16 March 2010

ikan


isu kotak ikan berinsulasi ari tu x pulak masuk dlm aduan rakyat. nak buat tol kat laut x boleh, salah satu cara nak buat duit ialah dgn mewajibkan semua pemborong menggunakan kotak ni. tp bukan semua yg terlibat, cumanya pengimport ikan drp negara² jiran je.

walau camner pun, tujuannya x lain x bukan dilihat sebagai menangguk di air yang keruh. dlm mengatasi kemerosotan jualan ikan tempatan, pihak² tertentu cuba utk menaikkan harga import ikan dgn cara mewajibkan semua pengimport ikan menggunakan kotak berinsulasi ni. harga kotak ni dah tentu la mahal drp harga kotak yang warna oren slalu digunakan tu. kalau kos naik, agak² sape yg kena tangung? mesti la kos tu akan pergi balik kpd pembeli. dlm tv & media cetak beria-ria buat kempen pengguna bijak, tp kat belakang tabir 'menyembelih' pengguna secara senyap².

satu lagi yg nampak ketara sgt ialah isu monopoli. hanya satu syarikat je yg membekalkan kotak/tong tu. dah tentu la ada org yg berkepentingan disebalik peraturan baru ni. penggunaan kotak lama x menimbulkan sebarang masalah pun kepada pengimport ikan knp perlu ditukar? xde sebab cari sebab.....bila harga ikan naik, peniaga juga disalahkan.

mcm kempen kurangkan gula. naikkan harga gula, buat kempen kurangkan gula utk alih perhatian masyarakat. bagi yg slalu minum kat kedai, kalau mintak teh tarik kurang manis pun harga sama jugak. kalau teh tarik naik 10sen, teh tarik kurang manis pun naik 10sen. walaunpun harga gula 1kg naik 10sen, teh, kopi semua akan ikut naik 10. pihak yg bertanggungjawab dlm menyuarakan kenaikan harga guna ni menggkaji bahawa 1kg gula naik 10sen, kalau 1 sudu (+-10gram) akan naik 1sen je. jadi xde sebab peniaga nak naikkan harga minuman kalau gula naik 10sen. dgn itu maka kenaikan harga gula dgn mudah diluluskan oleh kebinet.

ramai yg mungkin x kisah sgt dgn kenaikan 10sen harga gula tu sebenarnya. tp alasan tu biar la betul & kukuh. ni alasan mcm org nak menipu je. ckp saja harga gula dah lama x dinakkan, so apa salahnya naik skit kali ni. semua org pun faham & puas hati. ni kalau cerita bab 1kg, 1 gram la...bikin org kampung pening je.

sebarang kenaikan harga barang pun, pihak yg berkepentingan ni akan menunding jari kt peniaga jugak. aku x berapa nak mkn ikan sgt, so x kisah la kalau harga nak naik brp byk pun.






No comments:

Post a Comment