28 March 2010

perkauman....

perlu ke sebuah pertubahan yg berasaskan perkauman? dlm masa yg sama kerajaan berusaha keras utk mempromosikan slogan 1malaysia? mane satu yg betul sebenarnya? dlm kita sibuk2 nak berusaha gigih membangunkan negara, satu pertubuhan yg berasaskan sifat perkauman tulen sememangnya boleh mengganggu-gugat sebarang usaha utk kita bekerjasama antara satu sama lain. masing2 menyimpan syak dan curiga antara satu sama lain.

org yg bermain dgn isu perkauman adalah mereka yg cetek akal dan kekurangan idea utk mendapat sokongan. jgn salah faham, aku x kata kita sbg melayu perlu menggadaikan hak2 istimewa kita. knp perlu pergi sejauh tu & menjadi terlalu emosional? kita simpan utk diri kita, beringat pd diri sendiri dan keluarga cukuplah. x perlu jadi rasis, keluar kenyataan dlm akhbar sana-sini utk dptkan publisiti murahan. x perlu mainkan emosi melayu yg lain semata-mata utk mendapatkan simpati & sokongan mereka.

kita kena ingat, bangsa lain memerhati kita dari jauh. adakah mereka x punya perasaan? x sepatutnya kita hidupkan api yg boleh menjadi pemusnah hubungan antara kaum seperti mana yg berlaku pd 13 mei yg terkenal tu. bangsa lain mungkin takkan ambil parang dan tetak bangsa melayu tp melayu terpaksa menjadi kerbau seperti dicucuk hidung bila mereka membeli pegawai2 kerajaan utk kepentingan mereka. kita xnk hak kita jatuh pd bangsa lain tp lihat saja berapa byk tanah melayu jatuh ke tangan org bukan melayu dgn bantuan melayu jugak?

pejabat tanah dimonopoli oleh org kita, tp bangsa cina dgn mudah dpt mengusahakan tanah2 haram tanpa gangguan drp pihak berwajib. kemudiannya tanah2 tu beransur2 menjadi hak milik mereka. mereka puas hati. kita? kita lebih suka melalak dlm dewan, dlm akhbar, berckp tentang "mempertahankan institusi raja2 melayu". soalnya, wujudkah seorang rakyat malaysia yg ingin hapuskan sistem raja berpelembagaan yg kita gunapakai skrg ni?

adakah org2 cina dgn lantang berkata mereka nak hak sama rata & nak hak2 istimewa org melayu dihapuskan? xde pun sebab mereka takkan berani ckp soal ni. cuma yg ada beberapa kerat melayu yg sengaja memanipulasi keadaan dan mencetuskan huru-hara dgn membangkitkan isu2 mcm ni utk kepentingan diri sendiri. menyamar utk menjadi wira pembela bangsa konon. hakikatnya dia sendiri pun seolah-olah xde tujuan hidup dan tiada sokongan utk berpolitik. cara mudah utk mendapat sokongan adalah dgn cara seperti ni.

berckp soal perkauman secara terbuka jugak boleh mengundang pelbagai tangggapan negatif bangsa lain ke atas bangsa melayu. mencerminkan kita sbg satu bangsa yg manis tutur kata, sopan santun tp berhati busuk seperti bangkai. knp? depan kata lain, belakang kata lain.

kita harus faham, mana2 jiwa melayu takkan cuba utk bercakap tentang membelakangi raja2. apatah lagi utk membuang terus hak2 istimewa org melayu. tp knp org yg 2-3 kerat ni putar- belitkan fakta menjadikan melayu lain kelihatan sbg pengkhianat kpd bangsa sendiri. knp kita seronok menjatuhkan org/bangsa kita sendiri dlm mengejar populariti?

aku menyeru kpd bangsa aku supaya fikirkan masak2 tentang siapa yg kononnya nak jadi wira bangsa kita tu. siasat betul2 bagaimana latarbelakang dia. jgn mudah terima kata2 menghasut supaya membenci sesama sendiri. ingat, kita hidup x lama tp anak2 kita bakal mewarisi apa yg kita ada skrg. kalau skrg pun kita cuba keruhkan perhubungan yg terjalin, x mustahil 13 mei akan berlaku lagi dan dgn mudah kuasa2 luar dtg menjajah kembali seperti mana yg berlaku di iraq, afghanistan dan beberapa negara islam lain. ingatlah, kita pun salah satu negara islam jugak...

