04 June 2010

filem

layan cerita perang mmg menyeronokkan bagi aku. bukanlah bermakna aku suka dgn peperangan. aku cuma berminat dgn adegan-adegan kemusnahan dan letupan yg ada dlm cerita perang tu.

the pasific di hbo mmg agak layan jugak. di barat, mereka membikin filem tanpa batasan. di negara kita, perlu suntingan mengikut peraturan-peraturan yg telah ditetapkan. itulah beza filem local dan filem-filem antarabangsa. peraturan-peraturan yg dikenakan ni menyekat perkembangan industri perfileman kita. menjadikan filem-filem kita setaraf sampah di negara luar.

filem the pasific mengisahkan peristiwa perang dunia ke-2 yg berlaku antara jepun dan amerika. filem ni bagaimanapun xde menunjukkan bahawa tentera amerika semuanya betul belaka. kadang-kadang mereka juga membuat silap, mengebom tentera sendiri, menembak org awam dan mcm-mcm lagi. filem perang kita? semua menunjukkan askar kita maksum. sama seperti filem gerak khas di mana menunjukkan anggota polis kita terlalu cekap dan pantas dlm menjalankan tugas.

bandingkan cerita CSI dan gerak khas. rasa mcm malu nak tgk je. pokok pangkalnya mentaliti. pembikin filem negara kita membuat difilem utk keuntungan semata-mata, dibarat mereka membuat filem utk kepuasan penonton dan dlm masa yg sama menjana keuntungan yg tinggi.

mungkin kesedaran kita kurang, mungkin ilmu kita kurang atau mungkin kita yg terlebih tamak.

No comments:

Post a Comment