manusia ni memang pandai bermuka-muka. tambahan pula yang cakapnya manis dan bijaksana. orang macam ni selalu nampak alim dan pandai dari depan tapi punyai hati yang busuk dan bodoh di dalam.
pernah aku katakan, diam tu lebih baik. maka, lebih baik diam kerana apabila seseorang tu diam bermakna dia sedang berfikir. bila mulut sibuk bercakap, minda dah tak boleh nak fikir. contohnya, kita cuba menegur orang supaya buat begitu begini. tapi kita tak pernah cuba fikir adakah cara kita menegur tu berhikmah atau tidak. bila orang yang kena tegur tu melenting, kita pun melenting sama. ibarat yang ditegur tu bodoh, yang menegur pun 2x5 bodoh!
ada orang mulutnya becok dan suka menegur. ada orang lebih suka diam. tak payah kita fikir jauh-jauh. ambil saja contoh yang amat simple. anda nampak ada orang cuba buang kucing dengan meletakkannya dalam beg plastik atau bekas. anda menegur orang itu yang perbuatannya tu kurang baik kerana kucing mungkin lemas. anda terlupa, jika anda ada cadangan kenapa tak praktikkan cadangan anda daripada hanya berkata-kata? kemudian anda berlalu dan terdengar orang yang anda tegur tadi merungut-rungut sendirian.
anda terus panas hati dan maki dia dalam hati. dia maki anda perlahan-lahan, anda kata kenapa dia tak berani cakap depan-depan. anda yang maki dalam hati, kenapa tak berani kuatkan sikit suara supaya dia dengar?
anda rasa dia kejam tapi dia pula rasa kalau dia sepak, pukul atau baling batu kat kucing tu lebih kejam sebenanya. ada betulnya juga. jadi, sebelum anda menegur seseorang, berfikirlah dulu kerana akal yang diberikan adalah untuk berfikir. fikir dan sedar yang diri kita pun serba kekurangan. jangan pula kita bandingkan status kita dengan yang ditegur tu ataupun janganlah sesekali kita menganggap diri kita lebih bagus kerana kita kerja kerajaan.
apa pun pekerjaan, apa pun pendapatan, apa pun rezeki adalah kurniaan Allah. jika anda berasa selesa kerana dapat kerja kerajaan janganlah anda rasa kerajaan tu yang memberi rezeki kepada anda. tu hanyalah penyebab sahaja. hakikatnya Allah dah tentukan rezeki kita semua. jika anda pun tak boleh ditegur, kenapa tegur orang lain? adakah anda rasa tukang sapu tu lebih bodoh daripada anda dan hanya anda saja yang layak menegurnya?
31 July 2010
selamat
boleh tahan penat hari ni. hujan dari kl sampai ke bentong menyebabkan aku memandu pada kelajuan biasa saja. satu perkara tentang hujan ialah hampir semua pemandu akan menjadi terhegeh-hegeh bila jalan basah. aku tak faham kenapa mesti memandu dengan kelajuan yang tak logik akal. menyusahkan dan membahayakan pemandu lain. tapi perkataan perlahan tu lebih sinonim dengan perkataan 'selamat'. contohnya, pandu perlahan jiwa selamat. apa pun, kemalangan dalam hujan di jalan bandar yang sesak biasanya berlaku kerana pemandu memandu terlalu perlahan dan kononnya terlalu berhati-hati. selamat sangatlah tu....
30 July 2010
malu...
nak tau apa kualiti pemimpin di malaysia? ini salah satunya.
jangan salah faham. bukanlah niat aku untuk menghasut atau mengutuk pihak kerajaan. maksud aku jika inilah kualiti pemimpin yang dipilih untuk menjadi menteri, maka secara automatiknya orang sebeginilah yang menjatuhkan maruah kerajaan, negara, bangsa dan agama kita di mata dunia.
dua perkataan saja yang sesuai untuk mengungkapkan semua ini. BODOH dan MEMALUKAN!
27 July 2010
politik
aku tak suka cerita masalah di pejabat dalam blog. pada aku masalah macam tu terlalu remeh dan kecil sangat. kalau merungut tentang kerja, lebih baik jangan kerja. mana-mana tempat kerja pun akan ada masalah. pada aku, masalah di tempat kerja hanya di temat kerja. aku takkan bawa pulang ke kampung atau k mana-mana.
sesetengah orang macam biasa, suka bercerita itu ini. aku tak kisah. korang ceritalah sampai korang letih. nanti penat, berehatlah sebentar. alhamdulillah, aku tak ada masalah di tempat kerja. orang yang susah nak dapat kerja macam aku ni mana pandai nak komplen macam-macam. apa yang ada, aku akan cuba suaikan diri.
aku leibh suka bercakap tentang isu yang lebih luas. walaupun aku benci politik, namun aku sedar, bukanlah bidang tu yang aku benar-benar benci. tapi sesetengah orang yang berkecimpung dalam politik tu membuatkan perasaan benci pada politik tu wujud. aku rasa ramai pun beitu.

