08 November 2010

tuah 2

dipendekkan cerita, hang tuah memiliki apa yang orang lain idamkan iaitu ilmu dunia. waktu diminta untuk merisik puteri gunung ledang, hang tuah sebenarnya telah lanjut usia pada masa tu. mengikut sumber yang satu ni, puteri gunung ledang telah pun berkahwin pada masa tu dan tak mungkin akan berkahwin lagi.

permintaan seperti 7 dulang hati nyamuk dan sebagainya adalah rekaan tun mamat semata-mata untuk mematikan niat sultan untuk memperisterikan puteri gunung ledang. dalam masa yang sama, hang tuah ingin mencari ketengan dengan menghilangkan diri daripada kesibukan dunia dan meninggalkan segala-galanya. oleh yang demikian, beliau menyerahkan keris tamingsari kepada tun mamat untuk dipersembahkan kepada sultan kononnya beliau malu untuk pulang kerana gagal memujuk puteri gunung ledang.

menarik juga. berkenaan dengan kubur hang tuah yang tidak dijumpai pula ia adalah kerana hang tuah merantu hingga ke mekah kemudian pulang ke tanah melayu dan menetap di pattani. dikatakan beliau meninggal di sana menggunakan nama lain. wallahualam.

sumber cerita ni diperolehi dengan perkhabaran daripada alam lain kepada tuan punya diri yang menyampaikan dalam blognya.

aku lebih mempercayai sumber ni daripada hikayat-hikayat yang dah tentu banyak tokok tambahnya.

apa pun terpulanglah atas diri masing-masing. aku seronok saja untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana pahlawan melayu. mereka memang handal. ilmu mereka bukan sekadar ilmu kebal sahaja tapi ilmu agama mereka juga tinggi. sayangnya kalau tersilap langkah, jadilah seperti hang jebat yang mengamuk mengikut nafsu amarahnya.

dipercayai keris tamingsari masih berada dalam simpanan salah seorang raja melayu di negara ni. tapi siapa pun tak dapat nak buktikan.

07 November 2010

tuah

aku sangat-sangat (perkataan yang berulang ni menunjukkan yang aku serius) minat kepada kisah-kisah lama seperti hang tuah, mat kilau dan sebagainya. tapi mengetahui sejarah mereka semua melalui buku-buku lama dan hikayat-hikayat tertentu langsung tak memuaskan aku. pada aku, entahkan betul entahkan tidak.

aku berpeluang untuk mengetahui kisah-kisah pahlawan hebat ni daripada sumber lain yang sama sekali jarang dapat diperolehi. sama ada kisah ini betul atau tidak, terpulang pada individu yang mendengarnya. aku mendapat penjelasan hampir penuh tentang kisah pahlawan agung melayu melaka ni. terima kasih kepada tuan punya badan atas usaha gigih & penat lelah beliau untuk mendapatkan cerita ni dari perspektif dan sudut yang sangat berbeza. aku ringkaskan aje ni.

menurut sumber yang satu ni, hang tuah bukanlah anak jati melayu. sebaliknya beliau bersama 4 lagi rakannya adalah orang dagang yang datang ke melaka mengikuti bapa saudaranya. mereka berempat bertemu kasturi yang kemudiannya digelar 'hang' juga. sama ada ejaan 'hang' tu seperti hwang atau pun selain daripada tu, tak dapat nak dipastikan sebab bunyinya tetap sama.

mereka kemudian merantu ke tanah jawa untuk mendalami ilmu persilatan yang menjadi kegilaan remaja pada zaman tu. tekalah siapa nama guru mereka? Ki Ageng Adi Putra! setelah sekitar 5 tahun belajar, mereka kembali ke melaka. satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan bakat mereka menonjol pada pandangan bendahara yang kemudiannya mengesyorkan kepada sultan supaya mereka dijadikan orang penting dalam kerajaan melaka.

jadilah beliau laksamana hang tuah dan rakan-rakan beliau hulubalang kerajaan melaka. nak dijadikan cerita, telah timbul satu fitnah terhadap hang tuah oleh kerana perasaan iri hati dan hasad dengki pembesar-pembesar istana yang lain. maka baginda sultan telah menitahkan supaya hang tuah dibunuh. bendahara tun perak pada masa tu menghadapi situasi ni dengan penuh bijaksana. hang tuah disembunyikan di suatu tempat. hang jebat yang dah hilang sabar terus mengamuk.

