07 September 2010

servis

musim perayaan membuatkan bengkel-bengkel kereta tak menang tangan. termasuklah pusat-pusat servis. bagi mereka yang rajin servis kenderaan, apa yang diservisnya? pusat servis kenderaan ni sebenarnya macam pusat 'sembelih' pelanggan saja.

tukar minyak hitam sampai ratusan ringgit sedangkan kalau beli sendiri dan suruh pomen buat baru berapa puluh saja. mengapa? sebab mentaliti orang-orang yang malas nak ambil tahu pasal kereta ni percaya bulat-bulat pada pusat servis. barang-barang di pusat servis dibekalkan oleh pembekal yang sama juga dengan kedai-kedai alat ganti yang lain.

contohnya kalau air filter wira di pusat servis proton mungkin mencecah rm25-40, tapi di kedai-kedai alat ganti hanya sekitar rm15-20 saja. itu baru air filter. bagi mereka yang senang terpengaruh pula, pusat servis akan menawarkan khidmat full servis (full sembelih). ini meliputi minyak enjin, air & oil filter, brek (pads & oil), clutch, timing belt dan pelbagai lagi.

brek pad hadapan waja ( 1 set) yang baik berharga sekitar rm50-58 di kedai alat ganti. harga yang lebih kurang juga untuk pad brek belakang. biasanya pomen akan ambil upah sekitar rm20-30 saja untuk tukar kesemua pad brek tu. jadi harga keseluruhan hampir rm150 di bengkel biasa. bayangkan kalau pergi ke pusat servis, paling kurang kena rm250. katanya barang 'ori'.

sebenarnya sama saja. jika kita pergi ke kedai alat ganti, kita minta sajalah alat ganti tulen. tak percaya, pergilah cuba. hantar servis pun kereta nasional, bukannya mercedes atau bmw yang perlukan mekanik khas untuk menala kenderaan.

bandingkan budak (mekanik) yang kerja di pusat servis proton/perodua dengan mekanik bengkel, siapa yang lebih hebat membaiki enjin? budak pusat servis hanya belajar basic, pengalaman dah tentu kurang.

lagipun, pusat servis bukanlah cawangan pembuat kereta tu sendiri. contohnya, pusat servis proton bukanlah ditubuhkan oleh pihak proton. sesiapa saja boleh buka pusat servis macam ni. mereka hanya menggunakan nama 'pusat servis proton' saja. takde apa-apa yang istimewa pun.

untuk apa buang duit di pusat-pusat servis jika kita boleh dapat khidmat yang lebih murah dan baik di tempat lain? kalau dalam business, itulah kuasa jenama (brand power). orang akan pergi sebab pusat servis tu membawa reputasi jenama pengeluar kenderaan tu sendiri. cuba letak pusat servis malek ke, siapa yang nak pergi? kawan-kawan malek sajalah.

tak rugipun kalau ambil tahu pasal enjin dan kereta. benda-benda ni akan menolong kita supaya tak mudah ditipu. takde la tiap kali tiba musim perayaan, ramai yang mengeluh kos servis kenderaan tinggi.

aku tukar minyak hitam pun bagi upah rm5 je. oil filter rm8 (kalau kat proton rm18), minyak hitam beli sendiri. pilihlah jenama apa yang kita rasa sesuai, jangan asyik pakai minyak mahal je tapi tak tau langsung faedahnya. bukanya semua yang mahal tu sesuai dan bagus.

minyak hitam/enjin perlu sesuai dengan kegunaan harian kereta kita. kalau pakai proton saga BLM 1.3, guna pula minyak sintetik yang harganya dekat rm200 apa faedahnya? bukannya nak pergi berlumba pun. pakai minyak biasa sudah. beza minyak biasa (organik) dan sintetik ni banyak. minyak hitam biasa/organik adalah 100% minyak yang disedut dari dalam tanah melalui beberapa proses penyulingan tertentu. minyak hitam sistetik pula adalah minyak hitam tiruan yang mempunyai campuran kimia daripada pelbagai bahan dan dibuat supaya dapat menyaingi minyak hitam organik. sebab tu la mahal. lagipun, minyak sistetik ni nipis, kalau nak main lumba kereta sesuai sangatlah.

jangan ingat kalau saga blm tu pakai minyak hitam sistetik lagi laju daripada pakai minyak hitam biasa. budak-budak kereta baru nak naik je fikir macam tu. beza utama kedua-dua minyak ni ialah berapa lama tahan sebelum tukar baru. minyak hitam organik biasanya kena tukar selepas 3,000-5,000km perjalanan, manakala minyak hitam sintetik boleh bertahan sehingga 10,000-15,000km. ada yang sampai 20,000km juga. lagi tinggi lagi la mahal.

pakailah minyak apa pun asalkan jangan terpakai minyak recycle sudah la. mau jahanam enjin. biasanya minyak recycle ni dijual terlalu murah, antara rm18-25 je untuk botol 4 liter. jenama pun ntah apa-apa. tapi ada juga yang pakai jenama ternama. apa boleh buat, kalau dah nak kena tipu. tapi bagi yang pandai, warna dan bau minyak tu boleh membezakan minyak baru atau recycle.

No comments:

Post a Comment