25 July 2010
toyota chow yun fat
sewaktu dalam perjalanan pulang dari kl ke bentong lepas menghantar member, sebuah toyota alphard secara melulu mengikut belakang kereta aku dengan dekat sekali. aku paling benci bila ada driver yang nyalakan high beam untuk suruh orang lain beri laluan waktu aku tengah memotong di 'fast lane'. apasalahnya berbaris? orang lain pun nak potong juga. aku tak ketepi walaupun dia menyondol-nyondol. depan aku ada kereta lain tengah memotong jadi sama-sama la kita tunggu turn.
tapi nyata alphard tu tak sabar-sabar. terus tukar lane paling kiri. aku pun apa lagi, masa ni la nak ajar skit si alphard tu. enjin vr4 terus mengaum kuat bila pedal minyak ditekan lebih dalam kedudukan gear 4. kalau lihat dari sudut kereta standard, si alphard ni memanglah laju. enjin v6 (aku tak pasti ada supercharger atau tak) dengan nisbah body yang berat tu boleh tahan perginya. tapi vr4 tetaplah vr4 dan alphard bukanlah lawannya. (haha...kerek sungguh ayat aku ni).
dalam 10 saat, lampu alphard tadi hilang dalam pandangan cermin pandang belakang aku. aku terus memandu macam biasa waktu dalam terowong. kira-kira 7 minit lepas tu, waktu nak sampai simpang ke janda baik, lampu alphard tadi kelihatan semula di cermin pandang belakang aku. walaupun aku dah perlahan, tapi alphard tu seolah-olah berfikir 2 kali untuk potong aku lagi. bagus! lain kali jangan pandang kereta buatan malaysia ni sebelah mata je. dok kat belakang tu diam-diam.

fitrah
bersembang memanglah seronok, tapi bukanlah sembang kosong. angan-angan mat jenin, sembang untuk masuk MLM supaya cepat kaya dan bagaimana untuk menjana pendapatan melalui skim-skim tertentu adalah sesuatu yang paling aku benci. zaman sekarang mana ada manusia yang terlalu baik hati untuk memberitahu manusia lain jalan untuk menuju kekayaan. gila!
manusia yang datang kepada kita lalu mengaku ingin membantu kita untuk menjadi kaya dan menyelesaikan segala masalah kewangan adalah manusia penipu. lihat dalam diri kita, dan cubalah sedar. jika anda menggali tanah di belakang rumah dan terjumpa emas, adakah anda akan memanggil jiran-jiran anda supaya sama-sama menggali dan sama-sama jadi kaya? nah! itulah kesimpulannya. ini fitrah semulajadi manusia yang sebenar.

diam
dulu aku tak pernah faham kenapa orang tak suka nak tolong orang lain. tapi ada masa-masa yang aku rasa serba salah juga nak tolong orang tak pasal-pasal ni. mungkin semuanya ada sebab-sebab yang tersendiri. perkara yang terbaik untuk dilakukan apabila masalah macam ni berlaku adalah diam.
bukan apa, kalau kita terlalu cepat nak menolong, mesti akan timbul salah faham. seolah-olah, "aku yang ada masalah, engkau pulak yang sibuk-sibuk..."
terus berdiam selagi tiada orang meminta bantuan anda. ya, diam adalah sesuatu yang baik.

21 July 2010
periksa
petang tadi aku berborak-borak dengan seorang pakcik di kedai makan. dia tengah tunggu tukang gunting rambut balik rumah kejap. aku ajak di bersembang kat kedai nasi ayam sebelah. macam-macam cerita keluar. ada la jugak termasuk sikit pasal ESQ. katanya ESQ wajar diharamkan sebab penceramah dia tak diiktiraf pun sebagai ulama atau pun ustaz. aku cuba usik sikit, kalau semua mufti dalam negara ni kata boleh, seorang saja kata haram, apa cerita tu? dia jawab, kadang-kadang yang satu berlainan pendapat itulah yang betul.
senyum je aku. malas nak cakap lagi dah. yang aku tau, pendapat jumhur ulama yang perlu diikut. bukan yang berbeza pendapat tu. satu lagi, ESQ bukan menerangkan pasal hukum halal haram tetapi lebih kepada menyedarkan kita siapa diri kita dan siapa pencipta kita. dengan itu kita dapat menilai yang mana buruk dan yang mana baik. cuma sesetengah manusia yang jumud dan berfikiran sempit memang tak boleh terima perkara macam ni. akhir sekali aku tanya adakah dia pernah ikuti kursus ESQ? walaupun aku dah tau jawapan dia, saja aku tanyakan juga. ibarat orang yang tak tahu asal usul sesuatu tapi bercakap mengenainya seolah-olah dia arif tentangnya.
