06 September 2010

al kisahnya

ada orang kata aku bawa kereta gila-gila. aku kata tak pun. dulu mungkin. tapi sekarang dah banyak berubah. aku sendiri rasa aku dah tak macam dulu. mungkin faktor usia kot. dulu aku berani buat aksi macam-macam yang sekarang ni memang aku tak berani buat lagi. salah satunya ambil selekoh pada tahap terakhir cengkaman tayar. aku ingat lagi cara-caranya. pedal minyak ditekan habis supaya kelajuan tak jatuh mendadak waktu ambil selekoh. kalau tekan brek, memang cari nahas kerana empat-emapt tayar pada masa tu sebenarnya dah tergelincir. cuma stereng saja yang mengawal kereta daripada berpusing dan terbabas. gila betul. kenapa aku buat macam tu?

mungkin ada yang kata aku melulu, tapi sebenarnya aku dah berkira-kira keadaan kereta, permukaan jalan dan tayar pada masa tu. faktor-faktor ni penting dalam menjadikan kereta stabil waktu melepasi selekoh pada kelajuan tinggi. pendek kata, kalau kita dapat rasakan kereta tu macam kaki dan tangan aku waktu berjalan, saat tu kita berada dalam kawalan sepenuhnya. bukan berani bodoh. aku takkan bawa macam orang gila bila sebelum menilai sesuatu. bahaya memang ada, tapi pada aku ni satu seni.

tapi tu semua dulu punya cerita. aku dah tinggalkan pemanduan sebegitu. kereta yang banyak berjasa selama ni pun dah lama aku tak bawa. malah aku takde rasa nak bawa pun. sedih juga. kereta tu banyak kenangan. zaman jatuh bangun aku, zaman gelap zaman cerah, susah senang semuanya dengan kereta tu. kereta tu seperti ada kelainan berbanding kereta-kereta lain yang sama jenis. nak kata pasal suspensi, aku pernah bawa waktu suspensi kereta tu berada pada tahap yang paling teruk. dengan tayar botak dah terkeluar dawai, berbenjol-benjol lagi.

lepas ada modal sikit, aku bina semula kereta tu. segala bush dan gasket ditukar. tak pernah aku bawa kereta dalam keadaan selesa seperti tu sebelum ni. tapi mungkin disebabkan aku dah banyak kali rasa dan belajar bawa kereta tu dalam keadaan serba kekurangan, mungkin dah menjadi satu kelebihan pula bila kereta tu ok sepenuhnya.

seingat aku, memang aku dah pernah kerah habis-habisan kemampuan kereta tu. dulu menjadi satu trend pada aku untuk spin tiap kali masuk gear dua. akhirnya setelah sekian lama, driveshaft pun mengalah.



tu je la kerosakan yang aku alami selepas aku bina semula kereta tu. setahun lebih aku ulang-alik kl setiap hari dengan kelajuan memang akan cecah antara 140-160km/h, enjin langsung tak menunjukkan tanda-tanda akan bermasalah. memang kereta tu tahan.
itu setahun, bukan sehari atau seminggu.

sekarang aku dah ada vr4. aku rasa tak perlu lagi untuk jadi seperti dulu. kereta 'underpower' seperti 4G15 (kod enjin saga aku dulu) memang memerlukan banyak teknik untuk berada di depan. nak tekan brek pun rasa sayang sebab susah nak laju semula. turbo tak macam tu. ledakan kuasa enjin dapat diperah dalam masa yang sangat singkat. bila-bila masa pun boleh. jadi tak perlu fikir panjang sangat. perasaan pun lain.

mungkin sekarang masih ada yang kata aku bawa laju-laju. suruh aku insaf dan macam-macam lagi. aku hargai nasihat tu semua, cuma aku bukan seperti dulu lagi. aku bawa laju pun ada masa-masanya dan semua tu selepas aku mempertimbangkan pelbagai aspek. orang mungkin akan kata, buatnya kalau tengah laju tu kereta tiba-tiba terpusing ke macam mana? kalau betul-betul tu terjadi, memang siapa pun takkan dapat elak.

aku pernah naik dengan seorang kawan, bawa kereta laju-laju juga. tapi kita boleh rasakan pemanduan laju yang relaks dan yang tergesa-gesa. kat situlah perbezaan antara pemandu yang cekap dan yang terburu-buru. mungkin kawan aku tu saja nak buat aku takut sebab dia selalu takut naik dengan aku walaupun aku tak berniat nak takutkan dia. apa pun, masing-masing ada caranya yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment