26 September 2010

doa

sesetengah orang menganggap syaitan tu sejenis makhluk yang berwajah hodoh, bertanduk, busuk dan menakutkan. syaitan tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi boleh dirasa dengan deria ke-enam.

masing-masing mempunyai kepercayaan yang tersendiri tentang syaitan. tapi pernahkah kita terfikir kuman/bakteria penyakit juga adalah sejenis syaitan. mungkin ramai yang ketawa. tapi hakikatnya kuman/bakteria tak boleh dilihat dengan mata kasar, bergerak bebas dalam saluran darah manusia dan yang paling penting fungsi kuman/bakteria adalah untuk merosakkan manusia.

aku setuju dengan pendapat ni. sebab tu doa masuk ke tandas ada menyebut tentang syaitan jantan dan syaitan betina. segala makhluk di muka bumi ni berkembang biak kerana ada jantan dan betinanya. begitu juga dengan kuman dan bakteria.

persepsi masyarakat kita selama ni terlalu sempit. bilangan syaitan dijadikan lebih banyak daripada manusia. begitu juga kuman dan bakteria. semuanya memenuhi syarat untuk bergelar syaitan.

sedang melayari facebook, aku terbaca 'wall' seorang member tentang anak kecilnya yang menangis tanpa henti-henti dan dia merasakan mungkin terdapat gangguan makhluk halus. kemudian ada rakan mencadangkan supaya dibaca ayat qursi sebanyak 88 kali. katanya menurut dato ismail kamus, bila dibaca 88 kali gerenti hantu syaitan lari dan anaknya akan pulih seperti sediakala.

sebenarnya jika kita faham betul-betul, bukanlah ayat qursi atau sesuatu bacaan tu yang menyebabkan seseorang pulih dari gangguang makhluk halus ni. semuanya terjadi dengan izin Allah juga. mungkin kita pernah mendengar kisah seorang hamba yang berjalan di atas air hanya dengan membaca bismillah sahaja. tak ada pula ayat-ayat panjang yang lain.

mana-mana ayat quran yang dibaca adalah doa kepada Allah semata-mata. dalam berdoa, pengharapan, kerendahan diri dan penyerahan diri secara total kepada Allah amatlah penting.

membaca ayat al quran tanpa memahami, menyelami dan menyerah diri secara bulat-bulat kepada yang Maha Pencipta tak mamberi kesan apa-apa pun. lebih afdal sekiranya kita tahu dan faham makna ayat yang dibaca. ini penting untuk mendatangkan khusyuk dan penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah hanya akan hadir sekiranya seorang benar-benar khusyuk.

doa adalah senjata paling ampuh umat islam namun tak ramai yang tahu cara dan adab yang tersirat dalam berdoa. sebab tu orang yang beriman sangat mudah mengalirkan air mata apabila terdengar dan membaca ayat-ayat al quran. mereka berasa takut dengan azab Allah dan membenarkan segala apa yang dinyatakan dalam al quran. mereka juga tahu dan faham tentang maksud disebalik ayat-ayat al quran tu.

adalah penting untuk seseorang faham bahawa tiada kuasa pada dirinya untuk mengubah sesuatu melainkan dengan kekuasaan dan kebesaran Allah juga. walaupun dirinya melihat, dia hanya melihat dengan izin Allah. di sinilah penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya tentang sifat 20 (sifat-sifat wajib Allah). semuanya tak semudah yang aku katakan. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu dan diajarkan kepada aku. aku bukanlah seorang yang hebat pun.

orang yang bertanggungjawab mengajar aku tentang sifat 20 adalah ayah aku. masa tu aku sekolah darjah 1. manalah aku nak faham semua ni pada masa tu. masuk darjah 2, sifat 20 tu aku hafal sepenuhnya. itupun sebab dilagukan, kalau tak memang aku takkan hafal. kalau tak disuruh mengaji di surau depan rumah, memang aku tak kenal dan tahu semua ni.

berbalik kepada doa tadi, dalam menghadapi gangguan makhluk halus amatlah penting untuk seseorang sedar dan tahu apa yang dibaca. ilmu Allah amatlah luas dan jangan sesekali kita berputus asa daripada pertolonganNya. itu apa yang pernah diberitahu pada aku dan aku beritahu semula.

memang benar setiap huruf dalam al quran tu ada penjaga/khadamnya. tapi janganlah kita merasa besar diri kononnya dapat mengarahkan khadam-khadam tu untuk menolong kita. kita kena sedar dan faham hanya Allahlah tempat kita berserah dan kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan. nabi muhammad sendiri pernah disihir dan sihir tu menjadi ke atas diri baginda. bagaimana pula kita manusia biasa ni yang kononnya dengan membaca ayat-ayat tertentu takkan terkena gangguan sihir?

di sinilah kesilapan seseorang dalam meletakkan harapan. dia berharap pada ayat bukan pada Allah. bayangkan nabi muhammad yang tentu saja di dalam penjagaan malaikat 24jam, 7 hari seminggu pun boleh disihir. kenapa perkara macam ni boleh berlaku? itulah yang dikatakan kekuasaan dan kebesaran Allah. sekiranya Dia mengizinkan, perkara yang buruk seperti sihir pun menjadi. tanpa izin daripadaNya, udara pun takkan bergerak, bumi pun takkan berputar dan matahari pun takkan memancar.

meletakkan harapan pada ayat-ayat tertentu samalah dengan meletakkan harapan pada makhluk. sekiranya Allah izinkan, maka mujarablah ayat yang dibaca. tapi jika tak, siapa lagi yang boleh ubah?

sihir yang dikenakan kepada nabi muhammad berlaku pun dengan izin Allah. bukannya bermaksud sihir tu terlalu kuat hinggakan seorang nabi, kekasih Allah pun boleh ditimpa mudarat. yang memberi mudarat tu tetaplah Allah, sihir tu hanya penyebab saja.

cuba kita perhatikan orang kafir juga berdoa dan kita dapat lihat kadang-kala apa yang mereka hajatkan tu tercapai juga. contohnya mereka memuja kubur-kubur lama yang dianggap keramat untuk mendapatkan nombor ekor. bila tikam, nombor mengena pula. sebenarnya jika Allah nak menyesatkan seseorang, takde siapa pun yang boleh berikan petunjuk. sama juga dengan jika Allah hendak memberikan petunjuk kepada seseorang, takde siapa pun yang boleh menyesatkkannya.

No comments:

Post a Comment