itu satu. kemudian aku terbaca satu blog manusia yang mempersoalkan mengapa al quran tidak diberi percuma? mengapa perlu dibeli? dia menyamakan isu ni seperti hadis yang mengatakan al quran tu dijual beli. manusia jenis ni memang bodohnya tahap melampau, pemalas dan banyak berkhayal. jika begitu pemikirannya maka semua benda dalam dunia ni haruslah percuma. pergi haji percuma, membeli juadah untuk berbuka puasa percuma dan mas kahwin pun harus percuma. bodoh tak bodoh orang ni?
jangan kita pandang seorang yang mengajar agama lalu diberi wang, kita menganggapnya ustaz mata duitan. kita perlu fikir dalam dia mengorbankan masa mengajar orang lain, siapa nak sara anak bini dia? padahal mengajar agama tu bukannya wajib pun hukumnya. memberi nafkah kepada anak isteri pula wajib. agak-agaklah kalau nak menilai orang. janganlah dek kerana otak berkarat, asas agama pun tak seberapa sudah nak menempelak orang lain. ada juga menganggap apabila kita berjumpa seorang ustaz untuk minta dia doakan air penawar atau mengubati sakit tidak perlu diberikan wang. jika ustaz tersebut meminta wang, maka dia adalah seorang yang materialistik.
kita perlu ingat. ustaz, alim ulama, bijak pandai dan tokoh-tokoh agama lain juga adalah manusia seperti kita yang memerlukan makanan untuk hidup. mereka bukannya berdoa lalu terus sampai makanan di depan mata mereka. kita perlu berfikir tentang ni. jika mereka meminta wang untuk mendapatkan khidmat mereka, itu hak mereka. hak kita pula terpulanglah sama ada sanggup untuk bayar atau tak. kalau tak sanggup, jangan minta pertolongan mereka. tapi kebanyakan golongan seperti ustaz, pak imam ataupun bijak pandai agama jarang meminta bayaran khas melainkan sumbangan ikhlas semata-mata.
kita pula jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri saja. seharusnya kita bijak menilai yang mana betul dan yang mana salah. bila mendengar suatu perkhabaran, siasatlah dulu. jangan terus buat keputusan/kesimpulan atas apa yang kita dengar tanpa usul periksa.

18 July 2010
kenal
sebuah wira cuba menunjukkan bunyi rabak enjin gsr turbonya sewaktu aku tengah panaskan enjin kat hiway malam tadi. pipe belakang besar macam betis anak dara. siap berbalut dgn 'bandage' putih lagi. skali tengok mungkin ada yang gerun.
sebagai seorang yang memiliki nadi vr4, dah tentu aku lihat gsr tu macam ayam kfc je. kelajuan diturunkan kepada gear 4, bunyi downpipe aku mula memecah kesunyian malam. enjin yang memiliki 240 ekor kuda ghaib terus mengaum untuk pecutan maksimum.
cubaan untuk terus memecut oleh wira tadi ternyata gagal. beberapa saat je aku dah rapat kat bumper belakang dia. kemudian beliau terus ke tepi bila rasa dah tak boleh nak blah dah. sebenarnya dah banyak kali berlaku macam ni. mula-mula kerek bukan main, tapi bila dengar bunyi downpipe aku, terus menikus.
last time dengan vtec dalam terowong. siap drop gear 3 nak kasi bunyi vtec dia menjerit. kejap je, lepas tu seluruh terowong bingit dengan bunyi downpipe vr4 aku. terus terkedu vtec tadi walaupun lepas tu aku hanya drive 100km/h sampai ke tol gombak. tak potong-potong dah. aku slow, dia pun slow. adakah ni satu penghormatan kepada aku? mungkin juga....
masalah enjin yang 'semput' dulu dah dapat diselesaikan. senang je, cuma pastikan enjin tak terlalu panas dan sudah pasti dia akan lancar. satu lagi, bukannya susah nak bezakan bunyi gsr 1.8 turbo dengan bunyi enjin 2.0 turbo...

