24 March 2012

Bani Melayu

Terkadang aku fikir, Melayu ni bodoh betul la. Kalau aku ni Yahudi, aku pun takkan ada minat dengan Melayu. Apa yang Melayu ada? Adat? Kesopanan? Yang buang anak pun ramai Melayu, yang kaki mengumpat, caci maki pun Melayu paling otai. Bangsa lain tak boleh lawan punya. Kali ni aku nak bercerita tentang topik yang agak berat. Dah boring cerita benda yang ringan-ringan walaupun ringan-ringan ni memang best sebenarnya.

Namun sebagai Melayu, aku tak boleh terus putus asa daripada mengharapkan yang bangsa aku satu hari nanti akan menjadi bangsa yang terhebat dan terkenal. Bukan dalam bidang filem, bukan dalam industri muzik. Tapi terkenal kerana sifat mulia, setiakawan, kuat, tangkas, bijak dan berilmu tinggi.

Suatu masa dulu Melayu pernah menjadi terkenal. Bukan kerana majunya bangsa Melayu, bukan kerana bijaknya mereka tapi kerana kuat, setia dan mempunyai ilmu agama yang tinggi. Lihat saja Melaka sebelum zaman kejatuhannya. Wah, meremang bulu roma bila bercakap tentang Melaka, pernah menjadi sebuah negeri yang hebat dan terkenal seluruh dunia.

Laksamana Hang Tuah (walaupun bukan Melayu) tetap mengaku yang 'takkan Melayu hilang di dunia' secara tak langsung melambangkan satu masa dan ketikanya nanti Melayu akan bangkit menjadi bangsa yang terhebat dan terkuat. Tak semestinya bangsa tu perlu menjadi bangsa yang termaju dan terkaya untuk menjadi hebat dan kuat. Tak logik, kan? Tak mengapa, pelan-pelan kayuh. Belum habis cerita lagi.

Antara maksud hadis, "Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam...." (Ibnu Majah)

Daripada satu riwayat lain pula, "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan. Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama. Pemuda Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi..."(Ibnu Umar)

Apa yang menarik di sini ialah, siapakah Bani Tamim? Tiada langsung sejarah tentang Bani Tamim ni. Asal-usulnya pun tak pernah diketahui. Malah sejarah dunia tak pernah menyebut tentang satu bangsa bernama Tamim.

Tapi itulah letaknya kehebatan bangsa Tamim ni. Orang langsung tak perasan dan sedar.

Ta = Tanah
Mim = Melayu

Amacam? Susah nak percaya itu biasa. Anggap sajalah ni cerita dongeng, tak payah nak gaduh-gaduh.

"Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka hendaklah mendatangi mereka dan berbai'ah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji..." (Tsauban - al hawi lil fatawa)

Siapa yang selalu berbai'ah ni? Jemaah tabligh atau geng-geng tareqat? - Ni sekadar untuk renungan saja. Kejap lagi cakap lebih-lebih mengamuk pulak geng-geng tabligh.

Semuanya nampak macam tak logik langsung. Tapi tak salah kalau kita tunggu dan lihat. Tu pun kalau dikurniakan umur yang panjang.

*bersambung lagi.....(lenguh kaki la pulak)

23 March 2012

tipu daya

Bila anak kecil demam, ibu bapa mana yang tak susah hati? Hanya ibu bapa yang leka bermain facebook saja yang tak terasa sangat. Sampaikan anak kecil disuruh pergi kedai seorang diri saja. Bila si kecil demam/kurang sihat, semua nak yang terbaik untuknya termasuklah keluarga terdekat. Tapi sikap cepat menggelabah dan cepat panik seringkali menyusahkan. Bila kita nampak relaks, orang kata kita tak peduli padahal kita tengah bersabar dengan musibah yang menimpa sambil berfikir cara terbaik untuk menghadapinya.

Sikap menggelabah dan panik ni samalah juga dengan sikap terburu-buru. Buat kerja kalau nak cepat memang tak salah, tapi biarlah selepas memikirkan buruk baik tindakan yang bakal diambil. Nak cakap lebih-lebih pun serba salah tapi bila menghadapi orang seperti ni tercabar jugak kesabaran ni.

Soal anak sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Orang lain tak payahlah campur sangat. Bukannya kes dera pun. Kes demam biasa saja. Aku paling tak gemar kalau orang suka berjampi-jampi ni. Asal anak demam sikit, mula la nak bawak pergi jampi. Kalau orang yang menjampi tu kita tau luar dalam dia macam mana, takpe la jugak. Ini pergi jumpa orang yg 'bersahabat' dengan makluk halus untuk berjampi. Bukan nak menghina, tapi apalah hebat sangat orang yang berjampi dengan menggunakan bantuan makhluk halus ni? Kalau makhluk halus yang diseru tak datang atau mati dibunuh, boleh ke dia menjampi lagi?

