29 June 2011

Turbo & N/A

Dah lama aku tak bawa VR4 jalan-jalan. Risau jugak pasal tiba-tiba lampu indicator minyak hitam menyala. Padahal minyak hitam ada lagi. Waktu tengah pusing-pusing ada sebuah BMW enjin turbo (mungkin nissan/toyota tak pasti-BMW model 3 series mana ada keluar turbo) baik punya bersin.

Aku cuba bertenang tapi tak berjaya. Kaki rasa nak tekan je. Apa lagi, 240 kuda-kuda ghaib dikerah untuk bergerak pantas. Ah, lama tak rasa pickup yang sebegini kuat. Gear 1 tak diperlukan waktu-waktu begini kerana wheelspin terlalu kuat. Selagi pedal minyak tak diangkat dalam gear 2, selagi itulah tayar tak berhenti berdecit.

Waktu menghampiri BMW tu aku nampak dia macam teragak-agak nak memotong kereta kat depan. Mungkin disebabkan bunyi downpipe VR4 yang memekak membuatkan mata dia melekat kat cermin pandang belakang je. Tanpa membuang masa, aku terus potong.

Tapi jalan dalam bandar Bentong ni, mana la nak lengang. Dia mencucuk lagi waktu kereta di depan aku slow. Sampai la ke lampu isyarat. Hehe, lauk la BMW ni bisik hati aku. Saja aku tengok dulu dia nak cucuk lagi ke tak sebelum 'tarik'. Rupa-rupanya masih tak nak mengalah. Di situ jugak aku 'tarik' kaw-kaw... terasa kereta melayang-layang tapi masih dalam kawalan. Jalan lurus beb, 'tarik' je la.... sampai hilang sinar lampu dia daripada cermin pandang belakang aku.

Aku membuat kesimpulan bahawa, inilah fungsi kereta turbo. Sekadar untuk mendapatkan kepuasan. Bukan untuk dibawa setiap hari macam kereta biasa. Kepuasan yang takkan dicapai bila menggunakan enjin aspirasi biasa (normal aspirated - N/A).

Dulu, aku sangat meminati VR4. Namanya saja cukup membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Waktu belajar dulu, aku selalu berangan nak kereta yang power. Waktu di UiTM pun sama. Hanya mampu melihat mereka bermain drag di kolam air panas tiap-tiap malam minggu. Merasalah juga bawa kereta kancil turbo member. Itulah pertama kali aku merasa penangan turbo. Enjin 660cc yang berkuasa 64hp mampu membuat adrenalin bergerak laju dalam saluran darah.

Itu hanyalah sebuah enjin kancil yang mempunyai 3 silinder. Bayangkan apa yang mampu dihasilkan oleh sebuah enjin 2000cc dengan 'codename' 4G63T aka VR4? Ia adalah sebuah lagenda. Ia adalah permulaan Mitsubishi dalam sukan rally dan terus melonjakkan jenama ni sehingga dunia mengenalinya.

Dan kini aku puas... kerana aku telah memiliki lagenda ni. Satu benda yang sangat lama aku idamkan. Walaupun ia terpendam dalam cesis sebuah 'proton saga', lagenda tetaplah lagenda....



Hebat

Mereka adalah orang-orang yang hebat.






Mengapa? Lihat saja ujian yang menimpa mereka. Berapa ramai orang di negara ni yang sanggup menerima ujian seperti mereka?

TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) juga seorang yang hebat. Hebat akhlaknya, hebat budi pekertinya, hebat rendah dirinya....dan banyak lagi. Tak penting lagi siapa mereka dahulu. Yang penting apa yang mereka perjuangkan

Insya'Allah, walau beribu fitnah yang datang, beribu orang yang menentang dan pelbagai makhluk yang datang menghasut, keyakinan aku sedikitpun takkan runtuh ke atas manusia-manusia di atas ni selagi mana mereka berada dilandasan yang benar. Semoga Allah merahmati kalian, keluarga & perjuangan yang kalian bawa. Sekarang kamu dah tahu di mana pendirian aku?