16 July 2010
lagak
mendapat anak adalah satu perkara yang paling gembira. aku takkan cuba untuk faham kenapa masih ada orang sanggup membuang anak. mereka tu gila dan terlalu bodoh.
secara tak langsung aku dapat bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa aku sewaktu menyambut kelahiran aku dulu. benarlah al quran yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua orang tua kita walau dalam keadaan apa sekali pun (selagi tidak menyekutukan Allah). aku sentiasa berfikiran begini sejak kembali daripada kursus ESQ yang diharamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. aku tak faham kenapa mufti tu betul-betul keras kepala dan hati penuh dengan hasad dengki. aku lebih senang dengan pendekatan yang diambil oleh bekas mufti perlis, dr asri. kenapa mufti Wilayah Persekutuan beria-ia mahu mengharamkan kursus ni? senang saja. kursus ESQ bukan calang-calang kursus. yurannya saja mencecah rm1400 untuk sekali kursus. bila ESQ diharamkan, maka Mufti Wilayah Persekutuan fikir beliau dapat menyekat aliran wang negara ke luar. jadi secara tak langsung mencerminkan akalnya yang bijaksana kepada para pemimpin negara yang sebenarnya langsung tak kisah pun pasal ni. mereka lebih berminat tentang projek-projek yang mendatangkan wang yang banyak ke dalam poket masing-masing daripada isu haram-mengharam ni. akhirnya, tiada seorang mufti pun daripada satu negeri pun dalam Malaysia ni yang mengikut jejak langkah mufti yang berhati busuk tu. tinggallah dia sorang-sorang mentadbir agama Islam di Wilayah Persekutuan mengikut apa yang beliau rasa bagus dan boleh menjamin popularitinya sehingga membolehkan beliau dilantik sebagai mufti lagi pada penggal yang akan datang.
maafkan aku jika bahasa aku agak kasar. yang batil tetaplah batil walaupun serbannya panjang, pangkatnya seorang mufti atau pun songkok 24jam di atas kepala. pada pendapat aku lagi, orang sebegini tak layak mendapat penghormatan langsung kerana terang-terang beliau dah salah tapi malu nak mengaku, ego, dengki dan mempunyai banyak lagi sifat-sifat keji.
apa pun, bukan tu yang aku nak cerita. aku nak bercakap tentang kelahiran sebenarnya. bagaimana peristiwa mendapat anak ni membuatkan kita terfikir kembali tentang ibu bapa kita. susah payah diaorang menjaga kita sejak waktu baru lahir. walaupun kisah-kisah seperti ni dah ada dalam al quran, tapi kebanyakan manusia tak dapat hayati kalau tak alami, tak terkecuali aku sendiri.
perasaan sakit waktu nak bersalin hanya ibu-ibu saja yang tau. tak dapat nak gambarkan. tapi si ibu gagahkan juga untuk melahirkan anak walaupun dalam keadaan yang boleh menggugat nyawanya sendiri. aku melihat sifat kasih si ibu ni adalah sifat yang dipinjamkan oleh Sang Maha Pengasih kepada makhluknya. begitulah sifat pengasih tu dizahirkan pada pandangan mata manusia. manusia yang sebenarnya tak mempunyai apa pun. semunya dipinjamkan oleh Allah. jika diamati sifat 20, apa yang kita ada? kesimpulannya, sebenarnya kita sedang melihat kekuasaan Allah berdasarkan apa yang berlaku dan terjadi di sekeliling kita tanpa kita sedari.
tak perlu kita nak belajar sampai ke mesir, kemudian terpaksa bersekongkol dengan parti yang menjahanamkan bangsa hanya kerana nak menyelamatkan diri sendiri. ilmu bukan diukur daripada mana kita mendapatkannya kerana yang Maha berilmu adalah Allah swt. jika manusia yang 'berilmu' tu sedar dan tahu hakikat ni, tentu saja mereka tidak menunjuk-nunjukkan diri dan berlagak seperti seorang yang berilmu tinggi.

malas
buat masa ni aku malas nak bercakap tentang harga naik. mari kita sama-sama lihat pemimpin melayu kita memperbodohkan bangsa kita dan sama-sama juga kita lihat berapa ramai melayu yang lebih bodoh daripada bangsa lain terutama bangsa cina....
15 July 2010
meleset
alhamdulillah, semuanya selamat. persepsi aku terhadap hospital kerajaan selama ni agak meleset sedikit apabila berada di hospital selayang. aku rasa itulah hospital kerajaan terbaik yang pernah aku pergi selama ni. bukan saja kerana imej yang bersih yang menarik, tapi hampir semua pegawai dan kakitangan hospital tu yang aku jumpa mempunyai budi bicara yang baik dan banyak membantu. tak seperti hospital kuala lumpur yang gah pada nama tapi layanan yang diberikan kepada pesakit dan keluarga pesakit adalah seperti anda seorang pendatang atau penjenayah.
doktor & staf nurse di hospital selayang juga pandai menguruskan pesakit mereka. mereka memang professional dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. bukan aku sorang yang berkata begini. rata-rata keluarga pesakit yang aku jumpa pun amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. aku ulang, "amat berpuas hati".
tak kira apa bangsa sekali pun, mereka (doktor & nurse) tetap bagus dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit. syabas dan terima kasih yang tak terhingga aku kepada mereka.

