Solat dari takrif bahasa merupakan doa.
Pengertian solat dalam syarak pula ialah "beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir,
disudahi dengan salam dan dengannya kita beribadah kepada Allah, menurut
syarat-syarat yang telah ditentukan."
Takrif solat dari pandangan Ariffbillah pula ialah "solat itu suatu perhubungan yang menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk MENYATAKAN Tuhan."
Ada tiga perkataan penting yang perlu perhatian :
1. Perhubungan
2. Hati
3. Tuhan
Huraian tafsiran solat dari pandangan Ariffbillah:
Solat itu suatu PERHUBUNGAN.
Apa yang hendak dihubungkan?
Menghubungkan Hati dengan Tuhan.
Apa maksud hati?
Hati itu Qalbu/Roh. Maka yang hendak dihubungkan adalah Roh
dengan TuhanNya.
Siapa yang menghubungkan?
Tuhan itu sendiri melalui
perantaraan Roh. Tuhan menyatakan diriNya melalui Roh. Roh menyatakan
diriNya melalui makhluk (manusia). Manusia menyatakan dirinya melalui
jasad. Jasad menyatakan dirinya melalui sel. Sel menyatakan dirinya
melalui nukleus. Nukleus menyatakan dirinya melalui atom dan atom itu
kembali menyatakan diri TuhanNya. (Tujuh Martabat : Bermula
dengan Tuhan dan berakhir dengan Tuhan )
Perhubungan itu boleh
membawa maksud menyaksikan, bertemu, berkomunikasi atau berinteraksi.
Komunikasi yang baik adalah komunikasi dua hala.
Apalah erti komunikasi jika hanya satu pihak saja yang berkomunikasi?
Apalah erti pertemuan jika tidak bertemu? Apalah erti berinteraksi jika
satu pihak sahaja yang beri reaksi? Apalah erti saksi, jika tidak kenal
saksi dan tidak pernah menyaksikan saksi?
Bila telah berkomunikasi,
bila telah berinteraksi, bila telah bertemu antara Roh dengan Tuhan,
maka akan nyatalah Penyaksian itu. Nyata penyaksian bermakna, nyatalah
Tuhan itu. Bila nyata Tuhan, maka tiadalah segala sesuatu melainkan DIA.
Apa tugas makhluk manusia?
Untuk beribadah kepada
Tuhan.
Apa itu ibadah?
Merendahkan, menundukkan dan melenyapkan diri
makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu, zahir dan batin
melainkan Allah.
Bagaimana nak merendahkan diri?
Buang segala sesuatu
yang bersifat makhluk. Bila mati sifat makhluk, maka nyatalah sifat
Tuhan. Bila Tuhan telah nyata, maka berhubunglah.
Bagaimana untuk
berhubung?
Lakukan solat.
Apa itu solat?
Suatu perhubungan yang
menghubungkan antara hati dengan Tuhan. Tujuannya untuk menyatakan
Tuhan.
Bagaimana bersolat (berhubung)?
Matikan diri daripada segala
sesuatu. Buang segala sifat makhluk. Buang segala nama yang bernama.
Buang segala sifat yang bersifat, Buang segala perbuatan yang
memperbuat. Buang segala zat yang berzat. Bila segalanya telah dibuang,
pulangkan segala sifat itu kembali kepada pemilikNya (Tuhan). Tuhan
itulah Nama (Asma') bagi segala yang bernama. Tuhan itulah Sifat bagi
segala yang bersifat. Tuhan itulah yang memperbuat segala Perbuatan
(Af'al). Tuhan itulah Zat bagi segala yang mempunyai zat. Sebab itulah bila sampai di "haiya alaasolah" kita pun menjawab "laa hau lawala quwwata illa billah..."
Hubung kait pengertian solat syarak dan solat makrifat
Di dalam pengertian syarak, ia lebih menerangkan perihal kaedah atau
cara perlakuan solat dari zahir kepada batin, manakala pengertian
ariffbillah lebih tertumpu kepada perhubungan dari batin kepada diri
batin, tetapi kedua-duanya bermatlamat menuju kepada tujuan yang sama
iaitu, Allah.