25 June 2011

BERSIH

Topik paling hangat ialah perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti. Ramai yang akan jayakan perhimpunan ni dan polis pun akan cuba gagalkan mereka. Macam biasa, beberapa siri tangkapan telah dibuat dan akan terus dibuat. Kita tak perlu risau kerana taktik sebegini telah biasa digunakan oleh beberapa negara di dunia ini untuk mengekalkan pemerintah mereka. Terpulang, aku tak kata aku sokong dan aku juga tak bantah. Mungkin kamu fikir aku dok tengah. Mungkin kamu menghukum aku tiada pendirian. Mungkin kamu betul, mungkin kamu salah. Kamu menghukum aku, kamu Tuhankah?


Dalam pada mengaturkan perhimpunan ni terdapat juga rakan-rakan dan mereka yang beria-ria akan turun mengajak rakan seperjuangan yang lain. Yang mana tak pergi, seperti biasa akan dibahasakan dengan kata-kata sinis. Ingat, negara belum lagi bertukar pemerintah. Kamu jangan cuba nak jadi mahaFIRAUN nak paksa orang pergi kalau mereka tak nak atau tak boleh pergi! Jangan jadi bangsat! Kamu nak berjuang dengan cara kamu, silakan. Mereka ada cara mereka sendiri untuk berjuang.

Bukan semua boleh turun. Bagi mereka yang kakitangan kerajaan, berkeluarga, ataupun pelajar, keutamaan perlu ditentukan. Turun berhimpun atau berhadapan dengan tindakan di pejabat atau institusi pengajian? Bukan soal takut tapi lebih kepada masa depan. Betul, pergi berdemo juga melibatkan soal masa depan. Tapi kita bukan pergi berperang nak lawan Yahudi, mangkuk! Kita bukan menentang orang yang nak tembak kita waktu sedang bersolat di masjid. Kita nak menyatakan pandangan dan hak kita saja. Ada sesetengah orang tak sanggup mengambil risiko dan memilih untuk tidak pergi berhimpun. Jadi jangan kamu hina mereka. Bukan kamu yang beri makan kepada mereka. Ingat! Belum apa-apa kamu dah sombong. Adakah kamu tahu hati hati mereka? Adakah kamu tahu sokongan mereka kepada apa yang kamu perjuangkan? Adakah kamu tahu dan sedar bahawa doa mereka bersama kamu?

Kamu berjuang, mereka juga berjuang. Mereka juga menyokong kamu tapi kamu? Jangan meremehkan bagaimana caranya mereka berjuang. Mereka dan kamu tentu saja tak sama. Mengapa tak mengambil jalan tengah? Mengapa perlu mencari sebab untuk memulakan api perbalahan sesama sendiri. Sebab tu aku kata, kamu jangan jadi bodoh. Kamu mahu turun, silakan. Bukan semua orang berani dan hero seperti kamu.


Ingat, perjuangan kita mungkin sama tapi cara kita belum tentu sama. Jangan meremehkan orang lain yang satu perjuangan dengan kamu kerana ia hanya akan menyalakan api persengketaan sesama sendiri. Berfikir ikut akal, bukan hati, perasaan dan kepala lutut!

24 June 2011

Palestin

Diwaktu malam yang sunyi, dalam bilik aku ni, pasti ada satu sudut dunia sedang bergolak, berkecamuk dan huru-hara. Disebalik ketenteraman yang aku sedang nikmati sekarang, ada satu sudut dunia sedang kacau-bilau, berperang dan berbunuhan. Ada yang bertanya di manakah Tuhan waktu semua ni berlaku? Kenapa Dia biarkan kekejaman ni terus berlaku?


Disebalik semua nikmat yang sedang aku rasai sekarang, ada insan yang sedang ketakutan, kegelisahan dan kesusahan.

Rakyat Palestin harus dipuji. Walaupun dibunuh saban hari oleh Yahudi, mereka tetap silih berganti. Perjuangan tak pernah berhenti. Melawan peluru hidup dan kereta kebal dengan batu dan lastik. Berperisaikan isi dan kulit, mereka tak pernah berhenti berjuang. Nampak sia-sia, nampak seperti mereka kalah. Tapi jiwa mereka masing-masing adalah juara.

