya batin yang mengenal batin. 
Bagaimana yang zahir boleh mengenal yang batin? 
Perkara zahir adalah perkara nampak. Perkara batin adalah perkara tak nampak. Bagaimana perkara nampak hendak melihat perkara tak nampak?

Contohnya begini :

Dengan keadaan sedar dan jaga, cuba kita bayangkan sebiji buah manggis yang ranum. Sekarang, cuba kita gerakkan tangan dan cuba kita ambil buah manggis yang dibayangkan itu dengan tangan yang ada. Boleh? Nescaya tidak boleh ! Tangan itu perkara zahir, mana mungkin boleh ambil manggis yang wujud hanya dalam bayangan atau hayalan.

Sekarang, cuba pula kita letakkan diri kita dalam gelombang Alpha atau Theta (berhayal atau mimpi). Dalam hayalan itu, cuba kita ambil manggis tadi, kemudian kita kupas kulitnya, kita makan isinya dan kita rasa sedapnya. Kalau hayalan atau mimpi kita kusyuk, nescaya kita dapat merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan buah manggis itu. Malah, sedapnya rasa manggis itu, seolah-olah benar-benar terasa di tekak.

Contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin perkara batin boleh dirasa oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat mengenal batin. Buah manggis dalam hayalan atau mimpi itu hanya boleh dirasa oleh orang yang berkhayal atau bermimpi. Mana mungkin orang yang sedar boleh merasa manggis yang wujud dalam hayal atau mimpi.

Jika dibawa ke persoalan solat, takrif ariffbillah (makrifat), lebih mirip kepada perkara batin dan takrif syarak (syariat), lebih mirip kepada perkara zahir. Namun kedua-duanya menuju tujuan yang sama, iaitu kepada Allah! cuma, jalannya sahaja yang berbeza.

Perlu diingat, meskipun tujuan jalan syariat dan jalan hakikat itu sama, namun ramai pengikut-pengikut aliran syariat dan ramai juga pengikut-pengikut aliran hakikat “tersesat” ketika mencari jalan. Sebabnya? kerana mereka itu, kurang ilmu, hanya penuh dengan maklumat sahaja!

Bagaimana kita tahu kita tersesat jalan? Kita tahu kita tersesat, bila kita rasa kita masih tidak kenal dan tak jumpa akan apa yang kita cari. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita masih tak sampai-sampai ke tempat dituju. Bila kita masih tidak tahu apa itu ikhlas. Bila kita tak pernah rasa dan masih tercari cari apa itu kusyuk. Bila kita masih mengaku, ini aku punya, itu aku buat. Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita "mampu" untuk mengucapkan syukur kepada Allah!!

Makanya, bila kita tahu yang kita telah tersesat dihujung jalan, maka, hendaklah kita balik ke pangkal jalan. Balik ke pangkal jalan itu, adalah balik ke tempat asal, tempat bermulanya perjalanan kita...

Bagaimana kita boleh tersesat jalan? Kita tersesat kerana kita tidak tahu jalan. Tidak tahu jalan kerana kita tidak tahu mencari jalan. Tidak tahu mencari jalan kerana kita tidak faham akan ilmu. Kebanyakan daripada kita menganggap maklumat itu sebagai ilmu. Maklumat tidak akan dapat mengenal dan tidak akan sampai ke tempat tuju (Allah). Untuk maklumat menjadi ilmu, kita perlu tahu teknologi memproses ilmu. Bila kita faham akan teknologi ilmu, maka barulah kita boleh memproses maklumat untuk dijadikan ilmu. Bila tahu cara memproses maklumat, maka barulah makna atau maksud oleh dihasilkan. Bila makna terhasil, maka barulah kita beroleh faham. Bila beroleh faham, barulah mengenal jalan. Bila mengenal jalan, baru tak sesat. Bila tak sesat, barulah sampai ke tempat tujuan. Maka, belajarlah! Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Walaupun ulama hadis mengatakan hadis ini palsu dan daif, itu tidak menjadi soal, anggap saja ianya sebagai kata-kata mutiara, kerana kita cuma ingin mengambil ilmu di sebalik kata-kata itu.


Apakah Solat Itu Yang Menjadi Tujuan?

Solat itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah, tetapi solat (perhubungan) itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan kerana solat adalah “perhubungan” yang perlu dilakukan untuk menyatakan Allah. Allah menyatakan diriNya melalui perantaraan roh dan roh menyatakan diriNya melalui perantaraan tubuh jasad manusia. Tubuh jasad manusia itu hanya penzahiran atau pantulan (reflextion) roh dan roh itu pula bersumberkan Allah. Maka kalau tidak bersolat, bagimana kita boleh menyatakan Allah? Maka bersolatlah. Jangan tinggalkan solat. Solatlah samada di dalam solat atau di luar solat. Solatlah samada solat di dalam takrifan syariat atau solat di dalam takrifan ariffbillah (makrifat).

