15 July 2012

Akal

Manusia ni unik. Kejap dia boleh jadi malaikat, sekejap lagi pulak dia boleh jadi binatang. Dia juga boleh menjadi syaitan.

Mungkinkah kerana manusia ada segala-galanya yang makhluk lain tak ada? Jiwa, nafsu, akal, dan jasad semuanya ada pada manusia. Malaikat tak bernafsu jadi mereka tak ada kehendak untuk pentingkan diri. Mereka bukan bodoh. 

Binatang ada otak tapi tiada akal. Jin, syaitan dan iblis tiada jasad seperti manusia. Mereka dijadikan daripada suatu yang tidak berjasad, iaitu api sedangkan manusia terdiri daripada 4 unsur utama - tanah, angin, api dan air.

Ramai manusia tak tahu mereka lebih hebat daripada makhluk lain jika diizinkan Allah. Sayangnya, bukan semua manusia ada akal 24 jam sehari. 

No comments:

Post a Comment