Kekejaman bangsa Yahudi ni tak mengira batas umur dan jantina. Sama ada kanak-kanak, perempuan atau pun orang tua, mereka sapu bersih. Ini menunjukkan sifat binatang yang ada dalam diri manusia melebihi mana-mana makhluk yang kita panggil binatang. Tiada belas kasihan langsung.

Jangan sekali-kali kita menganggap Allah tu tak adil kerana kalau ya, bermaksud kita masih lagi belum mengenal siapa yang menyembah dan siapa yang disembah.

Pemuda-pemuda Palestin akan tetap terus ditembak kerana mempertahankan diri, agama dan negara mereka. Kehilangan mereka pasti berganti. Walaupun mereka kalah dalam pertempuran, mereka sebenarnya menang dalam peperangan.....

15 June 2011

Perjuangan (sambungan)

Aku mula mengkaji cerita-cerita sejarah negara ni. Semua pejuang tanahair yang benar-benar berjuang mengangkat senjata menentang penjajah digelar pengganas, pemberontak atau penderhaka. Semua! Dan aku kaitkan dengan keadaan zaman ni. Ia masih sama. Bila ada seseorang daripada kalangan kita yang ingin mengusulkan sesuatu yang baik, dia akan ditentang, dilawan, dimalukan dan dijatuhkan dengan apa cara sekalipun. Hanya mereka yang buta hati saja yang tak nampak. Perkara ini sudah menjadi ikutan sejak zaman British lagi.

Kita lihat negara lain berperang. Dibom dan dizalimi. Negara kita pun tak kurang hebatnya satu masa dulu. Bangsa kita pun pernah ditindas oleh Inggeris yang kita agungkan sangat. Punca utama perjuangan menentang penjajah menjadi susah ialah kerana terdapat tali barut dalam masyarakat. Dan tali barut ni selalunya Melayu yang berfikiran singkat. Nak cari jalan mudah dengan merosakkan bangsa sendiri. Sampai sekarang bangsa kita masih mempunyai sikap sebegini.

Lihat perjuangan pengganas bernama Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain. Mereka berjuang dengan nyawa mereka sendiri demi menghalau penjajah. Tapi ada pula segolongan bangsa Melayu yang beranggapan bangsa kita takkan maju kalau tak diperintah oleh Inggeris. Ini Melayu bangsat namanya.

Ramai pejuang kemerdekaan lain yang dilabel sebagai pengganas. Malah ada di antara mereka langsung tak dibenarkan kembali ke negara ini. Hak mereka sebagai warganegara juga tak diperdulikan. Label zaman penjajah terus melekat sampai sekarang. Hanya beberapa golongan saja yang tahu kisah disebalik kemerdekaan yang kita kecapi.

Kalau semua Melayu bersatu, tak termampu dek Inggeris menjajah negara ni. Tapi apa nak dikata lagi, dah ditakdirkan macam tu. Aku bukan nak tegakkan apa-apa fahaman. Sebab yang terbaik adalah apa yang diajarkan melalui Al-Quran dan Sunnah. Cuma aku melihat betapa ramai pejuang kemerdekaan (sejak mula-mula Inggeris masuk ke Tanah Melayu lagi) tak dihargai dan perjuangan mereka telah disalahertikan.

Dan yang menariknya, pada pendapat aku la, kita masih lagi boleh melihat pejuang seperti ni pada hari ni. Walaupun Inggeris dah takde, negara dah merdeka tapi perjuangan menuntut keadilan masih berlaku seperti mana zaman dulu juga. Perang kali ni tak menggunakan senjata tapi seluruh media cetak, elektronik dan internet. Orang yang memperjuangkan hak diri dan bangsanya akan terus dianggap sebagai pengkhianat, pengacau, penderhaka dan sebagainya. Tapi sungguhpun macam tu, mereka terus berjuang walaupun jauh disudut hati mereka juga tahu kemenangan sangat susah untuk dicapai.

