30 December 2012

Fahamkanlah

Aku pun tak ingat bila tarikh sebenar, tapi dalam minggu lepas ada seorang member hantar mesej dalam fb bertanyakan kenapa aku menyepi. Member ni jiran pada sahabat aku yang pernah kisahnya aku ceritakan dalam blog ni baru-baru ni.

Malas nak berlapik-lapik, terus saja aku berterus-terang. Fahamlah dia. Cuma kekesalan aku ialah aku tak selesa bilamana orang yang aku anggap paling rapat, dah macam adik-beradik, bercerita dibelakang aku dan menaruh syak wasangka terhadap aku. Kalau aku pun menaruh syak padanya, tu mungkin tak mengapa sebab kita saling mengesyaki. Ini tidak, sikit pun aku tak pernah syak dia. Syak pulak benda yang bukan-bukan. Lagilah aku tak boleh terima. 

Dan hari ni sahabat aku tu dah pun jawab dalam blog dia. Oklah tu, tujuan aku bercerita kepada member tadi (jirannya) tercapai.

Cuma ada beberapa perkara dalam blognya yang diungkit semula. Wah, habis serdak-serdak pun nak diceritakan. Macam ni lah, mai aku jawab mana yang aku rasa penting untuk diketahuinya (mungkin satu hari dia akan baca jugak blog ni)


Bab ni kita semua tak sangka yang bomoh tu penipu. Memang aku yang kenalkan kamu dengan dia, tapi tak adillah kamu nak kaitkan aku dengan orang-orang yang kamu bawa pulak? Seolah-olah nak letakkan semua kesalahan tu pada aku yang mengenalkan ni. Itu kamu yang bawak, kamulah perlu bertanggungjawab. Siapa suruh nak jadi hero? Kamu pun tak pernah tahu sama ada aku pernah membawa keluarga aku atau tidak, jadi lebih baik jangan serkap jarang. Ambil pengajaran dan teladan yang berguna daripada kisah tu sebab kita sama-sama pun tak sangka jadi macam ni dan sama-sama kena tipu. Tak boleh ke pandang perkara ni dari sudut yang positif sikit? Kalau tak disebabkan perkara ni, kita tentu jahil dalam menilai siapa bomoh penipu dan siapa yang boleh dipercayai? Kalau tak disebabkan perkara ni jugaklah, kita langsung tak tau taktik-taknik bomoh yang menipu. Banyak lagi sebenarnya kalau kamu fikirkan, kerana aku sentiasa beranggapan sesuatu itu terjadi atas kehendak Tuhan dan ia membawa maksud untuk menjadikan diri kita lebih baik walaupun ia nampak pahit dan perit untuk menghadapinya. 


Bab ni tak payahlah kamu nak kata rahsia, aku memang dah tau daripada awal tentang anak kamu dan aku tak pernah anggap pun anak kamu seperti kanak-kanak asing. Anak sahabat aku tentulah aku anggap macam anak aku jugak walaupun masa tu aku takde anak lagi. Takkan aku nak cerita semuanya, daripada mana aku tau, kenapa aku boleh tau, bila aku mula dapat tau? Dah nama pun sahabat, tentu saja ada perasaan caring. Tentu ada saja jalan yang aku lakukan untuk ambil tahu. Aku tak pernah mengeluhpun membawa kamu mencari ikhtiar (kalau itu yang kamu fikirkan la...). Cuma mungkin kamu pernah dengar aku membebel pasal tempat kita pergi cari ikhtiar tu agak jauh. Tu hanya sekadar dimulut saja, tak sampai  ke hati pun. Aku mengeluh tentang jarak dan keadaan jalan yang sesak bukan kerana anak kamu. Semua ni adalah pengalaman. Jadi, apa yang kamu rasa aku "terasa" sebenarnya?


Kejap, apa yang aku dah buat kat keluarga kamu? Kamu syak aku cuba nak porak perandakan kamu dan keluarga kamu? Point inilah sebenarnya yang aku tak boleh terima dan inilah yang paling aku "terasa". Syak wasangka kamu melampau-lampau! Kamu fikir kamu jaga 'perkara tentang aku', perkara apalah sangat? Adakah kamu tau setakat mana pulak pengetahuan aku tentang kamu, keluarga kamu dan adik kamu? Ada aku acah-acah untuk menceritakan kepada orang lain? Sebenarnya, kamu bersangka aku tak tau apa-apa, tapi percayalah jika cerita tu pernah keluar dari mulut kamu (tak kiralah pada sesiapa pun kamu pernah bercerita), ia akan sampai jugak ke telinga aku. Bezanya cepat atau lambat saja. Jadi tak perlulah nak kata kamu tau tentang aku @ rahsia aku, kerana aku takde rahsia apa pun dengan kamu. Kalau perkara yang dipanggil "rahsia" itu aku kongsikan dah tentulah ia bukan rahsia lagi sebab ada orang dah tau. 



Tengok, betul tak aku kata kamu syak aku yang bukan-bukan? Aku nak rosakkan kebahgiaan rumahtangga kamu buat apa? Tak malukah kamu panggil aku sahabat tapi dalam masa yang sama hati begitu kuat berburuk sangka dan tuduh aku yang bukan-bukan? Aku memang pernah tak bertegur sapa dengan kamu untuk satu tempoh yang panjang satu masa dulu kerana "terasa" dengan sikap kamu tapi tak pernah pun aku menaruh syak yang bukan-bukan terhadap kamu. Sedangkan lidah lagi tergigit, aku anggap waktu tu kita gaduh pun macam gaduh adik beradik saja. Tapi bila kamu syak aku macam tu, itu bukan ibarat gigit lidah lagi. Tu dah macam ambil pisau dan tikam aku terus. 

Aku tak faham kenapa kamu nak melibatkan "ayahanda" kat sini? Adakah kamu tahu jika aku mahu dah lama aku ceritakan satu per satu tentang kamu padanya? Apa yang kamu buat, apa yang kamu syak pada aku, dan macam-macam lagi lah. Tapi aku tak nak serabutkan dia dengan hal-hal macam ni. Macam budak-budaklah pulak, sikit-sikit nak report. 

Masalah dengan kamu ialah kamu fikir aku tak tau apa yang kamu dah buat, apa yang kamu dah cakap dan kamu syak aku macam-macam. Kalau kamu aku anggap macam adik-beradik yang berpangkat abang dah tentulah isteri kamu aku anggap macam kakak dan anak-anak kamu adalah anak buah aku. Tergamakkah aku nak buat benda-benda tak elok pada mereka hanya kerana aku marahkah kamu? Kamu fikirlah sendiri.  

Jangan lupa, aku jugak tahu yang kamu palsukan maklumat peribadi aku untuk mendapatkan kepala komputer bagi lesen kewangan syarikat kamu. Ada kamu tanya aku terlebih dahulu sebelum buat kerja macam ni?




Bila pulak aku ada Ijazah Kejuruteraan Elektrik? Dan pulak bila kamu sambung belajar sampai dapat Ijazah Sains Komputer? Akaun KWSP aku pun kamu main letak aje.

Ada kamu fikir akibat daripada perbuatan ni sekiranya pihak yang berkenaan dapat tau? Akibat kepada aku? Kerjaya aku? Bab kamu nak palsukan sijil kamu aku tak kisah, tapi janganlah melibatkan aku. Kamu manipulasikan maklumat peribadi aku untuk kepentingan kamu sendiri.

Aku terpaksa ambil tindakan untuk keluarkan nama aku daripada syarikat kamu. Tapi percayalah, itupun aku telah mohon jasa baik mereka daripada kementerian kewangan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kamu kerana memalsukan maklumat peribadi aku kepada kerajaan. Kamu mesti tak tahu betapa seriusnya kesalahan ni, bukan? Daripada kereta polis datang ke rumah kamu, kamu cuma dapat surat tunjuk sebab dan salinan aduan aku saja. Mana yang kamu nak? Kamu masih fikir aku nak jatuhkan kamu?

