30 June 2010

lalai...

melihat keadaan isteri mengandung anak sendiri membuatkan aku terbayangkan bagaimana keadaan emak aku mengandungkan aku satu masa dulu. bagaimana pun perasaan ayah aku yang sudah tentu resah apabila isterinya resah.


manusia takkan sedar bila tak mengalami suatu perkara tu dengan sendiri. satu masa dulu aku tak pernah nak faham perasasan ibubapa aku, harapan mereka terhadap anak-anak yang sentiasa tinggi dan segala keringat dikerah untuk memberi kesenangan kepada keluarga. pada aku mungkin dah terlambat, tapi pada mereka yang mempunyai ibubapa lagi, hayatilah pengorbanan mereka walaupun pada sekilas pandang, mereka itu seperti insan biasa saja. jangan bandingkan ibubapa kita dengan ibubapa orang lain kerana ibubapa kita sentiasa terbaik di hati kita dan di mata kita.


aku bayangkan betapa tinggi harapan mereka kepada aku sewaktu aku dilahirkan. bermula dengan memberi nama yang terbaik di antara terbaik, aku yakin setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. adakah kita mahukan yang terbaik untuk mereka apabila mereka telah tua? apakah pengorbanan kita? yang pasti, kita terlalu berkira-kira walaupun mulut berkata berkata tidak.


al quran telah mendahului semua ini lebih seribu tahun. manusia saja yang was-was ke terhadap kalamNya.... tidak terkecuali aku yang sentiasa lalai....







No comments:

Post a Comment