Merekalah yang layak digelarkan pejuang bangsa. Mereka telah mempertaruhkan seluruh hidup mereka untuk menegakkan keadilan, memperjuangkan hak mereka dan orang lain tanpa memperdulikan risiko kehilangan apa yang mereka ada.


12 June 2011

Perjuangan

Pengorbanan kau
Bukan nak buat mencari megah nama
Hanya kau dambakan kesungguhanmu
Membela nasibnya wajah tak berdaya

Perjuangan
Mula dari jiwa biar terancam nyawa
Dipedang yang berkelip sekalipun
Sekelumit gentar takkan kau rasakan
Tak kau rasakan

Makin hebat, makinlah terpanggil
Makinlah membara sampai telinga
Makin rumit makinlah teransang
Makinlah geliat sampai ke tulang putihmu, sulbimu, hayatmu, kudratmu

Perjuangan
Mestinya jangan dipandang sia-sia
Biar diri siapakah engkau
Jadi teka-teki tak memberi erti
Kesal secebis


Ini perjalanan aku buat sementara
Mengejar mimpi....



Kau...

Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah dalam sekelip mata

Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri?

Kau pelangi mengiringi gerimisku

Kau
Kau di dalam hatiku
Kekal dalam ingatan
Kau sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira Kau dan aku
Satu hari nanti akan bersatu

Biar terbakar
Jiwa diperjalanan
Aku bersumpah pulang ke pangkuan

Kau cahaya menyinari duniaku

Komunis

Aku sentiasa memikirkan komunis itu jahat waktu bersekolah hinggalah dewasa ini. Dari mana aku tau? Dari subjek sejarah yang diajar di sekolah dan buku-buku sejarah lain. Ketuanya ialah Chin Peng, seorang Cina. Mereka kata komunis tak percaya tuhan.

Dalam masa yang sama, aku belajar sejarah (tak ingat tingkatan berapa punya buku), komunis adalah satu fahaman yang menyamaratakan hak-hak rakyatnya. Ah, pening la aku. Mana satu betul, mana satu salah. Tak lama lepas tamat sekolah aku berjumpa dengan seorang hamba Allah pula dan bercakap-cakap tentang hal ini. Waktu tu katanya siapa yang menentang Inggeris atau askar mereka digelar komunis. Betul juga sebab waktu tu semua gerakan yang menuntut kemerdekaan diharamkan dan pengikutnya ditangkap. Mereka ni digelar komunis. Yang terlepas tinggal dalam hutan dan bergerak secara gerila. Tapi mereka ramai juga yang Melayu. Jadi, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain komunislah? Hah, bercanggah dah kat situ.


Dari mana mereka dapat senjata, bom, dan segala kemudahan perhubungan? Siapa yang sedekah? Tak mungkin mereka berjaya tanpa bantuan dan sokongan orang awam pada waktu tu. Maknanya perjuangan mereka mendapat sambutan. Kalau mereka tak percaya tuhan, takkan orang Melayu pun sokong mereka pada waktu tu?

Ini semua gimik & penipuan saja daripada pihak penjajah. Akhirnya mereka berjaya membuat bangsa kita memandang serong perjuangan orang-orang seperti Shamsiah Fakeh dan rakan-rakan. Entahlah, tapi datuk dan nenek aku pernah kata komunis jahat. Tapi mereka tak pernah pun kena kacau dengan komunis. Cuma kawan datuk aku pernah kena tembak dengan komunis waktu naik basikal. Tembak curi.

*Datuk aku dulu special constable.

11 June 2011

Cuti hujung minggu

Hari ni tiba-tiba jadi rajin sikit. Check Waja, ada terperasan air radiator leaking. Check pulak kat reservation tank. Memang hampir kering. Nasib baik check, kalau tak letih la nanti nak kena tukar itu ini.

Waktu tukar enjin hari tu aku guna coolant biasa yang warna hijau tu. Cuba teka apa jadi? Tangki radiator ada karat sikit. Air hijau ternyata tak berguna langsung. Tipu. Claim antikarat, entah-entah pewarna minuman jek. Apa lagi, terus pergi HinTac beli coolant Toyota 2 botol. Silikon untuk lekatkan gasket aku dah ada, jadi aku terus gunakan pada host yang ada leaking tu. Harap-harap bertahanlah sebab VR$ aku pakai pun takde masalah. Kereta tu stok lenjan kaw-kaw punya.

