07 July 2010

bosan

jangan salah faham. aku takkan menceritakan segala-segalanya di sini kerana aku merasakan tak semua perlu dikongsi. aku perlu simpan untuk diri sendiri juga.

aku mula menulis sewaktu aku mula kenal komputer. aku simpan diari aku dalam disk 1.44". waktu tu tak ramai yang ada komputer di rumah. tahun 1991-1992 kalau tak silap. komputer tu pun masih ada lagi.... bawah katil aku.

1995-1996 masa tu mana ada internet. jadi aku chatting dengan member aku pakai software faks. setiap kali aku tekan butang send, setiap kali tu jugalah komputer akan dail nombor telefon rumah member aku. dia pun dah standy. masa tu kira terlalu canggih la sebab faks masuk dalam komputer, bukannya print terus macam biasa. bil? sendiri agaklah....

tapi bukan itu yang aku nak sembangkan sangat. aku tengah bosan sebab takde cerita yang menarik di astro ni. lagipun, aku sorang-sorang kat rumah. susah nak tumpukan perhatian pada tv saja. faham maksud aku? aku sorang. rumah ada 5 bilik, 3 bilik air, 2 ruang dapur, 1 ruang tamu. mungkin bukan aku sorang di sini. mungkinlah....

kejap lagi aku nak keluar ambil angin dengan vr4. lepaskan gian sambil mendengar alunan merdu ekzos yang sebu. mood nak pergi minum jauh-jauh memang takde. mana-mana pergi pun orang bercerita tentang bola. aku tak minat. sebab yang bercerita tu bukannya pemain bola pun. tau komen je lebih. suruh masuk padang, terkial-kial juga. apa yang dia tahu? komen orang lain je la.

lebih baik aku keluar dengan orang yang tak bercerita tentang bola. tak perlu aku nak lepak lama-lama kat kedai kopi tunggu bola habis baru boleh balik. tido lagi bagus.

No comments:

Post a Comment