Syarak atau syariat itu bermakna peraturan,
hukum atau undang-undang. Peraturan itu untuk manusia yang bertubuh
berjasad yang bersifat zahir ini. Justeru itu pentakrifan syariat itu
lebih menyentuh perihal sesuatu yang bersifat zahir kepada manusia.
Sesuatu yang zahir itu tidak dapat dizahirkan melainkan ada yang batin.
Perkara batin tidak dapat dihuraikan oleh perkara zahir. Hanya batin
yang dapat menghuraikan perkara batin. Justeru itu istilah syariat
banyak mengandungi kias dan perumpamaan yang perlukan ilmu untuk
difahami. Solat dalam takrifan syarak itu ada sedikit kias.
Kiasannya ialah bagaimana perkara zahir (Beberapa ucapan dan beberapa
perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam) boleh
bersama dengan perkara batin (beribadah kepada Allah)?
Hanya perkara
batin yang dapat bersama perkara batin. Hanya batin yang mengenal batin.
Bagaimana yang zahir boleh mengenal yang batin?
Perkara zahir adalah
perkara nampak. Perkara batin adalah perkara tak nampak. Bagaimana
perkara nampak hendak melihat perkara tak nampak?
Contohnya begini :
Dengan keadaan sedar dan jaga, cuba kita bayangkan sebiji buah manggis
yang ranum. Sekarang, cuba kita gerakkan tangan dan cuba kita ambil buah
manggis yang dibayangkan itu dengan tangan yang ada. Boleh? Nescaya
tidak boleh ! Tangan itu perkara zahir, mana mungkin boleh ambil
manggis yang wujud hanya dalam bayangan atau hayalan.
Sekarang, cuba pula kita letakkan diri kita dalam gelombang Alpha atau
Theta (berhayal atau mimpi). Dalam hayalan itu, cuba kita ambil manggis
tadi, kemudian kita kupas kulitnya, kita makan isinya dan kita rasa
sedapnya. Kalau hayalan atau mimpi kita kusyuk, nescaya kita dapat
merasakan yang kita benar-benar mengambil, mengupas dan memakan buah
manggis itu. Malah, sedapnya rasa manggis itu, seolah-olah benar-benar
terasa di tekak.
Contoh ini menyatakan bahawa, mana mungkin
perkara batin boleh dirasa oleh perkara zahir. Hanya batin yang dapat
mengenal batin. Buah manggis dalam hayalan atau mimpi itu hanya boleh
dirasa oleh orang yang berkhayal atau bermimpi. Mana mungkin orang yang
sedar boleh merasa manggis yang wujud dalam hayal atau mimpi.
Jika dibawa ke persoalan solat, takrif ariffbillah (makrifat), lebih
mirip kepada perkara batin dan takrif syarak (syariat), lebih mirip
kepada perkara zahir. Namun kedua-duanya menuju tujuan yang sama, iaitu
kepada Allah! cuma, jalannya sahaja yang berbeza.
Perlu
diingat, meskipun tujuan jalan syariat dan jalan hakikat itu sama, namun
ramai pengikut-pengikut aliran syariat dan ramai juga pengikut-pengikut
aliran hakikat “tersesat” ketika mencari jalan. Sebabnya? kerana mereka
itu, kurang ilmu, hanya penuh dengan maklumat sahaja!
Bagaimana kita tahu kita tersesat jalan? Kita tahu kita tersesat, bila
kita rasa kita masih tidak kenal dan tak jumpa akan apa yang kita cari.
Kita tahu kita tersesat bila kita rasa kita masih tak sampai-sampai ke
tempat dituju. Bila kita masih tidak tahu apa itu ikhlas. Bila kita tak
pernah rasa dan masih tercari cari apa itu kusyuk. Bila kita masih
mengaku, ini aku punya, itu aku buat. Kita tahu kita tersesat bila kita
rasa kita "mampu" untuk mengucapkan syukur kepada Allah!!
Makanya, bila kita tahu yang kita telah tersesat dihujung jalan, maka,
hendaklah kita balik ke pangkal jalan. Balik ke pangkal jalan itu,
adalah balik ke tempat asal, tempat bermulanya perjalanan kita...