Waktu rev tadi ada sikit asap putih. Bila dah lama, takde. Lega, kalau tak confirm piston ring out ataupun valve seal bocor. Isnin ni cadangnya nak hantar kereta pergi Puspakom untuk tukar nombor enjin. Semoga menjadi sebab sebelum ni dah berapa kali tangguh.

Sementara tu VR4 dan 4G15 perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Incase kalau apa-apa senang. Terus bawak saja. Tak payah nak check itu ini. Terus-terang aku katakan, enjin 4G15 tu memang takde masalah langsung. Lama dah aku tak buat major repair. Pandu pun terasa sedap lagi. Cuma, pickup kurang. Gear 5 pulak ada hal sikit. Mungkin lepas tukar minyak gear ok la kot.

VR4 pulak baru lepas diwelding paip ekzos yang bocor. Terkejut jugak aku tengok saiz paip yang besar tu. Rasa-rasa ada dalam 3 inci. Boleh tahan.



10 June 2011

Drama

Sorry aku tak minat drama Melayu. Tak kiralah slot Akasia ke ape ke.


Lebih baik aku layan cerita bollywood. Lebih banyak pelajaran yang boleh aku dapat daripada mana-mana drama Melayu sekali pun.

Adakah aku merendah-rendahkan martabat drama Melayu? Aku atau orang yang bikin drama tu? Apa pun produser tentu akan menitikberatkan keuntungan. Jadi jangan salahkan mereka sekiranya drama-drama berkualiti rendah dihasilkan. Ini kerana ia bersesuaian dengan mentaliti penonton yang menontonnya.


09 June 2011

Melayu bertuah

Mengapa Malaysia? Waktu aku sekolah menengah dulu aku tak pernah ambil kisah pun tentang sejarah. Negara kita pernah digelar Semenanjung Emas. Kenapa? Kenapa sebagai rakyat Malaysia aku rasa biasa saja. Kadang-kala aku rasa Alaska atau Antartika lebih menarik daripada Malaysia.


Kenapa Melaka begitu popular sedangkan meriam pun tak ada? Entahlah. Aku pun tak pasti. Yang aku tau, negara ni pernah menjadi terkenal satu masa dulu. Sangat-sangat terkenal. Tapi ada sesentegah pengkaji sejarah terlalu taksub dalam cerita bab Melayu lalu mengatakan bangsa Melayu adalah bangsa asal Semenanjung Emas ini. Pada aku, bangsa asal ialah bangsa Orang Asli. Ada yang jadi bangga membuta tuli.

Tapi aku pun bangga sebab kini aku dah tau apa maksud sebenar Hang Tuah bila berkata dengan kata-kata keramat tu, "takkan Melayu hilang di dunia.." Kata-kata sang wali bukanlah kata-kata kosong.

Bertuah menjadi Melayu. Sesiapa saja boleh menjadi Melayu. Sebabnya? Kamu hanya perlu bertutur dalam Bahasa Melayu, beragama Islam, dan mengamalkan adat istiadat orang Melayu. Dengan ini kamu telah menjadi seorang Melayu tanpa mengira warna kulit dan tempat asal kamu.






Polis


Gambar kat atas tu adalah gambar suami isteri yang mana anak mereka ditembak polis atas alasan menyerang penggunakan parang.

Aku malas nak ulas panjang lebar lagi tentang kes ni. Tapi kita semua boleh lihat, asal orang kena tembak je mesti mereka cuba serang polis guna parang. Sampaikan budak bawah umur pun berani serang polis guna parang. Arwah adik aminulrashid pun serang polis dengan parang sambil memandu kereta. Hebat budak-budak ni.

Menurut NGO, anak pasangan di atas ditembak dari jarak dekat di kepala dan dada. Hasil bedah siasat menunjukkan budak tu ditembak di kepala dan tembus di belakang leher. Bermungkinan besar ditembak waktu tengah melutut. Apa kata polis? Mereka takkan mengaku. Anggota yang terlibat tak perlu risau. Satu jabatan akan back-up anda. Inilah hebatnya menjadi polis. Boleh tembak sesiapa saja asalkan bukan orang politik.