Bila nyatanya Allah,maka tertunduklah diri, rendahlah diri, hapuslah diri. Yang Tinggi dan yang Wujud hanya Allah. Inilah ibadah! Inilah solat. Solat yang sentiasa tidak putus. Inilah Solat Daim (Perhubungan yang sentiasa tidak putus). Inilah solat yang tidak berkesudahan bermula dari subuh, habis subuh, sambung ke zohor, habis zohor, sambung ke asar, sambung, ke maghrib,sambung ke isyak dan berbalik ke subuh, tanpa batasan waktu!

Cuma, dalam hendak menyatakan Allah itu, kita perlu ada ilmu bagaimana hendak berhubung. Perlu faham setiap takrifan syariat. Perlu tahu dan faham juga takrifan hakikat dan makrifat. Sebab itu kita perlu kepada banyak guru. Sebab itu kita perlu kepada banyak buku. Guru mengenal Tuhan, tidak semestinya guru agama. Buku mengenal Tuhan juga tidak semestinya buku agama. Guru mengenal Tuhan tak semestinya fasih berbahasa Arab. Guru mengenal Tuhan tidak semestinya bernama ala Arab. Apakah nama Sustarjo, Yuduyono, Kulup, Lebar, Timah, Kiah, Jack, Daniel, Ma Ye Tze, atau Mutthu, itu tidak Islamik? Guru mengenal Tuhan tidak semestinya bergelar al-Ustaz, as-Syeikh, al-Fadhil, al-itu atau al-ini.

33 comments:

  1. Alhamdulillah perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  2. Bleh tolong huraikan sket tntg doa iftitah selepas takbiratul ikram?

    ReplyDelete
  3. Makrifat solah ialah kekal menauhidkan Allah, AKU
    Hakikat solat itu tidak bergerak sesuatu melainkan dengan Izin Allah
    Tariqat solat itu dapatlah mencegah daripada Keji dan Mungkar
    Syariat solat ialah tertib menurut perukunan

    inshaAllah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dedikit ada pencerahan terimakasih.

    ReplyDelete
  5. trima kasih saudara atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...
    Trimaksih atas tausiyahnya...

    ReplyDelete
  7. mohon share dalam web saya boleh?

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ilmu yg disampaikan
    disini ada sedikit persoalan ..boleh ke terangkan apakah maksud solat diluar solat atau solat makrifat..bagaimanakan mengerjakannya.

    ReplyDelete
  9. Semua ini berimijinasi...berkhayal..dan bersangka sangka...berspekulasi tag nasib diri diakhirat dari apa yg dibaca dan dipelajari.....solat itu perhubungan ! Benar tepat dan betul ! Lepas itu semua mengarut. Dizaman Nabi dan rasul umat manusia akan berhubung dgn Nabi rasul utusan Allah kerana Nabi dan rasul itu luah kenyataan Allah...kata kata Allah...firman Allah..wahyu Allah...hukum Allah...perintah Allah...larangan Allah semuanya keluar dari halkum nabinya rasulnya dan sebegitu ramai yg diutuskan supaya manusia tidak sesat ditipu oleh iblis melalui proksinya iblis dan Yahudi yg pakar menulis kitab !....jadi hari ini manusia nak berhubung dgn siapa....? Allah zalim membezakan cara berhubung dan cara beragama..? Atau manusia itu yg bongkak tidak mahu mencari utusan Allah ...sepertimana yg ditinggalkan Rasullulah... Kitabullah dan habibullah !!! Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi apa maknanya solat lima waktu tu? yg selama ini dari kecik kita lakukan?boleh encik terangkan?

      terima kasih :)

      Delete
    2. Pusing sana pusing sini, last² Yahudi jugak kena....

      Delete
    3. Hahahahaha, kata pada yahudi sesat, kata pada kafir sesat. Tak sedar yg diri pakai serban dan jubah juga kena pada sesat bila tak mengenal yg disembah.