Bagaimana kita boleh tersesat jalan? Kita tersesat kerana kita tidak
tahu jalan. Tidak tahu jalan kerana kita tidak tahu mencari jalan. Tidak
tahu mencari jalan kerana kita tidak faham akan ilmu. Kebanyakan
daripada kita menganggap maklumat itu sebagai ilmu. Maklumat tidak akan
dapat mengenal dan tidak akan sampai ke tempat tuju (Allah). Untuk
maklumat menjadi ilmu, kita perlu tahu teknologi memproses ilmu. Bila
kita faham akan teknologi ilmu, maka barulah kita boleh memproses
maklumat untuk dijadikan ilmu. Bila tahu cara memproses maklumat, maka
barulah makna atau maksud oleh dihasilkan. Bila makna terhasil, maka
barulah kita beroleh faham. Bila beroleh faham, barulah mengenal jalan.
Bila mengenal jalan, baru tak sesat. Bila tak sesat, barulah sampai ke
tempat tujuan. Maka, belajarlah! Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke
negeri China. Walaupun ulama hadis mengatakan hadis ini palsu dan daif,
itu tidak menjadi soal, anggap saja ianya sebagai kata-kata mutiara,
kerana kita cuma ingin mengambil ilmu di sebalik kata-kata itu.
Apakah Solat Itu Yang Menjadi Tujuan?
Solat itu bukan menjadi tujuan. Yang menjadi tujuan ialah Allah, tetapi
solat (perhubungan) itu WAJIB dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan
kerana solat adalah “perhubungan” yang perlu dilakukan untuk menyatakan
Allah. Allah menyatakan diriNya melalui perantaraan roh dan roh
menyatakan diriNya melalui perantaraan tubuh jasad manusia. Tubuh jasad
manusia itu hanya penzahiran atau pantulan (reflextion) roh dan roh itu
pula bersumberkan Allah. Maka kalau tidak bersolat, bagimana kita boleh
menyatakan Allah? Maka bersolatlah. Jangan tinggalkan solat. Solatlah
samada di dalam solat atau di luar solat. Solatlah samada solat di dalam
takrifan syariat atau solat di dalam takrifan ariffbillah (makrifat).
Bila nyatanya Allah,maka tertunduklah diri, rendahlah diri, hapuslah
diri. Yang Tinggi dan yang Wujud hanya Allah. Inilah ibadah! Inilah
solat. Solat yang sentiasa tidak putus. Inilah Solat Daim (Perhubungan
yang sentiasa tidak putus). Inilah solat yang tidak berkesudahan bermula
dari subuh, habis subuh, sambung ke zohor, habis zohor, sambung ke
asar, sambung, ke maghrib,sambung ke isyak dan berbalik ke subuh, tanpa
batasan waktu!
Cuma, dalam hendak menyatakan Allah itu, kita
perlu ada ilmu bagaimana hendak berhubung. Perlu faham setiap takrifan
syariat. Perlu tahu dan faham juga takrifan hakikat dan makrifat. Sebab
itu kita perlu kepada banyak guru. Sebab itu kita perlu kepada banyak
buku. Guru mengenal Tuhan, tidak semestinya guru agama. Buku mengenal
Tuhan juga tidak semestinya buku agama. Guru mengenal Tuhan tak
semestinya fasih berbahasa Arab. Guru mengenal Tuhan tidak semestinya
bernama ala Arab. Apakah nama Sustarjo, Yuduyono, Kulup, Lebar, Timah,
Kiah, Jack, Daniel, Ma Ye Tze, atau Mutthu, itu tidak Islamik? Guru
mengenal Tuhan tidak semestinya bergelar al-Ustaz, as-Syeikh, al-Fadhil,
al-itu atau al-ini.
Showing posts with label hakikat. Show all posts
Showing posts with label hakikat. Show all posts
04 May 2014
28 August 2013
Perbalahan tentang kesahihan sesuatu
Ilmu Allah s.w.t ni luas. Jika kita cepat menghukum sesuatu diluar kebiasaan kita sebagai sesat maka kita secara tak langsung telah 'mengehadkan' ilmuNya.
Perdebatan antara mat-mat feqah dengan ahli-ahli tasawuf berhubung dengan ilmu agama telah lama. Mat-mat feqah lebih cendurung kepada bukti sedangkan ahli-ahli tasawuf lebih kepada gerak hati dan penyerahan total kepada Tuhannya.
