lihat dan hayati video ni.
dua puluh tahun terkebelakang, ini adalah contoh terbaik untuk menggambarkan parti PAS. mereka adalah satu parti yang mengaku mempejuangkan Islam dan sesiapa menolak mereka adalah kafir. pandangan politik mereka terlalu kolot dan jumud. aku minta maaf kerana bukan niat untuk memburukkan penceramah dalam video ini, tapi cara beliau bercakap, pendapat beliau dan perkataan yang beliau gunakan tidak langsung menarik perhatian golongan kaki facebook untuk mendengarnya. ia lebih membawa kepada perdebatan.
penceramah sebegini tak pandai menarik perhatian golongan sasarannya untuk berubah. dia lebih cenderung kepada memberi kecaman dan memperlekehkan orang lain. seperti juga PAS satu masa dahulu pernah berkata siapa menolak hudud, maka orang itu terkeluar daripada Islam. cukup mudah mereka mengkafirkan orang Islam yang lain semata-mata kerana tak mengikut perjuangan mereka.
jalan menuju Allah itu banyak, tak semestinya sejalan dengan PAS. itu pendapat aku. PAS hanya sebuah parti politik dan bukannya sebuah mazhab yang perlu diikut dan dipatuhi. mereka radikal dalam memperjuangkan ideologi mereka. cuma sekarang saja mereka banyak berubah.
penceramah dalam video ini menumpukan 100% ucapannya kepada keburukan facebook sedangkan banyak juga benda-benda positif kita boleh dapat daripada facebook. umpamanya menghubungkan silaturrahim antara 2 orang sahabat lama, saudara mara dan adik-beradik yang dah lama terpisah. bukankah besar pahalanya menghubungkan silaturrahim yang terputus?
bagaimana seseorang menggunakan facebook adalah terpulang kepada dirinya sendiri. kita tak boleh halang, tapi kita boleh beri pandangan dengan penuh hemah. soal aurat, tanpa facebook pun ramai saja wanita yang membuka aurat merata-rata. aku pasti setiap hari pencermah juga melihat aurat wanita merata-rata.
kalau zaman 70-80an dulu orang seperti penceramah ni menganggap tv adalah penyebar fitnah dah penggalak orang membuat dosa. ini adalah pandangan paling kuno dan jumud. selaluya yang bercakap tu pun rumahhnya ada tv dan dia sendiri layan hindustan. mungkinkah penceramah ni mempunyai akaun facebook?
jika sesuatu tu dinilai dengan cara seperti ini maka lebih baik diharamkan golongan wanita bekerja, haramkan penggunaan telefon bimbit dan pelbagai lagi kerana telefon dicipta oleh seorang yahudi dan ia adalah agenda yahudi untuk menghancurkan umat Islam (balik-balik inilah ayat mereka). marilah kembalilah ke zaman batu.
jika boleh, janganlah jadi ketam yang ajar anaknya berjalan lurus. berceramah perlulah dengan hikmah, bukan dengan kata-kata yang membosankan dan ketinggalan. ramai yang dengar, terutama kaki facebook akan memberontak mendengarnya. lebih baik ikut cara ESQ, mengajak manusia mengenal siapa dirinya dan tuhannya. itu lebih baik daripada menghentam sana sini sambil berserban.
30 September 2010
26 September 2010
doa
sesetengah orang menganggap syaitan tu sejenis makhluk yang berwajah hodoh, bertanduk, busuk dan menakutkan. syaitan tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi boleh dirasa dengan deria ke-enam.
masing-masing mempunyai kepercayaan yang tersendiri tentang syaitan. tapi pernahkah kita terfikir kuman/bakteria penyakit juga adalah sejenis syaitan. mungkin ramai yang ketawa. tapi hakikatnya kuman/bakteria tak boleh dilihat dengan mata kasar, bergerak bebas dalam saluran darah manusia dan yang paling penting fungsi kuman/bakteria adalah untuk merosakkan manusia.
aku setuju dengan pendapat ni. sebab tu doa masuk ke tandas ada menyebut tentang syaitan jantan dan syaitan betina. segala makhluk di muka bumi ni berkembang biak kerana ada jantan dan betinanya. begitu juga dengan kuman dan bakteria.
persepsi masyarakat kita selama ni terlalu sempit. bilangan syaitan dijadikan lebih banyak daripada manusia. begitu juga kuman dan bakteria. semuanya memenuhi syarat untuk bergelar syaitan.
sedang melayari facebook, aku terbaca 'wall' seorang member tentang anak kecilnya yang menangis tanpa henti-henti dan dia merasakan mungkin terdapat gangguan makhluk halus. kemudian ada rakan mencadangkan supaya dibaca ayat qursi sebanyak 88 kali. katanya menurut dato ismail kamus, bila dibaca 88 kali gerenti hantu syaitan lari dan anaknya akan pulih seperti sediakala.
sebenarnya jika kita faham betul-betul, bukanlah ayat qursi atau sesuatu bacaan tu yang menyebabkan seseorang pulih dari gangguang makhluk halus ni. semuanya terjadi dengan izin Allah juga. mungkin kita pernah mendengar kisah seorang hamba yang berjalan di atas air hanya dengan membaca bismillah sahaja. tak ada pula ayat-ayat panjang yang lain.
mana-mana ayat quran yang dibaca adalah doa kepada Allah semata-mata. dalam berdoa, pengharapan, kerendahan diri dan penyerahan diri secara total kepada Allah amatlah penting.
membaca ayat al quran tanpa memahami, menyelami dan menyerah diri secara bulat-bulat kepada yang Maha Pencipta tak mamberi kesan apa-apa pun. lebih afdal sekiranya kita tahu dan faham makna ayat yang dibaca. ini penting untuk mendatangkan khusyuk dan penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah hanya akan hadir sekiranya seorang benar-benar khusyuk.
doa adalah senjata paling ampuh umat islam namun tak ramai yang tahu cara dan adab yang tersirat dalam berdoa. sebab tu orang yang beriman sangat mudah mengalirkan air mata apabila terdengar dan membaca ayat-ayat al quran. mereka berasa takut dengan azab Allah dan membenarkan segala apa yang dinyatakan dalam al quran. mereka juga tahu dan faham tentang maksud disebalik ayat-ayat al quran tu.
adalah penting untuk seseorang faham bahawa tiada kuasa pada dirinya untuk mengubah sesuatu melainkan dengan kekuasaan dan kebesaran Allah juga. walaupun dirinya melihat, dia hanya melihat dengan izin Allah. di sinilah penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya tentang sifat 20 (sifat-sifat wajib Allah). semuanya tak semudah yang aku katakan. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu dan diajarkan kepada aku. aku bukanlah seorang yang hebat pun.
orang yang bertanggungjawab mengajar aku tentang sifat 20 adalah ayah aku. masa tu aku sekolah darjah 1. manalah aku nak faham semua ni pada masa tu. masuk darjah 2, sifat 20 tu aku hafal sepenuhnya. itupun sebab dilagukan, kalau tak memang aku takkan hafal. kalau tak disuruh mengaji di surau depan rumah, memang aku tak kenal dan tahu semua ni.
berbalik kepada doa tadi, dalam menghadapi gangguan makhluk halus amatlah penting untuk seseorang sedar dan tahu apa yang dibaca. ilmu Allah amatlah luas dan jangan sesekali kita berputus asa daripada pertolonganNya. itu apa yang pernah diberitahu pada aku dan aku beritahu semula.
memang benar setiap huruf dalam al quran tu ada penjaga/khadamnya. tapi janganlah kita merasa besar diri kononnya dapat mengarahkan khadam-khadam tu untuk menolong kita. kita kena sedar dan faham hanya Allahlah tempat kita berserah dan kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan. nabi muhammad sendiri pernah disihir dan sihir tu menjadi ke atas diri baginda. bagaimana pula kita manusia biasa ni yang kononnya dengan membaca ayat-ayat tertentu takkan terkena gangguan sihir?
di sinilah kesilapan seseorang dalam meletakkan harapan. dia berharap pada ayat bukan pada Allah. bayangkan nabi muhammad yang tentu saja di dalam penjagaan malaikat 24jam, 7 hari seminggu pun boleh disihir. kenapa perkara macam ni boleh berlaku? itulah yang dikatakan kekuasaan dan kebesaran Allah. sekiranya Dia mengizinkan, perkara yang buruk seperti sihir pun menjadi. tanpa izin daripadaNya, udara pun takkan bergerak, bumi pun takkan berputar dan matahari pun takkan memancar.
meletakkan harapan pada ayat-ayat tertentu samalah dengan meletakkan harapan pada makhluk. sekiranya Allah izinkan, maka mujarablah ayat yang dibaca. tapi jika tak, siapa lagi yang boleh ubah?
sihir yang dikenakan kepada nabi muhammad berlaku pun dengan izin Allah. bukannya bermaksud sihir tu terlalu kuat hinggakan seorang nabi, kekasih Allah pun boleh ditimpa mudarat. yang memberi mudarat tu tetaplah Allah, sihir tu hanya penyebab saja.
cuba kita perhatikan orang kafir juga berdoa dan kita dapat lihat kadang-kala apa yang mereka hajatkan tu tercapai juga. contohnya mereka memuja kubur-kubur lama yang dianggap keramat untuk mendapatkan nombor ekor. bila tikam, nombor mengena pula. sebenarnya jika Allah nak menyesatkan seseorang, takde siapa pun yang boleh berikan petunjuk. sama juga dengan jika Allah hendak memberikan petunjuk kepada seseorang, takde siapa pun yang boleh menyesatkkannya.

