15 July 2010

meleset

alhamdulillah, semuanya selamat. persepsi aku terhadap hospital kerajaan selama ni agak meleset sedikit apabila berada di hospital selayang. aku rasa itulah hospital kerajaan terbaik yang pernah aku pergi selama ni. bukan saja kerana imej yang bersih yang menarik, tapi hampir semua pegawai dan kakitangan hospital tu yang aku jumpa mempunyai budi bicara yang baik dan banyak membantu. tak seperti hospital kuala lumpur yang gah pada nama tapi layanan yang diberikan kepada pesakit dan keluarga pesakit adalah seperti anda seorang pendatang atau penjenayah.

doktor & staf nurse di hospital selayang juga pandai menguruskan pesakit mereka. mereka memang professional dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. bukan aku sorang yang berkata begini. rata-rata keluarga pesakit yang aku jumpa pun amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. aku ulang, "amat berpuas hati".

tak kira apa bangsa sekali pun, mereka (doktor & nurse) tetap bagus dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit. syabas dan terima kasih yang tak terhingga aku kepada mereka.

No comments:

Post a Comment