Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

05 December 2012

Disember

Dalam blog, aku tak suka bercerita tentang kisah peribadi aku. Kisah aku bukan untuk tatapan umum. Aku lebih suka berkongsi tentang apa yang aku lihat dan pendapat aku. Cuma mungkin ada entry aku secara tak sengaja tercerita tentang kisah-kisah peribadi. Itu tak boleh elak. Ada tujuan dan sebabnya jadi begitu.

Bulan Disember ni hampir setiap hari hujan. Baru-baru ni aku terima satu berita yang menyedihkan bahawa seorang member sekolah dulu telah kehilangan adiknya dalam kemalangan di Lebuhraya Karak. Sebenarnya, pemandangan memandu waktu malam dalam keadaan hujan adalah amat mengerikan di hiway ni. Ia adalah satu laluan kejam yang boleh memisahkan nyawa dari jasad jika sudah sampai masanya. 


Ceritanya agak tragis. Adiknya masih lagi menuntut di IPT, membonceng motor bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke Bentong. Tiba-tiba terdapat pokok tumbang dan menutup sebahagian jalan. Mungkin dia tak nampak, lalu terus melanggarnya. Cedera parah di badan dan muka. Meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya kritikal waktu dimasukkan ke Hospital Temerloh. 

Jika pihak yang berwajib peka, tentu saja pokok-pokok yang berisiko di tepi laluan lebuhraya ni ditebang. Laluan Bentong-Kuala Lumpur telah memakan banyak korban. Beberapa minggu sebelum tu sebuah lori membawa muatan besi buruk terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah Myvi. Aku agak lori tu mungkin mengalami masalah brek. Biasalah, kenderaan lama. Pemandu pula kurang peka. 

Tak berapa lama selepas tu sebuah kereta terbabas di hujung bandar Bentong. Juga melibatkan kematian. Ada juga orang berpendapat ada baiknya kemera AES dipasang. Aku pula berfikiran sebaliknya. Siapa yang pentingkan keselamatan jalanraya orang lain melainkan keuntungan semata-mata?

Nak kata apa pun katalah, negara kita telah menjadi lubuk rezeki buat mereka yang pandai mengambil kesempatan dan memanipulasikan keadaan. Apa lagi buat mereka yang bijak menipu.

Berbalik pada kisah kemalangan tadi, penghujung tahun ini sebenarnya diramal akan berlaku satu malapetaka, bencana alam, ataupun huru-hara. Ini cuma ramalan oleh mereka yang lebih mengetahui. Aku cuma sampaikan apa yang disampaikan kepada aku. Entahkan betul, entahkan tidak. Tak salah jika berjaga-jaga. Ada yang meramalkan bakal berlakunya satu lagi tsunami. Ada juga meramalkan keadaan politik negara yang semakin kelam-kabut. 

Jika dilihat, keadaan cuaca juga tak menentu. Kerap kali berlakunya banjir. Hujan turun hampir setiap hari. Bagi pengguna jalanraya, risiko berlaku kemalangan adalah lebih tinggi dalam keadaan hujan. Bukan semua pemandu peka dengan keadaan kenderaan mereka dan keadaan jalanraya yang licin. Kebanyakan pemandu hanya tahu bawa kereta dan tak ambil pusing sangat tentang perkara-perkara lain. 

Kemalangan berlaku kadang-kala bukan kerana kecuaian kita. Tetapi boleh jadi keadaan jalan, nasib yang kurang baik dan juga salah orang lain. Apa pun setiap pemandu perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. Pemanduan bukanlah tentang kenderaan yang kita pandu saja. Ia melibatkan kepekaan kita tentang apa yang berlaku disekeliling, menafsir tentang corak pemanduan pemandu lain, mengadaptasi corak jalanraya, keadaan cuaca dan jalan serta menjangka perkara yang tak dijangka. Ia adalah satu kerja yang berat sebenarnya jika kita faham. Minda perlu sentiasa berfikir dan bersedia. 

