03 July 2010

seks

benarkah pendidikan seks perlu diajar di sekolah? untuk apa? supaya dapat melakukan seks selamat atau supaya jangan melakukan seks sebelum kahwin? adakah kes pembuangan bayi yang kerap berlaku sekarang adalah kerana pendidikan seks tidak diajar di sekolah?

dalam kita menentang peradaban barat, secara halus kita juga mengikuti ajaran mereka. jika ada yang merasakan pendidikan seks perlu diajar di sekolah untuk mengelakkan masalah sosial seperti kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi, aku rasa alasan tu terlalu lemah. pendidikan informal lain pun banyak mengajar untuk mengenal mana perkara buruk dan mana perkara yang baik.

pendapat ulama perlu diutamakan selain daripada pandangan professional. perkara yang melibatkan agama Islam rasanya lebih baik mendapat pandangan ulama daripada orang lain. pengajaran seks di sekolah adalah satu langkah terkebelangan dan kolot kerana seolah-olah mengajar pencuri teknik-teknik mencuri. begitulah juga kata ulama tersohor, nik aziz nik mat.

No comments:

Post a Comment