25 August 2014
Nama-nama
"Serulah nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja kamu serukan kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia"... (17:110)
18 August 2014
Meninggal pada hari Jumaat.
Benarkah orang yang meninggal pada hari atau malam Jumaat diangkat siksa kuburnya?
"Tidaklah seseorang muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur" - HR At-Turmizi
Adalah lebih baik jangan ditelan mentah-mentah hadis tersebut sebelum benar-benar memahaminya. Rasulallah SAW merupakan seorang yang berlapik cakapnya, lembut pekertinya. Jika hadis berkenaan diterjemah bulat-bulat seperti alih-bahasa, tentulah ia tidak masuk akal kerana jika seorang muslim yang tengah meragut lalu jatuh dan meninggal adakah dia juga akan termasuk golongan yang diselamatkan daripada siksa kubur? Atau tiadalah orang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan yang baik-baik saja? Tak masuk akal langsung. Bukan hadisnya, tapi tafsiran melulunya. Kematian yang membawa keselamatan bukanlah tergantung kepada hari apa seseorang itu mati tetapi amal perbuatannya sewaktu hidup di dunia.
Apakah rahsia hari Jumaat itu sendiri?
Jumaat merupakan hari yang terciptanya bangsa manusia. Manusia pertama diciptakan sempurna sifatnya, bukan seperti binatang. Jadi Jumaat adalah hari dijadikan manusia dengan sifat-sifat kemanusiaan. Tahu apa kemanusiaan? Sudah tentulah kemanusiaan tidak sama dengana kebinatangan.
Walaupun dia seorang pencuri, pelacur atau pendosa setinggi gunung sekalipun, namun jika dia meninggal dalam keadaan rohaninya kembali menjadi manusia, maka dia dikatakan meninggal pada hari Jumaat. Hari kemanusiaan.
Orang yang rohaniahnya telah kembali seperti mana asalnya maka apakah akan ada lagi soal jawab kubur bagi dirinya?
Nasi pun kalau nak makan kena tanak dulu, tak boleh terus makan bang!
25 July 2014
Al-Quran
Yang biasa kita baca dan kita sebut kitab suci itu
sebenarnya disebut Al Quran atau lembaran/mushaf? Kalau itu disebut kitab suci,
dimana letak kesuciannya?
Sebenarnya, Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam
dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat
Kami kecuali orang-orang yang zalim. (Al-Ankabut :49)
Al-Quran yang sebenarnya itu adalah nur yang ada di Luh Mahfuz.
Ia adalah cahaya Ketuhanan dan bukan tulisan, bukan huruf, bukan juga kata-kata
tetapi Nur. Ketika diturunkan ke dada (qolbu) seorang hamba ia di sebut Al
Furqon,yg membezakan antara yang haq dan yang batil.
Dari sudut Bahasa, Nur diterjemahkan dan disampaikan ke dalam
bahasa manusia oleh sang penyampai iaitu Jibril (Jabar-il), lalu diucapkan
melalui mulut oleh Rasulullah SAW dan disebut sebagai kalamullah. Kalam
tersebut masuk ke telinga lalu dirakam oleh otak, di ingat dan disebut Az Zikr,
lalu ditulis dalam lembaran-lembaran dan kemudian disebut Al Mushaf (lembaran-lembaran
yang dijilid ini disebut Kitabullah). Dengan kata lain Al-Quran bermetamorfosa
menjadi bentuk yang kita kenal sekarang ini. Ini pendapat aku je la, soal betul
salah tu bukan urusan aku. Urusan aku menulis saja.24 July 2014
Keyakinan dalam beragama
Keyakinan dalam beragama bukanlah suatu
perkara yang selalu masuk akal. Banyak perkara-perkara yang tak masuk akal. Contohnya,
bila dikatakan bahawa "batu pun bertasbih memuji Allah" Maka secara
hukum akal perkara seumpama itu adalah mustahil dan dikatakan masuk akal. Tapi
bila tak yakin, kita boleh jadi kafir disebabkannya. Bukankah seisi langit dan
bumi semuanya bertasbih kpd Allah?
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa
mengucap tasbih kepada Allah” (64:1)
Tapi bila perkara tu kita yakini (tanpa
ilmu), keyakinan kita juga keyakinan palsu dan buat-buat sebab kita meyakini
sesuatu tanpa faham asal-usul keyakinan tu. Ia hanya sebuah keyakinan buta. Sama
saja teruknya, yang tak meyakini dan yang meyakini membuta-tuli.
Ke manakah roh-roh orang yang mati pergi?
Kebanyakannya
berada di antara bumi dan langit seperti anai-anai yg berselerakan dalam gelap.
Roh-roh ini mencari cahaya kerana telah sesat dalam gelap gelita akibat
daripada perbuatan mereka waktu hidup di dunia dulu. Mereka ingin kembali
kepada jasadnya tapi terdinding (barzah) manakala jasadnya telah hancur dimakan
tanah. Nak menghadap Tuhan tapi tak dapat sebab Tuhan Yang Maha Suci hanya
menerima roh-roh yang suci saja.
Rujuk Surah 89:27-30
Akhirnya roh-roh
itu akan berusaha masuk ke jasad-jasad orang yang masih hidup tapi mereka takkan
mampu menguasainya, hanya menempel seperti cendawan/parasit. Siapa yang rajin
mengikuti perkembangan perubatan/rawatan Islam biasanya akan mudah faham. Bila
ada gangguan roh maka perawat memang takkan mampu menghancurkannya dengan
ayat-ayat Al Quran.
Roh-roh yang
menempel ni tadi akan mempengaruhi orang-orang yang masih hidup agar menjadi
seperti mereka. Jika roh penjudi maka mereka akan mencari penjudi juga. Begitulah
dengan roh pencuri akan mencari pencuri, roh pelacur akan mencari pelacur. Demikianlah
jiwa-jiwa yang sejenis mereka saling satu menyatu dan yang berlainan jenis akan
saling tolak-menolak.Afala tatafakkarun
Buat orang-orang yang memperTUHANkan dalil,
cuba renungkan:
Untuk apa Allah suruh kita berfikir jika
dalil sudah lengkap semuanya ada dalam Al Quran?
Nak tahu kenapa? Sebab Al Quran yang
sebenarnya itu merupakan NUR bukannya tulisan dan NUR itu ada dalam diri masing-masing.
“Afala tatafakkarun?”23 July 2014
Syahadah
“Syahidallahu annahu
laa illa hailla huwa wal malaaikatu wa ulul ilmi qoiman bilkisti laa illa
hailla huwal 'azizul hakim” (3 :18)
Jadi siapa yang bersaksi/bersyahadah??
Subscribe to:
Posts (Atom)