Kalaulah berlaku kecelakaan dalam tender/projek kerajaan yang kamu berjaya dapat, siapa nak jawab? Menipu sebuah jabatan kerajaan/kementerian bukanlah sekecil menipu kawan-kawan. Menipu kawan-kawan, paling kuat pun kawan lari. Tapi yang ni macam mana? Takut tak cukup tanah mau lari pulak nanti.  

Satu perkara kamu kena faham, aku diam bukan bermakna aku tak tahu dan aku tak ambil tau. Perkara-perkara yang melibatkan aku, semuanya wajib aku ambil tau sama ada kamu perasan atau tak. Dan satu lagi, tak payahlah kamu nak syak yang bukan-bukan terhadap aku. Kalau aku nak buat semua yang kamu syak tu, tentu saja dah lama aku buat dan kamu takkan dapat hidu pun. 

Ubahlah persepsi kamu tu. Bila orang lain syak kamu, kamu marah. Aku ni yang kamu suka-suka syak, apa pulak yang patut aku rasa? Kamu panggil aku pendendam lagi ada la....



25 December 2012

Ramalan

Seorang ustaz (dia tak pernah mengaku dirinya ustaz) pernah memberitahu tentang penghujung 2012 akan ada musibah, bukan seperti yang digembar-gemburkan barat tetapi lebih kepada bencana alam yang luarbiasa di negara ini. 

Gambar dari facebook

Hari ni terbukti bahawa kata-katanya tepat. Kuantan dinaiki air, sekaligus melumpuhkan satu bandar tu. Terengganu dan Kelantan pun sama. Semuanya telah dilanda banjir. Cuaca hari ni mendung daripada pagi sampai ke malam, seperti menandakan ini semua belum berakhir malah mungkin satu permulaan.

Bukanlah aku nak kata ustaz tu mempunyai kuasa luarbiasa kerana ramalannya yang tepat, tetapi mungkin Tuhan telah anugerahkannya ilmu yang orang lain tak tahu jadi dia cuma sampaikan saja. Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dikatakan akan mengalami banjir yang besar. Negeri lain seperti Johor dan beberapa daerah lagi akan turut terlibat. 

Itu belum masuk bab politik lagi yang aku rasakan tak perlu diceritakan dulu buat masa ni. 

Apa pun, semoga semuanya berjaga-jaga diwaktu yang sukar ini dan semoga Tuhan memberikan keselamatan kepada kita.



24 December 2012

Hati-hati


Hati-hati apabila secara tiba-tiba didatangi mimpi berupa seorang tua yang mengajarkan ayat-ayat al-quran dan tak lama kemudian mampu menjadi perawat hasil daripada bimbingan mimpi tersebut. 

Ini kerana ada segolongan jin suka tengok manusia beribadat kerananya. Bila nampak manusia yang rajin solat, sedekah dan baik hati, mulalah si jin ni akan datang mendekati. Kelazimannya adalah melalui mimpi.

Dari situ, si jin akan mengajarkan manusia ni cara-cara berubat dengan menggunakan ayat-ayat al-quran dan ramuan-ramuan tradisional yang lain. Bermula dari dalam mimpi hinggalah dia hadir apabila diseru. Pantang larang utamanya ialah tak boleh meninggalkan solat. Disamping itu diselit juga beberapa pantang-larang lain yang tanpa disedari itu adalah arahan jin.

Sekilas pandang memanglah baik. Jin menolong manusia untuk menjadi perawat, supaya manusia tu boleh menolong manusia lain dan membuat kebajikan. Tapi dimana keikhlasan amalan-amalan yang baik tadi jika dilakukan kerana takut hilang kemampuan untuk merawat? 

Secara tak langsung, kebergantungan kepada Tuhan telah hilang perlahan-lahan dan manusia telah dikaburi oleh jin sekali lagi dengan cara yang sangat halus. 

Ingatlah, dalam keadaan apa sekali pun darjat seorang manusia itu lebih tinggi daripada makhluk lain. Siapa yang israk dan mikraj? Siapa yang mampu melihat azab dan siksa kubur? Siapa yang mampu berkata-kata dengan roh dan banyak lain? Jin tak mampu lakukan itu semua. Tetapi manusia mampu. Ilmu manusia tak terbatas dengan izin Allah.

Jangan sesekali biarkan golongan jin merendahkan martabat seorang insan dengan berkahwin dengan bangsa mereka, minta pertolongan daripada mereka dengan cara akur pada syarat yang mereka tetapkan.

Krismas

Diambil daripada facebook, sekadar hiasan

Kenapa haram untuk mengucapkan suatu ucapan yang boleh menyenangkan orang yang mendengarnya.

Jika seseorang meniru perbuatan Rasulallah SAW yang memberi makan kepada seorang yahudi tua pada zaman ni pasti saja akan dilabelkan sesat. Hidup jangan bertuhankan agama, tetapi bertuhankanlah Tuhan.

Terpulang kepada diri masing-masing. Pokoknya biarlah faham Islam, jangan sekadar mengikut orang lain semata-mata. Kalau tanya pak wahabi, tentu saja haram kerana mereka tak jumpa nas yang mengatakan Rasulallah SAW pernah mengucapkan selamat hari natal kepada penganut agama kristian. Sedangkan akhlak Rasulallah SAW bukan sekadar percakapan, malah termasuk perbuatan, diam dan senyum baginda. 


Ikhlas

Manusia cenderung untuk menghukum daripada apa yang mereka lihat. Aku sendiri kerap kali tersasul. Menghukum orang berdasarkan apa yang kita nampak dan rasa semata-mata adalah sama seperti syak wasangka jugak. 

Seorang sahabat telah menyedarkan aku tentang perkara ni. Walaupun pada mulanya langsung tak pernah terlintas difikiran aku bahawa apa yang aku fikir selama ni jauh meleset. 

Sebagai contoh, apa perasaan kita apabila didatangi peminta sedekah waktu tengah menjamah makanan? Adakah kita beri dengan ikhlas atau kita beri sebab segan dengan orang sekililing atau kita berikan wang agar si peminta sedekah cepat-cepat beredar dari situ?

Begitulah susahnya untuk menghadirkan 'ikhlas' dalam diri ini. Aku pernah terangkan maksud perkataan ikhlas sebelum ni tapi ada yang komen tak patut. Tak kisahlah, tu pendapat masing-masing. Secara amnya ikhlas adalah memberi/melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan apa pun.

Jadi, dimanakah ikhlas kita jika kita masih mengharapkan balasan syurga, pahala, rezeki yang banyak dan kesenangan?

Kita masih di makam orang awam....

Dan kepada sahabat yang mulia itu, terima kasih kerana mengajarkan aku sekelumit ilmu seperti ni. 

17 December 2012

Panah Arjuna

Ada di antara pembaca blog yang suka mengamalkan jampi serapah/mantera yang berlegar-legar dalam internet ni. Berdasarkan statistik blog ni, ramai pembaca lebih cenderung membaca kisah-kisah mistik dan misteri. Sudah tentulah jampi serapah/mentera yang berkaitan dengan ilmu pengasih menduduki ranking tertinggi. 

Salah satu mantera pengasih yang paling terkenal ialah Panah Arjuna. Ada orang menyebutnya Panah Ranjuna. Ilmu ni dikatakan paling berkesan untuk membuatkan seseorang kasih kepada kita. 

Mungkin terdapat beberapa versi jampi serapah/mantera ilmu ni tetapi ia tetap sama. Menyeru sejenis jin untuk membuatkan orang yang dituju teringat-ingatkan si pengamalnya. Ia umpama panah-panah ghaib yang menyucuk perasaan orang yang dituju agar sentiasa teringat dan terfikir tentang orang yang 'menuju'.

Arjuna pula mungkin merupakan nama seorang lelaki. Mungkin pengasas ilmu ni, dewa, jin atau yang seangkatan dengannya yang dipuja untuk membantu.

