27 July 2011

Toyol

Dan mereka kata untuk mengelakkan toyol ada cara yang paling berkesan sekali. Iaitu dengan meletakkan bulu kemaluan di dalam dompet atau tempat menyimpan duit. Confirm toyol takkan curi.


Dan sebenarnya yang paling mudah ialah bismillah & niat. Cuma berapa ramai sangat yang yakin?

26 July 2011

Sembunyi

Sebenarnya Tuhan menyembunyikan 6 perkara daripada pengetahuan kita....

i. Dia sembunyikan redhaNya dalam taat
ii. Dia sembunyikan murkaNya dalam maksiat
iii. Dia sembunyikan namaNya yg Maha Agung dalam Al-quran
iv. Dia sembunyikan Lailatulqadar dalam Ramadhan
v. Dia sembunyikan solat yang paling utama dalam solat 5 waktu
vi. Dia sembunyikan hari kiamat dalam semua hari


25 July 2011

Niat

Niat ditakrifkan sebagai tidak berhuruf, tidak bersuara dan tidak berupa. Selagi ia berhuruf, bersuara dan berupa, ia masih lagi bukan niat. "Usolli" tu berhuruf, berbunyi & berupa. Jadi apakah niat yang sebenarnya? Kalau bab niat belum lulus, bagaimana dengan rukun yang 5 tu?



19 July 2011

Kenapa

Kenapa adalah satu persoalan yang penting. Jika kita dapat abaikan kenapa, biasanya ia akan menjadi lebih mudah. Abaikan bukan bermaksud lupakan saja, tapi jawapannya tetap satu dan tak perlu ditanyakan lagi.

Contohnya, kenapa Allah jadikan iblis? Kita takkan dapat memahami kerja Tuhan dengan hanya berfikir menggunakan akal. Jalan mengenal Tuhan, walaupun dicari tapi kalau Dia tak menghendakinya kita tetap takkan berjumpa. Maka disitu berlakunya kesesatan dalam mengenal diri.

Aku pernah bertanya kepada sorang kawan tentang kenapa Allah menjadikan iblis. Dan jawapannya memang aku tak terfikir langsung. Dengan mudah dia menjawab, kalau tiada iblis manusia tak dapat lihat sifat Maha Pengampun Tuhan itu.

Jadi, tiadalah sesuatu itu dijadikan dengan sia-sia. Semuanya bersebab dan ada hikmahnya. Jadi, bertanya 'kenapa' tidaklah salah cuma penafsirannya berbeza-beza mengikut orang yang menafsirkannya.

18 July 2011

Penjahanam

Dan akhirnya manusia seperti ini diangkat menjadi seorang yang penting....


Pencetus perkauman nombor satu negara diangkat menjadi seorang tokoh yang penting? Biar betul masyarakat kita ni. Makhluk di ataslah yang menyebabkan orang bukan Melayu membenci Melayu. Makhluk di atas jugalah yang menimbulkan rasa tidak senang penduduk yang bukan Melayu. Inikah yang dikatakan memperjuangkan bangsa Melayu? Ia tidak lebih daripada PENJAHANAM bangsa Melayu itu sendiri. Makhluk yang takde pendirian, takde tokoh kepimpinan dan banyak lagi kekurangan, amat tidak wajar dijadikan idola atau makhluk contoh kepada manusia di negara ni.


12 July 2011

Cara mereka

Aku tak tahu kenapa ada orang beria-ria sangat menunggu kehancuran "Semenanjung Emas" ni. Kebetulan entry yang ditulis kena pada tarikh 9 Julai yang lepas. Mereka menjangkakan benar-benar akan berlaku satu malapetaka (sama ada bencana alam, peperangan ataupun bergolakan politik yang besar) di Malaysia ni.

Kisah golongan ni pernah aku rujuk kepada orang yang paling aku percayai. Namun jawapannya sedikit menghampakan aku. Bukan apa, kalau betul syok juga aku nak tau lebih lanjut. Tapi kalau dah jawapannya "banyak bercampur dengan perkara-perkara mengarut" kecewalah jadinya. Lain orang lainlah pendapat, ye tak?


Aku dah pernah berjumpa sendiri dengan orangnya. Orangnya bagus pada pendapat aku. Kata-katanya perlahan saja. Cuma anak muridnya langsung tak mesra. Mungkin dia memandang orang lain dengan caranya yang tersendiri.

