11 February 2012

khadam

Tentu ramai yang pernah dengar tentang "KHADAM". Ia berbeza dengan "PENDAMPING". Pada pendapat aku, biasanya pendamping lebih kepada makhluk belaan, atau dengan perkataan orang dulu-dulu, "SAHABAT". Dah tentulah terdiri daripada golongan jin kafir. Golongan hantu raya, pelesit, penanggal, hantu tinggi (galah) dan seangkatan dengannya dipanggil 'sahabat' saja. Mereka memang mendampingi orang yang memberi mereka upah/makan. 24 jam sehari, mengekor saja ke mana tuannya pergi. Kadang-kadang sentiasa saja ada kat sebelah.

Khadam terdiri daripada makhluk berupa jin atau malaikat yang datang apabila diseru. Jin yang dimaksudkan bukanlah sebarang jin. Ia merupakan jin yang kuat, tinggi ilmunya (sakti), dan baik budi pekertinya (menurut perintah Tuhannya).

Ada juga orang menggelarkan khadam pada orang suruhannya, pembantunya ataupun pekerjanya. Maksud khadam dari segi bahasa adalah pembantu. Jadi, khadam yang dimaksudkan boleh jadi jin, malaikat, orang suruhan, makhluk belaan dan lain-lain berdasarkan tafsiran masing-masing.

Setiap huruf, setiap ayat dan setiap surah dalam al-quran ada khadamnya. Khadam tiada kuasa melainkan daripada Allah jua. Jika kita fahami betul-betul sifat 20, maka tiada salahnya menggunakan khidmat khadam. Tapi yang menjadi salah ialah bila mana kita merasakan bahawa khadamlah yang menyembuhkan penyakit yang diubati. Sama seperti panadol. Jika seseorang yang demam/kurang sihat beranggapan bahawa panadol boleh menyembuhkan/ mengurangkan sakitnya, maka automatik jatuh syirik. Mana mungkin panadol menjadi sekutu bagi Allah?

Ada orang pertikaikan apabila meminta atau mengambil sesuatu mengapa perlu meminta izin terlebih dahulu? Orang seperti ni beranggapan semua benda adalah milik Allah dan mengapa perlu minta izin daripada makhlum lain? Jika kita ingin mendapatkan sesuatu yang merupakan hak orang lain, bolehkah kita terus mengambilnya tanpa meminta izin daripada tuannya terlebih dahulu? Soal minta izin tu adalah adab dan kita diajar supaya menjadi makhluk yang beradab.

Ada juga yang mempertikaikan mengapa minta pertolongan daripada khadam dan bukan daripada Allah? Jika begitu, mengapa pula ada orang minta anaknya belikan sesuatu di kedai dan tidak meminta terus daripada Allah? Bukankah meminta anak pergi ke kedai ibarat mengharapkan pertolongan si anak dan bukan pertolongan Allah? Mengapa tak dipanggil meminta pertolongan anak atau kawan dikira syirik?

Itulah persoalan yang sering dilontarkan daripada mereka yang kurang memahami. Mereka lebih senang menjatuhkan hukum daripada cuba belajar sesuatu. Ilmu Allah maha luas, mengapa sempitkannya mengikut citarasa sendiri?

Berbalik kepada cerita tentang khadam tadi. Manusia bukanlah siapa-siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana khadam mengikut kehendaknya pada bila-bila masa yang dia suka. Ia adalah satu bentuk pertologan daripada Allah juga. Siapa yang menjadikan makhluk lain (khadam) tunduk kepada kata-katanya? Khadam bertindak atas keizinan Allah dan bukan atas kemahuan nafsu kita semata-mata. Jika ada manusia yang mampu memerintah khadam, maka tiada siapa pun dapat menafikan kekuatan pertolongan Allah itu. Lihat saja kisah nabi Sulaiman a.s. Betapa semua makhluk tunduk dan patuh kepada baginda.

Apa pun janganlah sampai seorang itu berasa lemah apabila tiada khadam datang membantu waktu diseru. Jika ini berlaku, orang itu secara tidak langsung telah meletakkan satu harapan/penggantungan untung nasib ke atas makhluk dan ini adalah jelas menyekutukan Sang Pencipta. Wallahualam...