12 July 2010
alat?
entah macam mana CIA boleh ambil orang yang bernama Anwar untuk menjadi alat/ejen mereka. buat apa nak ambil lawan/penentang kepada kerajaan untuk jadi ejen sedangkan fitrah seorang perisik adalah seperti gunting dalam lipatan atau duri dalam daging. pendek kata, lebih baik ambil seseorang yang penting dalam kerajaan untuk jadi ejen kerana takde siapa akan curiga atau berasa syak. senang akses apa juga maklumat yang diperlukan.
aduh, kenapalah masyarakat melayu ni suka memperbodohkan dan diperbodohkan oleh bangsa sendiri?
tak cukup dengan menjatuhkan maruah manusia melayu bernama anwar ni di mahkamah, kini wujud pula aduan yang memang tak masuk akal (bagi mereka yang mempunyai akal). sedarkah kita semua bahawa orang yang sedang difitnah ini, diasak dan ditekan bertalu-talu oleh pihak yang berkepentingan dalam kerajaan melalui pelbagai saluran demi untuk kepentingan diri masing-masing?

11 July 2010
dengki
alhamdulillah, tiada apa yang lebih melegakan apabila ada yang berani bersuara menegakkan kebenaran. dalam kes fatwa pengharaman ke atas ESQ oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ramai bijak pandai terutamanya bekas mufti perak, bangkit dengan berani mengatakan bahawa ajaran yang dibawa oleh ESQ tidak menyeleweng dari akidah dan syariat Islam.
maka tentu sahaja orang nombor satu dalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (boleh agak siapa) tersentak. ini kerana dalam negara ini, beliau seorang saja yang mengatakan yang benar itu batil. aku pun hairan macam mana dia boleh jadi mufti. memang betul fatwa dikeluarkan selepas muzakarah dilakukan. tapi atas desakan dan pengaruh siapa lagi kalau bukan bosnya?
susah juga bila yang menjadi mufti tu mempunyai perasaan hasad dengki yang menebal terhadap sesuatu usaha yang baik dan mengajak manusia ke arah kebaikan. entah macam mana fatwa tersebut boleh dikeluarkan sedangkan pada dasarnya semua sebab-sebab yang menjurus ke arah haramnya ESQ adalah tak berasas. pendek kata, fatwa dikeluarkan berdasarkan fitnah semata-mata. kenapa mereka tak kaji dengan lebih mendalam sebelum muzakarah dilakukan? kenapa tergesa-gesa keluarkan fatwa?
bayangkan bagaimana seorang mufti boleh terlepas pandang perkara ni? mana mungkin dalam negara ni beliau seorang saja yang arif dalam bidang agama. mungkin sifat bongkak, takbur, riak dan dengki yang terlalu tinggi telah menghilangkan pertimbangan yang wajar dan waras beliau. mungkin juga... beliau juga manusia, yang mempunyai perasaan tamak, iri hati, busuk hati, dan hasad seperti mana manusia yang lainnya. mungkinlah...
apa pun, orang seperti beliau tak mungkin mengalah dengan mudah. orang seperti ini akan terus menerus berusaha menjatuhkan orang lain dengan apa cara sekali pun walaupun ketayap/songkok 24 jam berada di atas kepalanya. sama-sama kita tunggu dan lihat.

08 July 2010
ESQ oh ESQ
sebenarnya ramai yang terkejut apabila Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa bahawa ajaran yang dibawa oleh Dr Ary Ginanjar melalui ESQ165 dikatakan menyeleweng daripada ajaran Islam. alasan menyeleweng dijelaskan melalui laman web Pejabat Mufti yang berkenaan.
terus-terang aku katakan bahawa alasan yang diberikan langsung tak betul. sebagai orang yang pernah mengikuti kursus ESQ165, tak pernah sekali pun mereka (tenaga pengajar ESQ165) mengajarkan apa yang didakwa oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tu. yang pasti ada sesuatu yang mufti tersebut tidak puas hati dengan Pak Ary sehingga mengeluarkan fatwa yang taka berasas macam tu.
lapan bekas mufti daripada lapan buah negeri yang pernah mengikuti kursus ini mengatakan ESQ165 adalah bagus dan tidak menyeleweng daripada ajaran sunnah wal jamaah, bagaimana seorang mufti yang tidak pernah langsung mengikuti kursus berkenaan boleh membenarkan fatwa tersebut diwartakan?