siapa tak kenal hang jebat pada masa tu. amukkannya saja berjaya membuatkan sultan lari menyembunyikan diri. pada masa tu baginda sultan mula terfikir, alangkah bagus jika tuah ada kerana tiada siapa lagi yang dapat menahan jebat melainkan tuah. tanpa berselindung lagi, bendahara terus mengakui bahawa hang tuah masih hidup dan disembunyikan di suatu tempat. baginta sultan kemudiannya menitahkan hang tuah supaya kembali menenteramkan keadaan. namun jebat yang sudah dikuasai syaitan pada masa tu tak dapat dihentikan langsung. mereka bertarung hingga nyawa jebat terpisah dari jasadnya.

tuah kembali mendapat kepercayaan sultan dan mereka yang membuat fitnah dijatuhkan hukum.

tamingsari adalah satu keris yang sebenarnya dimiliki oleh panglima kerajaan majapahit iaitu panglima tamingsari. menurut sumber yang satu ni, keris tu bukan dibuat daripada besi tapi daripada sejenis kayu, atau lebih tepatnya daripada teras kayu kelor. carilah sendiri kayu ni macam mana. apa yang mistiknya ialah keris ni menjadikan pemiliknya kebal daripada sebarang senjata. nak percaya atau tidak, terpulanglah.

puas aku pendekkan jadi panjang juga. dah mengantuk sebenarnya, nanti sambung lagi la.

05 November 2010

silap

jadi mereka telah menang dan dugaan aku silap. ramai juga yang tersilap termasuklah ahli mereka sendiri. ramalan hanya ramalan.

04 November 2010

kopiah

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan... dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)


ini hasil daripada demokrasi yang kita amalkan dari dulu hingga kini. aku yakin, manusia yang berkata-kata seperti tu selalu ke masjid dan rajin bersolat.

tak tahulah apa yang dia fikirkan dengan mengeluarkan kenyataan macam tu. memanglah ulama bukan nabi tapi Islam mazhab mana pula ajar kita untuk berkata-kata seperti tu kepada seorang ulama? hanya kerana berbeza pendapat, halalkah cacian dan tomahan?

yang sedihnya, kopiah tetap tak tanggal....

tegur

semalam aku jumpa orang mati. silap pulak aku tertegur. sebuah treler terbalik. ada satu bungkusan plastik hitam di tepi jalan. barangkali mayat pemandu atau kelindan. silapnya aku pergi tegur.

balik tu memang terasa badan tak sedap sikit. malamnya aku kerap terjaga. entahlah, susah nak jelaskan. memang kalau tertegur mayat, badan akan jadi semacam je. mujur anak aku tak menangis malam.

buruk

betapa hinanya mereka yang terlibat dalam politik. mencaci maki orang lain. menabur fitnah dan kemudian bersolat seperti tiada apa.

mereka yang mengaku islam lebih buruk perangainya daripada mereka yang menyembah tokong dan patung.

demogila

mereka tahu mereka tiada harapan untuk menang di Galas, justeru itu mereka menggunakan kelebihan media untuk menghentam pihak lawan habis-habisan. inilah demokrasi yang kita dukungkan.

mereka lakukan solat hajat untuk kemenangan calon mereka yang bukan islam di Batu Sapi. jika solat hajat ini dilakukan oleh pihak lawan, habislah mereka dicerca dan dimaki kerana bersolat hajat untuk kemenangan si kafir. kesimpulannya, apa pun yang mereka buat tidak mengapa kerana inilah demokrasi.

sebenarnya konsep demokrasi tiada dalam islam melainkan mereka sendiri yang meletakkanya. demokrasi juga bererti bahawa semua hinaan, cercaan, makian dan fitnah yang dipanggil kebebasan bersuara, dibolehkan. di mana pula semua ini dibolehkan dalam islam?

tak guna nak tegakkan benang yang basah. si fathul bari mungkin ada jawapannya namun beliau tetap dipandang sebagai ulama tambatan sesebuah parti. tugas utama beliau adalah bagaimana untuk membolehkan yang tidak boleh. itu pendapat sesetengah pihak dari parti lawan.