22 September 2010
kisah hidup
aku buat blog bukan untuk orang baca atau bagitau kisah hidup aku. aku buat blog supaya satu hari nanti bila aku ada masa, aku dapat imbas kembali kisah hidup aku melalui blog yang aku buat.
aku memang suka menulis. sejak zaman sekolah aku dah ada diari. masa tu aku pakai wordstar. diari aku simpan dalam disket saja. tiap-tiap petang bila ada masa aku akan update diari aku. siap dengan tarikh. cukup setahun aku baca semula. lepas tu aku mula tulis dalam diari biasa. tapi tak seronok sebab tulisan aku tak cantik.
lama aku berhenti menulis, sampailah wujudnya streamyx. tulisan aku banyak dalam blog friendster. lepas tu aku stop sebab frienster macam tak best. facebook takde blog. sekarang aku baru kenal blogspot. dulu aku tak pernah tau pun blog tu benda apa.
dah dekat pukul 5.30. aku nak bersiap-siap untuk balik.

20 September 2010
fuel pump
tak tahulah orang lain macam mana, tapi aku akan berasa susah hati kalau kereta buat hal. 2 hari lepas vr4 aku tak boleh start. padahal sebelum tu elok saja. mati akal juga aku dibuatnya. apa kaitan tak boleh start dengan central locking system?
nasib baik ada juga pomen dekat rumah. dia tolong tengokkan. fuel pump menjadi suspek utama kegagalan enjin untuk hidup. hari ahad mana ada kedai buka pun. lagi pun kereta turbo bukan semua orang boleh buat melainkan mereka yang biasa bermain turbo saja. kalau secara teori ramailah yang nak tunjuk pandai, masuk bab aplikasi hampir semua yang tunjuk pandai tu gagal.
kos barang & upah menyebabkan rm400 simpanan aku melayang. sedih pun tak guna. yang penting kena cari semula. orang kata setiap sesuatu tu ada hikmahnya. aku rasa hikmah aku ialah dapat menggantikan fuel pump asal kepada fuel pump 1JZ (haha...enjin toyota 6 silinder, 2500cc) lepas test drive memang aku berpuas hati dengan prestasi pam minyak ni. tapi tak taulah selama mana ia akan bertahan. tangki minyak saga mungkin punca utama fuel pump vr4 yang asal aku rosak. sebabnya? tangki saga original adalah 'flat' dan bila minyak dalam tangki agak kurang, pam tu takkan dapat sedut minyak secukupnya untuk dihantar pada enjin. tambah pula kalau tengah ambil selekoh, minyak/petrol mesti akan ikut momentum kereta.
biasanya fuel pump akan cepat rosak bila sedut angin. itulah masalah terbesar aku sehingga ke hari ni.

