Sejak kebelakangan ni aku perhatikan, ramai pemandu yang tak beri perhatian sepenuhnya waktu memandu. Bukan sekadar bercakap di telefon bimbit, tapi berborak pun sama. Mata saja pandang ke depan, tapi akal dan fikiran melayang ke tempat lain.
Ramai juga pemandu yang masih lembab dalam membuat keputusan. Dalam pemanduan, perkiraan dan jangkaan amat penting selain daripada pengalaman. Contohnya waktu memandu di lebuhraya yang mempunyai 2 laluan (lane). Adakalanya pemandu ingin memotong kenderaan disebelahnya tetapi teragak-agak. Dalam masa yang sama kenderaan dibelakang telah lama menunggu. Tiba-tiba pemandu yang hendak memotong tadi menekan brek mengejut kerana selekoh dan kenderaan di belakang tak menjangkakan itu berlaku. Lalu sudah tentu kemalangan boleh berlaku.
Sebetulnya pemandu janganlah mementingkan diri sendiri saja. Beri saja laluan buat kenderaan yang lebih laju. Sama juga dengan pemandu yang nak membelok di simpang. Dengan tak bagi signal, tiba-tiba tekan brek. Cubalah tengok sikit kat belakang ada kenderaan lain ke tak. Satu lagi ialah sewaktu nak menukar lorong. Ada juga pemandu yang langsung tak tengok cermin sisi dan cermin pandang belakang. Main terus masuk je janji signal dah beri.
Keadaan paling merbahaya waktu menukar lorong ialah ada kenderaan disebelah tetapi tidak kelihatan. Ini dipanggil blind-spot. Ramai pemandu hanya lihat sekali imbas saja dan bukan dua kali. Sepatutnya pemandu perlu toleh juga ke tingkap untuk memastikan tiada kenderaan disebelah sebelum menukar lorong. Jangan hanya mengharapkan cermin pandang belakang dan cermin sisi.
Gambar ni menunjukkan motosikal tak kelihatan pada pandangan
cermin pandang sisi tapi boleh kelihatan sekiranya pemandu
melihat melalui tingkap.
Kenderaan disebelah tak kelihatan pada pandangan sisi biasa tetapi boleh dilihat melalui cermin
cembung yang dilekatkan sebagai aksesori.
Kadang-kadang seseorang tak pernah terfikir pun tentang blind-spot ni kerana menganggap semuanya boleh dilihat melalui cermin saja. Apabila kenderaan disebelah membelok secara tiba-tiba, mana-mana pemandu biasa tentu saja yang membuat tindakan refleks iaitu turut membelok untuk mengelak daripada berlanggar tanpa mengambil kira kawasan/ruang yang ada untuk mengelak. Jika pelanggaran dengan kenderaan dapat dielak sekali pun, kenderaan yang mengelak tu sendiri mempunyai risiko yang lebih besar untuk terbabas lalu merempuh apa saja yang berada di sebelah kiri/kanannya.
Selalu kita lihat dalam akhbar atau tv kemalangan yang melibatkan kenderaan yang membawa penumpang/keluarga. Adakah mereka memandu laju sehingga terlibat dalam kemalangan? Berapa lajukah kenderaan yang mereka naiki mampu pergi dengan jumlah penumpang yang ramai? Atau adalah kegagalan mekanikal kenderaan itu sendiri yang menyebabkan kemalangan? Peratusan kebarangkalian di atas adalah rendah. Tapi jika ia disebabkan kecuaian manusia, peratusannya lebih tinggi. Pemandu yang sering leka, berkhayal (tak memberikan sepenuh perhatian waktu memandu) dan mungkin penat yang keterlaluan adalah penyebab utama berlakunya kemalangan sama ada melibatkan diri sendiri ataupun orang lain.
Jadi, semoga kita semua lebih berhati-hati selepas ni bila memandu. Jangan pentingkan diri sendiri saja.
http://helmimajidismail.blogspot.com/2013/01/blind-spot-atau-titik-buta.html
ReplyDeletesaya dalam usaha educate people pasal blind spot...
hope will help u, tanpa perlu pakai cermin cembung