Secara kasarnya, ia nampak seperti satu usaha yang murni jugak. Tapi jika kita ada pilihan yang lebih baik, mengapa perlu jumpa orang-orang sebegini? Menjampi dengan menyeru makhluk halus yang menjadi sahabat supaya hadir untuk menolong sang penjampi bukanlah satu doa. Ia lebih kepada satu arahan yang dikeluarkan khusus kepada si makhluk halus tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Pasti ada syarat punya. Bank kasi loan pun kena interest maa. Tu pun tolong jugak. Syaratnya, lu tolong gua, gua tolong sama lu.

Bila melibatkan bantuan makhluk halus, sebahagian besar manusia perlu patuh dan ikut syarat-syarat yang dikenakan. Terpulanglah apa pun syaratnya, tapi keberkesanannya tak sehebat orang yang berserah diri memohon pertolongan daripada Sang Penciptanya. Inilah yang dipanggil doa. Doa bila disertakan dengan 'ikhlas' maka powernya memang tinggi. Berjumpa dengan orang-orang yang diketahui alim bertujuan meminta doa adalah lebih baik daripada berjumpa dengan orang yang meminta bantuan daripada makhluk halus, tak kiralah makhluk tu bunian ke, hantu tinggi ke, tok janggut ke....(tok janggut sebenar dah kembali ke alam yang sepatutnya, yang muncul dan mengaku jadi tok janggut tu faham-faham sendiri je lah siapa).

Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya kesabaran. Kalau tak sabar tentu dah terkeluar kata-kata yang boleh menguris hati pihak lain.

Apa pun, kenalilah orang yang kita jumpa untuk mohon doa agar kita tak terpedaya dengan tipu daya makhluk halus ni. Kalau mereka hebat sangat, kenapa kita pulak yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ni? Fikirkan sendiri....

17 March 2012

bodoh selalu


Nampak bodoh, bunyinya pun bodoh.


Dan semestinya ditujukan untuk orang bodoh-bodoh juga....

14 March 2012

Tiada lagi perikemanusiaan

Sekali lagi seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang kanak-kanak 5 tahun yang dibunuh dan dibakar.


Adik Nurul Nadirah, si comel ni dibunuh dengan begitu kejam sekali. Dalam fikiran aku ada 2 perkara saja yang menjadi motif pembunuhan sebegini. Duit (sama ada hutang atau sebagainya) dan dendam. Tak ada makhluk yang akan membunuh sekejam ni hanya kerana hobi.

Seorang manusia boleh bertindak diluar batas kewarasan apabila melibatkan dua perkara tadi. Bukan untuk mendahului siasatan pihak polis, tapi sebagai manusia biasa lebih baik kita beringat sebelum kena. Jangan berhutang dengan lintah darat dan jangan semaikan perasaan dendam dengan sesiapa. Ia bakal menuju ke arah kehancuran.

Ada berita mengatakan si ibu sedang sibuk bermain facebook dan si anak pulak waktu tu ke kedai berseorangan. Nak salahkan ibu bapa saja pun tak guna sebab nasi dah jadi bubur. Tapi buat ibu bapa yang masih ada anak sebaya kanak-kanak ni, beringat sikit. Kalau sayangkan anak, jangan malas nak jaga. Tau nak sedap je, bila keluar 'hasil' tak beri perhatian yang sewajarnya.

Orang yang melakukan perbuatan terkutuk ni adalah orang yang tiada langsung sifat perikemanusiaan. Apalah salah si kecil yang baru 5 tahun melihat dunia ni? Apalah sangat kederat si kecil ni melawan waktu si pembunuh mahu menamatkan riwatnya? Aku tak dapat bayangkan bagaimana benda ni boleh berlaku.

Kejadian pembunuhan ni berlaku lebih kurang 3.5km saja dari jarak rumah mangsa. Mayat yang dibakar pula tak ditanam atau disorok. Ini menunjukkan si pembunuh memang saja nak pihak keluarga kanak-kanak ni tahu bagaimana kejamnya pembunuhan ni. Atas alasan ni jugalah pendapat aku lebih cenderung kepada motif wang atau dendam. Pembunuhan ni bukan satu kebetulan. Ia dah dirancang. Secara tak langsung si pembunuh juga seolah-olah mencabar pihak polis untuk menangkapnya sebab bukti sengaja ditinggalkan.

Apa pun, sebagai ibu bapa janganlah kita lalai daripada tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak kita. Jangan sampai perkara buruk dah berlaku baru nak menangis teresak-esak. Jangan sesekali pentingkan facebook atau perkara-perkara lain daripada anak kita sendiri. Anak ialah amanah dan tanggungjawab. Bila ia ditarik balik, sudah tentu tiada galang gantinya lagi.