23 March 2010

lompat si katak lompat

hidup nie mmg x dpt dipisahkan dgn politik. mcm2 isu ditimbulkan skrg. buat pendedahan itu ini, kononnya ikhlas nak bgtau org ramai tp terlalu ketara sgt la. permainan mcm ni org kampung dah boleh baca. atas pendedahan tanpa bukti ni, ramai pulak yg pegi buat report polis. tgk mca, ada buat report polis ke utk menjahanamkan bangsa mereka sendiri? xde pun.. melayu je suke buat keje2 x berpekdah mcm ni.

membela bangsa konon.... poket sendiri yg dibela sebenarnya. org yg kena tuduh pun kata yg mendedahkan ni penipu besar, maknenye kalau ternyata polis siasat benda ni dan mendapati semua x berasas, dia patut kena tindakan undang2. tp aku x rasa tindakan undang2 akan diambil ke atas makhluk ni sebab slalunya tindakan akan berat sebelah walaupun cuba dilakonkan seadil mungkin.

yg melompat parti ni pulak mesti la akan disokong oleh raja lompat parti jugak. raja lompat ni beria-ria nak buat demo bantahan. utk apa? melayu mcm ni mmg suka buang masa gaduh sesama sendiri drp pikir mcm mana nak majukan bangsa. sebab tu kita lihat hidup dia pun xde kemajuan. kejap lompat sana, kejap lompat sini. kejap cakap itu, kejap ckp ini. suruh ckp pandai la, tp bila masuk bab tindakan, haram satu sen pun xde gunanya. ckp je lebih.

umur pun dah lanjut, patutnya berenti je la drp politik. mcm mana pun dia cuba, dia takkan jadi wakil rakyat lagi lepas ni. sape nk lantik org xde pendirian mcm tu jd pemimpin? jaga kambing bole la. bagi laluan pd org muda je la. kita boleh lihat sebenarnya siapa jatuhkan siapa. bangsa kita ni mmg x ubah mcm ni sejak dulu. walaupun melaka sebuah negeri yg maju dan makmur lebih 500 tahun dulu, tetap hancur jugak sebab sikap bangsa kita yg mcm ni.

kita sombong utk ambil contoh mcm mana bangsa lain menyelesaikan sengketa sesama mereka. mereka bukan islam pun, malah x pernah pun sembahyang mcm kita. tp pemikiran mereka maju. dlm bertanding, mereka x menikam atara satu sama lain. tp kalau bangsa melayu, sehabis daya mereka akan cuba jatuhnya bangsanya sendiri demi utk kepentingan peribadi.

dlm apa juga aspek pun, melayu tetap suka menjatuhkan melayu. dlm perniagaan, sukan dan hiburan kita akan dpt lihat persamaannya. bersongkok di kepala, mulut manis mcm gula tp hati busuk mcm bangkai.

betapa bangsa kita sanggup mengenetepikan agama dan maruah semata-mata utk berpolitik. sampaikan masyarakat antarabangsa pun gelak dgn amalan 'demokrasi' yg kita amalkan.

tgk la apa pulak nak jadi lepas ni. apa pun, rancangan utk menjatuhkan parti yg satu lg kelihatan ketara. terlalu ketara. perancangan dibuat x teliti langsung. tiap kali menyerang, pasti kena serang balik. tu je yg aku boleh kata.....

16 March 2010

terjah....

baru² ni aku terbaca satu artikel pasal program realiti 'terjah'. kata persatuan seniman program mcm ni patut diberhentikan sebab x membawa apa² faedah pun kpd org ramai. tp org kuat 'terjah' plak kata rating penonton adalah tinggi, so buat apa nak stop?

rasa aku kalau org kuat 'terjah' ni kita terjah pasal hal rumah tangga & kisah hidupnya, dia pun x suka. cuma dia excited 'terjah' kisah hidup org lain yg lebih byk mengaibkan org, menjatuhkan maruah org. zaman sekarang fitnah dlm dunia hiburan dia panggil 'gosip' je. nama pun nama baik dah. menyebarkan gosip la katakan....

aku pun x faham knp ada org minat program² mcm ni. ilmu pengatahuan apa yg dpt lepas tgk 'terjah'? artis kena tangkap khalwat? kes dadah? semua tu xde faedah pun. yg dgr pasti akan tolong sampaikan pd member² lain yg xtau apa². mcm² versi cerita timbul mengikut mazhab si pencerita.

kalau kita tgk bangsa yg suka sgt menyibuk & menjaga tepi kain org, bangsa tu la yg susah nak maju.