Bagi mereka yang berkemampuan untuk melihat menembusi alam ghaib tentu saja dapat melihat kelibat jin-jin ini bekerja apabila diseru. Kalau hantu raya digambarkan sebagai satu makhluk besar dan berbulu seperti gorila, jin-jin yang datang apabila diseru mentera Panah Arjuna ni bolehlah digambarkan seperti monyet/beruk yang memegang panah, seperti anak panah cupid yang pernah kita lihat dapat tv tu. 

Jin yang datang bukanlah secomel budak ni, tapi berbulu dan mirip beruk

Mungkin seperti inilah panahnya
Walaupun perkataan dalam mantera Panah Arjuna jika dilihat dari segi bahasa mungkin tiada masalahnya disisi agama, tapi pengamal perlu tahu siapa yang diseru. Siapa Arjuna yang disebut-sebut tu. Jin kafir pun ada yang bernama Syeikh Abdul Qadir Jailani. Soalnya SAQJ mana yang datang bila diseru? Begitu juga dengan Arjuna ni. Arjuna yang mana satu? Yang hensem atau yang berbulu?

Bila seseorang lelaki mengenakan ilmu ni pada seorang wanita dan wanita tersebut berubat, ingat boleh lepas tangan macam tu saja? Jika si perawat jenis kasar, bengis dan kurang berperikemanusiaan (berperike'jin'an), jangan fikir si pengamal boleh selamat. Dah tentu jin-jin ni tadi akan balik semula kepada si pengamal. Waktu tu, sendiri tanggunglah akibatnya. 

Senang cerita, ilmu-ilmu yang tak diketahui asal-usulnya, dan tiada wasilahnnya, tak payahlah amalkan. Banyak buruk daripada baik. 




15 December 2012

Wasangka

Hanya kerana aku selalu bercerita tentang sihir, perkara-perkara mistik, hal-hal yang berkaitan dengan jin dan sebagainya, ada pulak member yang risau aku mungkin akan apa-apakan dia dan keluarganya bila berlaga angin.

Macam ni punya member pun ada? 

Apa guna berkawan jika syak wasangka@buruk sangka masih menebal?

Pergi jahanamlah...

11 December 2012

Misteri Lebuhraya Karak

Ramai yang bercerita tentang misteri lebuhraya ini. Seringkali ia dikaitkan dengan kejadian-kejadian aneh hingga mengakibatkan penggunanya menghadapi kecelakaan. Mungkin benar, mungkin tidak.

Aku bercerita daripada sudut pengalaman dan pengetahuan aku.

Sejak dapat lesen P, aku telah menjadi pengguna tegar lebuhraya ni. Begitu juga dengan jalan lama Gombak-Bentong. Pukul berapa pun aku pernah lalui jalan ni. Memang menyeramkan, memang mempunyai misteri yang tersendiri. Namun, Lebuhraya Karak bukanlah satu laluan yang menyeramkan pada aku. Cuma keadaannya yang gelap kerana kiri dan kanannya hutan tebal selain tiada lampu jalan.

Ada yang bercerita tentang sebuah Volkswagen kuning yang kononnya menggangu pengguna-pengguna lebuhraya ni. Terus terang aku nafikan kerana penduduk di Bentong ni pun tak pernah jumpa. Baik pemandu bas, pemandu lori malah aku sendiri pun tak pernah nampak kelibat kereta ni.

Mungkin seperti ini kereta yang dikatakan
Lebuhraya Karak yang sedia ada dibina di atas jalan asal yang telah terbina sejak sekian lama. Terdapat dua laluan untuk ke Kuala Lumpur dari Bentong, iaitu melalui lebuhraya ni ataupun jalan lama. Laluan jalan lama tidak melalui terowong kerana ia dibina sejak sebelum zaman Jepun lagi. Menurut seorang tua yang pernah aku temui, terowong tu sengaja dibina oleh British agar mudah untuk memutuskan hubungan dengan Kuala Lumpur sekiranya Jepun datang semula. Walaupun ada alternatif jalan lama, tetapi lebih kurang 2km dari terowong, terdapat satu jambantan besi lebih kurang 80 meter yang dibina betul-betul di cerun bukit.

Inilah jambatan yang dimaksudkan

 Kedua-dua laluan ni boleh diputuskan menggunakan bom. Itu tujuannya.

Terowong Lebuhraya Karak pada zaman dulu
Pembukaan secara rasmi pada tahun 1978
Asalnya ialah dua hala satu lorong saja
Inilah salah satu pemandangan Lebuhraya Karak pada tahun 1978

Sejak ia mula dibina, sekitar tahun 1970an kalau tak silap, berbagai kisah misteri menjadi buah mulut. Laluan yang penuh liku dan selekoh serta berbukit menjadikan ia berisiko tingggi untuk mengakibatkan kemalangan. Sewaktu dibuka, laluannya cuma satu lorong ke Kuala Lumpur dan satu lorong ke Bentong. Ternyata lebuhraya ni memakan banyak nyawa. Dari jumlah kecelakaan yang meningkat inilah cerita-cerita misteri ni timbul.

Jalan lama Gombak-Bentong
Pada waktu siang, pemandangan di Jalan Lama Gombak-Bentong memang sangat menarik dan langsung tak membosankan. Pokok-pokok merimbun disepanjang jalan selain keadaan jalanrayanya yang elok, tak seperti sesetengah jalan lama di tempat-tempat lain. 

Namun pada waktu malam, ia bertukar menjadi suasana yang agak menyeramkan juga. 

Sepanjang aku memandu di kedua-dua laluan (Jalan Lama dan juga Lebuhraya Karak) aku tak pernah terjumpa apa-apa yang mereka katakan. Malah, aku tak pernah juga terserempak dengan makhluk yang menjadi buah mulut orang ramai. 

Mungkinkah ini yang dimaksudkan?

Pernah sekali saja makhluk ni mengganggu aku. Waktu tu jam 11.30 malam, hujan renyai-renyai. Aku sedang dalma perjanalan ke Genting Sempah untuk aktiviti minum dan bersembang bersama member-member. Selalunya aku tak pernah berasa apa-apa pun waktu memandu di sepanjang laluan ni. Hanya malam tu saja perasaan aku berlainan sikit. Seram sejuk. Fikiran asyik memikirkan tentang perempuan berambut panjang duduk di tempat duduk belakang. Banyak kali juga aku pandang ke arah cermin pandang belakang tu, tapi tak nampak apa-apa pun. Kelam saja.

Hantu Wanita itu Menindihku Sebelum Kabur
Lebih kurang mcm ni lah yang aku bayangkan
Makin dicuba fikrikan benda lain, makin bertubi-tubi perasaan seram sejuk menyerang aku. Aku cuba mengawal untuk tidak memandu laju kerana keadaan jalan yang licin. Lagi pun nak lari ke mana kalau 'benda' tu kejar? Sedang aku memandu, terasa benang-benang halus menerjah ke muka seperti rambut. Aku tak pedulikan pun. Dalam hati betapa aku menyumpah perkara seperti tu berlaku. Tiba-tiba, terasa bahu kanan aku dicuit kasar dari arah belakang. Aku sangat pasti ia bukan perasaan tapi kenyataan. Ah, pedulikan jalan basah. Terus aku pecut meninggalkan kawasan tu.

Waktu balik, aku ikut hiway saja. Mungkin sebab dah lama tak ikut jalan lama tu maka perasaan 'cuak' tu kembali ada. Biasanya kalau dapat lawan perasaan tu, memang tiada kejadian-kejadian pelik berlaku.

Ini yang paling ketara. Sebelum-sebelum ni hanya gnagguan seperti berdebar, demam dan sakit-sakit badan saja. Salah aku juga, berhenti merata-rata tak bertabik-tabik, kata orang tua. 

Itulah pengalaman aku sejak menjadi pengguna tegar laluan berkenaan sejak 1999. Orang lain mungkin ada pengalaman mereka sendiri. 


06 December 2012

Anak-anak

Kepada ibubapa yang suka marah pada anak kononnya untuk mendidik, ingatlah darjat anak kita tu lebih tinggi daripada kita...

Kerana....

Mereka tu ahli syurga...

Kita..?

Nabi SAW pun tak pernah memarahi Hassan & Hussein ketika mereka bermain-main sewaktu baginda sedang solat...