inilah punca umat Islam kita tak boleh bersatu. tak perlu sibuk-sibuk nak fikir pasal palestin dan israel, masalah pepecahan dalam negara kita pun belum dapat kita atasi. undang-undang Islam di setiap negeri tidak pernah seragam. kalau betul salah, minta saja Majlis Fatwa Kebangsaan wartakan fatwa yang mengharamkan ESQ165 di negara ni. tp kenapa tak berlaku? adakah ESQ165 haram di tanah jajahan wilayah persekutuan dan bila keluar, halal?
kepada mereka yang cepat melatah, rileks la. hisap rokok yang dah jelas haram korang bedal juga. mentang-mentang dalam ESQ165 ada mengingatkan dalam minda manusia ada 'god spot' terus jadi point untuk mengatakan bahawa ESQ165 ikut ajaran buddha. god spot yang dimaksudkan oleh team ESQ165 adalah ruang dalam fikiran manusia di mana semua manusia memerlukan tuhan. bukankah ni lumrah setiap manusia? tapi apa yang Mufti Wilayah Persekutuan faham dengan god spot ialah tuhan berada di spot tersebut.
tapi point utama yang menjurus kepada pengharaman kursus ESQ di kuala lumpur ialah kononnya ia menyebarkan fahaman islam liberal yang menganggap semua agama adalah sama. walhal, ESQ cukup menekankan bahawa islam adalah agama yang benar dan segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan tujuan hidup adalah untuk Allah jua. ESQ membuka minda tentang wujudnya Allah dengan bukti-bukti sains. ini termasuk asal kejadian alam seperti yang diterangkan dalam al quran. cuma sains barat yang tak mengaku adanya tuhan tapi bukan ESQ.
bila masa pula ajaran ESQ mendakwa nabi-nabi mendapat hidayah/kebenaran melalui pencarian dan pengalaman? yang diajarkan dalam ESQ adalah membenarkan apa yang dialami oleh nabi muhammad saw dalam peristiwa israk dan mikraj. peristiwa tersebut jika diceritakan kepada orang lain mungkin sukar untuk mereka membayangkan, tapi melalui cara dan pendedahan ESQ, berapa banyak mata yang mengeluarkan air mata mengenang kekuasaan Allah dalam peristiwa tersebut? ini pun salah?
SQ, spritual quotion dikatakan ciptaan yahudi justeru itu ESQ dikatakan menyeleweng kerana menggunakan perkataan 'SQ' dan mengikut yahudi. jika inilah faktanya, apa beza jika mufti wilayah persekutuan memakin tali leher seperti kebanyakan yahudi? yahudi pun pakai cermin mata. mereka pun makan atas pinggan. jadi adakah mufti seorang yahudi?
kemudian dikatakan ESQ menekankan konsep suara hati. kononnya bertindak mengikut suara hati adalah mengikut ajaran kristian. suara hati yang diperkatakan dalam ESQ adalah suara yang berkehendakan kepada kebaikan dalam setiap manusia. contohnya, rasa belas kasihan melihat orang yang hidup susah lalu terlintas untuk menolongnya. suara hati adalah bisikan hati ataupun naluri semulajadi manusia yang berkehendakan kebaikan walaupun dia tidak baik. contohnya, perompak pasti tidak mahu dirompak. penjenayah pasti tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi penjenayah juga. itu suara hati yang dimaksudkan.
bila masa pula ESQ menjadikan logik sebagai rujukan utama sedangkan dalam kursus yang mereka anjurkan mereka sentiasa menggunakan ayat al quran untuk menunjukkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya?
tidak pernah ESQ mengajarkan untuk mengingkari mukjizat nabi-nabi hanya kerana menganggapnya tidak dapat diterima akal. buat apa mereka dengan susah payah cuba membenarkan peristiwa israk mikraj kepada para peserta? mereka juga menceritakan dengan penuh perasaan bagaimana peristiwa nabi musa dikejar firaun lalu lautan terbelah dengan izin Allah dan menenggelamkan firaun dan tenteranya. malah kursus ESQ juga mengajak peserta memahami bahawa kekuasaan Allah meliputi segala-galanya. apabila Dia berkehendak maka cukuplah bagiNya dengan berkata kun faya kun lalu terjadilah ia.
tiada dalam ajaran ESQ tentang kod 19 seperti yang didakwa oleh pejabat mufti ini. mereka tidak pernah menyokong dan mengajak para peserta mengikuti kod tu. apa benda kod 19 tu pun aku rasa semua peserta tak tau.