      Delete
    4. Dalam solat perlu khusyuk. Khusyuk itu komunikasi intrapersonal. Dalam komunikasi harus berlaku encode dan decode. Dalam solat mendengar apa yang kita baca dan mentakrif ke dalam bahasa ibunda itu adalah encode. Takrif yg kita fahami itu masih dalam bentuk maklumat. Maklumat ini harus di decode pula, iaitu difahami maksudnya, dicari mutiaranya. Contoh, apabila kita sebut Allahu akbar, takrifnya ialah Allah yang Maha Besar. Ini maklumat. Apabila didecode bahawa Allahu akbar itu bermaksud tiada apa apa yg lebih besar, besar disini ialah kuasanya. Jadi decodenya ialah menafikan sebarang kuasa walaupun sebesar mana sekalipun. Jadi decodenya ialah jangan ada sesiapa yang merasa dirinya besar, baik diri sendiri maupun orang lain. Justeru kia jangan rasa besar diri, ada kuasa. Jangan pula melihat orang itu dan ini ada kuasa sampai kita kita terpaksa takut atau taat kepadanya. Yang Maha Besar kuasanya hanya Allah. Jadi Allahu akbar bertujuan supaya manusia membebaskan diri dari tekanan oleh sebarang kuasa selain Allah. Allahu akbar.

      Delete
  10. Assalammualaikum W.BT.

    1. Saya tertarik untuk mengemukakan pandangan berkaitan maksud solat.

    Definisi (Ta'rif / Pengertian) Solat:

    Solat secara bahasa (etimologi) bererti doa, manakala dari segi istilah / Syari 'ah (Terminologi), solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu / khusus yang dibuka / dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul ihram) diakhiri / ditutup dengan salam (Assalamualaikum).

    Makna Shalawat
    SHALAWAT bentuk jamak dari kata salla atau salat yang berarti: doa, keberkahan, kemuliaan, kesejahteraan, dan ibadah.

    2. Dalam bahasa mudah, maksud solat itu boleh wujud dalam segala bentuk penyesuaian ayat dan hanya khusus untuk ibadah umat Islam.

    3. Kita ambil contoh;

    Allah SWT berfirman :

    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab : 56)

    Shalawat yang jamaknya dari perkataan salla/salat/solat boleh bermaksud memuliakan, meraikan, memartabatkan dan mustahil bermaksud doa sepertimana maksud solat itu sendiri.


    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat (memuliakan/memartabatkan/memuji) untuk nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah (muliakanlah/martabtkanlah/memujilah) kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab : 56)

    Jika dalam konteks ayat tersebut, shalawat bermaksud doa, maka mustahil Allah S.W.T mendoakan Nabi S.A.W kerana Allah S.W.T sendirinya adalah tuhan yang esa dan tidak sepatutnya ada doa kepada sesuatu yang lain.

    Contoh yang lain;


    Sebagaimana firman Allah :

    خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


    “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendo'alah untuk mereka. Sesungguhnya do'a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (at-Taubah : 103).[1]

    Dalam Firman Allah S.W.T di atas memberikan maksud Solat sebagai doa oleh kerana perintah Allah S.W.T supaya Nabi S.A.W berdoa kepadaNya berkaitan hal orang-orang yang berzakat. Nabi S.A.W adalah hamba dan boleh melakukan perbuatan berdoa kepada Allah S.W.T.

    4. Banyak contoh-contoh lain yang boleh disandarkan tentang maksud solat dan bergantung kepada kesesuaian ayat dalam berbahasa.

    5. Bagi saya maksud solat adalah solat dan maksud doa adalah doa.

    Solat yang saya fahami adalah 'segala perbuatan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada kita menggunakan bahasa Allah S.W.T di dalam Al-Quran, sepertimana aturan atau rukun dalam solat'. Kita tidak boleh menambah atau mengurangi segala aturan semasa melakukan solat (masih ada khilaf berkaitan doa iftitah, doa qunut). Namun perbuatan membaca Al-Fatihah, surah Al-Quran, pujian kepada Allah dalam penukaran rukun solat masih berlandaskan Al-Quran.

    Doa pula adalah perbuatan 'meminta sesuatu' kepada Allah S.W.T atas dasar percaya, yakin dan beriman, makanya diharapkan doa itu termakbul. Kita tidak boleh berdoa kepada selain Allah S.W.T.

    Jika ada sebarang pencanggahan pendapat dengan saya, saya raikan sebagai perbezaan pandangan dan tidak perlu didebatkan.

    Wallahu Aklam Bissawaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solat didirikan atau dikerjakan? Jawapannya ada di situ...

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Rukun Islam pertama sekali ialah "syahadah". Dalam bahasa Melayu mudahnya bermaksud "penyaksian"

    Mengapa "penyaksian" diletakkan sebagai perkara paling utama sekali sebelum lain-lain perkara?

    Cuba tanya diri kita. Kita bersolat kerana menyembah Allah. Allahnya mana? Sudahkah kita saksikan Allah?

