selepas melalui pemanduan berjam-jam ke pulau pinang ahad lalu, akhirnya aku telah membuat keputusan. aku bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa majoriti kemalangan jalanraya yang berlaku di Malaysia ni adalah kerana kecuaian pemandu.
cuai bukan bererti memandu laju atau gila-gila. cuai yang aku maksudkan lebih cenderung kepada pemandu yang berkhayal sewaktu memandu. pemandu macam ni selalu bawa kereta terhegeh-hegeh, membrek secara tiba-tiba untuk melihat kemalangan di jalan sebelah dan lembab dalam membuat sebarang keputusan (nak berhenti atau tidak). jika kereta dihadapan mereka membrek secara tiba-tiba untuk masuk simpang atau u-turn, mereka juga akan sama-sama menekan brek sedangkan pilihan lain seperti mengelak/memotong ada.
kesimpulannya dalam erti kata lain kecuaian pemandu adalah kebodohan pemandu tu sendiri. umpamanya memandu perlahan di lorong kanan, tak bagi signal waktu nak memotong, keluar parking tanpa lihat cermin pandang kebelakang, dan macam-macam lagilah seorang yang kurang cerdik akan lakukan. sebagai pemandu, sepatutnya seseorang perlu mempunyai kemanpuan/imaginasi untuk meramalkan pergerakan kereta di depan supaya dia dapat bersedia jika sesuatu perkara yang tak disangka-sangka terjadi. expect the unexpected memang penting.
apa yang aku dapat lihat sepanjang pemanduan jauh hari tu, ada pemandu yang berhenti ditepi jalan sambil menukar tayar tanpa meletakkan sebarang tanda kecemasan. dia seolah-olah percaya dengan yakin bahawa tiada orang akan langgar. ada juga yang secara tiba-tiba tukar lane kerana mungkin teragak-agak nak berhenti atau tak. yang nak memotong pun sama saja. terus keluar tanpa tengok kereta lain di belakang.
lain orang, lain cara pemanduannya. tapi berhati-hati amatlah penting. ramai yang tak mengendahkan aspek keselamatan sebegini. mereka lebih senang berfikir perlahan itu selamat tapi sebenarnya tak selalunya begitu. lihat saja kemalangan yang melibatkan 4-5 ahli keluarga dalam sebuah kereta. laju mana sangat kereta tu?
cuai dan lalai adalah perkara yang saling berkait rapat antara satu sama lain. soal bertimbang rasa sewaktu memandu bukanlah yang utama tapi tak dinafikan kepentingannya juga. kemahiran memandu juga penting, tapi bukanlah satu jaminan. kadang-kadang salah orang lain, orang lain pula yang jadi mangsa.
pemandu yang cuai juga adalah penyebab trafik menjadi sesak. kononnya mereka amat berhati-hati, sebab tu la memandu perlahan. ini semua golongan yang paling ramai keluar dalam berita kerana terlibat dalam kemalangan. percaya atau tidak, kajilah sendiri.
No comments:
Post a Comment