Mungkin ada yang berfikir ahli-ahli tasawuf tak menitik beratkan sesuatu hadis seperti dari mana ia datang, siapa yang meriwayatnya, bagaimana perlaku si periwayat sewaktu hidup dan lain-lain. Ini mewujudkan kekeliruan bagi mereka yang baru nak belajar agama dan akan membawa kepada tanggapan Islam itu susah.
Tidak kurang juga ada golongan feqah yang melabel ahli-ahli tasawuf sebagai sesat dan gila. Ini kerana watak ahli tasawuf itu kadang-kala berbeza dengan watak orang yang faham agama di mata masyarakat. Masyarakat cenderung melihat bahawa orang yang bijak dalam agama ialah orang yang pantas memetik ayat al-quran dan hadis waktu berhujjah, memakai songkok atau serban dan sentiasa berjubah, wajahnya putih bersih dan sentiasa mengeluarkan hukum itu dan ini.
Ahli-ahli tasawuf pula lebih cenderung untuk memencilkan diri, mendiamkan diri apabila berselisih pendapat, lebih banyak menghitung kesalahan dan kekurangan diri. Setinggi mana pun ilmu yang dia belajar, dia tetap merasa dirinya paling bodoh, paling lemah, paling perlahan dan sebagainya. Ada seorang ahli tasawuf (guru sebuah tarekat terkenal) yang memandang anjing lebih mulia daripada dirinya sendiri.
Begitulah hati ahli-ahli tasawuf. Sampai kepada satu peringkat, mereka tidak lagi didorong oleh nafsu sebagaimana kita yang digelar orang awam ini.
Aku sebenarnya bimbang juga untuk bercakap tentang ini kerana bimbang disalahertikan. Walaubagaimanapun aku rasa perlu juga untuk diperjelaskan kepada sesiapa saja yang sudi menerima penjelasan.
Ia berkaitan dengan satu hadis yang dikatakan palsu oleh mat-mat feqah berdasarkan pendapat sebahagian ulama.
Hadisnya,
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu
"Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasalah jasadnya"
Harus diingat bahawa mengatakan atau mengadakan sesuatu tentang Rasullah s.a.w yang tidak benar tentang dirinya, nerakalah tempatnya. Jika kata-kata ini datang daripada baginda, maka sesiapa yang menolak, ke sana jugalah tempatnya.
Sebagai orang awam, tidak perlulah kita menghukum sesuatu yang diluar pengetahun kita.
Dalam Kitab Adab Ad Dunwa Wa Ad Din pula;
وَقَدْ قَالَتْ عَائِشَةُ رضي الله عنها: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَتَى يَعْرِفُ الانْسَانُ رَبَّهُ ؟
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ: إذَا عَرَفَ نَفْسَهُ
Maksudnya:
Saidatina Aisyah r.a. berkata:
"Wahai Rasulullah, bila seseorang insan itu kenal Tuhannya?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Jika dia kenal dirinya".
Ada perkara yang boleh diceritakan kepada orang awam dan ada juga yang tidak boleh. Ini kerana sesetengah pengalaman insan dalam perjalanan mencari Tuhannya hanyalah untuk dirinya sahaja, bukan untuk dikongsikan dengan orang lain. Jika dikongsikan dibimbangi orang kebanyakan akan menghukum dia sesat dan kafir.
Jika ilmu ketuhanan itu dapat dicari hanya dengan membaca, maka ramailah orang bijak pandai dalam beragama sekarang ini termasuk yahudi kerana mereka juga mengkaji sejarah-sejarah Islam, kitab-kitab dan hadis. Tapi kenapa mereka terus dengan agama mereka?
Islam adalah anugerah Tuhan. Dialah yang menentukan siapa yang diberi petunjuk dan siapa pula yang sesat. Kebenaranya hanyalah milikNya.
Kebanyakan kita menyangka bahawa kita sudah cukup dengan asas ilmu agama sedangkan sebenarnya ramai antara kita yang langsung tak tahu apakah hakikat syahadah yang seringkali diucapkan waktu solat. Jika hakikat syahadah pun tidak tahu, tak malukah kita mengaku bahawa secara rasminya kita ni orang Islam?
Subscribe to:
Posts (Atom)