Showing posts with label makhluk halus. Show all posts
Showing posts with label makhluk halus. Show all posts

16 June 2012

Al Rijal Al Ghaib

Satu masa dulu aku pernah tertanya-tanya apakah maknanya rijalul ghaib ni. Bunyi macam best aje. Adakah dia kacak dan hensem? Bagi mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang ni pasti mempunyai tafsiran yang berbeza-beza namun memberikan pendapat bukanlah untuk membuktikan pendapat kita saja yang betul kerana sesungguhnya kita sendiri pun maklum siapakah yang Maha Berilmu? Ilmu itu ertinya mengetahui.

Dari segi bahasa mudah, rijal bermaksud pemuda dan ghaib pula tak nampak dengan mata kasar. Ada orang berpendapat rijalulghaib adalah jin (boleh jadi Islam atau kafir), syaitan, malaikat, roh-roh, dewa ataupun benda-benda lain yang tak nampak.

Jika dialih bahasa rijalul ghaib adalah pemuda tak nampak, masakan malaikat adalah rijalul ghaib sedangkan malaikat tu takde jantina pun? Ada juga yang berpendapat rijalul ghaib adalah diri. Diri yang mana satu? Diri yang terdiri atau diri yang terdalam? Ataukah diri yang terperi? Diri yang nyata atau diri yang tersembunyi? Walaubagaimana pun, itu adalah tafsiran dari sudut bahasa saja. Hakikat sebenar Allah lebih mengetahui. 

Kita merupakan orang awam. Ilmu seperti ni memang seronok bermain dibibir kita dan di kedai-kedai kopi. Hakikatnya ilmu seperti ni makin hari makin pupus. Ia telah diangkat perlahan-lahan sehingga bilangan manusia yang menguasai ilmu-ilmu seperti ini makin kurang.

Berbalik kepada topik, pendapat aku lebih cenderung begini. Rijalul ghaib terdiri daripada:

 i. Jin
ii. Dewa
iii. Manusia
iv. Rohaniah
v. Khadam

Jika disimpulkan, rijalul ghaib adalah segala bentuk makhluk yang tidak kelihatan di mata kasar atau di alam manusia. Ia adalah nama khusus bagi golongan makhluk yang tak kelihatan, yang datang apabila dipanggil/seru dan memberi pertolongan dengan izin Allah. 

Jin semua orang tahu, tapi siapa pulak dewa ni? Apa beza manusia dengan rohaniah? Nanti bila ada mood, aku akan terangkan.

23 March 2012

tipu daya

Bila anak kecil demam, ibu bapa mana yang tak susah hati? Hanya ibu bapa yang leka bermain facebook saja yang tak terasa sangat. Sampaikan anak kecil disuruh pergi kedai seorang diri saja. Bila si kecil demam/kurang sihat, semua nak yang terbaik untuknya termasuklah keluarga terdekat. Tapi sikap cepat menggelabah dan cepat panik seringkali menyusahkan. Bila kita nampak relaks, orang kata kita tak peduli padahal kita tengah bersabar dengan musibah yang menimpa sambil berfikir cara terbaik untuk menghadapinya.

Sikap menggelabah dan panik ni samalah juga dengan sikap terburu-buru. Buat kerja kalau nak cepat memang tak salah, tapi biarlah selepas memikirkan buruk baik tindakan yang bakal diambil. Nak cakap lebih-lebih pun serba salah tapi bila menghadapi orang seperti ni tercabar jugak kesabaran ni.

Soal anak sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Orang lain tak payahlah campur sangat. Bukannya kes dera pun. Kes demam biasa saja. Aku paling tak gemar kalau orang suka berjampi-jampi ni. Asal anak demam sikit, mula la nak bawak pergi jampi. Kalau orang yang menjampi tu kita tau luar dalam dia macam mana, takpe la jugak. Ini pergi jumpa orang yg 'bersahabat' dengan makluk halus untuk berjampi. Bukan nak menghina, tapi apalah hebat sangat orang yang berjampi dengan menggunakan bantuan makhluk halus ni? Kalau makhluk halus yang diseru tak datang atau mati dibunuh, boleh ke dia menjampi lagi?

Secara kasarnya, ia nampak seperti satu usaha yang murni jugak. Tapi jika kita ada pilihan yang lebih baik, mengapa perlu jumpa orang-orang sebegini? Menjampi dengan menyeru makhluk halus yang menjadi sahabat supaya hadir untuk menolong sang penjampi bukanlah satu doa. Ia lebih kepada satu arahan yang dikeluarkan khusus kepada si makhluk halus tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Pasti ada syarat punya. Bank kasi loan pun kena interest maa. Tu pun tolong jugak. Syaratnya, lu tolong gua, gua tolong sama lu.