Orang yang punya kelebihan selalu begitu. Bijak bermain kata-kata hinggakan yang bodoh terpedaya. Kadang-kala kita sendiri pun tak tahu apakah kayu pengukurnya. Dalam situasi ni, ikut saja kata hati. Kalau hati berat, tinggalkan saja. Sebenarnya kita tak rugi apa-apa. Perkara yang kita tinggalkan tu pun tak semestinya salah. Cuma bila kita rasa berat untuk mengikuti, boleh jadi belum sampai masanya lagi perkara-perkara sebegitu untuk kita ikuti. Boleh jadi juga perkara-perkara sebegitu salah.

Biar saja mereka terus dengan cara mereka.


11 July 2011

seni

Sesuatu yang seni memerlukan masa untuk dikaji dan dihayati baru boleh faham apa yang ingin disampaikan. Tapi kalau sesuatu yang tiruan, manalah nak ada harga. Seni pula adalah sesuatu yang halus. Bergantung kepada apa jenis seni yang kamu kaji dan hayati.

Hidup adalah satu contoh seni. Lukisan juga seni. Lagu pun merupakan seni. Pasar seni pula tempat ramai seniman melepak.

Dulu aku tak minat seni. Macam orang bodoh je berkhayal sorang-sorang. Rupanya tu bukan berkhayal, tapi menghayati. Ini adalah orang seni,

10 July 2011

bijak vs bodoh 2.0 - part 2

Syabas kepada semua yang menjayakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Walaupun diserang dari semua sudut media cetak dan elektronik, anda tetap hero kerana berani menyuarakan pendapatm walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi.

Pada mereka yang menganggap orang yang menyuarakan bantahan dijalanan seperti ni bodoh, lihatlah ke dalam diri anda dulu. Fikir betul-betul tentang segala maklumat yang anda terima. Jangan dengar sebelah pihak saja. Mereka ada hak untuk berhimpun. Mereka bukan pengganas seperti yang digembar-gemburkan. Mereka seperti kita, punya hak dan mereka wajib mempertahankannya. Anda mungkin diperbodohkan oleh golongan yang mahu terus kekal berkuasa.

Tak timbul soal ada pihak luar ingin meletakkan 'boneka' mereka di negara ni kerana pemimpin yang ada sekarang pun sudah ada yang menjadi boneka kepada pihak-pihak tertentu. Apa yang BERSIH 2.0 mahu ialah sebuah pilihanraya yang adil dan telus supaya majoriti pilihan rakyat dapat direalisasikan menerusi undi yang mereka buang. Kenapa ada pihak takut kalau mereka yakin mereka mendapat majoriti rakyat?

Muka-muka seperti :




...memang tak boleh dipercayai lagi. Mereka tiada pendirian tetap kerana maruah mereka boleh dibeli. Orang-orang sebegini layak ke untuk jadi pemimpin? Orang yang menang atas tiket parti lain, kemudian mengkhianati secara halus dan terus menikam lawan yang dulunya kawan, orang inikah yang kita mahu angkat untuk memimpin kita?

Jangan terlalu mudah percaya pada janggut, celak dan kopiah. Lihat dulu peribadi mereka bagaimana. Munafik juga pandai melakukan semua ni. Munafik adalah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri dan berlakon baik. Jika orang-orang di atas betul-betul ikhlas merasakan perjuangan rakan-rakan lama mereka telah menyimpang daripada matlamat asal, letak kesemua jawatan dan masuklah parti lawan. Lihat sendiri sama ada diri tu 'laku' atau tidak untuk pihak disebelah sana. Jangan berjuang cara bacul seperti sekarang.

Peserta BERSIH 2.0 yang dihormati dan dikagumi sekalian, semoga Tuhan tetapkan hati kamu wahai pencinta kebenaran. Semoga diberi kekuatan untuk terus berjuang menegakkan apa yang kamu rasa benar dan yakin dan semoga Tuhan melindungi kalian semua.









Jangan sekali-kali kamu rasa goyang dengan perjuangan ini. Tiada apa yang hendak dimalukan dan dikesalkan. Kamulah orang yang mempertahankan maruah dan prinsip diri kamu walau apa orang lain kata. Nilai maruah kamu lebih tinggi daripada mereka yang menghina kamu.

Syabas sekali lagi dan tahniah. Kerana kamu semualah, 'mereka' sudah mula terasa bahangnya....

09 July 2011

bijak vs bodoh 2.0

Hari ni bakal menyaksikan demokrasi di negara ni dikoyak, dirabak dan dipijak. Ramai juga yang percaya bahaya perhimpunan BERSIH akan menjadi kacau-bilau. Pada pendapat aku, satu-satunya golongan yang akan membuat kacau-bilau ialah golongan yang kononnya menjaga keamanan dan keselamatan negara ni.