ikan


isu kotak ikan berinsulasi ari tu x pulak masuk dlm aduan rakyat. nak buat tol kat laut x boleh, salah satu cara nak buat duit ialah dgn mewajibkan semua pemborong menggunakan kotak ni. tp bukan semua yg terlibat, cumanya pengimport ikan drp negara² jiran je.

walau camner pun, tujuannya x lain x bukan dilihat sebagai menangguk di air yang keruh. dlm mengatasi kemerosotan jualan ikan tempatan, pihak² tertentu cuba utk menaikkan harga import ikan dgn cara mewajibkan semua pengimport ikan menggunakan kotak berinsulasi ni. harga kotak ni dah tentu la mahal drp harga kotak yang warna oren slalu digunakan tu. kalau kos naik, agak² sape yg kena tangung? mesti la kos tu akan pergi balik kpd pembeli. dlm tv & media cetak beria-ria buat kempen pengguna bijak, tp kat belakang tabir 'menyembelih' pengguna secara senyap².

satu lagi yg nampak ketara sgt ialah isu monopoli. hanya satu syarikat je yg membekalkan kotak/tong tu. dah tentu la ada org yg berkepentingan disebalik peraturan baru ni. penggunaan kotak lama x menimbulkan sebarang masalah pun kepada pengimport ikan knp perlu ditukar? xde sebab cari sebab.....bila harga ikan naik, peniaga juga disalahkan.

mcm kempen kurangkan gula. naikkan harga gula, buat kempen kurangkan gula utk alih perhatian masyarakat. bagi yg slalu minum kat kedai, kalau mintak teh tarik kurang manis pun harga sama jugak. kalau teh tarik naik 10sen, teh tarik kurang manis pun naik 10sen. walaunpun harga gula 1kg naik 10sen, teh, kopi semua akan ikut naik 10. pihak yg bertanggungjawab dlm menyuarakan kenaikan harga guna ni menggkaji bahawa 1kg gula naik 10sen, kalau 1 sudu (+-10gram) akan naik 1sen je. jadi xde sebab peniaga nak naikkan harga minuman kalau gula naik 10sen. dgn itu maka kenaikan harga gula dgn mudah diluluskan oleh kebinet.

ramai yg mungkin x kisah sgt dgn kenaikan 10sen harga gula tu sebenarnya. tp alasan tu biar la betul & kukuh. ni alasan mcm org nak menipu je. ckp saja harga gula dah lama x dinakkan, so apa salahnya naik skit kali ni. semua org pun faham & puas hati. ni kalau cerita bab 1kg, 1 gram la...bikin org kampung pening je.

sebarang kenaikan harga barang pun, pihak yg berkepentingan ni akan menunding jari kt peniaga jugak. aku x berapa nak mkn ikan sgt, so x kisah la kalau harga nak naik brp byk pun.






10 March 2010

aduan rakyat....

secara x sengaje aku tertengok rancangan aduan rakyat. kali ni isu tentang klinik desa area sungai besi. punye la ramai org beratur. tp siapa nak ambil peduli? kalau dia ajukan pd menteri sekali pun, jawapan ni pasti kita dgr, 'kemudahan kesihatan kita lebih baik drp negara lain'.

apa2 isu pun kalau dibangkitkan, jawapan mcm ni la yg biasanya akan didengar. x dinafikan, jika dibandingkan dgn somalia, oman atau pun papua, negara kitalah yg terbaik. tp cuba dibandingkan dgn thailand, singapura dan brunei? kita sendiri dah tau apa taraf negara kita.

ntah apa yg mereka yg diberi tanggungjawab membela rakyat ni buat. mungkin bagi mereka yg penting, penuhkan poket sendiri dulu sementara masih berjawatan. ni lumrah org politik negara ni. x ubah mcm lumrah negara dunia ke-3! nama je negara membangun, hakikatnya poket2 golongan tertentu yg membangun, bukan taraf hidup rakyat.

