01 September 2010

beli-belah

aku memang tak suka bershoping. entah kenapa aku menyampah sangat nak pergi ke tempat-tempat membeli-belah ni. tapi ahad lepas aku ada di penang. sempat juga aku belikan baju raya untuk anak aku yang kecil tu. aku takde baju raya pun tak kisah. aku memang biasa macam tu.

baju melayu aku dulu bertahun aku pakai. belum rosak lagi. cuma saiz saja yang tak muat dah. aku kurang faham kenapa orang sanggup bersesak-sesak, menempuh jem yang teruk semata-mata nak beri duit kepada orang lain. memanglah puas hati kalau dapat barang dengan harga diskaun. biasanya peniaga akan naikkan harga barang sebelum beri diskaun. mereka mungkin memberi diskaun sehingga 70% namun hakikat sebenarnya mungkin sekitar 10-20% saja.

perkara ni bukanlah berlaku dalam sehari dua. mereka mempunyai strategi jualan mereka yang tersendiri. mana mungkin barang-barang baru (new arrival) dijual dengan begitu murah sekali.

mungkin sebab tu la aku sangat tak berminat untuk membeli-belah. kadang-kadang ambil masa sampai berjam-jam semata-mata nak pilih baju. buang masa. tapi tak boleh nak kata apa juga sebab sesetengah shopping complex memang akan mempamerkan barangan/produk terbaru mereka. takkanlah semua orang nak beli yang murah saja. ada juga yang sanggup bayar lebih semata-mara untuk mengikut peredaran fesyen semasa.

No comments:

Post a Comment