Oh me-layu

Ada seorang brader, jumpa aku petang minggu lepas bertanyakan sama ada aku nak dia mesin rumput atau tidak. Aku kata, "why not?". Janji dibuat dan dia akan datang keesokan paginya, Ahad. Aku pula bangunlah awal sikit kerana menjangkakan dia akan datang untuk mesin rumput. Jam menunjukkan pukul 9 pagi dan aku masih lagi atas katil dengan netbook ni.

Perut terasa lapar tapi hati minta sabar sikit untuk menuggu brader yang nak mesin rumput tu datang. Pukul 10 belum nampak bayang lagi. Memang macam ni lah janji dengan Melayu. Aku mandi dan bersiap untuk keluar bersarapan. Sebelum tu, aku ronda dulu kat rumah brader tu untuk hilangkan rasa syak yang menebal pada 'Melayu' ni.

Pintu & tingkap tertutup rapat. Pagar pun berkunci lagi. Memang belum bangun tidur lagi rupanya. Aku memang kenal brader ni sebab dia yang selalu mesin rumput kat rumah ni. Dulu berdua, sekarang seorang je. Dia memang ada masalah kalau berjanji dengan orang lain. Sebelum tu aku dah berkira-kira nak meracun aje. Aku tau melalui kawannya yang seorang lagi tu la.

Baru kejap tadi, dia datang lagi ke rumah aku lepas Isyak bertanyakan kenapa aku tak ada di rumah waktu hari yang dijanjikan. Apa lagi, terus panas hatilah jadinya. Aku terus sembur saja. Lepas tu dia minta aku telefon dia lagi esok untuk mesin rumput. Dalam hati aku, "what the fcuk? aku pulak yang nak kena telefon untuk bagi duit kat kau. ni dah macam cilake!". Tapi tak cakap pun sebab menahan marah. Aku minta nombor telefin dia, buat misscall dan suruh dia telefon balik esok. Aku tak harapkan apa-apa, aku tau dia akan datang lewat punya. Dah memang majoriti Melayu macam tu. Sebab tu ramai yang merempat di tempat sendiri.

Maafkan aku jika ada Melayu yang terasa tapi kalau siapa makan cili dialah yang merasa pedasnya. Cuba-cubalah tepati janji. Insya'allah, dipermudahkan rezeki.


04 February 2012

masa

Dalam kebanyakan masa, aku selalu mengantuk waktu nak menulis blog ni. Jadi, kebanyakan kalinya aku memilih untuk tidur daripada menulis. Kali ni aku nak menulis untuk memberitahu yang aku mengantuk untuk menulis. Walaupun dalam kepala ni terdapat seribu satu kisah yang nak diceritakan, namun tidur lebih menggoda daripada wanita seksi buat masa ini.

Sekian

29 January 2012

Tuah

Bila ada orang akademik berkata Hang Tuah sebenarnya tak wujud, tak ada pula orang akademik Melayu yang bangun menyanggah pernyataan tu. Mereka penakut barangkali.

Aku menolak kenyataan yang mengatakan Hang Tuah tu tak wujud. Tiada bukti atau belum jumpa bukti?

Sebabnya mudah saja. Jika tiada angin, masakan pohon bergoyang? Jika ada kisahnya, masakan tiada orangnya? Kata-kata "takkan Melayu hilang di dunia" bukanlah sesuatu yang direka-reka oleh orang-orang terdahulu. Masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasanya yang kaya-raya, pegangan adat yang kuat dan agama Islam yang dianuti. Masakan bangsa Melayu turun-temurun sengaja menjaja kisah Hang Tuah sekiranya ia hanyalah tahyul?

Bagi mereka yang mempunyai kepakaran serta keupayaan untuk menembusi alam jin, silalah teropong sendiri tentang kewujudan Hang Tuah dan lihat hasilnya. Orang awam biasa yang masih menunggu bukti-bukti kewujudan Hang Tuah pula, silalah tunggu. Barangkali seluruh hayatnya pun belum tentu mendapatkan bukti yang dikehendaki.

