Bela anjing, malaikat tak masuk rumah.... Jadi jangan bela anjing. Anjing adalah makhluk yang hina. Sekurang-kurangnya itulah yang orang kebanyakan faham.
Kata-kata di bawah adalah daripada seorang manusia terulung, Muhammad bin Abdullah.
“Tidak masuk malaikat ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing”
Yang dikatakan rumah itu sebenarnya adalah hati iaitu tempat malaikat, tempat turun pembawaan dan tempat ketetapan dari malaikat.
Sifat-sifat yang rendah seumpama marah, hawa nafsu, dengki, busuk
hati, takbur, ujub dan sebagainya adalah anjing-anjing yang galak. Jadi, macam mana malaikat akan masuk ke dalam hati yang sudah penuh
dengan anjing-anjing? Bagaimana pula orang yang membela "anjing-anjing" tersebut hendak mendapat hidayah/petunjuk?
Seseorang pernah menerangkan pada aku tentang ini malah pernah menzahirkan sifat anjing tersebut di depan aku. Sayangnya aku hanya bertemu beliau sekali dan kini beliau telah kembali menemui penciptanya. Al-Fatihah buat Tuan Kelarias Al-Fateh.
Showing posts with label malaikat. Show all posts
Showing posts with label malaikat. Show all posts
24 December 2013
16 June 2012
Al Rijal Al Ghaib
Satu masa dulu aku pernah tertanya-tanya apakah maknanya rijalul ghaib ni. Bunyi macam best aje. Adakah dia kacak dan hensem? Bagi mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang ni pasti mempunyai tafsiran yang berbeza-beza namun memberikan pendapat bukanlah untuk membuktikan pendapat kita saja yang betul kerana sesungguhnya kita sendiri pun maklum siapakah yang Maha Berilmu? Ilmu itu ertinya mengetahui.
Dari segi bahasa mudah, rijal bermaksud pemuda dan ghaib pula tak nampak dengan mata kasar. Ada orang berpendapat rijalulghaib adalah jin (boleh jadi Islam atau kafir), syaitan, malaikat, roh-roh, dewa ataupun benda-benda lain yang tak nampak.
Jika dialih bahasa rijalul ghaib adalah pemuda tak nampak, masakan malaikat adalah rijalul ghaib sedangkan malaikat tu takde jantina pun? Ada juga yang berpendapat rijalul ghaib adalah diri. Diri yang mana satu? Diri yang terdiri atau diri yang terdalam? Ataukah diri yang terperi? Diri yang nyata atau diri yang tersembunyi? Walaubagaimana pun, itu adalah tafsiran dari sudut bahasa saja. Hakikat sebenar Allah lebih mengetahui.
Kita merupakan orang awam. Ilmu seperti ni memang seronok bermain dibibir kita dan di kedai-kedai kopi. Hakikatnya ilmu seperti ni makin hari makin pupus. Ia telah diangkat perlahan-lahan sehingga bilangan manusia yang menguasai ilmu-ilmu seperti ini makin kurang.
Berbalik kepada topik, pendapat aku lebih cenderung begini. Rijalul ghaib terdiri daripada:
i. Jin
ii. Dewa
iii. Manusia
iv. Rohaniah
v. Khadam
Jika disimpulkan, rijalul ghaib adalah segala bentuk makhluk yang tidak kelihatan di mata kasar atau di alam manusia. Ia adalah nama khusus bagi golongan makhluk yang tak kelihatan, yang datang apabila dipanggil/seru dan memberi pertolongan dengan izin Allah.
Jin semua orang tahu, tapi siapa pulak dewa ni? Apa beza manusia dengan rohaniah? Nanti bila ada mood, aku akan terangkan.
Labels:
jin,
makhluk ghaib,
makhluk halus,
malaikat,
rijalul ghaib,
seru
Subscribe to:
Posts (Atom)