05 December 2012

Disember

Dalam blog, aku tak suka bercerita tentang kisah peribadi aku. Kisah aku bukan untuk tatapan umum. Aku lebih suka berkongsi tentang apa yang aku lihat dan pendapat aku. Cuma mungkin ada entry aku secara tak sengaja tercerita tentang kisah-kisah peribadi. Itu tak boleh elak. Ada tujuan dan sebabnya jadi begitu.

Bulan Disember ni hampir setiap hari hujan. Baru-baru ni aku terima satu berita yang menyedihkan bahawa seorang member sekolah dulu telah kehilangan adiknya dalam kemalangan di Lebuhraya Karak. Sebenarnya, pemandangan memandu waktu malam dalam keadaan hujan adalah amat mengerikan di hiway ni. Ia adalah satu laluan kejam yang boleh memisahkan nyawa dari jasad jika sudah sampai masanya. 


Ceritanya agak tragis. Adiknya masih lagi menuntut di IPT, membonceng motor bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke Bentong. Tiba-tiba terdapat pokok tumbang dan menutup sebahagian jalan. Mungkin dia tak nampak, lalu terus melanggarnya. Cedera parah di badan dan muka. Meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya kritikal waktu dimasukkan ke Hospital Temerloh. 

Jika pihak yang berwajib peka, tentu saja pokok-pokok yang berisiko di tepi laluan lebuhraya ni ditebang. Laluan Bentong-Kuala Lumpur telah memakan banyak korban. Beberapa minggu sebelum tu sebuah lori membawa muatan besi buruk terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah Myvi. Aku agak lori tu mungkin mengalami masalah brek. Biasalah, kenderaan lama. Pemandu pula kurang peka. 

Tak berapa lama selepas tu sebuah kereta terbabas di hujung bandar Bentong. Juga melibatkan kematian. Ada juga orang berpendapat ada baiknya kemera AES dipasang. Aku pula berfikiran sebaliknya. Siapa yang pentingkan keselamatan jalanraya orang lain melainkan keuntungan semata-mata?

Nak kata apa pun katalah, negara kita telah menjadi lubuk rezeki buat mereka yang pandai mengambil kesempatan dan memanipulasikan keadaan. Apa lagi buat mereka yang bijak menipu.

Berbalik pada kisah kemalangan tadi, penghujung tahun ini sebenarnya diramal akan berlaku satu malapetaka, bencana alam, ataupun huru-hara. Ini cuma ramalan oleh mereka yang lebih mengetahui. Aku cuma sampaikan apa yang disampaikan kepada aku. Entahkan betul, entahkan tidak. Tak salah jika berjaga-jaga. Ada yang meramalkan bakal berlakunya satu lagi tsunami. Ada juga meramalkan keadaan politik negara yang semakin kelam-kabut. 

Jika dilihat, keadaan cuaca juga tak menentu. Kerap kali berlakunya banjir. Hujan turun hampir setiap hari. Bagi pengguna jalanraya, risiko berlaku kemalangan adalah lebih tinggi dalam keadaan hujan. Bukan semua pemandu peka dengan keadaan kenderaan mereka dan keadaan jalanraya yang licin. Kebanyakan pemandu hanya tahu bawa kereta dan tak ambil pusing sangat tentang perkara-perkara lain. 

Kemalangan berlaku kadang-kala bukan kerana kecuaian kita. Tetapi boleh jadi keadaan jalan, nasib yang kurang baik dan juga salah orang lain. Apa pun setiap pemandu perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. Pemanduan bukanlah tentang kenderaan yang kita pandu saja. Ia melibatkan kepekaan kita tentang apa yang berlaku disekeliling, menafsir tentang corak pemanduan pemandu lain, mengadaptasi corak jalanraya, keadaan cuaca dan jalan serta menjangka perkara yang tak dijangka. Ia adalah satu kerja yang berat sebenarnya jika kita faham. Minda perlu sentiasa berfikir dan bersedia. 

Satu saat dalam kelalaian boleh membezakan antara gembira dan sengsara. 










28 November 2012

Penjelasan

Ketahuilah sebenarnya aku memang tak sampai hati...

Kerana...

Susah senang kita pernah bersama

Jatuh bangun pun bersama

Gelak tawa suka duka pun bersama

Mengadu nasib sesama kita

Dan banyak lagi yang kita pernah lalui bersama sebagai sahabat

Di suatu sudut hati ni terus mengasak agar aku terus saja ikutkan rasa

Namun di suatu sudut yang lain menyuruh aku bersabar dahulu



Namun kesabaran aku pun ada batasnya

Bila aku bertindak, janganlah pula fikir aku nak jatuhkan kamu

Masa kamu buat sesuatu ada kamu fikir panjang tentang aku?

Bila bab video tu kamu kata aku tak fikir panjang

Habis segala-galanya kamu ungkitkan

Sampaikan dengan mudah kamu melibatkan anak isteri kamu

Kononnya aku tak fikir perasaan anak isteri kamu jika melihat video kamu berkaraoke

Kamu ada fikir tentang perasaan anak isteri aku pula

Atas tindakan kamu jika apa yang kamu lakukan tu kantoi?

Ada kamu fikir kerjaya aku terjejas atau tidak?

Paling penting kamu ada fikir panjangkah?


Aku bukanlah nak berkira dengan kamu, sebab tu aku pejamkan mata

Walaupun aku tau sejak awal lagi apa yang kamu lakukan

Aku diamkan saja kerana memikirkan kamu adalah sahabat aku

Yang aku anggap macam saudara kandung sendiri

Berselisih faham macam mana pun tak pernah terlintas dihati aku untuk jatuhkan kamu

Dan sekali-kali aku tak pernah terfikir pun untuk berbuat begitu


Ingat lagi waktu khabar angin mengatakan kamu menggunakan sihir ke atas jiran sebelah kamu?

Bermatian aku pertahankan kenyataan yang bukan kamu yang lakukan

Akhirnya aku ambil keputusan untuk beritahu kamu apa yang jiran kamu syak

Adakah kamu tau aku putus kawan kerana membela kamu?


Apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah aku faham maksud kamu

Aku mengaku salah sebab tak padamkan video kamu berkaraoke

Yang menurut kamu mengaibkan tu

Cuma aku tak boleh terima bila kamu katakan yang kamu boleh cerita keburukan aku

Dari kepala hingga ke hujung kaki jika kamu mahu

Teruk sangatkah aku pada pandangan kamu?

Apa pun, aku cuma nak kamu tahu

Tindakan yang aku ambil hanyalah untuk tidak lagi mengaitkan nama aku

Dengan perniagaan kamu

Supaya kamu tak perlu bimbang

Tak perlu syak wasangka lagi


Jika aku mahu lakukan lebih daripada itu, tentu sudah aku lakukan

Tapi aku masih berhati perut

Masih mempunyai sifat belas

Masih memikirkan kamu dan keluarga kamu

Dan yang paling utama, aku bukan nak jatuhkan kamu

Semoga kamu beringat, dalam persahabatan memang kadang-kala kita terlupa

Terlepas pandang, terlalai dan kurang sensitif

Tentang pandangan dan perasaan orang lain

Termasuk aku dan kamu

Tak bolehkah sama-sama tolak ansur sikit?


Bab video kamu

Dah 3-4 tahun berlalu

Minta maaf, aku memang terlupa sungguh

Tapi jika kamu ingatkan aku supaya remove 

Sebelum bercerita kepada orang lain

Tentu saja aku remove

Ataupun kamu report saja je youtube agar video tu disekat

Tapi tidak

Kamu bertambah emosi bila si batu api memasukkan jarum


Sebenarnya

Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dimeja rundingan

Tapi bukanlah dimeja kedai kopi sambil mendengar nasihat daripada sang batu api

Aku kenal kamu lebih lama daripada kamu kenal mana-mana batu api di sini

Ada kamu pertimbangkan itu?


