16 July 2010

lagak

mendapat anak adalah satu perkara yang paling gembira. aku takkan cuba untuk faham kenapa masih ada orang sanggup membuang anak. mereka tu gila dan terlalu bodoh.

secara tak langsung aku dapat bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa aku sewaktu menyambut kelahiran aku dulu. benarlah al quran yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua orang tua kita walau dalam keadaan apa sekali pun (selagi tidak menyekutukan Allah). aku sentiasa berfikiran begini sejak kembali daripada kursus ESQ yang diharamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. aku tak faham kenapa mufti tu betul-betul keras kepala dan hati penuh dengan hasad dengki. aku lebih senang dengan pendekatan yang diambil oleh bekas mufti perlis, dr asri. kenapa mufti Wilayah Persekutuan beria-ia mahu mengharamkan kursus ni? senang saja. kursus ESQ bukan calang-calang kursus. yurannya saja mencecah rm1400 untuk sekali kursus. bila ESQ diharamkan, maka Mufti Wilayah Persekutuan fikir beliau dapat menyekat aliran wang negara ke luar. jadi secara tak langsung mencerminkan akalnya yang bijaksana kepada para pemimpin negara yang sebenarnya langsung tak kisah pun pasal ni. mereka lebih berminat tentang projek-projek yang mendatangkan wang yang banyak ke dalam poket masing-masing daripada isu haram-mengharam ni. akhirnya, tiada seorang mufti pun daripada satu negeri pun dalam Malaysia ni yang mengikut jejak langkah mufti yang berhati busuk tu. tinggallah dia sorang-sorang mentadbir agama Islam di Wilayah Persekutuan mengikut apa yang beliau rasa bagus dan boleh menjamin popularitinya sehingga membolehkan beliau dilantik sebagai mufti lagi pada penggal yang akan datang.

maafkan aku jika bahasa aku agak kasar. yang batil tetaplah batil walaupun serbannya panjang, pangkatnya seorang mufti atau pun songkok 24jam di atas kepala. pada pendapat aku lagi, orang sebegini tak layak mendapat penghormatan langsung kerana terang-terang beliau dah salah tapi malu nak mengaku, ego, dengki dan mempunyai banyak lagi sifat-sifat keji.

apa pun, bukan tu yang aku nak cerita. aku nak bercakap tentang kelahiran sebenarnya. bagaimana peristiwa mendapat anak ni membuatkan kita terfikir kembali tentang ibu bapa kita. susah payah diaorang menjaga kita sejak waktu baru lahir. walaupun kisah-kisah seperti ni dah ada dalam al quran, tapi kebanyakan manusia tak dapat hayati kalau tak alami, tak terkecuali aku sendiri.

perasaan sakit waktu nak bersalin hanya ibu-ibu saja yang tau. tak dapat nak gambarkan. tapi si ibu gagahkan juga untuk melahirkan anak walaupun dalam keadaan yang boleh menggugat nyawanya sendiri. aku melihat sifat kasih si ibu ni adalah sifat yang dipinjamkan oleh Sang Maha Pengasih kepada makhluknya. begitulah sifat pengasih tu dizahirkan pada pandangan mata manusia. manusia yang sebenarnya tak mempunyai apa pun. semunya dipinjamkan oleh Allah. jika diamati sifat 20, apa yang kita ada? kesimpulannya, sebenarnya kita sedang melihat kekuasaan Allah berdasarkan apa yang berlaku dan terjadi di sekeliling kita tanpa kita sedari.

tak perlu kita nak belajar sampai ke mesir, kemudian terpaksa bersekongkol dengan parti yang menjahanamkan bangsa hanya kerana nak menyelamatkan diri sendiri. ilmu bukan diukur daripada mana kita mendapatkannya kerana yang Maha berilmu adalah Allah swt. jika manusia yang 'berilmu' tu sedar dan tahu hakikat ni, tentu saja mereka tidak menunjuk-nunjukkan diri dan berlagak seperti seorang yang berilmu tinggi.

No comments:

Post a Comment