Satu saat dalam kelalaian boleh membezakan antara gembira dan sengsara. 










21 July 2012

Kemalangan

Ramai pemandu di negara ni bawa kereta macam orang bodoh. Itu pasal la kadar kemalangan sentiasa tinggi dan meningkat. Bukan semua orang yang terlibat dalam kemalangan tu bodoh kerana ada ketikanya orang bodoh yang menjadi punca mengheret orang lain terlibat sama. Ia boleh dielakkan kalau semua pemandu peka, berfikiran jauh dan menjangka apa yang tak terjangka (expect the unexpected). Daripada pengalaman aku sendiri, banyak pemandu yang aku lihat terhegeh-hegeh bila keluar simpang, nak masuk simpang pun tak bagi signal. Brek mengejut secara tiba-tiba, menukar lorong pun secara tiba-tiba, dan pelbagai lagi aksi bodoh yang mereka buat. 

Tak semestinya memandu laju tu penyumbang utama kepada berlakunya kemalangan. Pada aku, ia lebih kepada sikap pemandu yang bodoh-bodoh alang. 

Mojoriti kemalangan yang kita lihat bukan terdiri daripada kereta-kereta bermodifikasi tinggi, enjin power dan berbodykit asal Jepun. Rata-rata yang terlibat dalam kemalangan adalah mereka yang membawa keluara, kereta stendet gaban@robocop, kereta kancil pekak, van yang penuh dengan penumpang dan macam-macam lagi. Soalan pertama yang terlintas dalam kepala, berapa laju mereka ni lari? Kancil pekak pun boleh pegi 140km/h, itu kalau naik seorang. Kalau ramai, belum tentu lagi jejak 120km/h. 

Ada yang bawa bayi lagi. Takkan dia tak fikir keselamatan bayi tu dan pecut gila-gila? Nyata sekali laju bukan faktornya. Bodoh adalah faktor utama. 

Skill pemanduan jugak memainkan peranan penting. Kalau rasa tak pandai dan tak ada skill, bawak saja macam lori balak. Buat apa nak laju-laju, potong sana sini?




03 January 2012

Titik buta

Sejak kebelakangan ni aku perhatikan, ramai pemandu yang tak beri perhatian sepenuhnya waktu memandu. Bukan sekadar bercakap di telefon bimbit, tapi berborak pun sama. Mata saja pandang ke depan, tapi akal dan fikiran melayang ke tempat lain.

Ramai juga pemandu yang masih lembab dalam membuat keputusan. Dalam pemanduan, perkiraan dan jangkaan amat penting selain daripada pengalaman. Contohnya waktu memandu di lebuhraya yang mempunyai 2 laluan (lane). Adakalanya pemandu ingin memotong kenderaan disebelahnya tetapi teragak-agak. Dalam masa yang sama kenderaan dibelakang telah lama menunggu. Tiba-tiba pemandu yang hendak memotong tadi menekan brek mengejut kerana selekoh dan kenderaan di belakang tak menjangkakan itu berlaku. Lalu sudah tentu kemalangan boleh berlaku.

Sebetulnya pemandu janganlah mementingkan diri sendiri saja. Beri saja laluan buat kenderaan yang lebih laju. Sama juga dengan pemandu yang nak membelok di simpang. Dengan tak bagi signal, tiba-tiba tekan brek. Cubalah tengok sikit kat belakang ada kenderaan lain ke tak. Satu lagi ialah sewaktu nak menukar lorong. Ada juga pemandu yang langsung tak tengok cermin sisi dan cermin pandang belakang. Main terus masuk je janji signal dah beri.

Keadaan paling merbahaya waktu menukar lorong ialah ada kenderaan disebelah tetapi tidak kelihatan. Ini dipanggil blind-spot. Ramai pemandu hanya lihat sekali imbas saja dan bukan dua kali. Sepatutnya pemandu perlu toleh juga ke tingkap untuk memastikan tiada kenderaan disebelah sebelum menukar lorong. Jangan hanya mengharapkan cermin pandang belakang dan cermin sisi.