08 March 2010

my precious

sejak dulu lagi aku mmg mengidamkan sgt sebuah nadi vr4 dalam cesis saga. x terfikir pun yg aku dpt pakai sebuah kereta yg mcm tu. cuma angan² tu byk le. byk sgt problem kalau nak muatkan sebuah enjin yg berkapasiti 2.0 liter ke dlm body yg hanya menempatkan sebuah nadi 1.5 liter, single cam.

suatu masa dulu aku hanya boleh berangan & bermimpi je la. sebenarnye aku agak kagum dgn mane² pemilik saga yg bernadikan enijn ni. pada aku, enjin ni sudah lebih drp cukup. body saga pulak ringan.

dulu slalu je aku keluar mlm² minggu utk pegi tgk org race kt tempat aku. niat aku satu je, nak tgk saga hijau yg dikatakan 'kuat' pd mase tu. seronok la jugak sebab aku sendiri pun guna saga jek. cume mase tu saga aku mcm tukun, berlubang sane sini, asap pun putih semcm jek. tp keta yg byk berjasa tu x pernah menghampakan aku langsung. rosak mcm mane pun aku tetap boleh drive. dgr saga ijau tu punye bunyi pun dah merdu pd aku.

aku terpaksa mengaku yg aku agak taksub dgn saga yg 'highly modified' ni. jarang² nampak atas jalan. sebuah saga yg bernadikan vr4 adalah sebuah jentera yg mantap dan sgt berkuasa. jika dibandingkan nisbah kuasa enjin & berat kereta tu sendiri (power to weight ratio), nyata wira pun kalah. ramai org kata saga ni mcm tin milo, kena skit dah kemek. betul la tu....

aku sendiri pun x pernah terfikir utk mampu memiliki jentera yg aku impikan selama ni. nak modify apa yg aku ada sekarang dah tentu menelan belanja jutaan rupiah. dgn memikirkan masalah-masalah yg dah menjadi lumrah kpd kaki² turbo, alat ganti yg terpaksa dikacuk sana sini merumitkan lagi proses modify enjin. tu belum kira pomen yg xde sijil bikin kereta lagi. main hentam je welding sana sini. kalau cesis crack lagi la sakit otak.

mmg letih memikirkan tu semua. tp kalau dah minat, ape ade hal. rembat aje yg dah siap modified. x pyh nak pening² kepala nak buat tuning. tp aku x nafikan, dlm memilih keta 2nd hand ni mmg perlu teliti betul². kadang² ada org nak jual kereta sebab kereta tu dah x boleh nak blah dah. mungkin owner lama dah fedup dgn masalah yg x pernah nak abis. asyik duit je abis, lebih baik jualkan aje.

lagi satu nak kena tau gak skit sebyk sejarah kereta yg nak dibeli tu. knp nak jual? pernah accident ke? ada masalah besar ke kt enjin? semua ni perlu dinilai btul² sblum membuat sebarang keputusan. dan aku telah pun membuat keputusan:





































amcm? boleh pergi perang x? ape yg best ialah enjinnya ialah dari model vr4-rs dgn 240 kuasa kuda dlm keadaan standard. seronok memandu tu dah semestinye. bunyi pipe & enjin pun mengasyikkan. walaupun bg kebanyakan org, apelah sgt. saga tetap saga. tp pd aku, x kisah la ape org kata pun. aku bersyukur dpt memiliki sesuatu yg dah lama aku idamkan. satu kepuasan peribadi yg tak ternilai.....

24 February 2010

ape yg menariknye?

ape yg menarik minat golongan perempuan malaysia ni pd lelaki warga asing. kes-kes kahwin lari mmg banyak sgt berlaku. kalau dulu nak berbini dua, lari ke sempadan thailand. tp sekarang budak sekolah yg hingus belum kering pun dah pandai lari ikut lelaki asing ni. bukanlah nak merendahkan sesiapa, tp apalah sgt dgn ikut warga asing lari balik ke negara yg mereka sendiri pun xde peluang nak senang mcm kt negara kita?

mungkin perempuan-perempuan melayu ni kuat sgt berangan-angan nak hidup senang dgn lelaki yg belum tentu boleh menyenangkan hidup mereka. tu baru lelaki indon. lain pulak kisahnya dgn lelaki kulit hitam. tak lama dulu kecoh jugak pasal lelaki mcm ni sanggup bunuh & perkosa kanak-kanak melayu kita yg belum pun sempat kenal erti hidup. mmg kita semua ada perasaan kesian, tp kalau betul kita kesian, takkan perkara-perkara mcm ni boleh jadi lagi.

kadang-kadang kita sendiri pun x pernah nak rasa malu dgn bangsa lain. yg paling ramai buang anak ialah bangsa kita. yg paling ramai kawin lari pun bangsa kita. yg kaki dera, cabul, pukul perempuan dan kanak-kanak pun kitalah juga. siapa islam? kita la.... knp perkara-perkara ni hampir x kedengaran dlm masyarakat bangsa lain dlm negara kita?