Aku tak kisah kamu nak anggap si batu api tu sebagai otai atau sifu

Itu hak kamu

Namun sebagai sahabat aku berasa berhutang sebuah penjelasan dengan kamu

Dan aku menjelaskan di sini saja

Kerana mungkin tiada medium lain yang sesuai buat masa ni

Apa yang aku buat tak boleh diundurkan lagi

Dan ia adalah muktamad

Semoga kamu memahami dengan hati yang terbuka

Bukan dengan penuh dendam kesumat 

Yang berselindung disebalik kata-kata rendah diri

































25 November 2012

Member punya pasal

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku pada sukan bernama 'karaoke' ini ialah Eddy.


Gambar waktu dia botak memang macam gengster. Mungkin itu imej dia waktu jadi senior kat UiTM Segamat sebelum berpindah ke Shah Alam. Gambar ni diambil (kalau tak silap aku) pada semester pertama pengajian. Kiranya waktu ni baru jugak le kenal. Mungkin sebab kami supersenior dalam kelas, jadi mudah la rapat.

Waktu bujang dulu, aku berulang-alik dari KL ke Bentong tiap-tiap hari kerana kerja. Biasanya bila esoknya hari cuti (Jumaat esoknya Sabtu), aku akan singgah di rumah Eddy di Pandan Indah. Kami makan malam sama-sama kat kedai tomyam seberang jalan rumah dia. Masa di UiTM pun begitulah (tapi dia lebih suka pergi makan kat Seksyen 2, sebab ramai awek katanya).

Di rumah si Eddy ni takde apa yang menarik sangat pun. Dia menyewa dengan 2 orang lagi. Bila aku datang, aku akan lepak di bilik dia yang sebesar 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar tu (saja cakap, tapi taklah sekecil tu). Bila dah bosan, dia akan ajak aku pergi karaoke. Waktu tu aku baru kerja. Kami tak pergi ke pusat karaoke pun. Cuma layan karaoke "jamban" saja. Aku takut-takut juga nak nyanyi pasal suara memang tak best. Bilik karaoke jamban tu muat-muat 2 orang saja. Penyudahnya, aku tukang pilih lagu dan si Eddy ni tukang nyanyi.

Suara dia memang sedap terutama bila nyayni lagu-lagu rock kumpulan May, Search dan lain-lain lagi. Dia boleh "tarik" kaw-kaw. Ada satu hari tu dia punya tarik sampai orang tengah main snooker kat luar bilik pun padang kat kitaorang. Tak pastilah aku pandangan tu pandangan respek atau bengang. Satu lagu singgit je, cukup sepuluh lagu dia semput kejap. Nak tak nak aku kena la nyanyi. Lagu yang aku pilih apa lagi, tentu la lagu-lagu Indon pasal nadanya rileks. Tak perlu tarik-tarik. Rupanya karaoke ni seronok. Boleh hilangkan stress dan lupakan sekejap masalah yang melanda. 

Bermula pada hari tu, aku selalu layan karaoke jamban dengan dia. Ada masa, aku rakam waktu dia nyanyi. Bukan untuk mengaibkan, tetapi sebagai kenangan di masa akan datang. Lepas dia bekerja di Johor, kami dah jarang jumpa. Tapi bila dia turun KL, pasti kami akan karaoke bersama. Dan aku pasti akan rakam lagi.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kadang-kadang aku ada juga pergi karaoke dengan member-member yang lain. Member ditempat kerja pun kaki karaoke, aku ikut saja. Dan aku masih rakam. Niat aku tetap sama, bukan untuk memalukan sesiapa tapi mungkin ada yang dah terasa. Jadi aku mintak maaflah.

Waktu tu facebook belum wujud lagi dan cara termudah untuk share video adalah melalui youtube. Dan aku uploadkan di sana. Ya, untuk tatapan semua sahabat, rakan dan kawan. Tapi bukan sekali-kali niat aku untuk memalukan sesiapa. Aku akui, dalam seronok upload video tu ada seorang member yang kurang senang aku upload videonya. Dia pernah suruh aku keluarkan/padamkan saja namun aku berseloroh mengatakan tak mengapa. Ini untuk suka-suka. Sampai bertahun video tu berada dalam youtube, aku tak padam-padamkan juga. Silap aku. Bab ni aku tak sensitif. Memang video tu agak mengaibkan kerana cara dia menyanyi, pada aku, memang lucu. Aku mintak maaf. Nasib baik laptop ni masih ingat password akaun youtube tu, aku sendiri pun dah lupa. 

Namun, janganlah label aku sebagai seorang yang suka buka aib orang lain. Adakah aku jenis yang langsung tak berfikir panjang, yang kerjanya hanya membuka pekung kawan-kawan? Dalam kita berseronok, kadang-kala kita pun terlupa. Manusia memang tak lari daripada sifat lalai. Samalah aku. Aku leka dalam menjaga sensitiviti kawan-kawan.

Kali terakhir aku berkaraoke, baru saja nak update status dah ada yang sound untuk padamkan rakaman. Mula-mula aku tak fikir apa pun, tapi rupanya dia betul-betul maksudkan. Mungkin ingat aku tengah rakam aksinya sebab aku memang suka merakam. Walaubagaimana pun waktu tu memang aku hanya update status saja. Rakam dan upload video berkaraoke tu dah lama aku tinggalkan sejak adanya facebook. Malah akaun youtube aku sendiri pun tak terusik sejak sekian lama. 

Selain daripada video yang member aku suruh padamkan tu, apa lagi video yang mengaibkan? Jika aku memang jenis tak fikir tentang orang lain, dah tentulah semua video dalam tu tujuannya untuk memalukan orang saja. 

Niat aku sebenar-benarnya adalah supaya kenangan tu dapat diabadikan dan sama-sama dapat kongsi sebab tu aku uploadkan dalam youtube. Cuma ada 2-3 video yang kelihatannya seperti aku saja nak jatuhkan air muka member hanya kerana merakam cara nyanyiannya. Manalah aku tau dia saja-saja buat gaya tu atau betul-betul tu memang gaya dia nyanyi.

Jadi kenapa aku letak gambar si Eddy dalam entry ni?

Sebabnya aku dengan dia dah lama kenal. Kami tak sependapat dalam banyak hal. Paling utama, dia sokong umno, aku tolak umno. Cara dia dalam bergaulan lebih sopan, aku pulak redah aje. Dalam kelas waktu pembentangan, dia hentam aku dan aku hentam dia. Sampai melalut-lalut isunya. Waktu semester 5 dia pernah buat lawak yang dia kena langgar dan masuk hospital. Aku pun terkejut dapat panggilan tu terus pergi hospital. Rupanya dia main-main. Satu semester kami tak bertegur sapa. Tapi sekarang masih tetap kawan. Adakah tergamak aku nak memalukan dan mengaibkan member seperti ni yang susah senang, jatuh bangun sama-sama malah tido pun kongsi bantal & tilam? Belum lagi rasanya. Dan begitu juga dengan member-member yang lain. Walaupun tak pernah tido berkongsikan bantal & tilam, aku bukan jenis macam tu. Cuma mungkin cara aku kadang-kala tak kena membuatkan rasa prejudis dan salah sangka menyerang.

Jadi kepada mana-mana member yang terasa hati dengan aku, aku mintak maaflah. Video dah pun aku padamkan. Orang lain yang dok cucuk jarum, mengutuk dan mengata tu sudah-sudahlah. Tengok cermin, dan lihat diri sendiri dulu. Ukur dan sukatlah mana-mana yang patut tu. Mulut memang kencang bercakap waktu otak kat kepala lutut. Dulu sekolah tak nak belajar betul-betul. Kamu pun kenal tak lama, tak baik cucuk jarum ni. Sebetulnya kamu bantu bagi jalan penyelesaian, bukan jalan pergi jahanam. 

Lepas ni aku akan lebih berhati-hati dan sensitif waktu berhadapan dengan kawan-kawan. Semoga tidak ada yang terasa hati lagi.





* Amacam suara, ada power? Kalaulah tujuan aku mmg untuk membuka pekung, adakah aku akan ambil & upload video mcm ni? Ni semua kenangan beb, kenangan....yg takde jual kat mana-mana...