Mereka perlu lakukannya demi untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa berhimpun ramai-ramai boleh menimbulkan huru-hara dan tak menguntungkan sesiapa. Yang sebenarnya tak untung adalah mereka, kerena rakyat berhimpun untuk menuntut hak mereka yang telah dizalimi dan dinafikan sejak sekian lama.

Bangsa Melayu tak kira apa jawatan sekali pun masih lemah akal fikirannya. Senang dipermainkan dan diperalat oleh bangsa sendiri yang tamak kuasa dan wang. Senang diperbodohkan kononnya hak keistimewaan mereka akan hilang jika benarkan fahaman lain meresapi jiwa. Dan yang paling dungu sekali ialah mereka tak nampak siapa sebenarnya yang memainkan peranan dalam membodohkan diri mereka sendiri.

Kalau takut, jangan hina saudara-saudara kita yang berhimpun untuk menuntut hak mereka. Kamu terlibat dalam kesesakan semalam kerana kamu bodoh sebab menyangka kamu tak terlibat dengan mereka dan kamu tak mungkin kena tindakan. Menyangka kamu tak kena apa-apa dan hak kamu sentiasa dilindungi adalah satu perkara pandir. Hak kamu ialah apabila mereka berkata kamu ada hak. Orang-orang sebegini bagusnya hanya satu, senang diperintah sebab menurut dengan bodoh sahaja.

Mereka tak berani berfikir kerana takut dikenakan tindakan. Atau mereka memang dah terlalu bengap untuk berfikir mana betul, mana salah. Aku tidak fanatik pada mana-mana pihak, tapi sedih juga melihat ramai bangsaku yang masih belum sedar mereka diperalatkan oleh beberapa pihak yang ingin terus kekal berkuasa.

Kepada mereka yang berjuang menuntut hak mereka di atas jalan, semoga Allah melindungi kamu dan kamu berjaya dalam apa yang kamu lakukan. Persetankan mereka yang bodoh disekeliling kamu yang mungkin terdiri daripada rakan kamu, sahabat kamu ataupun saudara mara kamu. Bulatkan hati, tekadkan perjuangan. Kepada yang masih bodoh, semoga kamu mendapat petunjuk dan hidayah.

07 July 2011

Sedekah

Beruntunglah bagi mereka yang rasa dirinya tak punya apa-apa dunia ni kerana mereka tak perlu risau kehilangan apa yang mereka takde.

Semua di dunia adalah seimbang. Setiap lelaki pasangannya perempuan, setiap kali kegembiraan terhasil, akan tercetus satu kesedihan dan begitu juga setiap kejayaan yang dikecapi akan ada kegagalan tercipta. Semuanya seimbang. Itulah kebijaksanaan Yang Maha Mencipta.

Waktu aku berjalan di pasar malam tadi, terjumpa seorang ibu dan anaknya yang mungkin berusia sekitar 1-1 1/2 tahun meminta sedekah di tengah jalan. Tak dapat dipastikan apakah ibu dan anak kecil tu berbangsa Melayu atau bukan. Antara kesian dan tanggapan orang ramai, mana satukah yang lebih kita utamakan. Aku berjalan melepasi si ibu dan anak tu. Botol susunya terjatuh, lalu si ibu ambilnya semula dan beri pada anaknya. Aku perasan puting botol susu tu terkena atas permukaan jalan. Tak sampai hati untuk aku terus memandang sama ada si ibu sempat mengesat puting tu sebelum anaknya menyusu semula.


Sambil terus berjalan akal tak pernah berhenti berfikir kenapa dan bagaimana mereka jadi begitu. Mana si ayah? Orang ramai terus lalu-lalang tanpa menghiraukan kedua anak-beranak ni. Barangkali mereka dilihat sebagai warga asing. Ada juga fikir yang mereka bukan warga negara ni sebab jarang ada orang Melayu yang meminta sedekah bersama anaknya. Jarang betul aku jumpa.

Lepas membeli apa yang patut, aku berpatah balik dan melihat si ibu dan anaknya masih berada di tempat asal mereka. Tiba-tiba aku terpandang seorang perempuan merenung si ibu dan anak tadi dari belakang mereka. Pandangan seperti nak marah pun ada. Mungkin si ibu dan anak menghalang ruang untuk perempuan tu buka gerainya.

Perkara pertama yang terlintas waktu melihat orang susah sebegini ialah ingin membantu. Mana-mana manusia pun akan rasa begini. Tapi percayalah, tak lama kemudian hati akan mula berbisik sesuatu yang bakal menghalang niat murni tersebut. Hati akan menimbulkan bermacam-macam tanggapan yang menyebabkan 'ikhlas' lari menghilangkan diri.