17 September 2010
mudah
aku bukan jenis yang suka bertanya mengapa begitu begini terjadi dalam hidup aku? mengapa tak terjadi kat orang lain? pada aku, orang yang suka mempersoalkan sesuatu adalah orang yang 'leceh'. lebih baik mencari jawapan daripada bertanya soalan-soalan macam tu.
kenapa aku kata macam tu? sebab kita takkan dapat jawapan terus dari Tuhan kalau kita bertanya begitu. manusia dikurniakan akal, jadi lebih baik berfikir. hidup aku mudah kerana aku suka berfikiran mudah. tapi tak bermakna semua perkara aku ambil mudah dan tak serius.
contoh paling senang ialah kat kedai makan. pernah tengok bagaimana orang pilih lauk? dalam ramai-ramai beratur dia masih lagi 'blur' tak tau nak letak lauk apa. menceduk pun terhegeh-hegeh. orang macam ni memang lembab merancang apa yang dia nak buat. kalau dia memandu, dia akan teragak-agak untuk keluar simpang lalu menyusahkan pemandu lain di belakang. nak makan pun susah, nak bawa kereta pun susah. senang cerita, hidupnya sepatutnya mudah tapi 'dipersusahkan' oleh diri sendiri. buat apa?

malu
kenapa la artis sekarang ni sibuk nak cerita hal rumah tangga kat dalam media. dia bangga ke apa? dulu masa bercinta semuanya baik-baik belaka. dah bercerai berai keburukan demi keburukan didedahkan. masyarakat melayu pula memang suka dengan cerita-cerita macam ni. mentaliti yang sangat kolot dan mundur.
ni bukanlah yang terakhir. lepas ni pasti ada lagi. dulu dia yang nak berpisah sangat. berpisah la cara baik. tak boleh tengok bekas suami senang ke? mangkuk!

14 September 2010
terkejut
aku rasa seluruh negara dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam jutawan kosmetik. dalam pada pihak polis yang sentiasa mengumumkan kadar jenayah negara berkurangan, dalam pada itu juga jenayah terus berlaku. makin hari makin parah. mengapa?
kalau benar penjenayah sudah gerun pada undang-undang, mengapa keadaan ni menjadi semakin teruk? jika penguatkuasaan dilakukan berterusan, kenapa setiap hari kita mendengar bermacam-macam kes jenayah berlaku?
atau adakah yang takut kepada polis itu hanya orang awam biasa dan bukan mereka yang melakukan jenayah? adakah penjenayah beranggapan bahawa pihak polis selalu mencari "kambing hitam dalam" menyelesaikan sesuatu kes supaya KPI mereka meningkat?
penjenayah sekarang bukan lagi mereka yang dihidup susah dan terpaksa melakukan jenayah untuk sesuap nasi. penjenayah sekarang bukan lagi mereka yang bodoh tak lulus SPM atau tak pandai berbahasa inggeris. penjenayah zaman sekarang adalah mereka yang terpelajar, berstatus, berjawatan dan bergaji tinggi. penjenayah seperti ni lebih kejam daripada mereka yang mengugut dan merompak kedai emas.
mereka bermuka-muka, berselindung disebalik segala kebaikan yang sengaja diada-adakan. adakah pihak polis pilih bulu dalam menyelesaikan kes-kes jenayah berprofil tinggi? mungkin ya dan mungkin tak. entahlah, tapi bekas KPN yang tak disambung kontraknya telah pun bersuara bahawa terdapat tekanan daripada pihak luar ke atas polis yang menjalankan siasatan berkenaan kes-kes tertentu.
tapi kenapa baru sekarang beliau nak bersuara. siapa yang akan mendengarnya? beliau dah takde 'kuasa' lagi. selamat menjadi orang awam yang boleh diperlakukan apa saja. kadang-kadang kelakar juga. nak pencen ni macam-macam nasihat yang diberikan. mungkin 4 tahun lebih tak cukup baginya untuk memperbaiki PDRM. atau mungkin beliau belum puas 'berkuasa', siapa tahu?
apa pun pihak polis tak seharusnya dipersalahkan 100% dalam peningkatan kes-kes jenayah dalam negara ni. ada dikalangan mereka yang benar-benar ikhlas melindungi keselamatan rakyat negara ni. cuma memang tak dinafikan juga, imej buruk memang sentiasa terpalit ke atas mereka.
mungkinkah juga pihak PDRM sibuk melindungi kepentingan beberapa tokoh politik tertentu dengan menumpukan perhatian kepada orang yang tidak sehaluan dengan kerajaan seperti pendemo-pendemo jalanan daripada menumpukan perhatian kepada kes-kes jenayah yang semakin lama semakin rumit.
dalam kes terbaru polis tembak budak, berapa ramai penjenayah professional ketawakan saja pihak polis. mereka langsung tak dapat nak bezakan antara penjenayah dan kanak-kanak bawah umur. malang sungguh nasib PDRM kerana masih memiliki anggota yang gila kuasa, bodoh, sombong dan pentingkan diri sendiri.
aku ingat lagi apa kata KPN waktu kes tu. pihak polis mesti bertegas dalam kes seperti tembak budak ni supaya orang ramai takut pada polis. maksud beliau tu aku faham, iaitu polis takkan semudah tu nak mengaku salah. tapi ayat beliau tu tak kena sebab menyatakan 'orang ramai', bukan penjenayah yang perlu takut pada polis. jadi bila penjenayah tak takut polis faham-faham sendirilah.
mungkin lebih baik pihak polis buat sesuatu untuk mengambalikan maruah mereka. bila mereka ada maruah, orang awam secara automatiknya akan hormat dan pandang mulia kepada pasukan mereka. tapi bila maruah pasukan mereka takde, siapa yang nak hormat? takut? mungkin mereka beranggapan bila orang ramai takut kepada pasukan polis maka jenayah akan turun. tapi konsep kuno tu sebenarnya tak sesuai lagi digunapakai zaman sekarang. kembalikan integriti polis dan maruah pasukan akan kembali pulih seterusnya akan membawa rasa hormat masyarakat kepada pasukan mereka.
tapi ramai juga polis merasakan mereka perlu dihormati dengan cara memeras ugut pesalah, pukul suspek dalam lokap, tembak budak bawah umur (konon sharp shooter la ni...) dan pelbagai lagi kes salahlaku. hormat adalah sesuatu yang perlu diperolehi bukan sesuatu yang boleh didapati dengan cara-cara tertentu. ingat tu.