21 November 2012

Jangan Pertikaikan

Perhatian satu dunia sedang tertumpu ke Gaza sekarang. 

Seluruh umat Islam tak kira apa pun tingkatan iman, pasti bersimpati dengan nasib saudara di sana. 

Boikot terus dijalankan....sasarannya adalah McD. Untuk mereka yang masih bodoh lagi, boikot ini bukan bertujuan untuk menutup restoran McD ataupun membuatkan mereka rugi besar. Tapi apa yang ingin disampaikan ialah mesej yang jelas bahawa kita tidak berkompromi dengan sebarang syarikat yang membantu secara langsung atau tidak langsung tentera Zionis. McD Malaysia adalah anak syarikat McD Corporation yang berpengkalan di US. Dalam sistem francais, dah tentu McD Malaysia perlu membayar kepada McD Coporation di US. Dan kita sendiri boleh google ke manakah sebahagian wang tersebut akan disalurkan.

Terpulang kepada diri masing-masing sama ada nak boikot ataupun tidak. Sekarang bukan masanya untuk bertekak soal halal atau haram. Ia soal maruah! Saudara mara kita sedang dibunuh di sana, kita pula sedap-sedap makan makanan yang dijual oleh syarikat yang menyumbangkan dana kepasa si pembunuh. Kalau tiada rasa hati perut, teruskan saja memakannya. Jangan pertikaikan mereka yang memboikot. 



Aku yakin, sebahagian umat Islam tidak berdiam diri. Mungkin ada yang menunggu isyarat sahaja untuk membantu. Ada juga yang telah membantu apa yang termampu dari segi wang ringgit, keperluan harian, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya. 

Tak mustahil serangan balas oleh umat Islam berlaku dari pelbagai sudut. Sejarah peperangan besar umat Islam memang melibatkan kekuatan rohani dan fizikal. Bala tentera yang terdiri daripada manusia dan juga jin serta malaikat. Perang salib yang melibatkan Panglima Salehuddin yang terkenal itu bukan setakat kekuatan tentera saja, malah rohaninya juga mantap. Marilah sama-sama kita berdoa untuk kemenangan dan keselamatan saudara kita di sana.

Info Mengenai Tentera Panji-Panji Hitam

04 October 2012

Sistem Perbankan Islam

Terbaca satu blog tulisan orang terkenal mengenai perbankan Islam. Aku tak berniat nak ulas panjang lebar cuma penulis menekankan sistem perbankan Islam adalah mengikut hukum syarak. Dan aku tak berpendapat sedemikian. Ini kerana perbankan Islam lebih membebankan berbanding perbankan konvensional. Berikut aku huraikan hujah aku dan hujah penulis.

Pendapat penulis:

Kadar faedah/interest pinjaman perumahan bank konvensional lebih tinggi, 6.75% + BLR sedangkan faedah perbankan Islam statik 7.6% sehingga tamat tempoh pinjaman, barangkali hingga 25 tahun. 

Pendapat aku:

Perbankan Islam hanya menukar istilah faedah/interest kepada istilah lain yang lebih mesra syarak seperi, keuntungan, hibbah, atau dividen. Faedah adalah riba, dan sejak bila Islam menghalalkan riba? Kambing kalau dipanggil goat, tetap binatang yang sama. 

Pendapat penulis:

Perbankan Islam tidak zalim. Harga yang ditawarkan adalah mengikut kehendak pasaran dan kemampuan bank. Islam menjaga hak pembeli dan penjual dengan adil. Ibarat kalau nak buat PhD kenalah bayar yuran yang tinggi, takkan bayar yuran murah.

Pendapat aku:

Yuran dan sistem perbankan tidak sama. Yuran adalah harga 'lump sum' yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Sama ada nak bayar ansuran atau tidak itu soal lain, tapi bila nak beli rumah, wajiblah membuat pinjaman. Islam bukanlah sempit seperti kebanyakan manusia fikir. Riba tetap riba dan hukumnya tetaplah haram sampai kiamat biarpun ia dipanggil dengan nama yang lain. Hak pembeli ialah lebih kepada produk atau perkhidmatan yang dibeli mestilah memenuhi kehendak si pembeli manakala hak penjual adalah mendapat bayaran atas produk atau perkhidmatan yang dijual dan bukannya hak untuk mengenakan riba!

Pendapat penulis:

Jual produk atau perkhidmatan dengan harga dua kali ganda atau 100% keuntungan adalah halal. 

Pendapat aku:

Juallah dengan berapa peratus keuntungan sekali pun, ia tetap halal selagi tidak melibatkan riba.

Pendapat penulis:

Bank-bank Islam juga mempunyai pelabur yang mengharapkan pulangan dan keuntungan untuk maju ke depan. Jadi, jika ditawarkan pinjaman dan dibayar pada harga yang sama, tiadalah untung pada bank-bank tersebut. 

Pendapat aku:

Seperti yang aku katakan tadi, Islam bukanlah sempit seperti yang kebanyakan manusia fikir. Apabila riba diharamkan, ia bukan bermaksud untuk menghalang umat Islam daripada mengaut keuntungan. Ada bermacam cara untuk membuat keuntungan dan riba bukanlah salah satu daripadanya. 

Pendapat penulis:

Kepentingan dan kebajikan bank perlu dijaga dalam memberikan pinjaman, justeru itu, kadar faedah tak semestinya lebih murah daripada sistem perbankan konvensional. 

Pendapat aku:

Sekali lagi aku tekankan, riba tetap haram dan bukan satu alasan untuk mengaut keuntungan dan kebajikan. 

.....dan banyak lagi pendapat penulis yang diulas panjang lebar. Tapi isinya tetap berkaitan dengan hujah-hujah yang menjurus ke arah perlunya riba. 

Bayangkan begini...

Jika membuat pinjaman kenderaan dengan bank konvensional seperti RM50,000 untuk tempoh 7 tahun dengan faedah 4.0% setahun maka jelaslah kita akan faedahnya. Jumlah keseluruhan perlu dibayar adalah RM64,000. Tapi jika selepas 2 tahun, peminjam ingin melunaskan pinjaman, maka faedah untuk tahun-tahun akan datang tidak akan dikira. Dan dia akan bayar kurang daripada RM64,000.

Tetapi jika dalam perbankan Islam, mereka membeli kenderaan yang sama dan menjual dengan harga siap termasuk faedah lalu di'akad' kan. Katakan harga kenderaan RM50,000 dan selepas akad mereka jual semula dengan harga RM70,000. Selepas 2 tahun peminjam hendak melunaskan pinjaman, apa mereka akan buat? Mereka kata mereka tidak mengenakan faedah. Jadi berapa peminjam tadi harus bayar? Tetaplah RM70,000 juga. Dan untuk mengambil hati pelanggan, mereka mungkin memberikan rebat yang yang seberapa. Pokoknya, ia tetap lebih mahal daripada sistem konvensional. Jadi dimanakah Islamiknya di sini?

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

2:275 

Jadi, selagi aku belum jumpa hadis atau ayat Quran yang menghalalkan faedah, maka pendirian aku tetap mengatakan bahawa sistem perbankan Islam negara kita lebih kejam daripada sistem perbankan konvensional. 

Kalaulah sistem perbankan Islam dilakukan tanpa riba, apakah bank-bank lain akan berdiam diri? Ia adalah satu sistem kewangan kapitalis yang direkacipta oleh yahudi yang diIslamkan saja. Jika sistem kewangan Islam sudah tentulah kita tidak akan mengikut nilai matawang. Ia akan bersandarkan pada emas kerana 1g emas di eropah tetaplah juga 1g di asia. Takkanlah jika ditimbang di eropah berbeza jika ditimbang di tempat-tempat lain? Jadi nilai emas tu sebenarnya sama dimata-mata saja, hanya penggunaan sistem matawang yang membuatkan yang kaya terus kaya dan yang miskin kekal miskin. 

Anda tak perlu mempunyai PhD untuk mengetahui yang riba itu haram dan tetap haram walau apa pun gelaran yang diberi. 