Bila melibatkan bantuan makhluk halus, sebahagian besar manusia perlu patuh dan ikut syarat-syarat yang dikenakan. Terpulanglah apa pun syaratnya, tapi keberkesanannya tak sehebat orang yang berserah diri memohon pertolongan daripada Sang Penciptanya. Inilah yang dipanggil doa. Doa bila disertakan dengan 'ikhlas' maka powernya memang tinggi. Berjumpa dengan orang-orang yang diketahui alim bertujuan meminta doa adalah lebih baik daripada berjumpa dengan orang yang meminta bantuan daripada makhluk halus, tak kiralah makhluk tu bunian ke, hantu tinggi ke, tok janggut ke....(tok janggut sebenar dah kembali ke alam yang sepatutnya, yang muncul dan mengaku jadi tok janggut tu faham-faham sendiri je lah siapa).

Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya kesabaran. Kalau tak sabar tentu dah terkeluar kata-kata yang boleh menguris hati pihak lain.

Apa pun, kenalilah orang yang kita jumpa untuk mohon doa agar kita tak terpedaya dengan tipu daya makhluk halus ni. Kalau mereka hebat sangat, kenapa kita pulak yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ni? Fikirkan sendiri....

22 April 2011

makhluk halus di rumah

Rumah aku ada yang menumpang tanpa izin. Gambarannya mungkin seperti ni:


Pendapat aku, semua orang boleh merasa kehadiran makhluk-makhluk macam ni. Cuma mereka kurang peka. Kalau betul-betul tumpukan perhatian, tentu dapat rasa. Perasaan takut memang lumrah. Tapi selain daripada takut, kita juga boleh rasa seperti ada orang memerhatikan kita dari satu sudut yang kita sendiri tak pasti di mana.

Contohnya amat mudah. Cuba kita perhatikan gelagat orang. Perhatikan betul-betul dengan penuh tumpuan dan tajam. Percaya atau tidak, orang yang kita perhatikan pasti dapat merasa ada yang sedang memerhatikannya. Kadang-kadang, dia menoleh dan memandang tepat ke arah kita pula. Itu adalah hasil daripada gerak hati orang yang diperhatikan tu. Sama juga dengan kes makhluk halus ni.

Makhluk yang menumpang di rumah aku begitu juga. Dia pasti akan memerhatikan aku dengan penuh minat dan aku dapat rasakannya. Cuma bentuk tubuhnya saja yang tak kelihatan. Tapi aku pasti ianya ada.

Pada mulanya aku membiarkan saja bacaan ayat kursi berulang-ulang. Namun aku dapat rasanya yang makhluk tu masih lagi tak keluar. Malah, makin seram pula rasanya. Ayat memang tak memberi bekas. Itu sebabnya makhluk tu masih lagi berada di situ. Jenis-jenis jin ni banyak. Ada yang tahan kena bantai macam golongan si Ifrit yang diceritakan dalam Al-Quran. Ia adalah segolongan jin yang cerdik dah kuat.

Bila ayat-ayat Al-Quran dibaca dan mereka tak lari, janganlah kata ayat tak power. Mereka pun sakit dengar tapi masih belum mahu mengaku kalah. Aku dapat 1 idea. Hehe.... kali ni aku serang dengan ayat lain pula. Kalau benar-benar kuat, bertahanlah.

Tak sampai 2 hari aku dapat rasakan perbezaannya. Hari ni, cukup seminggu. Tak sabar aku nak balik tengok hasilnya. Ayat ni memang terkenal untuk serangan yang bertalu-talu. Umpama peluru berpandu yang dilepaskan tanpa henti.

Ayat-ayat tersebut adalah:

1: Al­Fatihah

2: Surah Al­Baqarah (Surah 2) ayat 1­5.

3: Surah Al­Baqarah (Surah 2) ayat 163.

4: Surah Al­Baqarah (Surah 2) ayat 255-­257.

5: Surah Al­Baqarah (Surah 2) ayat 284-­286

6: Surah Al­Imran (Surah 3) ayat 18.

7: Surah Al­Imran (Surah 3) ayat 26-­27.

8: Surah Al­A'raaf (Surah 7) ayat 54-­56.

9: Surah Al­Israa' (Surah 17) ayat 110-­111.

10: Surah Surah Al­Muminuun (Surah 23) ayat 115-­118.

11: Surah Asy­Syafaat (Surah 37) ayat 1­11.

12: Surah A­Rahman (Surah 55) ayat 33-­40.

13: Surah Al­Hasyr (Surah 59) ayat 21­-24.

14: Surah Al­Jinn (Surah 72) ayat 1­4.

15: Surah Al­Kafiruun (Surah 109) ayat 1­6.

16: Surah Al­Ikhlas (Surah 112) ayat 1­4.

17: Surah Al­Falaq (Surah 113) ayat 1­5.

18: Surah An­Nas (Surah 114) ayat 1­6.


Bagi yang ingin mencuba, silakan. Tak perlu ijazah pun sebab untuk kegunaan diri sendiri saja.