13 September 2010
rancangan
rancangan tv waktu raya kali ni memang tak boleh blah langsung. balik-balik senario, tongga, lawak bodoh sepah dan macam-macam lagi yang membuatkan masyarakat melayu kita nampak seperti masyarakat yang kurang cerdik. kenapalah diaorg ni membazir buat rancangan bertaraf longkang? dan kenapalah ada orang yang suka tengok rancangan-rancangan macam ni?
aku memang tak boleh blah kalau tengok rancangan menyanyi-nyayi dan lawak bodoh ni. rasa membazir betul beli tv dan pasang astro. sejak si apek masuk tv pasal isu dadah, lagilah aku takkan tengok filem yang dia berlakon. buat apa jadikan penagih dadah idola? lembu pun tak macam tu.
jadi apa aku buat? pusing-pusing dengan vr4, tidur, main-main dengan anak atau pun jumpa member-member. tu semua lebih baik daripada menonton tv waktu raya. malah lebih baik tersangkut dalam jem daripada stuck depan tv.
alamak, esok nak kena ke pejabat. mood raya masih kuat lagi. tapi aku tak kisah. aku tak pernah pun benci kerja aku. cumanya esok pasti sunyi di pejabat sebab ramai staf masih lagi cuti. sesetengah orang benci hari isnin dan rasa malas yang teramat sangat pada hari tu. aku rasa semua hari adalah sama.
tahun depan insya'allah anak aku akan berumur setahun. macam manalah agaknya dia nanti. mungkin aku akan banyak berjalan ke rumah sanak saudara raya tahun depan. itulah yang aku nampak buat masa ni.
malam semalam aku keluar dan balik lewat lagi. tetap minum nescafe. dulu aku dah berhenti sebab pening. sekarang tak pening pula.
petang ni aku nak pergi beraya lagi. semalam masalah kipas vr4 dah selesai. kena la rm25, oklah daripada enjin pecah. petang ni sangat panas dan malam selalunya hujan. apa aku nak tulis lagi pun aku tak tau....

12 September 2010
lembab
waktu raya ni aku jumpa ramai pemandu yang berpotensi terlibat dalam kemalangan. mereka yang memandu terhegeh-hengeh macam kura-kura. bila nak memotong macam kura-kura. keluar simpang terus macam kura-kura. bodoh pun macam kura-kura jugak. mereka ni pentingkan diri sendiri. tak fikir langsung tentang pemandu lain yang terpaksa membrek semata-mata nak bagi laluan.
kipas
tiada apa yang paling mengecewakan bila enjin menghampakan disaat-saat pecutan diperlukan. masalah panas terus menghantui vr4 aku bila sebelah kipas radiator jem. walaupun sistem aircon dah dibuang, tapi kipas tambahan yang jem tu menghalang angin daripada menyejukkan radiator dengan berkesan. akibatnya, enjin tersangkut-sangkut waktu minyak ditekan lebih.
angin waktu tengahari juga seolah-olah langsung tak membantu menyejukkan enjin. tambahan pula memandu di kawasan yang banyak selekoh dan banyak kereta lain, laju mana sangat boleh lari. kalau kat hiway, mungkin senang sikit sebab boleh pecut. enjin confirm tak panas sebab angin kuat.
kesimpulannya, esok beraya di kedai je la buat wiring baru untuk kipas tu.

07 September 2010
servis
musim perayaan membuatkan bengkel-bengkel kereta tak menang tangan. termasuklah pusat-pusat servis. bagi mereka yang rajin servis kenderaan, apa yang diservisnya? pusat servis kenderaan ni sebenarnya macam pusat 'sembelih' pelanggan saja.
tukar minyak hitam sampai ratusan ringgit sedangkan kalau beli sendiri dan suruh pomen buat baru berapa puluh saja. mengapa? sebab mentaliti orang-orang yang malas nak ambil tahu pasal kereta ni percaya bulat-bulat pada pusat servis. barang-barang di pusat servis dibekalkan oleh pembekal yang sama juga dengan kedai-kedai alat ganti yang lain.
contohnya kalau air filter wira di pusat servis proton mungkin mencecah rm25-40, tapi di kedai-kedai alat ganti hanya sekitar rm15-20 saja. itu baru air filter. bagi mereka yang senang terpengaruh pula, pusat servis akan menawarkan khidmat full servis (full sembelih). ini meliputi minyak enjin, air & oil filter, brek (pads & oil), clutch, timing belt dan pelbagai lagi.
brek pad hadapan waja ( 1 set) yang baik berharga sekitar rm50-58 di kedai alat ganti. harga yang lebih kurang juga untuk pad brek belakang. biasanya pomen akan ambil upah sekitar rm20-30 saja untuk tukar kesemua pad brek tu. jadi harga keseluruhan hampir rm150 di bengkel biasa. bayangkan kalau pergi ke pusat servis, paling kurang kena rm250. katanya barang 'ori'.
sebenarnya sama saja. jika kita pergi ke kedai alat ganti, kita minta sajalah alat ganti tulen. tak percaya, pergilah cuba. hantar servis pun kereta nasional, bukannya mercedes atau bmw yang perlukan mekanik khas untuk menala kenderaan.
bandingkan budak (mekanik) yang kerja di pusat servis proton/perodua dengan mekanik bengkel, siapa yang lebih hebat membaiki enjin? budak pusat servis hanya belajar basic, pengalaman dah tentu kurang.
lagipun, pusat servis bukanlah cawangan pembuat kereta tu sendiri. contohnya, pusat servis proton bukanlah ditubuhkan oleh pihak proton. sesiapa saja boleh buka pusat servis macam ni. mereka hanya menggunakan nama 'pusat servis proton' saja. takde apa-apa yang istimewa pun.
untuk apa buang duit di pusat-pusat servis jika kita boleh dapat khidmat yang lebih murah dan baik di tempat lain? kalau dalam business, itulah kuasa jenama (brand power). orang akan pergi sebab pusat servis tu membawa reputasi jenama pengeluar kenderaan tu sendiri. cuba letak pusat servis malek ke, siapa yang nak pergi? kawan-kawan malek sajalah.
tak rugipun kalau ambil tahu pasal enjin dan kereta. benda-benda ni akan menolong kita supaya tak mudah ditipu. takde la tiap kali tiba musim perayaan, ramai yang mengeluh kos servis kenderaan tinggi.
aku tukar minyak hitam pun bagi upah rm5 je. oil filter rm8 (kalau kat proton rm18), minyak hitam beli sendiri. pilihlah jenama apa yang kita rasa sesuai, jangan asyik pakai minyak mahal je tapi tak tau langsung faedahnya. bukanya semua yang mahal tu sesuai dan bagus.
minyak hitam/enjin perlu sesuai dengan kegunaan harian kereta kita. kalau pakai proton saga BLM 1.3, guna pula minyak sintetik yang harganya dekat rm200 apa faedahnya? bukannya nak pergi berlumba pun. pakai minyak biasa sudah. beza minyak biasa (organik) dan sintetik ni banyak. minyak hitam biasa/organik adalah 100% minyak yang disedut dari dalam tanah melalui beberapa proses penyulingan tertentu. minyak hitam sistetik pula adalah minyak hitam tiruan yang mempunyai campuran kimia daripada pelbagai bahan dan dibuat supaya dapat menyaingi minyak hitam organik. sebab tu la mahal. lagipun, minyak sistetik ni nipis, kalau nak main lumba kereta sesuai sangatlah.
jangan ingat kalau saga blm tu pakai minyak hitam sistetik lagi laju daripada pakai minyak hitam biasa. budak-budak kereta baru nak naik je fikir macam tu. beza utama kedua-dua minyak ni ialah berapa lama tahan sebelum tukar baru. minyak hitam organik biasanya kena tukar selepas 3,000-5,000km perjalanan, manakala minyak hitam sintetik boleh bertahan sehingga 10,000-15,000km. ada yang sampai 20,000km juga. lagi tinggi lagi la mahal.
pakailah minyak apa pun asalkan jangan terpakai minyak recycle sudah la. mau jahanam enjin. biasanya minyak recycle ni dijual terlalu murah, antara rm18-25 je untuk botol 4 liter. jenama pun ntah apa-apa. tapi ada juga yang pakai jenama ternama. apa boleh buat, kalau dah nak kena tipu. tapi bagi yang pandai, warna dan bau minyak tu boleh membezakan minyak baru atau recycle.