Bila ikhlas tiada, apalah guna bersedekah sebesar gunung sekali pun. Aku tak nafikan, perasaan tu cukup mengganggu. Salah satu cara untuk menghambat segala perasaan curiga dan was-was adalah dengan kembali merenung ke dalam diri sendiri. Menyedari hakikat diri yang tak punya apa-apa dan tiada kekuatan apa-apa, dapat aku rasanya perasaan was-was beransur pergi. Tiada kekuatan untuk menggerakkan tangan yang menghulur melainkan dengan izin Tuhan juga. Lantas aku tetapkan niat semata-mata kerana Dia, pedulilah apa bangsa dan agama si ibu dan anak tu, terus saja sedekah dihulur. Aku fahami bukanlah urusan aku untuk memastikan sedekah yang diberi digunakan pada jalan yang betul atau tidak, gerak hati yang pertama telah berkata bahawa si ibu dan anak tu pasti akan ada habuannya. Itulah yang aku turuti.

Fahamlah hati bahawa bukanlah diri ini yang memberi melainkan semuanya telah ditentukan olehNya. Semoga ibu dan anak tadi mendapat kebahagiaan seperti yang semua orang idamkan. Semoga si ibu dipermudahkan dalam urusan hidup dan membesarkan anaknya. Semoga semuanya baik-baik belaka dan mendapat rahmat Tuhan. Dan semoga rezeki mereka dipermudahkan dan diluaskan olehNya.

Waktu terus berjalan aku terperasan isteriku dibelakang juga turut menghulurkan wang kepada si ibu tadi. Alhamdulillah, semoga kamu terus dilimpahi rahmat.

Itu hanyalah pendapat yang sempat aku ceritakan di sini tentang sedekah daripada apa yang aku lihat disekeliling. Ujian ni takkan datang sekali dan pasti ada lagi. Mungkin dalam bentuk yang lain pula. Semuanya untuk menguji hati ini.

Kesimpulan dan pengajarannya, rezeki setiap makhluk telah ditentukan. Jika kita dapat melihat dalam konteks ini, kita akan nampak bahawa bukanlah manusia itu sebenarnya yang memberi, tetapi ia datang daripada Allah juga. Gerak hati yang dicetuskan dan tangan yang memberi semuanya adalah dalam pengetahuanNya juga. Fahamilah dan hayatilah, pasti kita akan jumpa dengan ketenangan.

06 July 2011

Bersih 2.0



Akhirnya BERSIH akan berhimpun di stadium. Ada yang melenting, ada yang lega. Asalkan matlamat perhimpunan ni tercapai, perhimpunan di dalam atau luar stadium taklah penting.

Dalam berjuang, jangan terlalu mengikut perasaan amarah. Sabar dan tolak ansur adalah perlu. Kadang-kala pendapat kita takkan sama dengan pendapat orang. Aku harap BERSIH 2.0 akan membawa impak yang positif kepada semua.

03 July 2011

Boleh jadi

BERSIH 2.0 mengikut pendapat kebanyakan orang memang tidak salah. Apalah salahnya menuntut sebuah pilihanraya yang adil? Tapi percayalah, ada beberapa kerat manusia akan menjadikannya kelihatan seperti satu keganasan dan mengganggu ketenteraman awam.

Jika promote kat mamat tabligh, mereka pasti akan senyum sambil berkata untuk apa semua ni. Mereka (mamat tabligh) kalau letak kat negara yahudi pun yahudi tak kisah. Sebab? Mereka buat hal mereka saja. Lepak di masjid dan berceramah tanpa menyertai mana-mana organisasi untuk memperjuangkan sesuatu. Pada mereka, tak perlu kerja. Kalau Allah kata ada rezeki, adalah. (Maaf, ini tak mencerminkan semua jemaah tabligh, cuma sebahagian besarnya saja)

Mereka tolak politik tapi sistem pemerintahan Islam merupakan satu politik juga. Mereka memencilkan diri dengan dunia mereka. Siapa kata itu salah? Aku tak kata pun. Tapi mari kita fikirkan adakah itu cara paling berkesan untuk menegakkan agama ini? Memang ramai yang mengikut mereka. Bekas penyamun, pencuri, perompak dan penagih juga ramai. Tapi sejauh mana keberkesanan cara mereka ni? Agama ikut-ikutan ini akan bertahan sampai bila?