26 September 2012

Setanggi, Kemenyan dan Syirik

Majoriti masyarakat memandang serong perbuatan membakar setanggi dan kemenyan. Tak kurang juga yang tanpa berfikir panjang terus menjatuhkan hukum syirik.

Kat mana pulak jatuhnya syirik jika membakar setanggi atau kemenyan?

 

Pendapat yang mengatakan membakar kedua wangian tersebut sebagai memberi makan jin adalah sangat dangkal. Jin tak makan asap ciput macam tu. Baik dia makan tulang KFC, lebih kenyang.

Upacara membakar wangian ini juga sering dikaitkan dengan memanggil jin. Kalau tak bakar setanggi atau kemenyan jin tak nak datang ke? Seru saja, mereka terus sampai. Tak perlu nak bakar-bakar pun.

Aku tetap berpendapat hukum membakar setanggi adalah sunat. Begitu juga dengan kemenyan (selagi niatnya baik). Bukankah malaikat suka pada wangi-wangian?

Ada juga orang kata perbuatan ini mengikut orang India dan orang Cina, maka hukumnya haram. Jika begitu maka umat Islam haram memakai seluar dalam kerana orang kafir suka memakai seluar dalam. Orang Islam harus memikirkan sesuatu yang baru untuk menggantikan seluar dalam. Ok tak?

Syaitan apa yang suka pada benda-benda yang bersih, wangi dan harum? Jika orang Cina atau India pun suka, apa masalahnya? Jika mereka nak bakar setanggi atau kemenyan untuk upacara sembahyang mereka, kenapa nak kaitkan dengan orang Islam? Orang Islam membakar setanggi atau kemenyan bukan untuk mengikut upacara sembahyang seperti mereka.

Nak jatuh syirik tak perlu bakar kemenyan atau setanggi. Cukup merasakan diri ini perlukan sesuatu selain Tuhan. Contoh, perlukan duit untuk hidup senang, perlukan makanan untuk hidup dan lain-lain. 

Mari pergi lebih dalam lagi. Bila mana seseorang yang sakit atau demam, lalu makan panadol kerana menyangka panadol berupaya menyembuhkan penyakitnya maka jatuhlah syirik. Atau, bila perlu jumpa doktor maka sakitnya akan baik. Juga jatuh syirik. Ubat, doktor dan rawatan hanyalah penyebab kepada punca utama penyembuhan iaitu Allah. 

Selagi mana manusia masih berada di makam mubtadi, selagi itulah ia dalam keadaan menyekutukan Tuhannya (syirik). Apa itu mubtadi? Carilah sendiri.....






06 September 2012

Tiada bandingnya

Apa yang ramai isteri tak tahu ialah suami mereka amat memerlukan kasih sayang, kesopanan, kelembutan, ketaatan dan layanan terbaik seorang wanita yang mereka telah berikan mahar suatu masa dulu, bukannya gaji besar, rumah besar, kereta besar, baju cantik, dan apa-apa yang digilai semasa wanita tersebut haram disetubuhi olehnya satu masa dulu.

Layanan baik, sifat lemah-lembut, sopan dan ketaatan seorang wanita kepada suaminya adalah tak ternilai dan tak boleh dicari ganti, tapi duit, kecantikan, kereta, rumah dan lain-lain boleh saja dicari asalkan ada usaha ke arah itu.

Tapi berapa ramai isteri yang macam tu? Zaman sekarang, isteri lebih suka menuntut suami mereka buat macam-macam. Ada yang kata, memasak, membasuh dan mengemas bukanlah tugas seorang isteri. Semua ni berdasarkan kisah tentang rasulallah yang mereka dengar, apabila baginda menolong Aisyah memasak di dapur. Perlu diingat, tugas seorang isteri adalah memuliakan suami, taat dan patuh pada suami selagi mana suruhannya tak menyimpang daripada Islam. Jika memasak itu boleh mendatangkan keselesaan, kebaikan, kesukaan, dan yang paling penting adalah keredhaan suami, bukankah itu lebih baik?

Jika menukar kain lampin anak kecil yang kotor boleh mendatangkan kesenangan hati pada diri suami bukankah itu lebih mulia? Tapi tidak. Isteri zaman sekarang kalaulah boleh, mereka nak jadi macam suami juga. Jika syurga seorang isteri tu di bawah tapak kaki suami, mereka nak syurga suami pun di bawah tapak kaki mereka. Baru seimbang katanya.

Ingatlah, sesungguh Tuhan telah mengangkat lelaki untuk menjadi pemimpin bagi wanita bukannya wanita untuk memimpin lelaki. Pemimpin bermaksud ketua, imam dan yang seangkatan dengannya. Jika isteri asyik nak tuntut hak-hak yang sama, siapa pulak jadi imam, siapa yang jadi pemimpin?

Firaun adalah manusia paling jahat yang dicatatkan dalam Al-Quran, tapi tiada satu pun ayat yang menunjukkan Tuhan menggalakkan isterinya meminta cerai daripadanya. Asiah, adalah seorang yang beriman kepada agama tauhid, tetapi bersuamikan seorang lelaki yang mengaku Tuhan. Mana lebih teruk, suami anda atau firaun? Tapi Asiah tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri seperti mana yang sepatutnya. Anda? Suami masih Islam dan ada iman dalam dada, tapi macam-macam dah komplen.

Antara punca sesebuah rumahtangga bergongcang adalah apabila jiwa seorang isteri mula memberontak memprotes suaminya. Tak kiranya si isteri tudung labuh sampai cecah lantai sekali pun. Aku ada seorang kawan perempuan yang dikenali sewaktu belajar di sebuah universiti satu masa dulu. Wataknya seperti sejuk mata memandang dan sentiasa mencari lelaki yang terbaik untuk menjadi calon suaminya. Akhirnya, dia berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, seorang ustaz.

Namun kedamaian rumahtangga mereka tak lama. Empat tahun berlalu dan mereka bercerai. Mula-mula aku sendiri segan nak tanya apa puncanya kerana biasanya kebanyakan musuh rumahtangga adalah orang ke-3. Tapi dalam kes dia, orang ke-3 bukan puncanya. Dia sendiri tak faham kenapa suaminya menceraikan dia. Aku tanya macam mana semua ni boleh berlaku, dan dia pun cerita. Lalu aku dapat buat kesimpulan bahawa puncanya memang bermula daripada perkara yang kecil-kecil saja.

Agak janggal jika mendengar ustaz yang berpewatakan baik bermain kayu 3 sedang anak sudah dua orang. Puncanya mudah. Kawan perempuan aku ni suka suruh suaminya sukar pampers anak, bagi anak makan, dan macam-macam lagi. Suaminya tak tahan lagi, dan terus ceraikan dia tanpa ura-ura nak rujuk semula. Jarang lelaki bila dah lepaskan marah terus pergi begitu saja. Barangkali ustaz ni dah fikir masak-masak untuk melepaskan isterinya. Memang sedih juga terutama bila terkenangkan anak yang masih kecil. Ikut hukum alam, orang akan menggelarkannya sebagai tak berhati perut dan sebagainya.

Tapi itulah yang berlaku bila si isteri mula mengeluarkan pelbagai arahan kepada suami. Jika syurga di bawah tapak kaki suami, wanita yang berniat untuk masuk ke sanalah yang harus pergi mencari dan mendatangi syurga, bukannya menjauhinya. Kenapa pula diibaratkan syurga itu di kaki dan bukan di lutut, atau bahu atau kepala? Cuba fikirkan.

Bukan aku mengajak kita kembali kepada zaman jahiliyah. Martabat seorang wanita tak pernah jatuh pun jika dia tunduk dan patuh pada suaminya. Malah orang akan hormat dan cemburu kepada suaminya kerana pandai memilih dan mendidik si isteri. Tapi, sekali lagi, berapa ramai isteri-isteri zaman ini yang begitu?