filem
dalam usaha menghilangkan bosan yang mencengkam kat ofis ni, aku layan cerita Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon. sebenarnya aku tak suka langsung tengok cerita perang lama yang lawan pakai pedang dan anak panah. takde letup-letup. tapi dah takde cerita lain lagi dah, apa nak buat?
makin lama aku tengok makin best pulak cerita ni. biasalah, dari kecil aku memang suka tengok cerita cina (hong kong). hero pula andy lau, siapa tak kenal. banyak la juga pelakon terkenal yang lain. cerita ni memang menggabungkan aksi dan strategi perang yang menarik.
elemen cinta langsung tak ada. semuanya tentang perang. kan bagus kalau pengarah filem negara ni dapat buat filem macam ni. mungkin 20-30 tahun lagi pun kita masih belum mampu buat. dengan adanya sekatan-sekatan oleh finas dan lembaga penapis filem negara, filem kita layak untuk dunia kelas ketiga sajalah nampaknya. siapa yang nak tengok kalau bukan bangsa kita sendiri?
idea kreatif pengarah-pengarah kadang-kadang dihadkan oleh mereka ni. nak buat filem, banyak pula syarat dan peraturannya. nak buat adegan tembak-menembak, kena guna pistol air. ingat penonton tak dapat nak bezakan pistol betul dengan palsu?
kesimpulannya, selain filem lawak bodoh seperti senario, kita hanya boleh buat filem-filem cinta bodoh saja. filem seram kita pun tak berapa nak seram kerana hantu kita suka tayang kuku. filem patriotik tentang kebangkitan rakyat melawan penjajah langsung tak dibikin dah zaman sekarang. mana nak cari meriam air & senapang air yang mirip senjata sebenar? di sinilah sekatan-sekatan tadi menghalang kemjuan filem kita.
tiap kali musim kemerdekaan, filem bukit kepong jugalah yang ditayangkan. tu saja yang betul-betul gempak kerana menggunakan senapang betul. telefilem gerak khas pun guna pistol air saja. senang cakap, takkan industri filem kita maju punyalah!

raya
hari ni aku datang kerja naik proton saga lagi. mungkin sebab aku nak cepat balik nanti. mungkin juga aku dah kemaruk sangat sebab sebulan lebih kereta ni 'rosak'. bukanlah rosak sampai tak boleh nak bawa, cuma 'kick' turbo tu tak terasa seperti mula-mula aku beli dulu. sekarang semuanya dah kembali normal. memang syok gila penangan turbonya sampai aku tak bosan-bosan.
bukanlah aku nak bawa laju sangat. cuma bila kereta terasa ringan, memang seronok memandu. macam bawa kancil masuk bandar. jalan sesak pun tak rasa apa.
pagi tadi aku perasan kereta dah mula banyak kat hiway kl-karak. ramai yang dah mula balik kampung hari ni kot. biasanya keadaan akan menjadi lebih teruk esok dan lusa. sampaikan di tempat aku lebih baik naik basikal kalau nak ke bandar.
raya kali ni aku tak fikir nak jalan ke mana-mana. aku malas nak bersesak-sesak lagi seperti orang lain di jalan TAR atau Sogo. tapi tak tahulah, kalau tiba-tiba angin aku berubah pula.
tahun-tahun sebelumnya, aku akan ke kl setiap malam raya. sebabnya nak merasa suasana balik kampung. yang tak bestnya, satu kedai pun tak buka. termasuklah kedai mamak. penyudahnya aku minum air mineral saja sambil makan mcD drive thru.
kat pejabat pun kerja tak banyak. terfikir juga kenapalah aku tak ambil cuti awal sikit. nak juga tunggu dekat-dekat nak raya baru bercuti.
semalam seharian aku melayan iklan-iklan raya yang baru dan lama di youtube. masa dulu aku menyampah tengok iklan, tapi sekarang aku pula yang cari iklan. memang fitrah manusia bila takde nak sangat, bila dah ada buat tak tau saja.
mula-mula aku tak tahu pun pasal iklan raya tv3 tu. lepas kecoh-kecoh dalam facebook barulah aku tengok. patutlah orang melayu marah sangat. siapalah punya otak yang bagi idea iklan raya macam tu?
kat pejabat sebenarnya semua pun takde kerja. yang makcik-makcik macam biasalah, bergosip, mengumpat dan macam-macam lagilah. diaorg lupa agaknya puasa belum habis lagi. aku tengokkan saja sebab aku memang suka tengok gelagat orang. kemudian aku buat satu kesimpulan. mereka yang kaki mengumpat ni memang pandai bercakap sampaikan ada yang boleh mengalahkan pemimpin, tapi bab implimentasi mereka selalu gagal.
sekarang apa aku nak buat?