Bukan aku mengatakan keseluruhan pasukan polis tu korup tapi ada di antara mereka yang cukup suka untuk menyalahgunakan kuasa. Tak kira muda atau tua. Jabatan terpaksa mempertahankan anggota-anggota sebegini demi imej pasukan. Tapi berbaloikah?

Budak yang ditembak tu budak Melayu, silap-silap belum baligh lagi. Kalau tembak anak menteri macam mana? Confirm cepat kena dakwa. Hakikat pahit yang terpaksa masyarakat terima ialah kejadian seperti ini boleh berulang lagi. Asal nampak orang yang mencurigakan, terus lepaskan tembakan. Bila tersilap, tembak semua sekali bagi mati ibarat biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Maaf, aku amat kurang yakin dengan kenyataan polis negara ini. Mereka kadang-kala bertindak diluar batasan undang-undang dan menjadikan undang-undang satu kelebihan buat mereka.

Jenayah berlaku kerana penjenayah makin pandai. Mereka tahu polis takkan dapat tangkap mereka. Sebab tu la bila kes begini terjadi dan polis mendakwa berjaya menumpaskan geng minyak tapi kejadian jenayah terus meningkat. Budak-budak tu bukan lawannya. Mengapa mereka ditembak macam binatang?

Polis yang korup patut didakwa dan dibuang kerja. Banyak lagi orang baik mahu jadi polis. Mengapa calarkan imej pasukan ini yang dulunya mulia kerana menjaga keselamatan orang awam?


Kecoh

Dah kecoh pasal Kelab Taat Suami.

Apa masalahnya? Diaorang takde benda lain nak kata ke? Ni semua perkara sia-sia je. Yang jadi ustaz pun bodoh, ustazah pun bodoh. Isu ni cukup disukai oleh para pemimpin yang nak rakyat lupa tentang harga barang naik.

minyak itam + aircond

Pagi yang macam biasa. Semalam aku balik Bentong ingat nak pekena char kueh teow tapi tutup pulak. Balik rumah kemudian terus tido. Sebelum tu sempat berFB macam biasa.

Semalam tengahari gas aircond keta aku habis. Minyak itam pun dah tinggal sikit sebab asyik melenjan. Waktu sampai Bentong semalam aku sempat settlekan semuanya. Kali ni aku guna minyak Castrol semula. Pakai minyak mahal sangat pun takde beza pun.


Setakat ni, Castrol memang ngam dengan enijn keta aku. Boleh perasan waktu rev tinggi, enjin tak mengaum sangat. Itu je la yang paling ketara.

Gas aircond jadi kurang disebabkan o-ring yang dah tak boleh pakai.


Biasalah, barang lama mesti nak kena tukar baru. Benda ni murah aje tapi kos nak tukar dia boleh jadi sentap jugak. Gas kena sedut sampai habis baru boleh buka. Lepas tukar, kena sedut semula semua angin (vacum) yang ada dalam sistem. Lama jugak nak tunggu.

Satu je aku perasan. Bila o-ring ni bocor, minyak compressor pun akan ikut keluar sama. Tak taulah berapa banyak minyak compressor aku dah keluar. Nantilah aku tambah. Sekarang tak senang. Aku tak suka tunggu lama-lama. Kalau ada kedai yang boleh buat cepat memang aku akan pergi sana je.

07 June 2011

Jangan mimpilah

Kalau difikirkan balik, sekiranya MCA & Gerakan ugut untuk join Pakatan, tentu UMNO akan ikut telunjuk mereka. Tapi lega kerana mereka belum berfikir macam tu. Jadi kita sebagai Melayu masih merasa kuat dan berkuasa lagi.