Bila Hang Tuah tiada, tiadalah kisah Puteri Gunung Ledang. Tiada jugalah kisah Sultan Melaka yang pertama kerana tiada bukti (tiada kubur Sultan itu sendiri yang telah disahkan DNA tulang-temulangnya). Tiada jugalah kisah bagaimana Melaka mendapat nama sekali gus mewujudkan persoalan tentang siapakah sebenarnya yang mentadbir Melaka di zaman kegemilangannya beratus tahun dulu?

Pelbagai versi kisah Hang Tuah ada dalam masyarakat kita. Tapi yang paling penting apakah pengajaran yang kita boleh dapati daripada kisah Hang Tuah ni? Kisah Hang Tuah secara ringkasnya menceritakan tentang seorang lelaki bersama empat saudaranya yang lain menjadi hulubalang negeri Melaka. Merekalah yang menyelamatkan Tun Bendahara daripada penyamun-penyamun yang membuat kacau di kota bersejarah tu.

Hang Tuah digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat setia kepada Sultannya dan mengikut apa saja titah baginda. Ada yang menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang lurus bendul dan lelaki yang bodoh. Ada juga yang mengagumi si Jebat kerana sifat setiakawannya yang menuntut bela di atas ketidakadilan yang berlaku ke atas si Tuah.

Jadi, seperti yang dikatakan td, apakah pengajaran yang kita dapat?










26 January 2012

Maruah

Jangan sangka mudah. Nak bagi orang gila makan pun payah. Mereka ada maruah kerana tak meminta-minta....

24 January 2012

Perasaan

Manusia menjadi bongkak dan angkuh disebab kedudukan dan harta. Tanpa ini semua, mungkin perasaan itu tiada. Jadi, bukanlah sia-sia diciptakan perasaan bongkak dan angkuh itu. Supaya manusia menyedarinya, lalu bertaubat dan meninggalkannya. Supaya sifat Tuhan yang Maha Pengampun tu dapat dilihat oleh orang-orang yang celik mata hatinya.

Harta bukan setakat wang ringgit, emas dan perak tetapi ilmu pun dikira harta. Inilah sifat yang menjerumus kita semua ke lembah kehinaan. Telah dibuktikan sejak penciptaan manusia pertama. Hanya kerana merasa dirinya lebih baik, Azazil yang dulunya dihormati telah dicampakkan ke dunia ni dengan penuh kehinaan dan diberi nama baru - Iblis.

Benarlah kata-kata "berjuang melawan diri sendiri lebih berat daripada bertempur di medan perang". Setiap hari entah berapa kali seseorang itu 'mati' melawan dirinya...

Hari-hari yang berlalu

Hari-hari aku perhatikan sikap manusia. Makin lama makin muak jadinya. Bertudung, berkopiah, berjanggut bukanlah satu jaminan peribadi yang elok. Politik yang dah kotor menjadi lebih teruk daripada kotor sehingga aku sendiri pun tak tau nak panggil apa lagi. Ramai bercakap tentang perpecahan sedangkan yang bercakap tu sendiri belum kaji habis lagi punca pepecahan sebenar orang-orang Melayu.

Itu belum mamak yang mengaku Melayu. Entah macam mana golongan ni dengan mudah mengaku diri mereka Melayu dan orang Melayu sendiri seolah-olah senang menerima mereka sebagai Melayu jugak.

Mereka yang menjaga hal ehwal agama Islam jugak bagaikan terkunci mulutnya. Bukan setakat tu saja, malah ada yang sanggup menjual agama sendiri semata-mata kerana wang. Yang bodoh terus mengikut dan mempertahankan mereka. Yang bijak diam saja.

Orang ramai terus menerima hakikat mereka yang bijak dalam agama ialah mereka yang kemas berkopiah, berserban dan berjubah tanpa memahami apa disebalik kata-kata ceramah dan tingkah laku si bijak pandai agama tu.

Ada juga yang masih teraba-raba dengan persoalan agama yang sering bermain-main difikiran mereka dan menerima hanya yang dirasakan sesuai dengan jiwanya saja. Tak memahami siapakah Wahabi, siapakah Syiah. Apa yang mereka tau hanyalah bersatu. Kebenaran dengan kebatilan TAK MUNGKIN bersatu!

Belajar dan jangan jadi penghukum. Itu kerja Tuhan!