06 September 2010
hari raya
tinggal 3 hari saja lagi sebelum umat islam negara ni menyambut aidilfitri. aku dah mula rasa kemeriahan raya tu. nak pula tahun ni beraya bersama orang baru, ahmad asyraf yang comel.
baju raya untuk dia dah siap pun. tak sabar nak tengok dia pakai saja.
mereka yang mendirikan rumahtangga memang mengharapkan sangat kehadiran anak masing-masing. selain anugerah, anak juga merupakan bukti kebesaran Yang Maha Mencipta bagi mereka yang berfikir panjang.
ada masanya aku melihat anak aku, terfikir juga tentang makhluk yang sanggup buang bayi sekecil ni yang tak tahu apa-apa. apa yang mereka fikir masa tu? mereka lebih pentingkan maruah daripada nyawa darah daging sendiri. siapa mereka untuk menafikan hak bayi yang dibuang tu untuk hidup? lebih baik jangan jadi manusia.
bila kita dah ada anak barulah kita dapat rasakan bagaimana mak bapak kita membela dan menjaga kita waktu kecil dulu.

al kisahnya
ada orang kata aku bawa kereta gila-gila. aku kata tak pun. dulu mungkin. tapi sekarang dah banyak berubah. aku sendiri rasa aku dah tak macam dulu. mungkin faktor usia kot. dulu aku berani buat aksi macam-macam yang sekarang ni memang aku tak berani buat lagi. salah satunya ambil selekoh pada tahap terakhir cengkaman tayar. aku ingat lagi cara-caranya. pedal minyak ditekan habis supaya kelajuan tak jatuh mendadak waktu ambil selekoh. kalau tekan brek, memang cari nahas kerana empat-emapt tayar pada masa tu sebenarnya dah tergelincir. cuma stereng saja yang mengawal kereta daripada berpusing dan terbabas. gila betul. kenapa aku buat macam tu?
mungkin ada yang kata aku melulu, tapi sebenarnya aku dah berkira-kira keadaan kereta, permukaan jalan dan tayar pada masa tu. faktor-faktor ni penting dalam menjadikan kereta stabil waktu melepasi selekoh pada kelajuan tinggi. pendek kata, kalau kita dapat rasakan kereta tu macam kaki dan tangan aku waktu berjalan, saat tu kita berada dalam kawalan sepenuhnya. bukan berani bodoh. aku takkan bawa macam orang gila bila sebelum menilai sesuatu. bahaya memang ada, tapi pada aku ni satu seni.
tapi tu semua dulu punya cerita. aku dah tinggalkan pemanduan sebegitu. kereta yang banyak berjasa selama ni pun dah lama aku tak bawa. malah aku takde rasa nak bawa pun. sedih juga. kereta tu banyak kenangan. zaman jatuh bangun aku, zaman gelap zaman cerah, susah senang semuanya dengan kereta tu. kereta tu seperti ada kelainan berbanding kereta-kereta lain yang sama jenis. nak kata pasal suspensi, aku pernah bawa waktu suspensi kereta tu berada pada tahap yang paling teruk. dengan tayar botak dah terkeluar dawai, berbenjol-benjol lagi.
lepas ada modal sikit, aku bina semula kereta tu. segala bush dan gasket ditukar. tak pernah aku bawa kereta dalam keadaan selesa seperti tu sebelum ni. tapi mungkin disebabkan aku dah banyak kali rasa dan belajar bawa kereta tu dalam keadaan serba kekurangan, mungkin dah menjadi satu kelebihan pula bila kereta tu ok sepenuhnya.
seingat aku, memang aku dah pernah kerah habis-habisan kemampuan kereta tu. dulu menjadi satu trend pada aku untuk spin tiap kali masuk gear dua. akhirnya setelah sekian lama, driveshaft pun mengalah.
tu je la kerosakan yang aku alami selepas aku bina semula kereta tu. setahun lebih aku ulang-alik kl setiap hari dengan kelajuan memang akan cecah antara 140-160km/h, enjin langsung tak menunjukkan tanda-tanda akan bermasalah. memang kereta tu tahan.
itu setahun, bukan sehari atau seminggu.
sekarang aku dah ada vr4. aku rasa tak perlu lagi untuk jadi seperti dulu. kereta 'underpower' seperti 4G15 (kod enjin saga aku dulu) memang memerlukan banyak teknik untuk berada di depan. nak tekan brek pun rasa sayang sebab susah nak laju semula. turbo tak macam tu. ledakan kuasa enjin dapat diperah dalam masa yang sangat singkat. bila-bila masa pun boleh. jadi tak perlu fikir panjang sangat. perasaan pun lain.
mungkin sekarang masih ada yang kata aku bawa laju-laju. suruh aku insaf dan macam-macam lagi. aku hargai nasihat tu semua, cuma aku bukan seperti dulu lagi. aku bawa laju pun ada masa-masanya dan semua tu selepas aku mempertimbangkan pelbagai aspek. orang mungkin akan kata, buatnya kalau tengah laju tu kereta tiba-tiba terpusing ke macam mana? kalau betul-betul tu terjadi, memang siapa pun takkan dapat elak.
aku pernah naik dengan seorang kawan, bawa kereta laju-laju juga. tapi kita boleh rasakan pemanduan laju yang relaks dan yang tergesa-gesa. kat situlah perbezaan antara pemandu yang cekap dan yang terburu-buru. mungkin kawan aku tu saja nak buat aku takut sebab dia selalu takut naik dengan aku walaupun aku tak berniat nak takutkan dia. apa pun, masing-masing ada caranya yang tersendiri.