Dalam BN saja, ada berbelas komponen parti. Hanya satu saja parti yang mewakili Melayu. Jadi, bagaimana jika satu lawan ramai? Fikir sendiri saja. Ramai yang meramalkan sekarang adalah zaman kejatuhan mereka. Aku pun tak pasti. Yang aku sangat-sangat pasti adalah mereka takkan lepaskan kuasa dengan mudah tanpa sebarang tipu-helah ataupun pertumpahan darah. Jangan harap sangat Pakatan nak menang melalui proses demokrasi bila SPR pun mereka yang pegang.

Tolong jangan salah faham. Aku bercakap supaya penyokong Pakatan jangan seronok sangat. Jangan mimpilah senang cerita. Sekiranya PRU-13 diadakan dalam tahun ni, Pakatan tetap tak mampu mendapat majoriti. Sebabnya mudah. Amat mudah. Mereka (BN) telah lama memerintah. Politik adalah periuk nasi mereka. Kalau mereka kalah, bungkus teruslah. Silap-silap ke mahkamah pula. Adakah mereka akan biarkan ini berlaku? Demokrasi harus dinampakkan tapi tak wajib untuk dituruti. Yang penting adalah kuasa. Matlamat mereka menghalalkan apa jua cara walaupun dimulut tak begitu.

Melayu kebanyakkannya terlalu bodoh untuk faham dan terima. Mereka sangat takut sekiranya bertukar pemerintah, hak-hak mereka akan lucut. Ini yang digunapakai oleh BN untuk terus kekal berkuasa.

Apa pun, kita tunggu dan lihat saja. Menurut ramalan geng-geng underground yang dah lama memerhati, satu perubahan yang besar/malapetaka/bencana mungkin akan berlaku dalam masa 3-5 tahun akan datang. Boleh jadi tsunami, gempa bumi, atau pergolakan politik.


06 June 2011

kenduri

Kenduri-kendara memang seronok sebab dapat makan free seberapa banyak pun. Musim cuti sekolah bermakna banyaklah kenduri.

Aku sebenarnya sedih juga sebab tak dapat hadir ke kenduri kahwin member² pejabat. Bukan suka-suka tak nak datang. Tapi kadang-kadang suasana majlis yang sepatutnya meriah dan berkat tu menjadi satu majlis kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat dan keji-mengkeji. Perasan tak bila ada kenduri-kendara, secara tak sedar mulut manusia cepat betul buat cerita. Ada juga jenis yang nak tayang awek/balak. Pakai baju ranggi².

Sebenarnya bukan tu yang masalah. Masalahnya ialah bila orang mula buat cerita. Aku benci betul keadaan macam tu. Dulu waktu mula-mula kerja, aku pernah pergi kenduri seorang ofismate di KL ni. Tak lama lepas tu aku pula dijadikan bahan cerita di pejabat kerana pakaian aku. Pergi kenduri pakai t-shirt & jeans saja. Tak sangka betul perkara tu pun boleh jadi isu besar sampai masuk dalam meeting. Orang macam ni memang tak guna. Rasa diri tu baik sangat. Last² kat oversea kantoi cuba cabul orang waktu tengah mabuk. Kan hina tu?

Majlis perkahwinan adalah satu majlis yang mulia kerana ia menyatukan dua insan, memberi makan kepada orang ramai dan mendoakan kesejahteraan pasangan yang baru mendirikan rumah tannga. Jangan cemarkan majlis ini dengan umpatan, cacian dan kutukan secara kita sedar ataupun tak.

05 June 2011

musibah

Jalan masih sesak dan hujan masih laig turun waktu melalui bandar Bentong tadi. Dalam keadaan begini aku pasti banyak kemalangan mungkin berlaku di lebuhraya terkenal dengan kisah=kisah mistik, 'karak hiway'.

Selain daripada sikap pemandu yang memang kurang cekap tapi nak tunjuk hebat, perbuatan khianat juga turut menyumbang kepada punca kemalangan di laluan tu. Setiap kali hujan, kemalangan pasti berlaku di tempat yang memang menjadi favourite kaki trak penarik kereta. Mereka dah standby awal-awal lagi.

