manusia ni memang pandai bermuka-muka. tambahan pula yang cakapnya manis dan bijaksana. orang macam ni selalu nampak alim dan pandai dari depan tapi punyai hati yang busuk dan bodoh di dalam.
pernah aku katakan, diam tu lebih baik. maka, lebih baik diam kerana apabila seseorang tu diam bermakna dia sedang berfikir. bila mulut sibuk bercakap, minda dah tak boleh nak fikir. contohnya, kita cuba menegur orang supaya buat begitu begini. tapi kita tak pernah cuba fikir adakah cara kita menegur tu berhikmah atau tidak. bila orang yang kena tegur tu melenting, kita pun melenting sama. ibarat yang ditegur tu bodoh, yang menegur pun 2x5 bodoh!
ada orang mulutnya becok dan suka menegur. ada orang lebih suka diam. tak payah kita fikir jauh-jauh. ambil saja contoh yang amat simple. anda nampak ada orang cuba buang kucing dengan meletakkannya dalam beg plastik atau bekas. anda menegur orang itu yang perbuatannya tu kurang baik kerana kucing mungkin lemas. anda terlupa, jika anda ada cadangan kenapa tak praktikkan cadangan anda daripada hanya berkata-kata? kemudian anda berlalu dan terdengar orang yang anda tegur tadi merungut-rungut sendirian.
anda terus panas hati dan maki dia dalam hati. dia maki anda perlahan-lahan, anda kata kenapa dia tak berani cakap depan-depan. anda yang maki dalam hati, kenapa tak berani kuatkan sikit suara supaya dia dengar?
anda rasa dia kejam tapi dia pula rasa kalau dia sepak, pukul atau baling batu kat kucing tu lebih kejam sebenanya. ada betulnya juga. jadi, sebelum anda menegur seseorang, berfikirlah dulu kerana akal yang diberikan adalah untuk berfikir. fikir dan sedar yang diri kita pun serba kekurangan. jangan pula kita bandingkan status kita dengan yang ditegur tu ataupun janganlah sesekali kita menganggap diri kita lebih bagus kerana kita kerja kerajaan.
apa pun pekerjaan, apa pun pendapatan, apa pun rezeki adalah kurniaan Allah. jika anda berasa selesa kerana dapat kerja kerajaan janganlah anda rasa kerajaan tu yang memberi rezeki kepada anda. tu hanyalah penyebab sahaja. hakikatnya Allah dah tentukan rezeki kita semua. jika anda pun tak boleh ditegur, kenapa tegur orang lain? adakah anda rasa tukang sapu tu lebih bodoh daripada anda dan hanya anda saja yang layak menegurnya?
No comments:
Post a Comment