Gambar ni menunjukkan motosikal tak kelihatan pada pandangan
cermin pandang sisi tapi boleh kelihatan sekiranya pemandu
melihat melalui tingkap.

Kenderaan disebelah tak kelihatan pada pandangan sisi biasa tetapi boleh dilihat melalui cermin
cembung yang dilekatkan sebagai aksesori.

Kadang-kadang seseorang tak pernah terfikir pun tentang blind-spot ni kerana menganggap semuanya boleh dilihat melalui cermin saja. Apabila kenderaan disebelah membelok secara tiba-tiba, mana-mana pemandu biasa tentu saja yang membuat tindakan refleks iaitu turut membelok untuk mengelak daripada berlanggar tanpa mengambil kira kawasan/ruang yang ada untuk mengelak. Jika pelanggaran dengan kenderaan dapat dielak sekali pun, kenderaan yang mengelak tu sendiri mempunyai risiko yang lebih besar untuk terbabas lalu merempuh apa saja yang berada di sebelah kiri/kanannya.

Selalu kita lihat dalam akhbar atau tv kemalangan yang melibatkan kenderaan yang membawa penumpang/keluarga. Adakah mereka memandu laju sehingga terlibat dalam kemalangan? Berapa lajukah kenderaan yang mereka naiki mampu pergi dengan jumlah penumpang yang ramai? Atau adalah kegagalan mekanikal kenderaan itu sendiri yang menyebabkan kemalangan? Peratusan kebarangkalian di atas adalah rendah. Tapi jika ia disebabkan kecuaian manusia, peratusannya lebih tinggi. Pemandu yang sering leka, berkhayal (tak memberikan sepenuh perhatian waktu memandu) dan mungkin penat yang keterlaluan adalah penyebab utama berlakunya kemalangan sama ada melibatkan diri sendiri ataupun orang lain.

Jadi, semoga kita semua lebih berhati-hati selepas ni bila memandu. Jangan pentingkan diri sendiri saja.


05 June 2011

musibah

Jalan masih sesak dan hujan masih laig turun waktu melalui bandar Bentong tadi. Dalam keadaan begini aku pasti banyak kemalangan mungkin berlaku di lebuhraya terkenal dengan kisah=kisah mistik, 'karak hiway'.

Selain daripada sikap pemandu yang memang kurang cekap tapi nak tunjuk hebat, perbuatan khianat juga turut menyumbang kepada punca kemalangan di laluan tu. Setiap kali hujan, kemalangan pasti berlaku di tempat yang memang menjadi favourite kaki trak penarik kereta. Mereka dah standby awal-awal lagi.

Apa tindakan MTD dalam mengurangkan kadar kemalangan di laluan mereka ni? Hampir tiada! Mereka pasti menafikannya kerana itulah polisi yang patut mereka ambil. Kita boleh lihat sendiri, mengapa mereka benarkan pengendali tow truck ni lepak kat tepi-tepi jalan sambil menunggu kenderaan terbabas? Mereka juga tahu selekoh mana yang menjadi tempat kerapnya berlaku kemalangan waktu hujan tapi adalah mereka meletakkan papan tanda? Takde pun.

Kemalangan jalanraya adalah satu musibah kepada mereka yang terlibat tapi satu rezeki yang ditunggu-tunggu bagi pengendali tow truck.

Sikap pemandu juga penting dalam mencegah berlakunya kemalangan. Bukan hanya kepada mereka yang memandu laju je, tapi mereka yang terhegeh-hegeh macam siput pun perlu ambik perhatian. Jangan pentingkan diri sendiri. Tukar lorong tanpa mempertimbangkan kenderaan di belakang. Selalu terjadi pemandu keluar simpang, tukar laluan dan memotong dengan keadaan lembab dan terhegeh-hegeh.