mereka tidak pernah menyamakan amalan membaca al fatihah sebanyak 17 kali sehari seperti ajaran agama lain di dunia. konsep zero mind process juga telah dengan niat jahat disalah tafsir dengan mengatakan mukjizat boleh berlaku kepada sesiapa juga. aku tegaskan di sini konsep zero mind process yang diajar oleh team ESQ adalah konsep penyerahan diri kepada Allah semata-mata dengan tidak memikirkan perkara lain. contoh mudah ialah apabila kita memohon bantuan dan pertolongan daripada Allah, maka kembalilah kepada Allah dengan melupakan yang lain. dalam bahasa arab, zero mind process adalah khusyuk. salah ke kalau mereka ajar bagaimana hendak khusyuk? pihak pejabat mufti secara suka hati mentafsirkan konsep ini mengikut nafsu serta perasaan mereka semata-mata.
kalimah syahadah tidak pernah disamakan dengan triple one seperti yang didakwa. bagaimana mereka nak menyamakan dengan triple one sedangkan mereka menerangkan dengan menyentuh perasaan para peserta bahawa betapa besarnya kalimah tersebut. kalimah tersebut membawa makna yang mendalam iaitu menafikan wujudnya tuhan selain Allah dan nabi muhammad adalah pesuruh Allah. mana ada triple one? mufti wilayah persekutuan dengar sendiri atau main cekup saja?
bukan aku nak membela sangat ESQ tapi yang salah harus disalahkan, yang benar harus ditegakkan. 8 orang bekas mufti semua kata kursus ESQ adalah bagus dan terbaik, apa jadah dengan seorang mufti yang tak pernah pergi kursus ni main serkap jarang saja? buat fatwa berdasarkan imaginasi dan pertuduhan yang tak berlaku.
kalau dikaji balik, mufti wilayah persekutuan memang sudah lama tidak senang dengan kehadiran ESQ di negara ni. mungkin beliau berpendapat sekiranya ESQ tidak disekat maka ustaz-ustaz tempatan akan susah cari makan kerana tiada siapa yang nak mendengar ceramah mereka. itu hanya imaginasi beliau saja. realitinya penyampaian ESQ adalah unik, terkesan, mendalam dan menyentuh mana-mana insan yang dihatinya berkehendakkan Tuhan. ESQ mengajar kita mengenal siapa diri kita dan siapa tuhan kita.
segala pertuduhan yang ada dalam fatwa yang dikeluarkan oleh pejabat mufti terbabit adalah berasaskan fitnah semata-mata dan tidak lebih daripada berniat jahat.
ada pihak yang tak senang dengan orang yang telah merasakan betapa nikmatnya mengalirkan air mata menyesali kesilapan diri dan mengenangkan kekuasaan Allah kerana dirinya mungkin tak sampai ke tahap tu lagi.
meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dipanggil zalim. jika segala pertuduhan yang dibuat oleh pihak pejabat mufti tidak benar, maka mereka bukan saja menzalimi malah turut memfitnah. kita tak perlukan seseorang yang mempunyai ijazah atau phd dalam bidang syariah untuk menentukan mana fitnah dan mana betul.
ESQ tak pernah paksa para peserta untuk menangis apalagi meratap. mereka yang sedar dan insaf kesilapan diri secara menyeluruh akan mengalirkan air mata secara automatik. malah ada yang berteriak menyesali diri. sekurang-kurangnya kalau kita tak pernah solat malam dan menangis, di sini kita boleh rasa betapa nikmatnya mengalirkan air mata kerana Allah. terpulanglah kepada sesiapa pun untuk mentafsirkan ESQ ni program yang macam mana. cuma, carilah asas yang kukuh dan banyakkanlah bertanya. jangan buat tuduhan melulu kemudian keluarkan fatwa. yang mana rasa ESQ mengarut, tak bagus dan tak mengikuti kehendak syariah, tinggalkan sahaja. tetapi bagi sesiapa yang yakin berada di pihak yang benar, tiada apa yang perlu dirisaukan. yang Maha Berilmu tetaplah Allah dan Dialah yang Maha Mengetahui.

07 July 2010
bosan
jangan salah faham. aku takkan menceritakan segala-segalanya di sini kerana aku merasakan tak semua perlu dikongsi. aku perlu simpan untuk diri sendiri juga.
aku mula menulis sewaktu aku mula kenal komputer. aku simpan diari aku dalam disk 1.44". waktu tu tak ramai yang ada komputer di rumah. tahun 1991-1992 kalau tak silap. komputer tu pun masih ada lagi.... bawah katil aku.