05 September 2010
'call-man'
guru adalah golongan yang paling awal mendapat cuti raya, tempohnya 2 minggu. trafik di lebuhraya masih lagi belum sesak. mungkin ramai yang belum mula cuti. tapi yang pasti sehari dua sebelum raya pasti sesak teruk. kl mungkin kosong.
tempat akulah yang paling teruk sebab majoriti orang nak balik ke pantai timur akan menggunakan laluan gua musang. entahlah. setakat ni mood raya perlahan-lahan hadir. malam tadi hujan. biasalah, mesti ada kemalangan punya di hiway kl-karak.
bukanlah disebabkan hiway ni berpuaka ataupun berbadi, tapi pemandu sendiri yang tak mahir mengendalikan kenderaan mereka. mereka kurang beri perhatian dan tumpuan sewaktu memandu. berkhayal saja. memang itu saja pendapat aku. yang terlibat dalam kemalangan pun bukanlah mereka yang memandu seorang atau berdua, tapi berkeluarga. penuh satu kereta.
tapi ramai yang menganggap memandu laju adalah punca utama. aku rasa bukan. ia terdiri daripada pelbagai faktor manusia. bukan juga salah kenderaan. jarang sekali ada kemalangan yang disebabkan tayar tercabut atau brek tak berfungsi. apa yang kerap berlaku ialah kereta terbabas, menukar lorong tanpa melihat kereta lain di belakang dan brek mengejut tanpa memperdulikan kenderaan lain di belakang. ni faktor-faktor utama.
hiway kl-karak memang berliku. sangat bahaya terutama waktu hujan. jalannya bukan seperti jalan di hiway plus. kebanyakan selekoh di hiway ni, jalannya dah tak boleh nak berikan cengkaman lagi pada tayar. ni jelas boleh dilihat pada warna jalan yang dah berubah menjadi kelabu. ditambah pula dengan 'call-man' yang main taktik kotor dengan meletakkan minyak pada permukaan jalan di selekoh-selekoh tertentu supaya kereta senang terbabas.
waktu jalan basah, kita takkan dapat bezakan jalan tu berminyak atau tak. nampak sama saja. sekali minyak pelincir tumpah di permukaan jalan tu, berapa lama pula kesannya nak hilang? jawabnya memang jalan tu akan menjadi licin untuk tempoh yang lama bila hujan. walaupun bunga pada tayar banyak lagi, tapi tak guna juga. nak cengkam apa kalau tar dah licin?
'call-man' pula paling suka waktu hujan. mereka dah siap-siap tunggu di kawasan yang sering berlaku kemalangan. tiap kali berlaku kemalangan, bagi mereka itulah kemenangan. macam mana orang yang kerja macam ni hidupnya nak senang? sampai bila kalau senang pun? mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. dalam sesetengah keadaan, mereka memang diperlukan. tapi bila kecelakaan orang lain dijadikan kegembiraan bagi mereka, ini dah tak berapa nak betul.
waktu minum di genting sempah tadi, sekumpulan 'call-man' duduk di sebelah meja. lengkap dengan set walkie-talkie masing-masing, mereka bercerita tentang kemalangan yang berlaku malam tadi. yang penting, masyuk. kadang-kadang 'call-man' dari kl pun menyibuk juga nak jaga kawasan. tarik sampai ke kl, sedangkan banyak je bengkel lain yang terdekat.
apa pun, perhatian, tumpuan dan kemahiran adalah asas yang paling penting dalam pemanduan. tak guna bawa kereta perlahan-lahan macam kura-kura sambil menyangka diri sendiri sebagai pemandu yang selamat tapi lembab dalam membuat keputusan dan takde kemahiran memandu langsung. inilah jenis pemandu yang sering menjadi punca sesuatu kemalangan.

03 September 2010
ops tak guna
bermulanya hari ni maka sibuklah pihak pdrm dan jpj bersedia untuk menjalankan tugas masing-masing. aku tak pasti sama ada mereka ni membantu dalam melicinkan perjalanan pengguna ataupun sekadar duduk di tepi jalan sambil berbual kosong.
pengalaman aku memandu waktu tahun baru cina tahun ni sungguh meletihkan. sepanjang jalan dari tg malim sampai ke ipoh sesak teruk. kelajuan kenderaan sama macam pejalan kaki. apa yang pihak polis/jpj bantu dalam mengatasi kesesakan ni? mereka tolong tengok saja.
selain tu, mereka juga kelihatan lebih sibuk nak saman orang yang potong Q. macam mana orang tak potong Q sebab jem teruk sangat? pihak plus pun tak mampu nak buat apa-apa. slogan 'biar perlahan asal selamat' jugalah yang menjadi motto mereka semua.
pada aku bukan masalah laju atau perlahan lagi dah. siapa yang selesa memandu dalam keadaan macam ni? lebih baik buat kempen untuk mengatasi masalah kesesakan daripada kempen mencari salah pemandu. tapi siapalah aku untuk bagi pendapat. kadang-kadang, mereka yang berada 'di atas' sana patut join sama bersesak-sesak dengan pemandu lain supaya mereka rasa sendiri apa yang pemandu lain rasa.

01 September 2010
cuai
selepas melalui pemanduan berjam-jam ke pulau pinang ahad lalu, akhirnya aku telah membuat keputusan. aku bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa majoriti kemalangan jalanraya yang berlaku di Malaysia ni adalah kerana kecuaian pemandu.
cuai bukan bererti memandu laju atau gila-gila. cuai yang aku maksudkan lebih cenderung kepada pemandu yang berkhayal sewaktu memandu. pemandu macam ni selalu bawa kereta terhegeh-hegeh, membrek secara tiba-tiba untuk melihat kemalangan di jalan sebelah dan lembab dalam membuat sebarang keputusan (nak berhenti atau tidak). jika kereta dihadapan mereka membrek secara tiba-tiba untuk masuk simpang atau u-turn, mereka juga akan sama-sama menekan brek sedangkan pilihan lain seperti mengelak/memotong ada.
kesimpulannya dalam erti kata lain kecuaian pemandu adalah kebodohan pemandu tu sendiri. umpamanya memandu perlahan di lorong kanan, tak bagi signal waktu nak memotong, keluar parking tanpa lihat cermin pandang kebelakang, dan macam-macam lagilah seorang yang kurang cerdik akan lakukan. sebagai pemandu, sepatutnya seseorang perlu mempunyai kemanpuan/imaginasi untuk meramalkan pergerakan kereta di depan supaya dia dapat bersedia jika sesuatu perkara yang tak disangka-sangka terjadi. expect the unexpected memang penting.
apa yang aku dapat lihat sepanjang pemanduan jauh hari tu, ada pemandu yang berhenti ditepi jalan sambil menukar tayar tanpa meletakkan sebarang tanda kecemasan. dia seolah-olah percaya dengan yakin bahawa tiada orang akan langgar. ada juga yang secara tiba-tiba tukar lane kerana mungkin teragak-agak nak berhenti atau tak. yang nak memotong pun sama saja. terus keluar tanpa tengok kereta lain di belakang.
lain orang, lain cara pemanduannya. tapi berhati-hati amatlah penting. ramai yang tak mengendahkan aspek keselamatan sebegini. mereka lebih senang berfikir perlahan itu selamat tapi sebenarnya tak selalunya begitu. lihat saja kemalangan yang melibatkan 4-5 ahli keluarga dalam sebuah kereta. laju mana sangat kereta tu?
cuai dan lalai adalah perkara yang saling berkait rapat antara satu sama lain. soal bertimbang rasa sewaktu memandu bukanlah yang utama tapi tak dinafikan kepentingannya juga. kemahiran memandu juga penting, tapi bukanlah satu jaminan. kadang-kadang salah orang lain, orang lain pula yang jadi mangsa.
pemandu yang cuai juga adalah penyebab trafik menjadi sesak. kononnya mereka amat berhati-hati, sebab tu la memandu perlahan. ini semua golongan yang paling ramai keluar dalam berita kerana terlibat dalam kemalangan. percaya atau tidak, kajilah sendiri.