Semua isteri nak suami mereka jadi macam ustaz Don, tapi mereka lupa itulah suami pilihan Tuhan yang terbaik buat mereka, maka taatlah seadanya. Pelbagai alasan karut-marut dibisikkan syaitan seperti suami perlulah baik, alim, isteri tak mengapa kerana isteri tu makmum, suami imam. Maka imam perlu 'the best' baru makmun boleh ikut dan contohi.

Syurga ada di depan mata, kenapa masih tercari-cari lagi jalan lain yang lebih jauh untuk ke syurga?

Alim atau tidak bukan mengikut apa yang dilihat dengan mata kasar kerana Tuhan sendiri berkata hanya ketakwaan saja yang membezanya manusia. Boleh nampak takwa? Adakah takwa dengan serban ekor panjang? Berjubah? Hari-hari ke masjid? Itu cuma anggapan kita saja. Hakikatnya alim, warak, hanya boleh dilihat pada 'rohaniah' seseorang manusia, bukan pada apa yang ada pada dirinya, hartanya atau kata-katanya.

Ada sebuah hadis yang bermaksud...

"....Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suamimu memaafkanmu, maka aku tidak akan mensolatkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan kemarahannya adalah kemarahan Allah. Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imran, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami dan bercumbu rayu dengannya."   


Yang lain..."..Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat setengah pahala jihad.."


Akhir sekali, terpulanglah kepada kamu para wanita, isteri dan anak-anak dara dalam memikirkan tentang suami/bakal suami kamu semua. Wanita adalah golongan yang paling mudah untuk ke syurga dan paling mudah juga untuk ke neraka.

Carilah keredhan suami kamu kerana keredhaan Tuhan itu datang bersama-sama dengan keredhaan sang suami. Taatlah kepadanya selayaknya. Lelaki yang telah cukup 'kenyang' takkan mahu 'bertambah' lagi walaupun disuakan nasi beserta lauk-lauk yang enak. Berhentilah daripada mendesak supaya suami kamu  perlu menjadi alim seperti seorang wali, ulamak, ustaz atau guru agama baru kamu nak taat kerana dia adalah pilihan Tuhan buatmu dan pilihan Tuhan adalah yang terbaik. Percayalah.




29 August 2012

Gangguan

Pasti ramai yang pernah rasa tiba-tiba jantung berdebar tak pasal-pasal. Tu salah satu petunjuk bahawa ada gangguan dalam diri. Pergi la check dengan mana-mana perawat kot-kot ada yang menumpang diri. Mata manusia memang tak boleh kesan kehadiran makhluk-makhluk bertubuh halus ni. Ada beberapa golongan saja yang mampu melihat alam ghaib ni.

Mungkin kita pernah dengar ada orang mampu melihat perkara-perkara yang tak nampak dengan mata kasar ni sejak orang tu kecil lagi. Secara teorinya, orang tu melihat alam ghaib melalui mata jin yang menumpang/bersahabat dengannya. Dia mungkin tak perasan tapi memang ada jin yang suka pada manusia. Dia dah bosan dengan kaum dia sendiri gamaknya. Bini orang pun dia ada feeling. Punya la tak makan saman jin jenis ni. 

Ada jugak orang yang boleh melihat alam ghaib kerana dia kasyaf. Orang seperti ni jarang-jarang kita tahu kerana mereka low profile je hidupnya. Bukan kaki masjid pun, bukan berserban pun, kadang-kadang tu pakaiannya kusut masai saja, kerjanya boleh jadi peminta sedekah atau hanya berpeleseran di kaki-kaki lima. Itu sebabnya kita kena jaga hati dan nafsu agar tak memandang rendah golongan seperti ni. Bila hati kita bersih, hidayah senang nak dapat. Tapi jika hati penuh syak wasangka, solatlah sampai lebam-lebam dahi pun, tetapi tak dapat hidayah. 

Yang dikatakan seseorang itu warak, alim, malah wali sekali pun bukanlah pada jasad luarannya tapi pada rohaniahnnya. Walaupun luaran dia kelihatan kotor, mengemis, kutip sampah, tidur bawah jambatan dan sebagainya, tapi rohaniahnya berpakaian segak dan tampan. Ibarat kita memandang jasad seorang petani atau penoreh, tentulah bajunyak kotor, bertampal sana sini dan riak muka yang tak berapa nak hensem. Tapi jika dia merupakan seorang yang mempunyai kedudukannya disisi Tuhan, rohaniahnya jauh berbeza daripada apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Selalunya wali-wali memang begini. Saat hidupnya masyarakat menganggap dia hanya orang biasa yang tiada apa yang istimewanya pun. Tapi bila dia sudah takde dalam dunia, barulah orang sedar siapa dia. 

Melihat alam ghaib bukanlah sama bagi setiap orang. Ada orang dapat lihat jin tapi tak dapat kenal pun mana wali, mana syaitan. Itu yang sesat sampai mengaku malaikat datang kasi wahyu dan angkat diri jadi nabi. Ada manusia yang pandangannya menembusi alam kubur. Lalu ke kat kubur pasti dapat lihat siksa kubur. Orang yang takde pengetahuan akan kata sesat. Sikit-sikit sesat padahal dia yang takde ilmu.


Pengalaman

Dua tiga malam lepas aku pulang ke rumah jam 2.00 pagi. Waktu nak masuk rumah, teringat pulak nak baca ayat kursi mengikut cara yang diijazahkan. Baru dua tiga ayat, serta merta bulu roma meremang. Ah, biasalah waktu-waktu sunyi macam ni. Fuh, syok. Tegak je berdiri. Kalau baca waktu kelam kabut tak rasa apa-apa pun. 

Aku pun masuk ke rumah. Bila masuk ke bilik, tiada respons daripada anak kecil aku. Kalau tak, biasanya dia pasti bergerak dan merengek-rengek tanda 'sesuatu' mengganggu tidurnya. Tapi perkara seumpama tu tak terjadi pulak kali ni. Sedang aku nak melelapkan mata, hati ni sempat berniat untuk berjumpa dengan si khadam ayat yang aku dok baca selalu ni. Memang merepek betul keinginan ni. Mana mungkin dia nak jumpa aku. Tapi bedal ajelah. Untung nasib dapat la jumpa. Takde nasib, melepas la.

Walaupun aku rasa terlelap sekitar 2.30 pagi, tidur terasa panjang sebab aku terjaga 2-3 kali jugak la. Biasanya sekali terjaga je dah pukul 6. Berhempas pulas la nak bangun waktu tu bersiap-siap nak pergi kerja. Waktu terlelap tu ada seorang lelaki yang tak berapa jelas wajahnya datang berjumpa dengan aku dalam keadaan berselubung menutup kepala. Wajahnya tak jelas. Dia mengajarkan aku sesuatu. Bacaannya hanya seratus kali dan diikuti dengan ayat kursi. Waktu aku cuba baca apa yang diberi masa terasa terlalu lama. Biasanya setakat wirid ni dalam 5 minit paling lama dah boleh selesai, tapi yang ni aku baru baca 2-3 kali dah terasa panjang sangat. Sampai aku terjaga beberapa kali, tak sempat nak habiskan.

Bila terjaga, memang aku lupa terus apa benda ayatnya yang perlu dibaca sebanyak 100 kali tu. Keesokkan harinya puas aku memikirkan semula mimpi tu. Petang tu terus aku pergi berjumpa sang guru. Katanya, 'orang' yang aku nak jumpa tu tak mau jumpa mungkin sebab aku belum layak lagi agaknya sebab tu la aku tak ingat langsung apa benda yang lelaki dalam mimpi tu suruh aku baca. Ah, melepas pulak. Lelaki yang aku jumpa tu barangkali orang tengah saja. Dia pun tak cakap banyak.



27 August 2012

Cemburu

Rasa cemburu sebenarnya berasal daripada sifat hasad dengki. Sifat hasad dengki yang dipanggil cemburu ni telah diolah oleh ramai orang menjadi satu sifat yang baik yang perlu ada pada setiap orang yang ingin berjaya. Sejauh mana perkara ni betul, carilah sendiri. Aku hanya tulis apa yang aku rasa saja.