1995-1996 masa tu mana ada internet. jadi aku chatting dengan member aku pakai software faks. setiap kali aku tekan butang send, setiap kali tu jugalah komputer akan dail nombor telefon rumah member aku. dia pun dah standy. masa tu kira terlalu canggih la sebab faks masuk dalam komputer, bukannya print terus macam biasa. bil? sendiri agaklah....
tapi bukan itu yang aku nak sembangkan sangat. aku tengah bosan sebab takde cerita yang menarik di astro ni. lagipun, aku sorang-sorang kat rumah. susah nak tumpukan perhatian pada tv saja. faham maksud aku? aku sorang. rumah ada 5 bilik, 3 bilik air, 2 ruang dapur, 1 ruang tamu. mungkin bukan aku sorang di sini. mungkinlah....
kejap lagi aku nak keluar ambil angin dengan vr4. lepaskan gian sambil mendengar alunan merdu ekzos yang sebu. mood nak pergi minum jauh-jauh memang takde. mana-mana pergi pun orang bercerita tentang bola. aku tak minat. sebab yang bercerita tu bukannya pemain bola pun. tau komen je lebih. suruh masuk padang, terkial-kial juga. apa yang dia tahu? komen orang lain je la.
lebih baik aku keluar dengan orang yang tak bercerita tentang bola. tak perlu aku nak lepak lama-lama kat kedai kopi tunggu bola habis baru boleh balik. tido lagi bagus.

04 July 2010
isk...
fuh, sedapnya dapat bawak vr4. rasa nikmat yang amat sangat. kuasa dan kelajuan dalam genggaman. perasaan yang sangat berbeza dengan memandu kereta biasa. bila-bila pun boleh pecut.
sebenarnya, aku takut juga. aku takut dan risau bila memandu kereta ni. dengan kuasa kuda yang besar dan sistem pendesak turbo yang menggila, aku risau tak dapat kawal. kadang-kadang jadi asyik dengan kuasa yang ada sehingga lupa batas kelajuan yang mampu dikawal. dengan bunyi alunan ekzos yang sebu tapi merdu, aku jadi asyik hingga hilang rasa nak tido. dapat bawak kejap pun jadi la.
lama betul rasanya aku tak memandu di jalan lama bentong-kl waktu malam seorang diri. dulu aku suka buat kerja gila ni. tapi tadi nyata berbeza sama sekali. hujan renyai menambahkan lagi kegelapan malam. menjadikan suasana memandu makin lama makin menyeramkan. aku terbayang ada makhluk rambut panjang duduk di tempat duduk belakang. macam-macam lagi imaginasi buruk menerjah masuk dalam kepala aku.
walaupun aku cuba fikir pasal benda lain, tapi perasasan takut makin lama makin menjadi-jadi. mulalah aku bayangkan rambut panjang mengurai-ngurai di atas bumbung kereta. mungkin ada perempuan hondoh mencangkung macam dalam filem shutter. paling tidak pun ada perempuan berbaju putih tunggu di selekoh sambil mendukung anak. terfikir jugak aku nak pecut tapi aku sedar makhluk halus macam ni lagi pantas.
dengan keadaan kereta yang takde penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu turun habis, rasa seram makin memuncak. tiba-tiba terasa seperti ada jari mencuit bahu aku. aku cuba sedaya upaya untuk tak menoleh. nasib baik takde bau busuk. kalau tak, ntah apa la tindakan refleks aku. lepas tu aku tunggu juga 2-3 selekoh kot-kot ada kereta, boleh la aku konvoi belakang dia. haram takde.
bukan semua part/kawasan jalan lama bentong-kl menyeramkan. kalau dari bentong ke janda baik, keadaan seram akan muncul selepas jejambat bukit tinggi. dekat situ hanya takde kawasan yang didiami manusia. jangan ingat aku tak baca apa-apa sebab kalau tak baca mungkin dah lama makhluk tu menjelma kat cermin depan kereta.....
balik tu aku ikut hiway.....

03 July 2010
seks
benarkah pendidikan seks perlu diajar di sekolah? untuk apa? supaya dapat melakukan seks selamat atau supaya jangan melakukan seks sebelum kahwin? adakah kes pembuangan bayi yang kerap berlaku sekarang adalah kerana pendidikan seks tidak diajar di sekolah?
dalam kita menentang peradaban barat, secara halus kita juga mengikuti ajaran mereka. jika ada yang merasakan pendidikan seks perlu diajar di sekolah untuk mengelakkan masalah sosial seperti kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi, aku rasa alasan tu terlalu lemah. pendidikan informal lain pun banyak mengajar untuk mengenal mana perkara buruk dan mana perkara yang baik.
pendapat ulama perlu diutamakan selain daripada pandangan professional. perkara yang melibatkan agama Islam rasanya lebih baik mendapat pandangan ulama daripada orang lain. pengajaran seks di sekolah adalah satu langkah terkebelangan dan kolot kerana seolah-olah mengajar pencuri teknik-teknik mencuri. begitulah juga kata ulama tersohor, nik aziz nik mat.

Subscribe to:
Posts (Atom)