Maafkan aku sekali lagi kerana aku sama sekali takkan pernah bersetuju dengan cara mereka. Aku tidak kata ia salah, cuma bagi aku amat tidak sesuai. Mengajak orang ke surau dan masjid adalah perkara yang mulia. Tapi menolak lain-lain perkara adalah satu perbuatan yang memencilkan diri. Keluar berhari-hari dengan alasan menyebarkan agama, tapi bukankah lebih baik menyebarkan dan mengajarkannya kepada orang yang terdekat terlebih dahulu?

Kebanyakan jemaah tabligh yang boleh kita lihat adalah mereka yang mengikut sahaja. Muka mereka tak langsung menyejukkan hati kita. Sebaliknya mereka kelihatan sombong dan tidak pandai dalam berbicara untuk menarik perhatian masyarakat. Rata-rata mereka terdiri daripada golongan yang bermasalah yang sedang mencari ketenangan.

Teruskan saja usaha kamu dan jangan hina mereka yang tidak mengikuti kamu. Boleh jadi kamu juga menjadi kebencian mereka kepada Islam. Boleh jadi.....

Hentikan perkauman

Sekian lama aku hidup dalam sifat perkauman yang menebal. Biarlah aku rasa erti kebebasan sebenar dan tiada lagi perkauman. Islam yang aku pelajari tiada langsung bercakap tentang bangsa Melayu lebih mulia daripada bangsa lain.

Riak@bangga diri

Riak & bangga diri adalah fitrah manusia. Siapa mengaku tidak riak & bangga diri bukanlah manusia. Yang penting, mengaku dan sedar kembali siapa diri. Sebab tu dianjurkan taubat. Supaya manusia sentiasa melihat dirinya dari semasa ke semasa, mengaku kekurangan diri lantas insaf.

Paling susah

Perkara paling susah adalah apabila berlawan dengan diri sendiri...

Bolasepak

Maafkan aku sebab tak minat bolasepak Malaysia. Buat apa aku tengok kalau corak perlawanan aku boleh tengok budak sekolah main?

Jangan melatah. Patriotik aku bukan diukur dengan padang bola, atau pemain bola negara. Maaf. Selagi kamu bermain seperti budak sekolah, selagi FAM tak seperti dulu, selagi tu aku takkan minat sukan bolasepak Malaysia.

Berubah

Untuk berubah, tak perlu canang satu alam maya. Buat saja diam-diam, itu lebih baik. Tiada sifat menunjuk-nunjuk dan riak. Kamu adalah kamu dan aku tetaplah aku. Tak mungkin aku menjadi kamu.

Guru

Manusia, kalau berjawatan tinggi sikit memang ego bertambah-tambah. Semua orang tahu profession guru adalah satu ibadah. Ramai yang berkata budak-budak sekarang makin teruk. Aku pula kata, guru-guru sekarang yang lebih teruk. Bukan masalah budak, tapi masalah guru.

Maafkan aku sebelum berkata-kata dengan lebih lagi. Ini pendapat aku dan bukan ditujukan kepada semua guru di dunia ni.

Kenapa orang jadi guru?

1. Kerana minat mendidik & bakat tersendiri

2. Kerana ia adalah kerja paling mudah, cuti paling banyak & kerja pun separuh hari

3. Tak berpeluang untuk masuk ke universiti jadi masuklah maktab untuk jadi guru. Dapat jugak pendapatan

4. Gaji & elaun memang boleh hidup senang. Boleh beli kereta besar, rumah besar & belanja besar.


Bagi aku, sebab 3 & 4 adalah paling ramai kenapa orang memilih untuk menjadi guru. Orang zaman dulu, mungkin pada waktu nenek & datuk kita dulu, mereka menjadi guru untuk mendidik anak bangsa. Itulah satu-satunya sebab mereka menjadi guru dan bukan untuk duniawi.

Zaman sekarang ramai yang tidak berminat untuk mendidik & melihat anak bangsa maju, menjadi guru. Mereka menjadi guru untuk kepentingan diri sendiri. Sebab tu murid-murid hancur belaka. Akhlak rosak dan macam-macam lagi. Dulu aku ada seorang kawan, bakal guru. Menuntut di UPSI. Sebab kenapa dia masuk UPSI adalah kerana dia apply kat universiti lain tak dapat. Waktu belajar, dia adalah penagih ganja yang tegar. Katanya untuk hilangkan tension dan hilangkan bosan. Sekarang dia dah jadi guru.

Ya, aku tau itu baru satu contoh. Tapi percayalah, banyak lagi contoh yang serupa. Jangan cepat melatah jika anak murid zaman sekarang kurang ajar. Gurunya perlu diajar terlebih dahulu.

Kepada guru-guru lain yang mempunyai akhlak yang baik, anda bukanlah yang saya maksudkan.