01 June 2010

kemalangan

kadang-kadang aku menyampah jugak bila baca tulisan aku sendiri. x pernah nak konsisten. dari segi penggunaan bahasa mmg hancur. aku rasa x nak jadi penulis, rasanya x perlulah aku beria-ria menggunakan bahasa yang skeptikal (betul ke istilah ni? aku sendiri pun x reti). mlm ni aku nak tulis dgn bahasa yg mungkin agak poyo skit.

antara memandu laju dan memandu perlahan mane lebih bahaya? aku x dapat nak bagi jawapan yg khusus sebab dua-dua gaya pemanduan pun ada bahayanya. bila kita laju, secara x langsung kita mengurangkan masa utk berfikir & bertindak sekirannya sesuatu yg buruk berlaku dlm waktu pemanduan kita. contohnye kalau terbabas, kita tentu dah x sempat nak fikir selain drp bertindak dgn tindakan refleks.

semua org pun sama. tp satu perkara mengikut pengalaman aku ialah jgn panik. contohnye jika kereta terpusing sewaktu hilang cengkaman semasa mengambil selekoh. tindakan refleks org yg normal adalah dgn membalas belokan stereng secara lawan arah dan terus tekan brek. satu masa dulu aku pernah berlumba bodoh-bodoh dgn sebuah satria 1.6 naik genting. masa tu hujan x berapa nak lebat tp jalan dah basah sgt dah. aku kirakan aku dah ambil segala langkah berjaga-jaga dgn mengenalpasti ketajaman selekoh-selekoh kt depan. pada aku yg penting ialah mcm mana pemandu mengawal perasaan gemuruh akibat adrenalin yg berpusu-pusu menerjah.

dalam pada aku berhati-hati tu, aku terbabas jugak kt satu selekoh yg kalau fikir secara logiknya mmg susah nak terbabas. selekoh tu bukanlah tajam sgt. aku x pasti knp tiba-tiba tayar belakang aku hilang cengkaman dan terus membuang. tp aku rasa aku berjaya kawal perasaan aku mase tu. aku x panik & terus tekan brek mengejut. aku sempat cari ruang yg sesuai utk 'landing'. kereta aku berpusing 180 darjah mengadap ke belakang tanpa melanggar mana-mana divider di tepi jalan.

waktu hilang kawalan, aku terus balas stereng ke arah bertentangan tp x tekan brek langsung sebaliknya aku tekan minyak supaya tayar depan mengikut arah tayar belakang yg dah hilang kawalan tu. bila dah ketengah dan jauh skit drp divider kanan, barulah aku tekan brek sekuat hati utk mengelakkan kereta terus berpusing. alhamdulillah, kedudukan kereta aku cantik. mengadap kereta-kereta lain tanpa terkeluar langsung drp garisan bahu jalan. cuma terbabas ke lane kiri.

selain dpt malu, aku dan kereta x cedera apa-apa. mungkin ada org panggil tu drift tp sebenarnya tu bukanlah drift sebab kereta pacuan tayar depan mana boleh buat drift. dan kalau drift, dah tentu aku x terbabas (ckp besar skit). org selalu kata bawa kereta laju-laju merbahaya. aku sikit pun x nafi. tp pada aku memandu kereta bukan mcm bawak motor.

mat motor x kisah sgt pasal motor walaupun diaorg tergolek tgh jalan sebabnya motor murah nak repair. tp kalau kereta, fikir 2-3 kali utk amik risiko buat keje-keje gila. pendek kata, kalau x yakin aku takkan bawak laju sebab aku syg kereta aku. lagi satu, bila bawak laju secara x langsung pemandu akan pusatkan keseluruhan fikirannya pada kereta tanpa memikirkan perkara-perkara lain. lihat saja pemandu-pemandu rally/F1. mereka semua menumpukan sepenuh perhatian kpd memanduan masing-masing. bandingkan dgn mereka yg bawak kereta perlahan nak mampus, duduk kat fast lane sambil kepala otak berkhayal mane lagi bahaya?

pemandu berkhayal mcm ni byk. terutama yg bawak family. sebab tu kita selalu dgr & lihat dlm berita mereka yg terlibat dlm kemalangan maut selalunya yg bawak family. ikut logik akal, adakah pemandu berkeluarga ni akan memandu secara membuta tuli dan gila khinzir? mereka adalah golongan yg paling kerap berkhayal di atas jalanraya dan sebab tu la jugak mereka yg paling byk terlibat dlm kemalangan maut.

baru-baru ni saja 2 family maut dlm kemalangan jalanraya. ibu, bapa dan anak kecil. adakah mereka berlumba atas jalan? aku x fikir mcm tu....

No comments:

Post a Comment