Apa tindakan MTD dalam mengurangkan kadar kemalangan di laluan mereka ni? Hampir tiada! Mereka pasti menafikannya kerana itulah polisi yang patut mereka ambil. Kita boleh lihat sendiri, mengapa mereka benarkan pengendali tow truck ni lepak kat tepi-tepi jalan sambil menunggu kenderaan terbabas? Mereka juga tahu selekoh mana yang menjadi tempat kerapnya berlaku kemalangan waktu hujan tapi adalah mereka meletakkan papan tanda? Takde pun.

Kemalangan jalanraya adalah satu musibah kepada mereka yang terlibat tapi satu rezeki yang ditunggu-tunggu bagi pengendali tow truck.

Sikap pemandu juga penting dalam mencegah berlakunya kemalangan. Bukan hanya kepada mereka yang memandu laju je, tapi mereka yang terhegeh-hegeh macam siput pun perlu ambik perhatian. Jangan pentingkan diri sendiri. Tukar lorong tanpa mempertimbangkan kenderaan di belakang. Selalu terjadi pemandu keluar simpang, tukar laluan dan memotong dengan keadaan lembab dan terhegeh-hegeh.

04 June 2011

IPP

Kalau aku cerita bab ni, mesti ramai penyokong Mahathir marah. Mereka sanjung melangit tokoh ini. Tiba-tiba aku yang tak pernah jadi menteri komen pula.

Sebenarnya, kita tak perlu jadi pandai sangat untuk tahu mana baik & mana yang buruk. Cukup dengan sedikit ilmu yang bermanfaat, berfikir dengan rasional dan pendirian yang tetap.

Siapa IPP (Independace Power Provider) ni? Kenapa kenaikan tarif elektrik kita ada kaitan dengan IPP pula. Ramai orang kampung dan orang Felda umumnya mengetahui syarikat yang menjual elektrik adalah TNB. Mereka tak pernah fikir langsung dari mana TNB dapat elektrik.

TNB, seperti juga Petronas, sebuah syarikat gergasi yang mampu menjana pendapatan tinggi yang memberikan pulangan yang baik kepada negara kita. Apa yang mereka tak tahu ialah, pada tahun 1996 dulu TNB dipaksa oleh orang yang amat berpengaruh dalam kerajaan untuk membeli tenaga (elektrik) daripada IPP ini. Siapa pula IPP?

IPP terdiri daripada beberapa syarikat persendirian gergasi seperti YTL, Powertek, Malakoff dan sebagainya. Kamu boleh google sendiri siapa tokey-tokey besar disebalik syarikat-syarikat berkenaan. Secara tak langsung, TNB membeli tenaga (yang tentunya mahal) daripada mereka untuk disalurkan kepada pengguna. Jadi sebagai sebuah syarikat yang tentunya mengutamakan keuntungan, dah tentu la TNB nak buat untung juga. Takkanlah TNB beli dengan harga yang mahal dan jual pada harga yang murah?

Oh, lagi satu. subisidi masih terus diberikan kepada syarikat IPP ini untuk menjual tenaga kepada TNB. Cuma subsidi kepada rakyat sahaja yang ditarik balik. Jadi, kita boleh lihat mengapa sesetengah orang dalam kerajaan sendiri begitu menyokong kenaikan tarif elektrik ni. Tak kurang juga yang bodoh membiarkan diri mereka diperbodohkan lagi dengan alasan-alasan mengarut untuk membolehkan kenaikan dilakukan.

Inilah puncanya kenapa kenaikan perlu dibenarkan. Supaya syarikat IPP ni terus mengaut keuntungan dalam kegawatan ekonomi dunia.

Rahsia disebalik rahsia

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Aku biasa dengar lagu ni dulu. Masa tu aku menyampah sebab tak faham. Bayangkan budak darjah 2 dengar lagu cinta macam ni, apa yang dia akan difikir? Lirik macam merepek je.

Tapi sekarang aku mula hayati balik lirik lagu ni. Penulisnya mesti bukan calang-calang orang. Mungkin nampak macam biasa & bersahaja tapi pengetahuannya luar biasa. Ye lah, bagi orang yang belajar, mereka tak heran. Tapi bagi orang macam aku, teruja juga bila jumpa lagu macam ni.