halal-haram
aku paling tak suka dapat emel-emel yang berkaitan dengan halal-haram sesuatu produk. contohnya macam emel kat bawah ni.
---------- Forwarded message ----------
From: adam millionaire
Halal Guide for muslim & muslimah in malaysia..... sesungguhnya mencari yang halal itu fardu for ummah
Untuk Renungan Bersama...
Assalamaualikum Tuan dan Puan Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama Babi Sudah Jelas Haramnya .....
Perhatian Kepada Semua Umat Islam Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia.
Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.
Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi:
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow
Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin 8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly
Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound
Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberutahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas
Terutama Pakaian Sembahyang. (SOLAT)
Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.
Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!
baguslah kalau betul. tapi kalau tak betul yang tukang hantar emel tu akan jadi tukang sebar fitnah. sedangkan JAKIM tak mengeluarkan apa-apa kenyataan, mereka pula mendakwa macam-macam. golongan yang suka sebarkan emel macam ni adalah golongan yang sama percaya dengan video malaikat turun ke atas ka'abah. pendek kata, golongan yang kurang ilmu.
KFC dan Mc D yang telah mendapat perakuan halal daripada JAKIM pun mereka kata tak halal. mereka secara tak langsung menyebarkan perasaan was-was ke atas umat Islam.
"Hai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa suatu berita perkhabaran, maka hendaklah kamu siasat kebenarannya.." al-hujurat
susah kalau ada golongan macam ni dalam masyarakat. mereka mendakwa ada kajian yang telah dijalankan namun kita sendiri pun tak pernah dengar. malah pihak yang didakwa menjalankan kajian pun tak berkata apa-apa sebaliknya tukang forward emel tu pula yang lebih-lebih. tak dapat nak dipastikan siapa disebalik semua ni. sama kesnya denga video malaikat turun di ka'abah tu. entah yahudi mana punya agenda, umat Islam dengan bodohnya terus sebarkan video tersebut.
kalau kita fikir sendiri pun dah boleh dapat jawapan. kenapa perlu sebar tanpa usul periksa?

beli-belah
aku memang tak suka bershoping. entah kenapa aku menyampah sangat nak pergi ke tempat-tempat membeli-belah ni. tapi ahad lepas aku ada di penang. sempat juga aku belikan baju raya untuk anak aku yang kecil tu. aku takde baju raya pun tak kisah. aku memang biasa macam tu.
baju melayu aku dulu bertahun aku pakai. belum rosak lagi. cuma saiz saja yang tak muat dah. aku kurang faham kenapa orang sanggup bersesak-sesak, menempuh jem yang teruk semata-mata nak beri duit kepada orang lain. memanglah puas hati kalau dapat barang dengan harga diskaun. biasanya peniaga akan naikkan harga barang sebelum beri diskaun. mereka mungkin memberi diskaun sehingga 70% namun hakikat sebenarnya mungkin sekitar 10-20% saja.
perkara ni bukanlah berlaku dalam sehari dua. mereka mempunyai strategi jualan mereka yang tersendiri. mana mungkin barang-barang baru (new arrival) dijual dengan begitu murah sekali.
mungkin sebab tu la aku sangat tak berminat untuk membeli-belah. kadang-kadang ambil masa sampai berjam-jam semata-mata nak pilih baju. buang masa. tapi tak boleh nak kata apa juga sebab sesetengah shopping complex memang akan mempamerkan barangan/produk terbaru mereka. takkanlah semua orang nak beli yang murah saja. ada juga yang sanggup bayar lebih semata-mara untuk mengikut peredaran fesyen semasa.

mercun
musim perayaan memang tak dapat dipisahkan dengan mercun. bagi sesetengah orang, bermain mercun dan bunga api lebih kepada untuk memeriahkan suasana. bagi sesetengah yang lain pula dikatakan membazir. terpulang pada tafsiran masing-masing. aku pun masa kecil dulu suka bermain mercun.
tapi cara permainan kanak-kanak zaman sekaran memang bahaya. kalau zaman aku dulu, mercun dicucuh menggunakan ubat nyamuk. kalau takut sangat, ikat pula ubat nyamuk tu pada ranting kayu yang panjang. ada masa yang lebih untuk lari lepas bakar sumbu tu.
kanak-kanak zaman sekarang bakar mercun pakai lighter saja. lepas tu pegang pula lama-lama nak tunjuk hebat. bila trekena jari, patutnya kita ucapkan saja padan muka. terkebil-kebil masuk berita ataupun suratkhabar sebab jari putus. masa main tak ingat. mak bapak pun tak peduli sangat. bila dah jadi macam ni barulah nak sedar.
ada orang kata setiap kali musim perayaan je mesti ada je budak melayu yang putus jari main mercun. takde pula budak cina ke, india ke.... jawapan aku senang je, melayu bodoh. tu pasal putus jari sana-sini. bodoh sebab nak tunjuk hebat.

Subscribe to:
Posts (Atom)