susah jugak nak faham. tokoh-tokoh agama kita buat syarahan sana-sini, saman sesama sendiri, berebut jawatan dlm jabatan kerajaan dan mcm-mcm hal yg x sepatutnya berlaku pd org yg dilihat sbg 'arif' dlm bidang agama. kita pun lupa. mereka juga manusia mcm kita. xde apa yg lebih pun walaupun ketayap atau songkok sentiasa melekat atas kepala 24 jam. yg patut dinilai oleh kita ialah perbuatan mereka, kelakuan mereka dan percakapan mereka sama ada mereka betul-betul 'arif' atau x dlm bidang agama.

bila kes-kes kahwin lari yg melibatkan golongan wanita muda ni byk berlaku, sudah pasti akan wujud badan bukan kerajaan yg akan bertindak utk membela nasib golongan ini. knp? kerana xde satu pun jabatan agama yg membela nasib mereka. org-org dlm jabatan agama sibuk nak kejar pangkat, jawatan & saman-menyaman sesama sendiri. benda-benda kecik pun nak saman jugak.

bila badan-badan bukan kerajaan ni cuba membantu dgn mewujudkan satu pusat khas yg menempatkan anak-anak yg terbuang, ada yg membantah. kononnya ini akan menggalakkan lagi org buang bayi. habis tu org yg bising-bising tu ada buat apa-apa? kalau dah rasa x betul, buat la bagi betul. sebagai individu mungkin x banyak yg boleh dilakukan, tp takkan satu jabatan agama dlm negara ni pun x boleh buat apa-apa dlm hal ini. bila keluar isu murtad, ramai yg menyalak.

kalau nak harapkan ahli politik, mmg x berguna pun. mereka takkan buat satu perkara yg x menguntungkan poket mereka sendiri. lainlah kalau rebut tender atau projek atas nama kemajuan, berkejar la golongan ni mcm org x makan 2-3 hari.

sebenarnya kita byk bercakaran sesama sendiri. tu yg paling byk masa terbuang. seseorg yg aku sgt hormati pernah bgtau pd aku, kalau tuhan dah tetapkan sesuatu tu menjadi rezeki kita, takkan terlepas pun ke tangan org lain. bg yg pendek akal akan menyangkal pernyataan mcm ni. sebenarnya kalau kita selami dan perhalusi kata-kata tu, kita dgn sendirinya akan faham bahawa kita x perlu keterlaluan dlm mengerjakan sesuatu. berusaha sebaik mungkin dan berserah setelah melakukan yg terbaik. sama ada kita akan mendapat ganjaran yg lebih atau tidak, bukan lagi menjadi urusan kita.

kejadian-kejadian seperti kes bella yg lari meninggalkan keluarga utk mengikut lelaki lain berkahwin sepatutnya tidak berlaku lagi. realitinya ni bukan kali pertama dan kedua, kes-kes mcm ni mmg byk berlaku. ibubapa kurang memberi perhatian pd anak-anak biasanya menjerumus kpd masalah mcm ni. bila dan terhantuk, baru nak terngadah. anak dara yg dibawah umur dah pun menjadi 'bekas' org lain. cuba kita fikir mcm mana masa depan budak tu? benda dah jadi, bukan boleh senang-senang nak undur balik.

budak perempuan waktu tgh remaja ni akan ikut sapa saja yg dia rasa pandai jaga hati & perasaan dia. kalau balik rumah mak bapak asyik membebel x tentu pasal, kita sendiri fikir la takkan dia nak duduk kt rumah tu 24 jam? paling x pun mesti nak cari tempat mengadu nasib. bila jumpa dgn mamat indon, apa lagi. indon tu ibarat org mengantuk disorongkan bantal je la. bukan mamat-mamat indon je, malah lelaki pakistan, khazakstan & yg mcm hindustan semuanya buatnya wanita-wanita melayu, 'me-layu' (menjadi layu).

kononnya golongan ni baik hati, pandai menjaga hati & perasaan mereka, sentiasa menyokong mereka dan muka-muka golongan ni pun agak hensem pd mereka. byk lagi lelaki melayu lain yg boleh menjamin hidup yg selesa kt luar sana, knp lelaki yg ntah dari mana asal usul ni jugak yg perempuan melayu kita suka? bila dah terkena, menyesal x sudah. sampai mati pun x boleh lupa.

apa pun, kita kena fikirkan perkara ni bersama. jgn sampai dah terjadi kt ahli keluarga sendiri baru nak sibuk fikir sampai nak pecah kepala.