    Namun jangan cepat melatah. Allah tidak mampu disaksikan dengan mata, kepala, telinga atau mulut. Ini adalah jalan ilmu syariat. Jadi untuk menyaksikan Allah tanpa melalui perkara-perkara di atas tadi bagaimana? Di sinilah yang dipanggil jalan hakikat.

    Ambil satu contoh.

    Dalam sifat 20, Allah itu berkata-kata. Namun tentulah Dia tidak berkata-kata seperti makhluk sebab Dia "laisa kamithli syaiun" / "tidak sama dengan yang baharu".

    Syariat takkan mampu menghuraikan perkara ini. Lantas jalan mudah diambil bagi menjawab soalan ini berdasarkan syariat ialah Nabi SAW tidak pernah mengajar sifat 20 pun.

    Fahamkanlah bahawa Allah itu berkata-kata tanpa huruf dan tanpa suara. Bagaimana? Anda saksilah sendiri, jangan ikut-ikut orang lain kerana keyakinan yang mantap (haq qul yakin) datang setelah adanya sebuah penyaksian, bukan ikut-ikutan.

    Semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  13. Siapa yang menghubungkan?
    Tuhan itu sendiri melalui perantaraan Roh. Tuhan menyatakan diriNya melalui Roh. Roh menyatakan diriNya melalui makhluk (manusia). Manusia menyatakan dirinya melalui jasad. Jasad menyatakan dirinya melalui sel. Sel menyatakan dirinya melalui nukleus. Nukleus menyatakan dirinya melalui atom dan atom itu kembali menyatakan diri TuhanNya. (Tujuh Martabat : Bermula dengan Tuhan dan berakhir dengan Tuhan )

    Ini tidaklah benar . Allah yg mnciptakan roh dan manusia . Jd Jgn di persamakan!!

    Semoga bisa di pahami kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia tu dah memang nyata, nak menyatakan apa lagi?

      Delete
    2. rs nye xde plak admin menyamakan allah dgn roh dan manusia dlm tulisan di ats..

      Delete
  14. Perkataan Solat dan Ibadah adalah bahasa Arab. Kenapa perkataan ini digunakan di dalam buku-buku sekolah kebangsaan dan menengah? Kan senang guna perkataan 'Sembahyang' yang difahamkan oleh semua jenis masyarakat di Malaysia. Confusing sangat!

    ReplyDelete
  15. Solat dan sembahyang satu perbuatan yang berbeza,lebih baik kita diam jika xfhm mkna sbnrnya,
    'Diam Lebih Baik dr Berkata2'

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Solat dan sembahyang satu perbuatan yang berbeza? Perbuatan apa y membezakan solat & sembahyang tuan?

      Delete
  16. Assalamualaikum admin
    Terima kasih atas penerangan ini. Topik "mengenal" itu kini lebih jelas.Begitu juga hal perkaitan solat.

    ReplyDelete
  17. Ibdah.kerja yg ikhls.wlu tiada upah .atau berubah.ape kita buat dengan tekun.contoh lah bila kerja susuh mcm truk pnt..ade jgk kita mengeluh.atau mengadu mcm2..rase2 ibhdah yg buat tu..berkat ke buat cam tu..kn dalam al-quran allah berfirman sesungguhnya allh maha melihat maha mengetahui.itu dah tw..ape kan lagi solat..dah kerja seharian macam itu mulut tak cakap ati setiap hamba2 ya.allah tw.solat je.ibdah itu macm mna..same manusia fikir kan ya.

    ReplyDelete
  18. Klaka la ambe tgok komen2 yg bnyk guna teori akal..rileks,jgn cepat melatah dan menghukum..cari dan knal diri sndiri maka segalanya akan terjawab..

    ReplyDelete
  19. bukan sehari untuk ak sampai kesini..setiap hari menjadi pertanyaan..apa itu kehidupan..kenapa begitu kenapa begini..sehingga terdetik,ak tertinggal sesuatu..antara akhirat dan dunia..rupanya selama ni bekerja,fokus,tp terlupa nak faham segala yg berkait dengan agama..ak pun cari apa maksud surah alfatehah..lantas maksud kepada semua bacaan dalam solat..sedikit sebanyak faham..benar, terdapat beza antara zahir dan batin,yg mana zahir nampak kosong sedangkan yg batin itu sampai..ku korek lg maksud2 yg diucapkan dlm solat..sampai saat ini, ku mencari apa maksud solat..dan disini..yg selama ini berlaku sehari demi sehari rupanya.semuanya terkandung dalam artikel saudara ini..terima kasih.alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. trima kasih tuan..mohon izin nk kongsi

    ReplyDelete